Wednesday, April 14, 2010

Konsert lagi (1)

"Nak, makanlah pizza ni, sedap tau." pujuk sang ayah.



Si anak menolak. Di mukanya tergambar rasa kegelian. Sedangkan dihadapannya terhidang pizza yang mengiurkan sesiapa yang melihatnya. Tapi hairan, si anak bukan sahaja tidak lalu menjamahnya, melihatnya sahaja sudah rasa memualkan.

"Kenapa ni, makanlah. Penat ayah buat ni tau. Ada keju, kentang, ayam, daging dan juga tuna " sang ayah tidak berhenti memujuk. Di hujung wajahnya tersimpan satu senyuman kecil.

Akhirnya sang anak bersuara, " Tak nak lah ayah. Nampak sedap, tapi tadi adik nampak Ayah masukkan tahi kucing masa nak adunkan doh pizza tue... Eee.. Geli le. Tak selera langsung" si anak menghabiskan bicara sambil memicit hidungnya seolah-olah menahan bau busuk.

Sang ayah hanya menggeleng sambil tersenyum. Di sudut hatinya dia berasa puas.

Lalu dengan perlahan sang ayah mula berbicara memujuk sang anak.

"Nak, sebenarnya inilah yang berlaku bila kita campurkan yang baik dan yang buruk. Yang buruk itu akan  menguasai yang baik".

RAJUK SI ANAK

Si anak mula memasang telinga menunjukkan rasa minat. Baru tadi dia merajuk dua kali. Sekali kerana pizza kegemarannya dicampur dengan najis tahi kucing, satu lagi kerana ayahnya melarangnya pergi ke konsert.  Sebenarnya, sejak awal lagi si anak sudah merajuk. Rajuknya tidak dapat pergi ke konsert cuba diubati dengan masakan istimewa pizza oleh sang Ayah, namun apa yang berlaku ialah sebaliknya. Rajuknya bertambah menjadi dua kali.

Ayahnya melarangnya ke konsert kerana berhujahkan konsert itu ada unsur-unsur maksiat dan lagho. Si anak membantah dengan berhujah bahawa unsur-unsur itu hanya sedikit sahaja dan bukannya pada keseluruhan konsert.

Akhirnya sang Ayah yang penuh hikmah dan bijaksana memujuknya dengan masakan pizza bercampur tahi kucing itu.

"Sebenarnya, pizza ini macam konsert tadilah nak.Memang benar unsur maksiat atau lagho pada konsert itu sedikit, tapi bila dah bercampur, ia akan membusukkan dan menjijikkan keseluruhan konsert seperti yang dilakukan oleh tahi kucing ini" jelas sang ayah lagi.

Si anak mula mengangguk perlahan tanda faham. Pengajaran pada hari ini ialah hak tidak dapat bercampur dengan batil. 

"Krruk" perut si anak berbunyi lapar.

Sang Ayah faham. Lantas di ajaknya ke kedai makan "Jom ke Nasi Lemak Al-Quds".

Labels:

 1 Comments:

At April 14, 2010 at 11:58 PM, Blogger Provillager said...

"nice..
abg hakim mmg berbakat dlm penulisan!
boleh keluarkan buku sndiri ni. Utk mula2 buat nipis2 dlu..serius ni."

 

Post a Comment

Terima kasih atas komentarnya ^_^

<< Home