Thursday, April 15, 2010

Antara musuh dan mad'u

"Walaupun dia adalah musuh kita, tapi dia tetap mad'u kita" nasihat seorang sahabat bila melihat rakan-rakannya sedang mengutuk-ngutuk musuh.

Semua terdiam. Dalam diam, masing-masing mula memikirkan, benar atau tidak nasihat itu.

BERDAKWAH

Setiap manusia mempunyai tanggungjawab untuk menyampaikan dakwah. Ianya sangat jelas di sebut di dalam Al-Quran. Bahkan, seruan ini disambut secara beramai-ramai oleh umat Islam yang sedar lantas direalisasikannya secara berjemaah.

Secara tidak sedar, lahir pula dari kesedaran itu berpuluh-puluh jemaah yang membawa misi yang sama , iaitu da'wah. 

Lantaran da'wah ini sifatnya mempunyai rukun yang empat iaitu, daie (pendakwah), mad'u (orang yang di dakwah), maudu' (tajuk dakwah) dan uslub (kaedah dakwah), maka berlumba-lumbalah setiap jemaah mencari pengikutnya supaya rukun pertama iaitu daie wujud dalam jemaah mereka.

Persoalannya, adakan pendakwah itu sudah cukup mengetahui uslub dakwah yang juga merupakan salah satu rukun dalam dakwah. Ramai yang menceburkan diri dalam arena dakwah tanpa mempunyai ilmu yang mencukupi , dengan alasan, ianya bukanlah pra syarat untuk berdakwah?

JIHAD AKBAR

Ana teringat kepada satu kisah yang pernah ana baca mengenai Jihad di  Chechnya. Di sana para mujahidin bertungkus lumus mempertahankan maruah Islam dan tanah air dari dicerobohi penjajah Rusia.

Bukan sedikit nyawa yang melayang.Namun semangat jihad mereka sama sekali tidak pernah malap. Bahkan setiap kali sahabat mereka menemui syahid, semakin kuat pula serangan mujahidin ini keatas musuh.

Dalam kesibukan berjuang, mereka sama sekali tidak culas dalam urusan ibadah takhassus. Solat malam, Puasa, dan bacaan Quran adalah amalan dan pakaian harian mereka. Bahkan di kem-kem yang mereka dirikan, subur hidupnya majlis-majlis tazkirah yang disampaikan oleh komanden-komanden tentera.

Tiba-tiba pada satu hari, datang segerombolan pendakwah masuk ke dalam kem tentera Islam Chechnya ini. Mereka berhasrat untuk menyampaikan bayan dan ianya disambut baik oleh para mujahidin Chechen.

Sang Karkuzari pun bangun berucap menyampaikan Bayan , "Ayuh saudara musliminku, marilah kita bersama-sama meninggalkan jihad yang kecil ini dan menuju ke jihad yang lebih besar iaitu jihad melawan hawa nafsu. Marilah mengikut kami keluar berdakwah di kampung-kampung untuk menyeru manusia mengimarahkan masjid. Marilah kita hidupkan sunah Baginda Rasulullah S.A.W ini"

Para tentera diam. Mereka bingung. Bukankah mereka juga sedang berjihad. Tapi, nasihat sang Karkun begitu mantap. Mengimarahkan masjid merupakan salah satu dari anjuran Rasulullah.

Lalu bangkit komander tentera mujahidin ketika itu juga, "Wahai saudaraku yang mulia, sesungguhnya apa yang diucapkan olehmu itu adalah benar namun seruanmu itu batil. Anda mengajak kami berjihad melawan hawa nafsu dengan pergi ke masjid-masjid, sedangkan kami di sini sudah lama melawan nafsu kami ingin berseronok di rumah kami. Kami meninggalkan anak dan isteri dan menggadaikan nyawa kami untuk mempertahankan Islam, dan itulah satu kemuliaan bagi kami kerana di saat orang lain meninggalkannya, kami mengambil dan mengamalkannya. Keluarlah anda dari kem kami ini. Jihad yang kami pilih ini sesungguhnya adalah jalan yang telah dipilih oleh Para Nabi dan Rasul sebelum ini!"

Dan ternyata, komander tentera itu adalah As-Syahid Dr Abdullah Azam yang begitu terkenal.

Bahkan beliau begitu tekun membimbing anak buahnya terutamanya dalam memahami matlamat dakwah. Beliau pernah menegur kumpulan dakwah tersebut bilamana mereka mengatakan " Oh, alangkah ruginya musuh ini sudah mati dibunuh. Dia tidak sempat untuk mengenal Islam. Sepatutnya kita kena berdakwah kepadanya dahulu sehinggalah dia faham Islam dan bukanlah memeranginya". 

Beliau menegur dengan keras sekali berkaitan sikap simpati yang tidak kena pada tempatnya itu. Sesungguhnya inilah racun musuh yang telah masuk mengalir melalui mulut golongan yang mengaku pendakwah namun seruannya cukup batil!

Disinilah letaknya kepentingan memahami uslub dakwah. Mengenali di mana tempat perlu berlembut dan berkeras dengan musuh.

LAWAN ATAU KAWAN

Mungkin ada yang cuba untuk menggunakan Hujah di mana Rasulullah mendoakan agar salah seorang dari Dua Umar iaitu Abu Jahal atau Umar Al-Khatab memeluk Islam sebagai hujah untuk berlembut dengan musuh.

Namun harus diingat, ucapan doa tersebut sama sekali tidak menjadi penghalang kepada Rasulullah mengatur stratergi mengalahkan tentera Quraisy yang diketuai Abu Jahal semasa perang Badar.

Teringat ana pada kalam guru silat ana di Izzuddin Shah dahulu, Ustaz Azmi. Katanya, "Jadilah seperti rotan, lembut bila melentur, keras bila melibas"

Tentang persoalan di awal tadi, ana tinggalkan pada antum untuk berfikir dan bertindak.Sedikit pesanan, bila ternampak lampu hijau, bergeraklah.

Labels:

 0 Comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komentarnya ^_^

<< Home