Wednesday, October 13, 2010

Hari Bergembira bertukar Menjadi Hari Penyesalan





1.0 Pendahuluan

Bernikah adalah sesuatu yang menggembirakan. Jarang orang tidak bergembira pada hari pernikahan mereka. Masakan tidak, gelaran raja sehari disandang dan dijulang. Bagi pasangan yang sudah lama bertunang, detik persetujuan para saksi semasa majlis pernikahan amatlah melegakan! 

Kadang-kadang, keluar air mata kegembiraan dari pasangan pengantin kerana terlalu gembira telah menyempurnakan sebahagian agama dan menuruti sunnah nabi. Seperti mana yang disabdakan oleh Nabi :

 النكاح سنتى فمن رغب عن سنتى فليس منى , nikah itu adalah sunnah ku, jika sesiapa yang menolak sunnah ku, maka ia bukanlah dari golonganku.

Namun awas, jangan disangka kegembiraan menuruti sunnah nabi itu membuka jalan ke syurga semata-mata, kerana ia juga mampu mengheret kita masuk ke dalam jurang neraka yang dalam lagi menakutkan, jika ia tidak dilaksanakan seperti yang diperintahkan.

2.0 Menangis bertukar gembira

Apabila dua merpati sejoli di ijab kabulkan... maka bergembiralah kedua-dua keluarga, dan menangislah sang syaitan. Menangisnya sang Syaitan adalah kerana tertutupnya peluang kepadanya untuk memujuk si lelaki dan si perempuan melakukan zina.



Tapi, adakah anda menyangka syaitan yang menangis melihat dua orang yang bernikah itu akan lari merajuk membawa diri? Tidak sama sekali, di hadapan sana ternanti banyak lagi perangkap untuk mereka. Satu persatu perangkap itu mengena, dan tangisan syaitan terhenti dan diganti pula dengan ketawa yang terbahak-bahak!

Sang Syaitan ketawa kerana geli hati melihat si pasangan yang terlalu gembira hingga terlupa segala ajaran agama walaupun kedua-duanya mengaku sebagai pejuang agama. Habis ditolak tepi agama yang selama ini menjadi perjuangan mereka. Syariat diletak tepi, adat yang sesat dijulang tinggi.

Sang Syaitan gelak terbahak-bahak melihat aksi manja si isteri menyuapkan nasi ke mulut si suami yang hanya layak menjadi koleksi peribadi mereka berdua menjadi tontonan semua orang. Habis ditolak tepi perasaan malu. Malah dibanggakan pula kenangan itu dengan meng'upload'kan pula di dalam facebook, untuk tatapan seluruh dunia. Kalau boleh, biar Presiden Amerika Barrack Obama tahu dia berkahwin hari itu dan makan bersuap dengan bangga.

Sang Syaitan bertambah galak gembira ketawa melihat si suami dengan ghairah mencium kepala si isteri tanpa menghiraukan puluhan mata yang menyaksikan adegan sulit ini. Malah bangga pula mengulang adegan ini apabila diminta photographer upahan dari kedai yang berdekatan. Diulang tayang tanpa segan, walaupun si muslimah itu dahulunya terkenal sebagai seorang yang paling pemalu dalam dunia ini.

Sang Syaitan hampir pecah perut suka sambil berguling-guling dengan adegan romantik si suami dan si isteri yang bergambar di tepi pantai, atas pokok, di sawah padi, dalam air, atas katil, tepi rumah dengan pelbagai pose yang difikirkan menarik. Entah mana silapnya, suara lantang si suami yang beriya-iya mahu menegakkan daulah islamiah dalam liqa dan usrah yang dikendalikannya, langsung tidak berbunyi bila gambar isterinya puas di raba oleh kamera orang yang bukan muhrim. Segala sisi bentuk isterinya habis dilapah oleh si photographer yang kemudiannya menguploadkannya di laman web untuk ditatap oleh seluruh isi dunia.

Sang Syaitan kembali suka kerana berjaya memujuk si isteri yang terkenal dengan kepakaran membimbing usrah dan tamrin serta kuat berdakwah  untuk bersolek dengan tebal. Habis hilang prinsip bersolek hanya untuk suami yang dijajanya kesana kemari di alam kampus dahulu. Kening dicukur sedikit, gincu dilanyak atas bibir, eye shadow, blusher, powder, maskara dan segala macam perhiasan bertenggek di mukanya. Itu belum dicampur dengan minyak wangi yang menarik perhatian segala makhluk yang ada di persekitarannya. Bila ditanya mengapa berbuat demikian, jawapan acuh tak acup diberikan.. mak yang suruh. 

Itu belum dikira dengan majlis persandingan serta suasana majlis perkahwinan yang begitu mewah dan membazir.

Syaitan kembali tersenyum gembira.





3.0 Gembira bertukar Menyesal

Kadangkala, apabila sudah menjadi kebiasaan kita melakukan sesuatu perkara, tiba tiba datang pula satu peringatan memberitahu bahawa kebiasaan kita itu tidak benar, menyeleweng dan jauh dari panduan agama... kita akan cepat melenting, marah dan menyampah.

Apatah lagi sememangya selama ini terkenal sebagai juru dakwah yang popular. Berceramah pula di masjid dan surau. Maka pasti si juru dakwah itu segera mencari sebanyak mungkin kitab dan dalil untuk menghalalkan kebiasaan yang dia lakukan itu. Ahh.. mana boleh pendakwah seperti aku ditegur, malulah aku.

Maka dicapailah Mr Google mencari dalil menghalalkan perbuatannya. Bila tidak bertemu, dicarikan pula pendapat-pendapat yang 'gharib/asing' walaupun dari sumber-sumber yang tidak diyakini, asalkan mampu untuk menjadi hujah pelepas dari teguran yang diberikan.

Janganlah bersikap demikian ya akhi wa ukhti. Renungkan seketika majlis perkahwinan itu. Benarkah itu majlis yang dirahmati Allah ataupun dibenci oleh Allah. Jawablah dengan hatimu berpandukan kepada Nas yang benar lagi sahih. Sengaja tidak ditaburkan dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah dalam artikel ini (walaupun dalilnya terlampau banyak) supaya anda dapat menilai dengan penuh berhati-hati majlis pernikahan itu dengan hati nuranimu yang suci itu.

Jangan sampai pada suatu hari nanti, kegembiraan yang dinikmati bertukar menjadi satu penyesalan yang tidak terperi. Tetkala seluruh harta, sahabat handai dan kaum keluarga tidak lagi mampu menjadi pendinding dan hujah bagi dirimu... yang ada hanyalah iman yang senipis bawang itu. Mampukah untuk menepis dosa bertimbun yang tiba kerana kealpaan mengikuti arahanNya di hari pernikahan tersebut?

Ingatlah kembali firman Allah dalam Surah Syuaara ayat ke 88 : iaitu di hari dimana tidak berguna harta dan anak-anak. 

Adakah berani kita berbetah pada hari tersebut dengan hujah yang rapuh seperti mengatakan terpaksa mengikut permintaan ibu dan ayah , kaum kerabat serta sahabat handai, walaupun kita tahu permintaan untuk bersolek tebal, bersanding di hadapan orang ramai, adegan mencium, bergambar dengan posing-posing yang sulit, itu semua jauh dari panduan Islam. Namun, jika anda yakin mampu berhujah dan memberikan alasan di hadapan tuhan Rabbul Jalil, silakanlah melakukannya... 

4.0 Penutup

Tugas seorang pendakwah ialah menyampaikan ilmu yang dipelajarinya untuk kembali kepada Allah. Tidak lebih dari itu. Samada perkara yang disampaikannya mampu mengubah orang yang mendengar dan membaca, itu bukannya kerja pendakwah. Itu kerja Allah.

Jangan pula timbul celaan dan kata nista selepas ini kepada orang yang menyampaikan seruan Islam ini, hanya kerana terkena pada batang hidung sendiri. Apatah lagi mengherdik dan memerli dengan kata-kata yang pedih lagi menyakitkan seperti , "Ko tak menikah lagi, bolehlah sembang. Tengok ar nanti bila ko kahwin...Macamana pula gayanya!" sambil tersenyum sinis bercampur geram.

Dan jangan pula bertindak mendoakan agar si pendakwah turut terjerumus dalam dosa yang sama supaya bila si pendakwah itu terbuat dosa yang sama, maka bolehlah diejek dan ditempik sekuat mungkin hingga di dengar seluruh penghuni dunia " Ceh, cakap orang lebih, kau pun sama aje!" dan berlalu dengan perasaan puas dan gembira.... kerana dendamnya telah berbalas.

Sesungguhnya, Aku hanya menyampaikan peringatan dari Allah dan risalah-Nya.  Dan barangsiapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya baginyalah neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. (Q 72 : 22)

Selepas Tengah Malam 
13 Oktober 2010


Labels: ,


Baca Lagi!

Friday, April 23, 2010

Tidur


Upin dan Ipin

1. "Syeikh, tolong sign untuk ana, dah lewat ni, tak sempat rasanya nak ke kelas" kata Faizal dengan suaranya yang serak-serak dan tersekat-tersekat di hujung corong handphonenya.

2. "Eh, awat lagu tu? Jom le . Hari ni kan ada lecturer nak ajar topik baru" Jamal tak puas hati dengan sahabatnya. Sudah banyak kali sahabat satu coursenya minta dia tanda tangan bagi pihaknya sebagai tanda hadir ke kelas. Hari ini dia sudah bosan dengan sikap rakannya. 

3. "Ala Jamal, boleh le... please. Malam semalam  aku tidur lewat sangat. Terlambat bangun. Ni pun tak solat Subuh lagi ni." pinta Faizal dengan suara mengharap.

4. "Ok, tapi ini kali yang terakhir tau." Jawab Jamal sambil meletakkan telefonnya. Dalam hatinya nekad, tidak mahu 'membantu' rakannya lagi. Dalam hatinya dia merungut... "asyik guna alasan tidur aje, orang lain pun tidur jugak, tapi tak adalah sampai ponteng kelas." Jamal terus membebel seorang diri.

5. "Kenapa mengomel seorang diri ni Jamal?" ana menegur. "Ni ha, Faizal terlebih tidur, minta ana sign kan untuk dia. Teruk betul le bila dah terlebih tidur ni." Jamal meluahkan rasa tidak puas hatinya. 

6. "Isyh, bukan terlebih tidur aje tak elok, terkurang tidur pun ada bahayanya tau..." ana menambah.  Jamal kehairanan lalu bersuara "ceritakanlah Akhi Hakim...".  Ana tersenyum.... "Nanti ana tulis dalam blog ana" jawab ana sambil berlalu meninggalkannya. 

KISAH PADA SEMESTER PERTAMA

7. Jarang ana melakukan perkongsian terbuka mengenai pengalaman 'pahit' akademik di dalam bentuk penulisan. Biasanya ana hanya berkongsi pengalaman ini melalui ceramah-ceramah motivasi yang ana kendalikan melalui syarikat Suria Horizon Training and Consultancy.

8. Hari ini ana ingin menyingkap kembali kepada peristiwa 'bersejarah' yang banyak mengubah cara ana berfikir dan bertindak sehinggalah menjadikan diri ana seperti pada hari ini.

9. Waktu itu ana berada di semester pertama pengajian Undergraduate di UTP. Semester pertama merupakan semester yang cukup mencabar dan kritikal bagi semua mahasiswa . Ini kerana formula untuk mendapatkan kecemerlangan di alam universiti adalah dengan 'score' setinggi mungkin GPA pada semester pertama supaya CGPA pun turut tinggi untuk mengharungi baki semester yang tinggal.

10. Atas dasar itu, ana cukup bersemangat untuk berlumba-lumba mengumpulkan markah yang tertinggi bagi setiap subjek. Setiap kelas dihadiri dengan penuh semangat dan duduk di barisan hadapan sekali. Alhamdulillah, markah bagi setiap test menggembirakan hati. Bahkan, ana berjaya rapat dengan semua lecturer yang mengajar 5 subjek pada semester tersebut.

11. Kesannya, ana telah mendapat banyak hint/ bayangan berkaitan dengan soalan peperiksaan akhir semester tersebut. Setiap kali mendapat 'hint' terbaru dari lecturer, ana segera menyebarkan kepada seluruh rakan-rakan satu course, samada melalui sms mahupun melalui 'mirc' (sewaktu itu masih belum ada facebook).

12. Di hujung semester, coursework dikeluarkan oleh setiap lecturer, dan sekali lagi lafaz tayyibah Alhamdulillah ana lafazkan, kerana berjaya mendapat coursework yang tinggi diantara rakan-rakan satu course.

13. Saat yang dinanti pun tiba, Final Examination. Ana begitu teruja mendudukinya. Alhamdulillah, 3 paper pertama berjaya dihadapi dengan tenang. Semua tips2 yang diberi oleh lecturer ternyata keluar . Tinggal lagi 2 paper sahaja lagi, dan kejadian itu pun bermula.

MALAM SEBELUM PAPER DIFFERENTIAL EQUATION

14. "Allah, letihnya... banyak dah latihan buat ni. Jom kita tidur. Ini dah dekat pukul 12 malam.  Lagipun esok paper kita pukul 9 pagi. " ajak ana pada rakan-rakan. Semua mengangguk setuju dan senyuman terukir di bibir masing-masing.  Kami semua rasa yakin untuk menduduki paper yang paling sukar di UTP itu, Differential Equation setelah mengulangkaji seharian secara kumpulan. Memang menjadi tabiat ana untuk mengulangkaji dengan rakan-rakan secara berkumpulan (baca: study group) apabila menjelang final exam, dan jujurnya memang memberikan kesan yang maksimum.

15. Maka lampu bilik C104 di Village 1 UTP itupun ditutup. Sedang ana membaca 3 Qul sebelum mata ini beradu, tiba-tiba 

"Dum..Dum...Dum.." pintu bilik diketuk kuat.

16. "Siapa pula datang malam-malam ini." ana mengomel seorang diri. Memikirkan mungkin ada orang yang mahu menjual Hot Dog di malam hari, ana membatukan diri di atas katil. Ana sudah menyudahkan bacaan 3 Qul dan mula untuk membaca Doa Sebelum Tidur. Namun sekali lagi,

"DUM..DUM..DUM.." ketukan itu lebih kuat. Kali ini dengan sahutan nama,

"HAKIM, OOO HAKIM..." laung suara itu dari luar.

17. Dengan berat hati, ana menarik selimut ke tepi dan melangkah longlai ke pintu. Saat pintu dibuka kelihatan tiga orang rakan. Setelah diamati, rupa-rupanya rakan satu batch namun bukan satu course. 

18. Dengan senyuman yang dibuat-buat dan muka yang kepenatan ana bertanya , "Kenapa ni geng? Ada apa yang boleh ana bantu?" ana berbicara lembut malam itu. Hakikatnya kuasa panggilan katil begitu kuat sekali.

19. "Err.. kami nak minta tolong sikit boleh?" kata rakan A. Mukanya penuh mengharap.

20. "Apa dia kalau ana boleh bantu?" ana menawarkan diri dengan penuh keberatan.

21. "Kami dengar, ko ada hint dari lecturer. Tolong le ajar kami. Satu habuk pun tak study lagi.Isy, takut fail le esok." rakan B menjawab pula.

22. Mendengar permintaan tersebut, ana berat hati. Jam sudah pun lebih jam 12 malam, pagi esok paper jam 9. Rasanya tak cukup kuat untuk mengajar mereka. Belum sempat ana memberikan jawapan, tiba tiba Rakan C mencelah " Ni ada kami belikan Roti Canai untuk ko... haa... Air teh air pun ada." sambil senyuman penuh mengharap.

23. Aduh. Ini dah kira rasuah.. Ana tersenyum. Kebetulan ana agak lapar malam itu kerana sehari suntuk pulun mengulangkaji pelajaran.  Dalam hati ana memujuk, "Ala, apa salahnya bantu rakan-rakan, setengah jam aje, lagipun dapat jugak merasa roti canai dan air teh ais ni." Lalu ana memberikan kesanggupan....

24. Maka, ana pun ditarik keluar ke bilik mereka yang berada di aras satu Blok C. Wah, banyak betul kertas bertaburan atas lantai, meja, kerusi dan juga katil. Bau asap rokok dalam bilik juga menyesakkan dada sewaktu ana melangkah kaki masuk ke bilik mereka. Kelihatan baju dan seluar berjuntaian di sana sini. Gitar kapok pula tersusun rapi di sisi dinding. Ana mengambil tempat dalam bilik mereka.

25. "Hurm, part mana yang tak faham tu?" tanya ana perlahan sambil cuba menyesuaikan diri dalam 'suasana baru' tersebut.

26. "Semua" jawab mereka hampir serentak sambil menyengiraikan gigi masing-masing. Ana menggelengkan kepala sambil mata mencuri-curi lihat jam di tangan, pukul 12.30 pagi!

27. "Ok ler, aku ajar kome semua berdasarkan hint yang aku dapat. Ada 5 soalan kena jawab dari 6. Kome ambil sorang satu soalan past year, try buat, nanti aku semak. A ko buat soalan 1, B ko buat soalan 2, C ko buat soalan 3. "ana mula membahasa diri "aku - ko" untuk membiasakan diri dengan mereka.

28. Maka masa pun berlalu. Dari 3 soalan kepada 6 soalan , seterusnya menjadi 9 soalan, sampai soalan contoh ke 24 ana sudah tidak sedarkan diri. Tertidur kepenatan. Sempat ana menjeling jam di sisi sebelum tertidur, wah... 4.30 pagi!

29. Keesokannya ana bangun saat mentari memancar panas di pipi. Segera ana melihat jam di tangan . 8.30 pagi! Terus ana mengejut rakan-rakan A,B,C yang turut tertidur sama. Ana bergegas lari kebilik sendiri untuk bersiap. Subuh ana "jama'kan" sekali dengan solat Dhuha pagi tersebut. Kelam kabut ana dibuatnya.

30. Segera ana mencapai motor Kriss Hitam PFY 2702 dan memecut laju ke Dewan Besar UTP, Alhamdulillah masih sempat. Kelihatan masih ada dua- tiga orang yang terakhir melangkah masuk ke dewan. Jam di tangan tepat menunjukkan 9.00 pagi.

31. Kaki kanan melangkah masuk ke tangan mencari tempat duduk. Sebaik sahaja duduk, invigilator memberikan arahan untuk melihat kertas soalan dan terus menjawab. Ana segera membelek kertas soalan, Alhamdulillah. Sama seperti hint yang diberikan oleh lecturer.

32. Segera ana menuliskan segala rumus dan formula yang telah dihafal sebelum itu. Selepas 20 minit menulis di atas soalan peperiksaan, tiba-tiba terjadi satu fanomena pelik kepada diri. Kepala jadi berat, telinga jadi panas, mata jadi kabur, badan rasa menggeletar. 

33. Tepat jam 9.30 pagi, ana segera mengangkat tangan mohon izin untuk ke tandas. Ana mahu menyegarkan badan dengan membasuh muka. Sebaik sahaja melihat muka di cermin, ana melihat mata ana sungguh merah. Terlalu merah. Dan kepala juga terasa pening seolah olah ada benda tajam yang menyucuk. Segera ana membasahkan kepala dan tengkuk. Alhamdulillah, terasa lega seketika.

34. Ana kembali ke tempat duduk ana semula. Melihat kertas soalan peperiksaan. "Astaghfirullah Al Azim, apa ini? Satu apa pun tak faham" ana melihat kertas peperiksaan dengan penuh kehairanan. Bukan sekadar soalan yang dicetak itu tidak difahami, malahan tulisan ana sendiri yang telah menulis formula dan rumus juga turut tidak difahami

35. Ana BLUR dan BLANK!

Tik...Tok...Tik...Tok... Masa terus berlalu. 


Gambar hiasan.

36. "Ok, all student. Time's Up. Put down your pen and leave your question paper at the right corner of your table" suara invigilator memberikan arahan. Sudah, kertas jawapan ana masih suci tidak bersentuh. Saat invigilator mengutip kertas dari meja ana, ana masih dalam keadaan blur dan blank.

37. Dan tengahari itu, ana melangkah keluar dengan langkah yang longlai....tidak bersemangat. Berpusu-pusu rakan-rakan satu batch mengucapkan tahniah kepada ana kerana tips yang diberikan ternyata tepat dan memudahkan mereka menjawab dengan baik. Ana hanya tersenyum kelat.

38. Malam itu ana tidak dapat tidur sekali lagi kerana memikirkan akibat tidak menjawab paper tadi.

39. Kesannya, paper keesokan harinya iaitu Circuit Theory pun turut mengalami kejadian yang sama, kertas jawapan tidak bertanda kerana blur.

40. Peristiwa ini ternyata memberikan kesan yang besar kepada ana, kerana apabila slip keputusan dikeluarkan pada awal semester hadapannya, ternyata ana gagal di kedua-dua subjek. Perasaan kecewa menyelebungi diri. Rasa marah, malu dan kecewa silih berganti. 

41. Semua rakan-rakan yang mengetahui kegagalan ana begitu terkejut. Apatah lagi coursework ana yang tinggi sama sekali tidak membayangkan keputusan yang begitu mengejutkan. Ana tersedu sendiri. 

42. Dalam diam, ana melakukan post mortem, dan antara yang ana dapati ialah, kegagalan menguruskan masa tidur dengan baik!

43. Ana sampai hari ini tidak pernah menyalahkan 3 orang sahabat yang meminta tolong pada malam tersebut. Ana menyalahkan diri sendiri kerana tidak menjaga waktu tidur dengan baik. 

44. Dan pada hari ini, pengajaran itu ternyata memberikan peluang kepada ana untuk matang dengan cepat.    Pengalaman gagal mengajar ana untuk tabah. Seperti mengambil madu dari sarang lebah, Ianya adalah satu kelazatan selepas mengharungi kesukaran yang hebat.

45. Namun sebagai pengajaran terutama bagi rakan-rakan yang sedang dan bakal menghadapi peperiksaan final exam, jagalah waktu tidur dengan baik dan  jangan tidur lewat pada malam peperiksaan.

45. Insya Allah, di post akan datang, ana akan ceritakan bagaimana ana bangkit dari kegagalan dan akhirnya berjaya dinobatkan dengan Izin Allah anugerah "Siswa Terbilang" oleh pihak pengurusan UTP pada Malam Anugerah Koleh Kediaman atas kecemerlangan dalam akademik dan ko kurikulum.

Anugerah Siswa Terbilang dari Tuan Haji Mohd Noor Rosli,  Pengarah Perkhidmatan Pelajar UTP

46. Semoga perkongsiaan ini bermanfaat untuk semua. You are never late to change! (^_^)

Labels: ,


Baca Lagi!

Wednesday, April 21, 2010

Musibah menimpa sahabat di UTP, Muhamad Adib Aiman Bin Md Noh


Sedang berbual-bual bersama ayah kepada Adib Aiman


1. Semalam selepas Asar, ana mewakili Rakan Motivasi iaitu Alumni Rakan Masjid dan beberapa sahabat sempat menziarahi seoarang mahasiswa UTP yang ditimpa kemalangan jalan raya, Muhamad Adib Aiman Bin Md Noh. Rombongan ziarah ini turut disertai oleh Presiden MPPUTP, saudara Hanif Humam dan exconya saudara Baim dan Syed Haq. Mantan Presiden Rakan Masjid, saudara Akram Ismail turut serta dalam ziarah ini.

2. Menurut maklumat yang diterima, beliau yang merupakan intake kemasukan Jan 09 jurusan Kimia baru sahaja selepas menjamu selera bersama rakan-rakan di Manjung. Dikatakan dalam perjalanan pulang, kereta Kancil yang dinaikinya telah terbabas dan melanggar signboard.

3. Kemalangan itu telah menyebabkannya bersama 4 rakannya yang lain telah dikejarkan ke hospital. Dari kalangan rakan-rakannya yang terlibat sama dalam kemalangan itu, Adib mengalami kecederaan yang paling kritikal.

4. Semasa ana berada di Hospital Tengku Bainon Ipoh semalam, ana sempat berbual-bual dengan ayah kepada Adib. 

5. Ayahnya kelihatan begitu tenang walaupun menghadapi ujian yang hebat ini. Dia menceritakan bahawa doktor memaklumkan Adib sedang koma dan selepas seminggu akan mengetahui keputusannya, samada dipanggil menemui Allah ataupun mengalami kecacatan kekal.

6. Pendarahan dalaman di bahagian otak yang melibatkan kehilangan 25% darah menyebabkan doktor meminta supaya semua ahli keluarga dan rakan-rakan yang menziarahi untuk memperbanyakkan doa agar berlaku keajaiban yang dapat menyelamatkan Adib.

7. Semasa ana masuk ke dalam wad untuk menziarahi Adib, dia masih dalam keadaan tidak sedarkan diri. Sebak rasanya melihat susuk tubuh Adib dalam keadaan sedemikian.

8. Menurut ayah Adib lagi, Adib merupakan anak yang soleh dan sangat disenangi oleh keluarga. Adib seringkali membawa hadiah untuk adik beradiknya yang seramai tujuh orang apabila balik ke rumahnya di Terengganu. Subhanallah.

9. Ana mewakili saf kepimpinan Rakan Motivasi (Alumni Rakan Masjid) mendoakan agar adik Adib Aiman terus dipelihara Allah dan sembuh dengan segera. Kepada ahli keluarga Adib, semoga terus bersabar dengan ujian yang menimpa ini dan sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar.

10. Sebagai ikitibar dan peringatan kepada yang masih sihat, ingatlah sabda Junjungan : 
"Rebutlah peluang 5 perkara sebelum datang 5 perkara yang lain, 
1. Masa muda mu sebelum datangnya hari tua
2. Masa sihat mu sebelum engkau dilanda sakit
3. Masa kaya mu sebelum engkau jatuh papa
4. Masa lapang mu sebelum datangnya waktu sibuk 
5. Masa hidup mu sebelum datangnya saat kematian


Muhamad Adib Aiman Bin Md Noh


Walaupun ujian yang diterima hebat, namun ayah kepada Adib tetap tenang dan mampu untuk terus berfikiran positif.


Labels: ,


Baca Lagi!

Gambar Ekslusif Rakan Masjid UTP sempena ijtimak Sanawi

Setelah mendapat permintaan daripada beberapa sahabat yang mahu melihat gambar-gambar kepimpinan Rakan Masjid yang lalu, maka ana telah berusaha mencarinya dan Alhamdulillah, inilah gambarnya.

Saf kepimpinan muslimat Rakan Masjid UTP 2010/2011, tunduk ke bawah menginsafi beratnya amanah


Saf kepimpinan muslimin Rakan Masjid UTP 2010/2011. Turut tunduk merendah diri.


Inilah barisan kepimpinan yang meletakkan "da'wah sebagai laku utama"


Kegembiraan jelas terpancar di barisan exco Rakan Masjid 2009/2010 yang telah melepas beban.. Eh, yang di sebelah kanan sekali tu, tengah menangis ke tu? (^_^)


Alhamdulillah, selesai jua amanah yang diberikan kepada kami.


Posing istimewa untuk semua warga UTP dari Rakan Masjid 2009/2010


dan.... gambar yang dinanti-nantikan....

.
..
...
....
....
.....
........

inilah dia...

PRESIDEN RAKAN MASJID UTP 2010/2011

AKHI MOHAMAD HAFIZI BIN ZAKARIA


Ucapan yang begitu bersemangat.. 3 bahasa sekaligus mampu diungkapkan... hebat!

Labels: , ,


Baca Lagi!

Monday, April 19, 2010

Second post untuk tanzim Rakan Masjid


Dalam satu program Rakan Masjid di Masjid Lama,UTP.

1. Setelah di cari dalam beberapa blog, Alhamdulillah berjumpa juga dengan tanzim penuh Rakan Masjid sesi 2010/2011.

Majlis Tertinggi

Presiden
MOHAMAD HAFIZI B ZAKRIA

Timbalan Presiden
ZAIYINUL AIN B ZAINAL RAFIT

Naib Presiden I
NURHAZINI BT AWANG

Naib Presiden II [Pengerusi HELWI]
NUR ZAHIRAH ZULHAIMI

Setiausaha I
MOHD FADHLI B SAYUTI

Setiausaha II
ROSE AMIRA BTE KARIM

Bendahari I
SHAFIQ B MOHAMMAD NOR

Bendahari II
NURULAIN BTE GHAZALI

Ketua Penerangan & Perhubungan Awam
HARITH HASYIMI BIN HISHAMUDIN

Masul Lajnah Tarbiyah & Kepimpinan
MUHAMMAD BIN ABDULHADI

Masul Lajnah Strategi & Dakwah
SYED AHMAD SYED ALI

Majlis Eksekutif

Masulah Lajnah Tarbiyah & Kepimpinan
MAZIAH BTE ABU MUKHTAR

Masulah Lajnah Strategi & Dakwah
NURNAZIHAH BINTI AZIZ

Masul Lajnah Rekreasi, Keseniaan & Kebudayaan
ZUL AIMAN BIN ZULKIFLI

Masulah Lajnah Rekreasi, Keseniaan & Kebudayaan
NURUL AQIDAH BT SAIFUDDIN

Masul Lajnah Kebajikan & Perpaduan
MOHAMMAD ILHAM BIN MAT HUSSIN

Masulah Lajnah Kebajikan & Perpaduan
SITI MAISARAH BINTI SEWANDI

Masul Lajnah Akademik & Pembangunan Insan
MUHAMMAD IDHAM BIN SAULI

Masulah Lajnah Akademik & Pembangunan Insan
NORISMALINA BTE ISHAK

Masul Lajnah Ekonomi & Keusahawanan
MOHD YAZID B ROSLI

Masulah Lajnah Ekonomi & Keusahawanan
NORATIKAH BT SAMSUDIN

Masul Lajnah Informasi & Multimedia
ABDUL AZIM B TALIB

Masulah Lajnah Informasi & Multimedia
NURUN NAZAHAH BT MOHD MAZWIL

Masul Tanzim Jabatan Nuqaba
NIK MUHAMMAD ARIF BIN NIK MAN

Masulah Tanzim Jabatan Nuqaba
NURHAFIZAH BINTI MAZUKI

Masul Lajnah Antarabangsa
MOHAMMAD FAIZE B KHOLIK

Masulah Lajnah Antarabangsa
CHIMA ISMAEL HASSAN

Timbalan Pengerusi HELWI
NUR SYAFIQAH BT MOHD NAJIB


2. Jujurnya, presiden Rakan Masjid yang baru ini bakal memikul tanggungjawab yang amat berat.

3. Bukan sahaja perlu mengekalkan momentum yang cukup tinggi yang ditinggalkan oleh Akhi Akram Ismail dan rakan-rakannya, namun juga Akh Hafizi bakal berdepan dengan Internship / Praktikal semasa semester kedua pemerintahannya nanti.

4. Beberapa minggu sebelum muktamar, perkara ini pernah di bawa berbincang dengan ana. Adakah boleh presiden Rakan Masjid dilantik dari kalangan bukan tahun akhir dan dari batch yang akan pergi berpraktikal semasa semester kedua.

5. Persoalan yang dibawa kepada ana untuk perbincangan itu sekaligus telah menyebabkan ana sudah dapat mengagak Hafizi akan dinaikkan menjadi Presiden. Apatah lagi dengan rekod baiknya semasa memegang tampuk Project Manager bagi Heart For Islam dan event baru Interfaith Dialogue, sudah semestinya Hafizi menjadi calon 'Favourite' untuk diketengahkan.

6. Jawapan ana sangat pesimis sewaktu itu. Ana katakan cadangan menaikkan presiden dari kalangan batch yang akan berpraktikal semasa semester kedua akan merencatkan dan melembabkan gerak kerja.

7. Apatah lagi dengan pengalaman ana semasa di bawah 3 presiden, Akh Aripiajo, Akh Ariff Shah dan Akh Amir Fadhli, semuanya mencatatkan rekod semester pertama pemerintahan yang penuh dengan sendu dan kekalutan. Bahkan semasa ana menjadi presiden juga, ternyata masih lagi tidak dapat mengubah suasana itu. Dan melalui pemerhatian secara langsung ana, Akram juga turut mengalami masalah yang sama. Keserasian gerak kerja semasa di semester pertama pemerintahan.

8. Lalu, kesibukan untuk mengatur lajnah, merancang stratergi, mencipta idea baru dan pelbagai lagi wawasan yang dijana semasa semester pertama semestinya merencatkan keserasian antara ajk, dan untuk rekod, semuanya hanya dapat diatasi semasa berada di semester kedua pemerintahan.

9. Namun, ana masih lagi mengatakan cadangan untuk menaikkan presiden yang tidak akan berada di kampus semasa semester kedua boleh dilaksanakan. Namun dengan syarat yang cukup ketat.

10. Presiden itu harus cepat dan cekap membina pasukan yang kuat!

11. Kekuatan sesuatu pasukan bukan sahaja terletak di bahu Presiden. Semua ajk turut memainkan peranan yang penting. Namun, untuk memastikan perkara itu berlaku, ia mengambil masa dan komitmen semua pihak.

12. Kepimpinan Rakan Masjid yang baru dilantik hendaklah segera mengatur langkah. Jangan wujudkan buffer zone yang terlalu panjang. 

13. Ana akui, bilamana Presiden yang dilantik adalah di kalangan mereka yang berada di praktikal pada waktu ini seperti mana zaman Akhi Amir Fadhli, ana sendiri dan Akhi Akram, kami mengalami kesukaran untuk berulang alik ke kampus sebaik sahaja dinaikkan menjadi Presiden. Ini kerana sesi peralihan kuasa berlaku pada bulan lima dan praktikal hanya selesai pada bulan tujuh. Kesannya, hanya selepas 2 bulan dilantik (iaitu semasa habis tempoh berpraktikal), barulah kami dapat bertemu dengan barisan exco yang dilantik.

14. Sesungguhnya buffer zone 2 bulan itu terlalu lama. Sebaik sahaja kampus dibuka untuk pengajian semester Julai, agenda dakwah sudah masuk ke tempoh perlaksanaan sedangkan pada waktu yang sama kami masih lagi terkial-kial merancang score card, membina takwim, mengadakan brainstorming dan menyusun atur tanzim.

15. Maka nasihat ana kepada Akhi Hafizi dan seluruh saf MTME Rakan Masjid yang baru dilantik : Gunakan setiap masa yang ada dengan baik dan optimum. Langkah engagement dengan semua pihak perlu diaturkan segera. Majlis pengenalan diri dengan Management boleh dibuat seawal minggu hadapan. Sessi taaruf diri juga sudah sepatutnya diletakkan dalam Quadrant Urgent dan Important checklist. Perancangan setiap lajnah juga sudah boleh bermula dari sekarang.

16. Semoga tanzim Rakan Masjid sesi 2010/2011 ini akan lebih maju kehadapan. 

Perlantikan mu dirai, kehebatan mu dinanti.

Labels:


Baca Lagi!

Sunday, April 18, 2010

Saf Kepimpinan Rakan Masjid 2010/2011

Dalam satu forum mewakili Rakan Masjid UTP.


1. Akhirnya, debaran untuk mengetahui tanzim kepimpinan Rakan Masjid sesi 2010/2011 berakhir.

2. Dengan tamatnya sesi Ijtimak Sanawi Rakan Masjid menjelang Asar tadi, bererti era kepimpinan Akhi Akram Ismail telah berakhir.

3. Kini baton itu telah bertukar tangan. Alhamdulillah, nama-nama yang naik bagi mengisi kerusi-kerusi panas Rakan Masjid ini bukan calang-calang orangnya.

4. Ini adalah tanzim yang terkini Rakan Masjid bagi sesi 2010/2011. Selamat menjalankan amanah dengan penuh tanggungjawab dan berdedikasi. Selamat beramal~

Presiden : Hafizi
Timbalan Presiden : Zaiyinul Ain
Naib Presiden 1 : Nor Hazini Awang
Naib Presiden 2 : Hazirah
Setiausaha 1: Fadzli
Setiausaha 2 : Rose Amira
Bendahari 1 :Syafiq Nor
Bendahari 2 : Ain Ghazali
Masul Lajnah Tarbiah Kepimpinan : Mohd Abdul Hadi
Lajnah Siasah Dakwah : Syed Muhammad

*Maaf, full name tak dapat disertakan sekali kerana kekurangan maklumat yang sohih. Tapi rasanya warga kampus UTP amat arif dengan nama-nama individu di atas ini. (^_^)

Labels:


Baca Lagi!

Saturday, April 17, 2010

Konsert lagi (3)

Artikel yang dikarang semasa memegang taklifan selaku 'kuli dakwah' di Rakan Masjid dahulu.

Jom santap~
=========================================================================


Kalam Presiden Rakan Masjid 2008/2009
Al-Akh Mohd Hakim Bin Mohd Nor

Bismillahirahmanirahim.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Bersyukur kita pada Allah SWT kerana telah memilih kita dari jutaan hambaNya untuk menerima hidayah Islam dan sinaran nur Iman. Di penghujung bulan Rejab ini, mungkin di kalangan kita sudah mula menghitung hari akan ketibaan bulan Ramadhan. Namun, sebelum Rejab melabuhkan tirai, adalah elok kiranya kita mengambil ibrah@pengajaran dari peristiwa Isra’ dan Mi’raj yang telah berlaku pada 27 Rejab tahun ke 10 kenabian.

Rasulullah s.a.w banyak memberikan peringatan kepada kita dengan menceritakan nasib umat yang melakukan dosa di dunia yang dilihat baginda semasa peristiwa Mi’raj. Ada yang memecahkan kepala berulang kali, ada yang berenang di lautan darah, ada yang menggunting lidahnya sendiri dan banyak lagi. Semua ini diceritakan sebagai satu inzar @ peringatan bahawa segala kerja buat kita didunia ini pasti akan dibalas.

Atas dasar itulah, kita harus menilai kembali setiap perkara yang kita lakukan di muka bumi ini dengan neraca  Iman dan Islam. Kebelakangan ini, kita menyaksikan lambakan ‘event’ secara berleluasa di tanah UTP ini. Pelbagai persatuan dan kelab berusaha menghasilkan ‘event’ yang terbaik dengan bertujuan untuk mencungkil bakat mahasiswa di samping menjadi platform untuk mahasiswa aktif di bidang bukan akademik.

Di pihak Rakan Masjid, kami melihat perkembangan semasa ini merupakan satu budaya yang sihat untuk membuktikan mahasiswa UTP sudah mula merealisasikan misi UTP yang mahu melahirkan graduan yang ‘well rounded’. Namun, di pihak kami turut melahirkan kebimbangan terhadap penganjuran ‘event-event’ berbentuk hiburan yang muncul dalam skala yang makro sejak akhir-akhir ini. Sebagai contoh, semester ini sahaja kita akan disajikan dengan Kembara Sufi, Persembahan semasa Convo Fair dan yang terdekat Symphony Fest. Persoalannya, adakah semua ‘event’ hiburan ini bertepatan dengan kehendak Islam?

Kami di Rakan Masjid sama sekali tidak pernah menolak ‘event’ berbentuk hiburan ini selagi mana penganjurannya berlandaskan lunas-lunas Islam. Atas dasar itu, kami menyeru kepada seluruh mahasiswa UTP yang terlibat dalam menganjurkan waima menyertai ‘event-event’ hiburan ini menilai kembali status ‘halal’ ‘event’ tersebut.


Justeru, kami menyeru untuk kita sama-sama berpegang kepada ijtihad tokoh ulama antarabangsa yang terkemuka , Prof. Dr. Yusof Al-Qordowi dalam memastikan ‘event’ yang dianjurkan selari dengan kehendak Islam. Antara ‘checklist’ yang perlu dipatuhi ialah,
Penyanyi – hendaklah menutup aurat, bukan seorang wanita
Persembahan – terjaga dari segi akhlak & perbuatan, tiada penari wanita
Penonton – terpelihara daripada percampuran antara lelaki & perempuan yg bukan mahram, menjaga akhlak & perlakuan
Lagu/lirik – tidak menaikkan syahwat, tidak memuja manusia secara berlebihan


Sekali lagi kami menegaskan, di pihak Rakan Masjid kami sentiasa terbuka dan berlapang dada dalam penganjuran ‘event-event’ hiburan di UTP ini . Kami bukanlah golongan penghukum tetapi hanya sekadar ingin berkongsi apa yang kami tahu dengan kalian. Jelasnya, pihak kami juga tidak ketinggalan dalam menganjurkan ‘event’ hiburan seperti Kembara Sufi. 

Cumanya, apa yang ingin ditegaskan disini bahawa kami sama sekali tidak akan berkompromi dengan elemen-elemen mungkar yang wujud dalam mana-mana ‘event’ tersebut. Seandainya ‘checklist’ yang telah digariskan oleh Prof. Dr. Yusof Al-Qordowi tadi dipatuhi, tiada masalah di pihak kami untuk menyokong dan menghadiri mana-mana ‘event’ hiburan yang dianjurkan di UTP ini.

Sesungguhnya, risalah ringkas ini hanyalah satu resolusi untuk kita menjentik kembali rasa bertuhan dalam diri kita. Kita sudah semestinya sama sekali tidak mahu terhimpun dalam golongan yang menerima azab yang maha dahsyat seperti mana yang telah disaksikan oleh Rasulullah dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj. Sesungguhnya setiap kerja buat kita samada dalam menganjurkan ataupun menyertai ‘event’ di muka bumi UTP ini pasti akan dihitung oleh Allah. Bersamalah kita bermohon kepada Allah agar meletakkan kita dalam golongan yang mendapat rahmatNya dan bukan murkaNya.

2008

Labels: ,


Baca Lagi!

Wednesday, April 14, 2010

Konsert lagi (1)

"Nak, makanlah pizza ni, sedap tau." pujuk sang ayah.



Si anak menolak. Di mukanya tergambar rasa kegelian. Sedangkan dihadapannya terhidang pizza yang mengiurkan sesiapa yang melihatnya. Tapi hairan, si anak bukan sahaja tidak lalu menjamahnya, melihatnya sahaja sudah rasa memualkan.

"Kenapa ni, makanlah. Penat ayah buat ni tau. Ada keju, kentang, ayam, daging dan juga tuna " sang ayah tidak berhenti memujuk. Di hujung wajahnya tersimpan satu senyuman kecil.

Akhirnya sang anak bersuara, " Tak nak lah ayah. Nampak sedap, tapi tadi adik nampak Ayah masukkan tahi kucing masa nak adunkan doh pizza tue... Eee.. Geli le. Tak selera langsung" si anak menghabiskan bicara sambil memicit hidungnya seolah-olah menahan bau busuk.

Sang ayah hanya menggeleng sambil tersenyum. Di sudut hatinya dia berasa puas.

Lalu dengan perlahan sang ayah mula berbicara memujuk sang anak.

"Nak, sebenarnya inilah yang berlaku bila kita campurkan yang baik dan yang buruk. Yang buruk itu akan  menguasai yang baik".

RAJUK SI ANAK

Si anak mula memasang telinga menunjukkan rasa minat. Baru tadi dia merajuk dua kali. Sekali kerana pizza kegemarannya dicampur dengan najis tahi kucing, satu lagi kerana ayahnya melarangnya pergi ke konsert.  Sebenarnya, sejak awal lagi si anak sudah merajuk. Rajuknya tidak dapat pergi ke konsert cuba diubati dengan masakan istimewa pizza oleh sang Ayah, namun apa yang berlaku ialah sebaliknya. Rajuknya bertambah menjadi dua kali.

Ayahnya melarangnya ke konsert kerana berhujahkan konsert itu ada unsur-unsur maksiat dan lagho. Si anak membantah dengan berhujah bahawa unsur-unsur itu hanya sedikit sahaja dan bukannya pada keseluruhan konsert.

Akhirnya sang Ayah yang penuh hikmah dan bijaksana memujuknya dengan masakan pizza bercampur tahi kucing itu.

"Sebenarnya, pizza ini macam konsert tadilah nak.Memang benar unsur maksiat atau lagho pada konsert itu sedikit, tapi bila dah bercampur, ia akan membusukkan dan menjijikkan keseluruhan konsert seperti yang dilakukan oleh tahi kucing ini" jelas sang ayah lagi.

Si anak mula mengangguk perlahan tanda faham. Pengajaran pada hari ini ialah hak tidak dapat bercampur dengan batil. 

"Krruk" perut si anak berbunyi lapar.

Sang Ayah faham. Lantas di ajaknya ke kedai makan "Jom ke Nasi Lemak Al-Quds".

Labels:


Baca Lagi!

Tuesday, April 13, 2010

Konsert, yang mana satu pilihanku?

"Waa... best ler hujung minggu depan, ada macam-macam konsert" girang sekali Ahmad setelah membaca poster-poster yang ditampal di serata tempat dalam perjalanan ke kelas.

"Konsert apa yang ada minggu nie?" soal Abdul, sahabat baiknya.

"Susah jugak nak sebut bunyi. Eupho.. eupho.. euphonious. Ha, betullah tu, Euphonious. Yu Fo Ni Yos." Ahmad mengingat-ngingat kembali poster yang dibacanya sebentar tadi.



"Kata ada macam-macam, tu baru satu aje. Apa lagi yang ada? " tanya Abdul sambil membelek-belek buku karya Edward De Bono untuk matapelajaran Thinking Skill sementara kehadiran lecturer masuk ke kelas.

"Erm, satu lagi, Kembara Sufi. Dia akan buat di Dewan Canselor UTP. 24 April ni , Sabtu jam 8 malam.," kali ni agak lancar Ahmad menyebutnya. Maklumlah, ditangannya ada flyers kembara sufi tersebut.



"So, ko nak pergi yang mana satu? Dua-dua nampak best aje" tanya Abdul lagi.

Tiba-tiba lecturer masuk ke kelas dan memulakan pelajaran. "Er... Dol, nantilah lepas habis kelas aku jawab ye " Ahmad menumpukan fokus kepada pengajian. Sebetulnya, Ahmad masih lagi belum tahu membuat keputusan, mana yang wajar untuk dia pergi. Euphonious? Kembara Sufi? Kedua-duanya? atau.. tak payah pergi langsung...

Erm... apa jawapannya ya?
.
..
...
....
.....

=========================================================================
FLASHBACK USRAH SEMASA ANA DI UTP DAHULU KALA, RASANYA TAHUN 2006
=========================================================================

HEDONISME

Apa itu hedonisme? Barangkali, sahabat-sahabat yang biasa mengikuti kelas pengajian agama, kuliah, usrah, daurah dan seumpamanya sudah lali mendengar kalimah ini. Namun bagi yang baru berjinak-jinak dengan dunia falsafah keagamaan, hedonisme mungkin satu istilah yang agak janggal.

Dalam satu usrah ana, ana pernah disoal oleh anak usrah mengenai idealogi. Seingat ana, itu adalah usrah kali kedua, kerana membincangkan topik pertama iaitu akidah. Biasanya, bilamana ana memegang usrah, usrah kali pertama hanya dihabiskan dengan sesi taaruf (suai kenal) sahaja sambil makan-makan. Agenda makan-makan yang penting sebenarnya. Huhu.. Hari ini orang istilahkan sebagai group binding. Apa-apa sahajalah. Yang penting, kenyang dan riang.. (^_^)..

Soal anak usrah ana, Phidot. "Abang hakim, macamana nak kenal pasti ianya adalah satu ideologi bila kita melihat kepada sesuatu perkataan?"

Dalam berusrah, ana menetapkan pantang larang tertentu. Antaranya, pantang bagi ana selaku naqib menguasai majlis dan seorang diri membolot peluang bersuara. Usrah bukanlah tetap menadah kitab. Ia adalah tempat untuk mencambah fikrah. Bagaimana fikrah boleh bercambah jika pandangan dan suara tidak dilontarkan. Lalu, setiap kali usrah, ana akan pastikan anak-anak usrah ana bersuara, dan kaedah paling mudah ialah dengan membiarkan mereka mengajukan soalan, atau ana sendiri yang akan bertanya kepada mereka.

Hari itu soalan yang diajukan agak ringkas. Maka ana cuba untuk menjawab seringkas mungkin , "Cuba nta ambil satu perkataan dan lihat di hujung perkataan tersebut. Bilamana dihujung perkataan itu tercantumnya perkataan 'ism' ataupun dalam bahasa melayu lebih kerap menggunakan perkataan 'isme',  maka itulah perkataan yang mewakili sesuatu ideologi."

"Ooo, macam tu rupanya. Erm, tapi Abang Hakim, isme ni apa ye?" soal anak usrah yang lain, Ipe  menunjukkan minat kepada topik yang dibincangkan.

Ana senyum gembira bila melihat anak usrah mula untuk bersoal jawab dalam usrah. Ya, inilah yang patut diamalkan oleh para naqib. Hidupkan usrah dengan budaya berfikir dan ianya boleh bermula dengan soalan-soalan ringkas dari anak usrah.

"Erm, kalau nak dihurai secara saintifik, mungkin berjela jela panjang. Tapi nak bagi mudah faham, isme ini adalah pemikiran." ana menghuraikan sedikit demi sedikit. 

"Dan bilamana isme/pemikiran dicampur dengan sesuatu didepannya, ia merujuk kepada pemikiran mengikut gaya perkataan tersebut. Sebagai contoh, jika berideologi sekular, maka ia disebut sebagai sekularisme. Begitulah seterusnya bagi yang lain seperti liberalisme, femeninisme, pluralisme, pragmatisme, sosialisme, dan pelbagai lagi."

""Wah, banyaknya. Pening kepala ana gini. Tak faham langsung maksud semua perkataan tu. Sekularisme pernah le dengar." anak usrah ana yang lain, Haeqal menggaru kepalanya yang tak gatal.

Ana tersenyum lucu melihat gelagat anak-anak usrah.

"Nak lagi pening tak? Walaupun semua isme itu berbeza, tapi sebenarnya semuanya sama"

"Waa.. ini betul-betul pening ni. Kena tampal koyok ramai-ramai kat kepala le lepas usrah ni. Huhu" gurau anak usrah ana syafiq a.k.a bart.

Kami semua tertawa kecil. 

"Jadi abang Hakim, apa yang samanya? " soal Zaim , ketua usrah yang amat berdedikasi.

"Semuanya adalah ciptaan manusia. Ianya hendaklah ditolak kerana bukan datang dari Allah. Kita menolaknya agar akidah kita terpelihara dan tidak terpesong." jawab ana ringkas.

Maka anak usrah ana masing-masing melopong bibir sambil mengeluarkan bunyi oooo. (^_^)

"Dalam banyak-banyak tu, ana nak sentuh mengenai satu ideologi malam ni, Hedonisme." ana menyambung bicara. Anak-anak usrah ana mula mengeluarkan buku catatan masing-masing.

"Menurut Tuan Haji Dr Google melalui kata kunci 'define : hedonism',  kita akan berjumpa dengan  pelbagai jawapan yang tidak serupa namun maksudnya sama, iaitu pleasure = keseronokan. Dengan kata yang lebih mudah difahami, satu bentuk pemikiran yang mementingkan hiburan dan keseronokan semata-mata." 

"Dalam erti kata mudah, kehidupan yang asyik nak berseronok sahaja, nak berhibur aje, dan.. nak berkonsert aje" ana mulakan langkah awal memancing perhatian.

"Konsert pun kira hedonisme ke Abang Hakim. So, tak boleh pergi konsert langsung la kan?" Izzu bertanya dengan penuh semangat.(Fakta : Izzu memang terkenal orang yang sangat bersemangat , di kemudian hari, dia menjadi Exco Welfare MPPUTP dan melakukan banyak perubahan kerana semangatnya yang tinggi.)

Yes. Pancing dah mengena. Ana tersenyum girang.

"Ops, nanti dulu, jangan cepat melompat kepada keputusan. Jom kita nilai dahulu, mana konsert yang boleh kita pergi, dan mana yang perlu kita hindarkan. Dan semestinya, berhibur itu tiada salahnya, kerana hiburan itu indah, cuma pabila salah memilihnya, membuat kita jadi bersalah" ana menghabiskan ayat sambil menyanyikan petikan lagu dari kumpulan Nasyid Raihan. 

"Alamak, ni kena import Abang Hakim join kumpulan nasyid Jannisari ni. huhu" usik syafiq a.k.a Anggur. Hai, macam perli pulak anak usrah ana yang sorang ini. Layan~ (Fakta: Kumpulan Nasyid Jannisari adalah dianggotai oleh anak usrah ana dan tidak pernah memenangi sebarang kejohanan walaupun banyak kali masuk pertandingan nasyid, mungkin sebab naqibnya tak join bersama.. huhu)

"Jom kita listkan apa perkara yang boleh dan tak boleh bila berkonsert. Bakri, cuba nta keluarkan pandangan" . (Fakta :Bakri adalah antara anak usrah ana yang brilliant. Baru-baru ini Bakri telah terpilih wakili UTP ke persidangan mahasiswa kebangsaan di Genting selain pernah mengambil keputusan berani berpraktikal di Sudan)

"Ana cuba ye Abang Hakim.

1. Lirik Lagu

2. Artis

3.Waktu

4. Penonton

"

"Cuba nta huraikan apa yang Bakri bagitahu tu Jime" ana menguji wehdatul fikr antara anak usrah. Sebenarnya, sebelum usrah, mereka telah diberikan homework untuk mengkaji mengenai konsert. Cuma tak pula diberitahu ianya di bawah topik hedonisme.

Jime yang terkenal dengan sifat wara dan penuh ciri-ciri ulama menjawab "

1. Lirik Lagu
- Lirik lagu yang dipilih oleh penyanyi mestilah tidak melalaikan dan tiada unsur-unsur syirik, pemujaan wanita dan kebendaan dan merosakkan akidah.

2. Artis
- Artis wanita tidak boleh menyanyi dihadapan penonton lelaki kerana suara mereka aurat
- Arits lelaki dan wanita juga tidak boleh melakukan persembahan jika aurat mereka sendiri terdedah kerana ianya akan menjadi contoh kepada penonton
- Artis tidak boleh mengeluarkan kata-kata lucah, kurang sopan semasa membuat persembahan
- Artis hendaklah menunjukkan akhlak yang mulia sebagai orang Islam dan tidak terkinja-kinja melompat dan melalak di atas pentas.

3. Waktu
- Waktu persembahan hendaklah tidak dibuat semasa waktu solat seperti pada jam 7 malam, sedangkan waktu itu adalah waktu untuk solat maghrib. Penganjur hendaklah menghormati waktu solat

4. Penonton
- Penonton lelaki dan wanita hendaklah dipisahkan. Tidak boleh bercampur antara satu sama lain. 
- Jika boleh, sediakan tiga tempat berbeza. Untuk lelaki , untuk wanita dan juga untuk keluarga. "

Panjang lebar jime huraikan. Padanlah rakan-rakanya menggelarkannya ulama.  "Ahsanta. Mumtaz!Apa yang nta huraikan semua benar" ana memuji Jime sepadan dengan jawapannya yang bernas.

"Erm, abang hakim, kesimpulannya macam mana ni. Boleh ke tidak berkonsert ni?" celah Ipe memohon kepastian. (Fakta : Ipe di kemudian harinya pernah dinobatkan sebagai naqib contoh, Alhamdulillah)

"Boleh dan tidak boleh." jawab ana.

"Ah sudah.. mula pening balik" sambung Syafiq aka Bart sambil disambut dengan ketawa kecil dari sahabat-sahabat. Syafiq memang terkenal dengan kehebatannya menghidupkan suasana usrah dengan gurauan-gurauan ilmiah dan melucukan.

Sengaja ana berikan jawapan yang contradict begitu. Dari awal lagi ana merancang untuk membuat kesimpulan ini. Namun ia perlukan masa. Dan masanya sudah tiba. 

"Begini, cuba kita ambil semula hujah-hujah yang jime keluarkan tadi dan suaikan dengan  concert yang akan tiba di UTP ini. Mana yang kena, maka bolehlah pergi, mana yang tak kena, tak bolehlah pergi" sambil ana merujuk kepada program Euphonious dan Kembara Sufi yang dianjurkan di UTP.

"Tapi, abang Hakim kan dah lama duduk di UTP ni, senang abang bagitahu aje le mana yang perlu kami pergi, mana yang tak perlu kami pergi" Haeqal membuat kesimpulannya sendiri. Ana tersenyum. Haeqal memang dikenali sebagai seorang yang pakar menyelesaikan masalah. Orangnya cool sahaja. Tapi, sangat hebat bila mula berbicara.

"Kalau ana, sudah tentu ana promote ke Kembara Sufi, dan sudah tentunya antum semua faham kenapa ana hanya promote KS sahaja... tidak yang lain" jawab ana mengakhiri usrah malam itu.

"Faham abang Hakim. Sebab hujah-hujah Ustaz Jime tadi kan?"  sahut anak usrah anak beramai-ramai sambil ketawa mengusik Jime. Phidot le yang paling kuat ketawa malam itu. Ana hanya tersenyum gembira melihat mereka.

=========================================================================
KEMBALI SEMULA KE TAHUN 2010
=========================================================================
"Eh Ahmad, kelas dah habis ni, macamana , dah buat keputusan belum? " soal Abdul.

"Keputusan apa ni?" Ahmad bertanya semula.

"La ko ni, cepat sangat lupa. Keputusan nak pergi konsert yang mana satu, Euphonious ke, Kembara Sufi ke, dua-dua sekali ke, atau tak pergi langsung?" ulang Abdul sedikit memerli sikap pelupa sahabat karibnya itu.

"Ooo.. ntah le. aku pun tak tahu lagi. Nantilah aku tanya abang naqib aku. Malam ni aku ada usrah. Naqib aku ni memang best, macam ustaz ko tahu. Aku ikut aje apa naqib aku sarankan nanti." terang Ahmad dengan bangga

"Ye ke. Hurm... siapa ye naqib ko tu? Abdul bertanya penuh kekaguman.

"Abang Jime". ringkas jawapan Ahmad.



p/s : karya diatas adalah separa fiksyen dan diolah supaya pembaca memahami untuk memilih konsert yang berlandaskan syariat Islam. Hujah-hujah yang dikemukan oleh "Ustaz Jime" boleh dirujuk sini, di sini dan di sini. Moga ada manfaatnya dari perkongsian ringkas ini.



Labels: , ,


Baca Lagi!