Monday, May 24, 2010

Tribute to 'adik-adik' intake July 05 yang akan grade


Saat-saat akhir semasa di zaman undergraduate. Berakhir sesudah presentation Final Year Project 2.

1. Bulan ini ana akan menyaksikan sekali lagi satu lagi batch meninggalkan bumi UTP ini. Kali ini batch July 05 pula. Kebanyakkan mereka hanya tinggal satu dua paper sahaja lagi. Dan kebiasaannya, presentation FYP akan menjadi ucapan selamat tinggal kepada dunia kampus. Ana pernah merasainya setahun yang lepas. Kini, batch July 05 ini pula yang akan mengalaminya.

2. Secara peribadi, batch ini banyak menyimpan rekod yang tersendiri buat ana. Semuanya manis dan indah jika dikenang semula.

3. Antara yang paling tak dapat dilupakan ialah, batch July 05 ini telah medan pertama ana memegang usrah a.k.a smart group di UTP.

4. Pada waktu itu, ana baru sahaja menjadi warga 1st Year 1st Semester dan naqib termuda bagi batch kemasukan July 05. Semestinya keadaan itu amat membimbangkan ana. Apatalah lagi, ana diamanahkan pula untuk memegang usrah yang diklasifikasikan sebagai grad A @ hebat-hebat belaka. Yang lebih memberatkan pemikiran ana ialah, kami semua sebaya. Namun, ana terima jua amanah itu dan alhamdulillah, Allah berikan kekuatan untuk menjalankannya dengan baik.

5. Permulaannya agak kekok juga, namun Alhamdulillah, mereka semua memberikan komitmen yang baik semasa berusrah. Aktiviti halaqah di masjid seringkali disertai dengan makan-makan di kafe, ziarah di bilik dan yang paling tidak dilupakan, rehlah di Ulu Chepor. Ukhuwwah yang tertaut begitu indah dirasai.

6. Ana juga sempat memberikan peluang kepada anak usrah ana ini untuk mengelolakan satu program khas yang ajknya mereka sendiri iaitu Tunas Harapan dan Alhamdulillah, berjaya mencungkil bakat kepimpinan yang hebat dari dalam diri mereka. Kesannya, mereka telah lahir menjadi individu yang hebat dan lincah beraksi dalam pentas dakwah kampus.

7. Antara individu mantap dan hebat yang lahir dari usrah ana ialah Akh Akram (mantan Presiden Rakan Masjid), Akh Anuar (mantan Masul Lajnah Siasah dan Dakwah Rakan Masjid), Akh Syazwan, (mantan MT Youth Entrepnoues Club), Akh Halim (mantan MT Sekretariat Rakan Muda) dan ramai lagi.

8. Termasuk juga dalam list anak usrah dalam batch July 05 ialah mereka yang bersama-sama dalam usrah Khas Lajnah Tarbiyah Rakan Masjid. Usrah ini dibentuk ketika ana diamanahkan menjadi Masul Lajnah pada 2nd year 1st semester. Dengan izin Allah, dari kelompok usrah yang kecil ini , ianya juga telah melahirkan individu yang berjiwa besar dan mantap.

9. Antara anak usrah ana dalam usrah khas ini ialah Akh Syahmi (mantan Presiden MPP), akh Zaman (penulis blog zamankini), akh Nik Afifi dan Akh Hadi (mantan Presiden Sekretariat Rakan Muda) .

10. Alhamdulillah, mereka semua telah berjaya mengharungi zaman undergraduate dengan gemilang. Bukan sahaja semuanya aktif dalam kokurikulum dengan memegang post-post penting, bahkan turut cemerlang dalam akademik.

11. Sesungguhnya usrah melahirkan output. Kepada adik-adik kemasukan baru May 10 , sertailah usrah/smart group yang dianjurkan oleh Rakan Masjid, kerana ianya dengan izin Allah, mampu menjadikan adik-adik sebagai insan hebat dan bermanfaat untuk orang lain. Dan kepada yang masih dan sedang berusrah/ ber smart group, teruskanlah istiqamah dengan halaqah masing-masing, semoga Allah membuka jalan kepada anda untuk menjadi individu yang bermanfaat kepada ummah.

10. Kepada anak-anak usrahku sekalian, selamat bergraduasi. Kalian telah membuktikan bahawa kalian ini mampu berpencak dengan hebat di alam kampus ini, marilah mengekalkan momentum yang baik itu kepada gelanggang di luar ini pula. Semoga kita terus menjadi benteng yang paling kukuh dalam mempertahanakan agamaNya. Insya Allah.
Posted by Picasa

 3 Comments:

At May 24, 2010 at 9:42 AM, Blogger Unknown said...

"name sye xde =P"

 
At May 24, 2010 at 9:46 AM, Blogger Hakim Mohd Nor said...

"masa menulis post ini, memang terfikir untuk includekan sekali pengalaman bersama dengan muslimat july05 yang hebat-hebat belaka macam

1. raihana
2. dhamina
3. roza
4. khadijah
5. melateee
6. istiazah
7. umi najwa
8. dan ramai lagi...

cumanya kali ini ana fokuskan kepada anak-anak usrah ana dahulu.. insya allah jika ada kesempatan, next pos menanti..

jangan bimbang raihana, you are iron lady in my list.... (^_^)"

 
At June 12, 2010 at 6:49 AM, Blogger AHMAD said...

"Jan 06 sem depan pula.

P.S. A driver could go further than an iron followed by a putter."

 

Post a Comment

Terima kasih atas komentarnya ^_^

<< Home