Thursday, April 1, 2010

Bakri

“Aduh… sakitnya bahu ni. Salah tidur kot” ngomelku keseorangan. Pagi ini ana bangun keletihan. Terasa begitu tegang urat seluruh badan. “Krek, Krup Krap” Ana memulas mulas bahu dengan berhati-hati. Masya Allah, sakit sungguh.

 Ana mencapai jam tangan di dalam kopiah. Memang menjadi kebiasaan ana untuk meletak semua barang-barang yang melekat di badan di dalam kopiah. Cermin mata, jam, cincin, dompet, lebihan duit syiling, buku nota, pen dan sebagainya. Tinggal baju dan seluar aje yang tak diletak bersama. J

9.30 pagi! Allahu. Lewatnya ana bangun!

Sambil mata terpisat-pisat, ana cuba mengingati adakah sudah menyempurnakan solat subuh pagi tadi. Setelah bertanya ke phidot (bilik ana menumpang tidur malam tadi), Alhamdulillah ana dah solat. Cuma tidur semula selepas subuh. Tabiat yang sudah lama ana tinggalkan semenjak selepas puland dari internship. Cuma hari ini mungkin terlalu letih akibat usrah reunion yang habis lewat malam tadi.

Tiba-tiba, ana teringat satu tugasan penting yang meruntun ana untuk tidur di rumah ana usrah ana ini.

Bakri!



Ana bergegas bangkit ke bilik adik Bakri yang merupakan anak usrah ana semenjak dia foundation lagi.  Malam semalam ada usrah reunion. Semua hadir kecuali Bakri dan Syafiq. Ana harus update asbab ketidakhadiran mereka. Walaupun telah dikhabarkan bahawa mereka ada peperiksaan dan perlu mengulangkaji sehinggakan tidak sempat untuk bersama-sama dalam usrah, namun bagi ana, ianya tidak mencukupi untuk mendengar sahaja. Sebagai naqib, ada sesuatu yang lebih penting dari sekadar mendengar khabar ketidakhadiran anak usrah…. Iaitu ziarahi mereka. Ini petua yang ana perolehi sejak dahulu dan memang diamalkan sehinggalah ke 
hari ini.

Hari ini misi rahsia untuk Bakri. Syafiq menanti giliran.

“Test pukul berapa akhi?” sapa ana dengan lembut dan ceria apabila melihat Bakri sedang tekun membuat latihan dan membaca nota di computer di biliknya.

“Eh abang Hakim. Apa khabar? Ana insya allah test jam 12 tengahari ini” balas Bakri agak terkejut dengan kehadiran ana  dan dia kelihatan begitu gembira.

“Owh.. baguslah. Seronok ana tengok nta rajin study” puji ana ikhlas.

Bakri tersipu segan. “Eh tak ada lah rajin. Zaim tu lagi rajin. Hari-hari dia baca buku. Semangat sungguh dia study. Paling kurang 2 jam sehari” Sambil memuji-muji usaha lakad yang diketuai oleh Akhi Kamarul Zaman. Mantap!

Aik.. Main tai chi pulak anak usrahku seorang ini. Tai chi adalah istilah popular yang dipinjam dari kampus sebelah lembah klang yang digunakan untuk mengelakkan diri sendiri dan menjadikan orang lain sebagai sasaran.
Dalam diam. Ana bangga dengan semangat anak-anak usrahku yang rajin study walaupun sudah final year. Zaim adalah ketua usrah yang amat berdedikasi. Roomate dia adalah jime, juga merupakan anak usrahku. Selain itu, phidot, syafiq (anggur) , syafiq (bart) , izzu, ipe dan haeqal pun tidak kurang hebatnya. Mereka semua sangat ‘perform’ dalam bidang masing-masing terutamanya dalam akademik.

Berbalik kepada tujuan utama ana, Bakri. Tiba-tiba tercetus satu idea untuk menambahkan lagi kemesraan antara kami selepas tidak dapat bersama semasa usrah semalam.

“Ow, sakitnya bahu ana ni. Rasa berat sangat bahu kiri ana ni” ana memancing perhatian Bakri. Kebetulan pagi ini memang ana tersalah tidur.

“Eh, abang Hakim sakit ye. Erm, meh ana tolong urutkan” segera Bakri meninggalkan computer dan mencapai minyak panas di atas meja. 

“Adeh deh deh… pelan-pelan sikit urut akh… “ pinta ana sebaik sahaja Bakri mengurut bahu ana. Agak berbakat juga anak usrah ana seorang ini. Nanti bila dah grade, boleh buka kedai urut Islam sementara tunggu dapat offer kerja ini. Ana tersenyum seorang sambil dahi berkerut menahan kesakitan diurut.

Sedang khusyuk Bakri mengurut, ana mulakan operasi.

“Akh, best betul usrah semalam. Rasa seronok sangat. Dapat jumpa ramai-ramai dan berkongsi gembira bersama. Tak kurang juga ada kutuk-mengutuk secara islamik. Haha”

Bakri tergelak. Roomatenya Syeikhul Islam Maulana Yusuf turut tumpang gelak.

“ada ke kutuk-mengutuk secara islamik?” soal Bakri. “Haa.. nak tahu, kena datang le usrah lain kali.” Yes.. pancing dah mengena.

“Bereh abang Hakim. Insya Allah next time kita buat usrah di Gua Tempurung nak tak?”

Ah.. sudah… bukan main excited pulak anak usrah ana seorang ini. Ana tersenyum gembira.

Sakit di bahu tiba-tiba surut serta merta. (^_^)

Labels:

 6 Comments:

At April 1, 2010 at 6:35 PM, Blogger Khabir Shuhaimi said...

"Mabruk... semoga usrah abg. terus maju membentuk kader2 pemimpin ummah!"

 
At April 1, 2010 at 6:38 PM, Blogger Khabir Shuhaimi said...

"cemburu ana pada ahli2 usrah abg Hakim kerana masih dapat bersama naqibnya yang dikasihi kerana Allah..

Semoga ana mempunyai usrah seindah ini pada masa terdeka ini...

para naqib sekalian contohilah contoh baik dari naqib cemerlang ini...

semai keindahan usrah"

 
At April 1, 2010 at 8:45 PM, Blogger Hakim Mohd Nor said...

"segala daya dan kekuatan hanyalah milik Allah...

syukur juga pada Allah kerana dikurniakan anak-anak usrah yang sangat komited

faktor keberjayaan usrah bukan sahaja dari naqib, tapi juga datang dari anak-anak usrah..

insya allah akhi ansorullah, usrah nta pasti hebat kerana adanya rijal seperti nta dalam usrah tersebut, samada nta selaku naqib atau mutarabbi, pasti ianya sangat indah dan menarik..."

 
At April 2, 2010 at 12:41 PM, Blogger Khabir Shuhaimi said...

"Semoga abg Hakim terus maju menggapai cita2 mardhotillah..

Ana akan lihat suatu hari nanti abg Hakim menjadi wakil rakyat ADUN, atau Parlimen, juga Senator juga Menteri, juga Perdana Menteri suatu hari nanti."

 
At April 5, 2010 at 1:04 AM, Anonymous Anonymous said...

"sume berkat dr ALLAH yg menjadikn usrah ni berjaya..hehe..abg hakim pn bez jugak,,hahh..

p/s dr naqib utama yg menggantikan abg hakim selaku bekas naqib utama..hehe.."

 
At April 5, 2010 at 11:12 PM, Blogger Hakim Mohd Nor said...

"to ansorullah

terima kasih atas doa.. bersama kita perjuangkan agama Islam imi sehingga ke titisan darah yang terakhir


to anonymous

ana tahu siapa nta.. haha. jime dan phidot dah bocorkan rahsia...

rampasan kuasa tak berjaya.. hoho"

 

Post a Comment

Terima kasih atas komentarnya ^_^

<< Home