Tuesday, April 13, 2010

Konsert, yang mana satu pilihanku?

"Waa... best ler hujung minggu depan, ada macam-macam konsert" girang sekali Ahmad setelah membaca poster-poster yang ditampal di serata tempat dalam perjalanan ke kelas.

"Konsert apa yang ada minggu nie?" soal Abdul, sahabat baiknya.

"Susah jugak nak sebut bunyi. Eupho.. eupho.. euphonious. Ha, betullah tu, Euphonious. Yu Fo Ni Yos." Ahmad mengingat-ngingat kembali poster yang dibacanya sebentar tadi.



"Kata ada macam-macam, tu baru satu aje. Apa lagi yang ada? " tanya Abdul sambil membelek-belek buku karya Edward De Bono untuk matapelajaran Thinking Skill sementara kehadiran lecturer masuk ke kelas.

"Erm, satu lagi, Kembara Sufi. Dia akan buat di Dewan Canselor UTP. 24 April ni , Sabtu jam 8 malam.," kali ni agak lancar Ahmad menyebutnya. Maklumlah, ditangannya ada flyers kembara sufi tersebut.



"So, ko nak pergi yang mana satu? Dua-dua nampak best aje" tanya Abdul lagi.

Tiba-tiba lecturer masuk ke kelas dan memulakan pelajaran. "Er... Dol, nantilah lepas habis kelas aku jawab ye " Ahmad menumpukan fokus kepada pengajian. Sebetulnya, Ahmad masih lagi belum tahu membuat keputusan, mana yang wajar untuk dia pergi. Euphonious? Kembara Sufi? Kedua-duanya? atau.. tak payah pergi langsung...

Erm... apa jawapannya ya?
.
..
...
....
.....

=========================================================================
FLASHBACK USRAH SEMASA ANA DI UTP DAHULU KALA, RASANYA TAHUN 2006
=========================================================================

HEDONISME

Apa itu hedonisme? Barangkali, sahabat-sahabat yang biasa mengikuti kelas pengajian agama, kuliah, usrah, daurah dan seumpamanya sudah lali mendengar kalimah ini. Namun bagi yang baru berjinak-jinak dengan dunia falsafah keagamaan, hedonisme mungkin satu istilah yang agak janggal.

Dalam satu usrah ana, ana pernah disoal oleh anak usrah mengenai idealogi. Seingat ana, itu adalah usrah kali kedua, kerana membincangkan topik pertama iaitu akidah. Biasanya, bilamana ana memegang usrah, usrah kali pertama hanya dihabiskan dengan sesi taaruf (suai kenal) sahaja sambil makan-makan. Agenda makan-makan yang penting sebenarnya. Huhu.. Hari ini orang istilahkan sebagai group binding. Apa-apa sahajalah. Yang penting, kenyang dan riang.. (^_^)..

Soal anak usrah ana, Phidot. "Abang hakim, macamana nak kenal pasti ianya adalah satu ideologi bila kita melihat kepada sesuatu perkataan?"

Dalam berusrah, ana menetapkan pantang larang tertentu. Antaranya, pantang bagi ana selaku naqib menguasai majlis dan seorang diri membolot peluang bersuara. Usrah bukanlah tetap menadah kitab. Ia adalah tempat untuk mencambah fikrah. Bagaimana fikrah boleh bercambah jika pandangan dan suara tidak dilontarkan. Lalu, setiap kali usrah, ana akan pastikan anak-anak usrah ana bersuara, dan kaedah paling mudah ialah dengan membiarkan mereka mengajukan soalan, atau ana sendiri yang akan bertanya kepada mereka.

Hari itu soalan yang diajukan agak ringkas. Maka ana cuba untuk menjawab seringkas mungkin , "Cuba nta ambil satu perkataan dan lihat di hujung perkataan tersebut. Bilamana dihujung perkataan itu tercantumnya perkataan 'ism' ataupun dalam bahasa melayu lebih kerap menggunakan perkataan 'isme',  maka itulah perkataan yang mewakili sesuatu ideologi."

"Ooo, macam tu rupanya. Erm, tapi Abang Hakim, isme ni apa ye?" soal anak usrah yang lain, Ipe  menunjukkan minat kepada topik yang dibincangkan.

Ana senyum gembira bila melihat anak usrah mula untuk bersoal jawab dalam usrah. Ya, inilah yang patut diamalkan oleh para naqib. Hidupkan usrah dengan budaya berfikir dan ianya boleh bermula dengan soalan-soalan ringkas dari anak usrah.

"Erm, kalau nak dihurai secara saintifik, mungkin berjela jela panjang. Tapi nak bagi mudah faham, isme ini adalah pemikiran." ana menghuraikan sedikit demi sedikit. 

"Dan bilamana isme/pemikiran dicampur dengan sesuatu didepannya, ia merujuk kepada pemikiran mengikut gaya perkataan tersebut. Sebagai contoh, jika berideologi sekular, maka ia disebut sebagai sekularisme. Begitulah seterusnya bagi yang lain seperti liberalisme, femeninisme, pluralisme, pragmatisme, sosialisme, dan pelbagai lagi."

""Wah, banyaknya. Pening kepala ana gini. Tak faham langsung maksud semua perkataan tu. Sekularisme pernah le dengar." anak usrah ana yang lain, Haeqal menggaru kepalanya yang tak gatal.

Ana tersenyum lucu melihat gelagat anak-anak usrah.

"Nak lagi pening tak? Walaupun semua isme itu berbeza, tapi sebenarnya semuanya sama"

"Waa.. ini betul-betul pening ni. Kena tampal koyok ramai-ramai kat kepala le lepas usrah ni. Huhu" gurau anak usrah ana syafiq a.k.a bart.

Kami semua tertawa kecil. 

"Jadi abang Hakim, apa yang samanya? " soal Zaim , ketua usrah yang amat berdedikasi.

"Semuanya adalah ciptaan manusia. Ianya hendaklah ditolak kerana bukan datang dari Allah. Kita menolaknya agar akidah kita terpelihara dan tidak terpesong." jawab ana ringkas.

Maka anak usrah ana masing-masing melopong bibir sambil mengeluarkan bunyi oooo. (^_^)

"Dalam banyak-banyak tu, ana nak sentuh mengenai satu ideologi malam ni, Hedonisme." ana menyambung bicara. Anak-anak usrah ana mula mengeluarkan buku catatan masing-masing.

"Menurut Tuan Haji Dr Google melalui kata kunci 'define : hedonism',  kita akan berjumpa dengan  pelbagai jawapan yang tidak serupa namun maksudnya sama, iaitu pleasure = keseronokan. Dengan kata yang lebih mudah difahami, satu bentuk pemikiran yang mementingkan hiburan dan keseronokan semata-mata." 

"Dalam erti kata mudah, kehidupan yang asyik nak berseronok sahaja, nak berhibur aje, dan.. nak berkonsert aje" ana mulakan langkah awal memancing perhatian.

"Konsert pun kira hedonisme ke Abang Hakim. So, tak boleh pergi konsert langsung la kan?" Izzu bertanya dengan penuh semangat.(Fakta : Izzu memang terkenal orang yang sangat bersemangat , di kemudian hari, dia menjadi Exco Welfare MPPUTP dan melakukan banyak perubahan kerana semangatnya yang tinggi.)

Yes. Pancing dah mengena. Ana tersenyum girang.

"Ops, nanti dulu, jangan cepat melompat kepada keputusan. Jom kita nilai dahulu, mana konsert yang boleh kita pergi, dan mana yang perlu kita hindarkan. Dan semestinya, berhibur itu tiada salahnya, kerana hiburan itu indah, cuma pabila salah memilihnya, membuat kita jadi bersalah" ana menghabiskan ayat sambil menyanyikan petikan lagu dari kumpulan Nasyid Raihan. 

"Alamak, ni kena import Abang Hakim join kumpulan nasyid Jannisari ni. huhu" usik syafiq a.k.a Anggur. Hai, macam perli pulak anak usrah ana yang sorang ini. Layan~ (Fakta: Kumpulan Nasyid Jannisari adalah dianggotai oleh anak usrah ana dan tidak pernah memenangi sebarang kejohanan walaupun banyak kali masuk pertandingan nasyid, mungkin sebab naqibnya tak join bersama.. huhu)

"Jom kita listkan apa perkara yang boleh dan tak boleh bila berkonsert. Bakri, cuba nta keluarkan pandangan" . (Fakta :Bakri adalah antara anak usrah ana yang brilliant. Baru-baru ini Bakri telah terpilih wakili UTP ke persidangan mahasiswa kebangsaan di Genting selain pernah mengambil keputusan berani berpraktikal di Sudan)

"Ana cuba ye Abang Hakim.

1. Lirik Lagu

2. Artis

3.Waktu

4. Penonton

"

"Cuba nta huraikan apa yang Bakri bagitahu tu Jime" ana menguji wehdatul fikr antara anak usrah. Sebenarnya, sebelum usrah, mereka telah diberikan homework untuk mengkaji mengenai konsert. Cuma tak pula diberitahu ianya di bawah topik hedonisme.

Jime yang terkenal dengan sifat wara dan penuh ciri-ciri ulama menjawab "

1. Lirik Lagu
- Lirik lagu yang dipilih oleh penyanyi mestilah tidak melalaikan dan tiada unsur-unsur syirik, pemujaan wanita dan kebendaan dan merosakkan akidah.

2. Artis
- Artis wanita tidak boleh menyanyi dihadapan penonton lelaki kerana suara mereka aurat
- Arits lelaki dan wanita juga tidak boleh melakukan persembahan jika aurat mereka sendiri terdedah kerana ianya akan menjadi contoh kepada penonton
- Artis tidak boleh mengeluarkan kata-kata lucah, kurang sopan semasa membuat persembahan
- Artis hendaklah menunjukkan akhlak yang mulia sebagai orang Islam dan tidak terkinja-kinja melompat dan melalak di atas pentas.

3. Waktu
- Waktu persembahan hendaklah tidak dibuat semasa waktu solat seperti pada jam 7 malam, sedangkan waktu itu adalah waktu untuk solat maghrib. Penganjur hendaklah menghormati waktu solat

4. Penonton
- Penonton lelaki dan wanita hendaklah dipisahkan. Tidak boleh bercampur antara satu sama lain. 
- Jika boleh, sediakan tiga tempat berbeza. Untuk lelaki , untuk wanita dan juga untuk keluarga. "

Panjang lebar jime huraikan. Padanlah rakan-rakanya menggelarkannya ulama.  "Ahsanta. Mumtaz!Apa yang nta huraikan semua benar" ana memuji Jime sepadan dengan jawapannya yang bernas.

"Erm, abang hakim, kesimpulannya macam mana ni. Boleh ke tidak berkonsert ni?" celah Ipe memohon kepastian. (Fakta : Ipe di kemudian harinya pernah dinobatkan sebagai naqib contoh, Alhamdulillah)

"Boleh dan tidak boleh." jawab ana.

"Ah sudah.. mula pening balik" sambung Syafiq aka Bart sambil disambut dengan ketawa kecil dari sahabat-sahabat. Syafiq memang terkenal dengan kehebatannya menghidupkan suasana usrah dengan gurauan-gurauan ilmiah dan melucukan.

Sengaja ana berikan jawapan yang contradict begitu. Dari awal lagi ana merancang untuk membuat kesimpulan ini. Namun ia perlukan masa. Dan masanya sudah tiba. 

"Begini, cuba kita ambil semula hujah-hujah yang jime keluarkan tadi dan suaikan dengan  concert yang akan tiba di UTP ini. Mana yang kena, maka bolehlah pergi, mana yang tak kena, tak bolehlah pergi" sambil ana merujuk kepada program Euphonious dan Kembara Sufi yang dianjurkan di UTP.

"Tapi, abang Hakim kan dah lama duduk di UTP ni, senang abang bagitahu aje le mana yang perlu kami pergi, mana yang tak perlu kami pergi" Haeqal membuat kesimpulannya sendiri. Ana tersenyum. Haeqal memang dikenali sebagai seorang yang pakar menyelesaikan masalah. Orangnya cool sahaja. Tapi, sangat hebat bila mula berbicara.

"Kalau ana, sudah tentu ana promote ke Kembara Sufi, dan sudah tentunya antum semua faham kenapa ana hanya promote KS sahaja... tidak yang lain" jawab ana mengakhiri usrah malam itu.

"Faham abang Hakim. Sebab hujah-hujah Ustaz Jime tadi kan?"  sahut anak usrah anak beramai-ramai sambil ketawa mengusik Jime. Phidot le yang paling kuat ketawa malam itu. Ana hanya tersenyum gembira melihat mereka.

=========================================================================
KEMBALI SEMULA KE TAHUN 2010
=========================================================================
"Eh Ahmad, kelas dah habis ni, macamana , dah buat keputusan belum? " soal Abdul.

"Keputusan apa ni?" Ahmad bertanya semula.

"La ko ni, cepat sangat lupa. Keputusan nak pergi konsert yang mana satu, Euphonious ke, Kembara Sufi ke, dua-dua sekali ke, atau tak pergi langsung?" ulang Abdul sedikit memerli sikap pelupa sahabat karibnya itu.

"Ooo.. ntah le. aku pun tak tahu lagi. Nantilah aku tanya abang naqib aku. Malam ni aku ada usrah. Naqib aku ni memang best, macam ustaz ko tahu. Aku ikut aje apa naqib aku sarankan nanti." terang Ahmad dengan bangga

"Ye ke. Hurm... siapa ye naqib ko tu? Abdul bertanya penuh kekaguman.

"Abang Jime". ringkas jawapan Ahmad.



p/s : karya diatas adalah separa fiksyen dan diolah supaya pembaca memahami untuk memilih konsert yang berlandaskan syariat Islam. Hujah-hujah yang dikemukan oleh "Ustaz Jime" boleh dirujuk sini, di sini dan di sini. Moga ada manfaatnya dari perkongsian ringkas ini.



Labels: , ,


Baca Lagi!

Thursday, April 1, 2010

Bakri

“Aduh… sakitnya bahu ni. Salah tidur kot” ngomelku keseorangan. Pagi ini ana bangun keletihan. Terasa begitu tegang urat seluruh badan. “Krek, Krup Krap” Ana memulas mulas bahu dengan berhati-hati. Masya Allah, sakit sungguh.

 Ana mencapai jam tangan di dalam kopiah. Memang menjadi kebiasaan ana untuk meletak semua barang-barang yang melekat di badan di dalam kopiah. Cermin mata, jam, cincin, dompet, lebihan duit syiling, buku nota, pen dan sebagainya. Tinggal baju dan seluar aje yang tak diletak bersama. J

9.30 pagi! Allahu. Lewatnya ana bangun!

Sambil mata terpisat-pisat, ana cuba mengingati adakah sudah menyempurnakan solat subuh pagi tadi. Setelah bertanya ke phidot (bilik ana menumpang tidur malam tadi), Alhamdulillah ana dah solat. Cuma tidur semula selepas subuh. Tabiat yang sudah lama ana tinggalkan semenjak selepas puland dari internship. Cuma hari ini mungkin terlalu letih akibat usrah reunion yang habis lewat malam tadi.

Tiba-tiba, ana teringat satu tugasan penting yang meruntun ana untuk tidur di rumah ana usrah ana ini.

Bakri!



Ana bergegas bangkit ke bilik adik Bakri yang merupakan anak usrah ana semenjak dia foundation lagi.  Malam semalam ada usrah reunion. Semua hadir kecuali Bakri dan Syafiq. Ana harus update asbab ketidakhadiran mereka. Walaupun telah dikhabarkan bahawa mereka ada peperiksaan dan perlu mengulangkaji sehinggakan tidak sempat untuk bersama-sama dalam usrah, namun bagi ana, ianya tidak mencukupi untuk mendengar sahaja. Sebagai naqib, ada sesuatu yang lebih penting dari sekadar mendengar khabar ketidakhadiran anak usrah…. Iaitu ziarahi mereka. Ini petua yang ana perolehi sejak dahulu dan memang diamalkan sehinggalah ke 
hari ini.

Hari ini misi rahsia untuk Bakri. Syafiq menanti giliran.

“Test pukul berapa akhi?” sapa ana dengan lembut dan ceria apabila melihat Bakri sedang tekun membuat latihan dan membaca nota di computer di biliknya.

“Eh abang Hakim. Apa khabar? Ana insya allah test jam 12 tengahari ini” balas Bakri agak terkejut dengan kehadiran ana  dan dia kelihatan begitu gembira.

“Owh.. baguslah. Seronok ana tengok nta rajin study” puji ana ikhlas.

Bakri tersipu segan. “Eh tak ada lah rajin. Zaim tu lagi rajin. Hari-hari dia baca buku. Semangat sungguh dia study. Paling kurang 2 jam sehari” Sambil memuji-muji usaha lakad yang diketuai oleh Akhi Kamarul Zaman. Mantap!

Aik.. Main tai chi pulak anak usrahku seorang ini. Tai chi adalah istilah popular yang dipinjam dari kampus sebelah lembah klang yang digunakan untuk mengelakkan diri sendiri dan menjadikan orang lain sebagai sasaran.
Dalam diam. Ana bangga dengan semangat anak-anak usrahku yang rajin study walaupun sudah final year. Zaim adalah ketua usrah yang amat berdedikasi. Roomate dia adalah jime, juga merupakan anak usrahku. Selain itu, phidot, syafiq (anggur) , syafiq (bart) , izzu, ipe dan haeqal pun tidak kurang hebatnya. Mereka semua sangat ‘perform’ dalam bidang masing-masing terutamanya dalam akademik.

Berbalik kepada tujuan utama ana, Bakri. Tiba-tiba tercetus satu idea untuk menambahkan lagi kemesraan antara kami selepas tidak dapat bersama semasa usrah semalam.

“Ow, sakitnya bahu ana ni. Rasa berat sangat bahu kiri ana ni” ana memancing perhatian Bakri. Kebetulan pagi ini memang ana tersalah tidur.

“Eh, abang Hakim sakit ye. Erm, meh ana tolong urutkan” segera Bakri meninggalkan computer dan mencapai minyak panas di atas meja. 

“Adeh deh deh… pelan-pelan sikit urut akh… “ pinta ana sebaik sahaja Bakri mengurut bahu ana. Agak berbakat juga anak usrah ana seorang ini. Nanti bila dah grade, boleh buka kedai urut Islam sementara tunggu dapat offer kerja ini. Ana tersenyum seorang sambil dahi berkerut menahan kesakitan diurut.

Sedang khusyuk Bakri mengurut, ana mulakan operasi.

“Akh, best betul usrah semalam. Rasa seronok sangat. Dapat jumpa ramai-ramai dan berkongsi gembira bersama. Tak kurang juga ada kutuk-mengutuk secara islamik. Haha”

Bakri tergelak. Roomatenya Syeikhul Islam Maulana Yusuf turut tumpang gelak.

“ada ke kutuk-mengutuk secara islamik?” soal Bakri. “Haa.. nak tahu, kena datang le usrah lain kali.” Yes.. pancing dah mengena.

“Bereh abang Hakim. Insya Allah next time kita buat usrah di Gua Tempurung nak tak?”

Ah.. sudah… bukan main excited pulak anak usrah ana seorang ini. Ana tersenyum gembira.

Sakit di bahu tiba-tiba surut serta merta. (^_^)

Labels:


Baca Lagi!