Wednesday, April 21, 2010

Musibah menimpa sahabat di UTP, Muhamad Adib Aiman Bin Md Noh


Sedang berbual-bual bersama ayah kepada Adib Aiman


1. Semalam selepas Asar, ana mewakili Rakan Motivasi iaitu Alumni Rakan Masjid dan beberapa sahabat sempat menziarahi seoarang mahasiswa UTP yang ditimpa kemalangan jalan raya, Muhamad Adib Aiman Bin Md Noh. Rombongan ziarah ini turut disertai oleh Presiden MPPUTP, saudara Hanif Humam dan exconya saudara Baim dan Syed Haq. Mantan Presiden Rakan Masjid, saudara Akram Ismail turut serta dalam ziarah ini.

2. Menurut maklumat yang diterima, beliau yang merupakan intake kemasukan Jan 09 jurusan Kimia baru sahaja selepas menjamu selera bersama rakan-rakan di Manjung. Dikatakan dalam perjalanan pulang, kereta Kancil yang dinaikinya telah terbabas dan melanggar signboard.

3. Kemalangan itu telah menyebabkannya bersama 4 rakannya yang lain telah dikejarkan ke hospital. Dari kalangan rakan-rakannya yang terlibat sama dalam kemalangan itu, Adib mengalami kecederaan yang paling kritikal.

4. Semasa ana berada di Hospital Tengku Bainon Ipoh semalam, ana sempat berbual-bual dengan ayah kepada Adib. 

5. Ayahnya kelihatan begitu tenang walaupun menghadapi ujian yang hebat ini. Dia menceritakan bahawa doktor memaklumkan Adib sedang koma dan selepas seminggu akan mengetahui keputusannya, samada dipanggil menemui Allah ataupun mengalami kecacatan kekal.

6. Pendarahan dalaman di bahagian otak yang melibatkan kehilangan 25% darah menyebabkan doktor meminta supaya semua ahli keluarga dan rakan-rakan yang menziarahi untuk memperbanyakkan doa agar berlaku keajaiban yang dapat menyelamatkan Adib.

7. Semasa ana masuk ke dalam wad untuk menziarahi Adib, dia masih dalam keadaan tidak sedarkan diri. Sebak rasanya melihat susuk tubuh Adib dalam keadaan sedemikian.

8. Menurut ayah Adib lagi, Adib merupakan anak yang soleh dan sangat disenangi oleh keluarga. Adib seringkali membawa hadiah untuk adik beradiknya yang seramai tujuh orang apabila balik ke rumahnya di Terengganu. Subhanallah.

9. Ana mewakili saf kepimpinan Rakan Motivasi (Alumni Rakan Masjid) mendoakan agar adik Adib Aiman terus dipelihara Allah dan sembuh dengan segera. Kepada ahli keluarga Adib, semoga terus bersabar dengan ujian yang menimpa ini dan sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar.

10. Sebagai ikitibar dan peringatan kepada yang masih sihat, ingatlah sabda Junjungan : 
"Rebutlah peluang 5 perkara sebelum datang 5 perkara yang lain, 
1. Masa muda mu sebelum datangnya hari tua
2. Masa sihat mu sebelum engkau dilanda sakit
3. Masa kaya mu sebelum engkau jatuh papa
4. Masa lapang mu sebelum datangnya waktu sibuk 
5. Masa hidup mu sebelum datangnya saat kematian


Muhamad Adib Aiman Bin Md Noh


Walaupun ujian yang diterima hebat, namun ayah kepada Adib tetap tenang dan mampu untuk terus berfikiran positif.


Labels: ,

 5 Comments:

At April 21, 2010 at 9:14 AM, Blogger aya hidayah said...

"smg adik adib selamat di bawah jagaan Allah..

.:: mati adalah sebaik-baik peringatan ::."

 
At April 23, 2010 at 3:26 AM, Anonymous iman_insyirah said...

"...semoge keluarganya di kurniakn ketabahan.ALLAH mempunyai perancangan yg jauh lebih baik..."

 
At April 23, 2010 at 2:32 PM, Anonymous Anonymous said...

"Berdoa agar keajaiban mmpu berlaku... Mengenali adib, dia mmg seorg ank dan abg yg baik. Semoga keluarga mereka tabah menghadapi dugaan ini..."

 
At June 22, 2011 at 7:28 PM, Blogger princess of Nami Island... said...

"apa tjadi kat adib skarang"

 
At September 26, 2011 at 12:27 PM, Anonymous kak g said...

"Assalamualaikum, apa khabar adik Adib Aiman sekarang?"

 

Post a Comment

Terima kasih atas komentarnya ^_^

<< Home