Tuesday, December 22, 2009

Gesaan TAHAN hampir membuahkan hasil!




1. Badan Bertindak Pertahankan SIS dan SERATA (TAHAN) mendapat maklumat yang boleh dipercayai bahawa kemungkinan besar pentadbiran SIS dan SERATA tidak akan dipindahkan kepada kerajaan pusat buat masa terdekat ini.

2. Keputusan ini dikeluarkan dipercayai akibat desakan dan bantahan dari orang ramai terutamanya dari bekas-bekas pelajar SIS dan SERATA yang digerakkan oleh TAHAN.

3. Setiausaha TAHAN akan pergi sendiri berjumpa dengan pentadbiran sekolah pada hari ini untuk mendapatkan pengesahan terhadap berita yang diterima ini.

4. Dalam pada yang sama, TAHAN akan meneruskan lagi kempen memberi penerangan kesan buruk pemindahan pentadbiran sekolah kepada orang ramai dan menggiatkan lagi kutipan tandatangan protes kepada tindakan tersebut.

5. Orang ramai terutamanya rakyat Perak dan bekas-bekas pelajar diminta untuk terus menerus peka terhadap isu ini yang akan mengakibatkan kehilangan warisan negeri Perak dan kemunduran pengajian agama di Negara Malaysia.

6. TAHAN juga sedang dalam proses untuk mendapatkan persetujuan dari Radio Perak.FM untuk membuat hebahan maklumat mengenai desakan dan bantahan ini. Badan-badan NGO dan Parti Politik juga telah mula memberikan respon kepada TAHAN. Ini dianggap sebagai satu kejayaan awal TAHAN untuk menghimpunkan kekuatan rakyat dalam mempertahankan kepentingan sekolah dan tidak menjadikannya sebagai agenda Politik.

7. TAHAN juga mengalu-alukan sebarang pertanyaan, soalan dan respon melalui talian pengerusinya, saudara Yuzi Faizal,017-4830965. Sebarang usaha untuk membantu TAHAN didahulukan dengan ucapan terima kasih.



Labels:

 1 Comments:

At December 22, 2009 at 2:01 PM, Blogger Izzi said...

"teruskan perjuangan..syabas kpd TAHAN..semoga izzudin shah dan ta'ayah akn terus dlm pentadbiran kerajaan negeri bg meneruskan tradisi ilmu yg sekian lama tersemai di bumi bertuah itu..semoga TAHAN istiqomah dlm perjuangan"

 

Post a Comment

Terima kasih atas komentarnya ^_^

<< Home