Merupakan CEO kepada syarikat motivasi iaitu Suria Horizon Training and Consultancy.
Merupakan Presiden Alumni Rakan Masjid Universiti Teknologi PETRONAS yang pertama setelah memegang taklifan sebagai Presiden Rakan Masjid sesi 2008-2009.
Memiliki Degree (Hons.) dalam Electrical & Electronics dan sedang menyambung pengajian Master of Electrical and Electronics juga di UTP di samping mengambil Diploma Pengajian Syariah PJJ KDH.
Aktif memberi ceramah motivasi dan mengendalikan kursus pembinaan insan di seluruh negara.
Mewakili Malaysia dan menjadi johan catur antarabangsa 2003 dan juga ke Vietnam tahun 2009 untuk menghadiri kursus kepimpinan.
Semasa di UTP, dinobatkan sebagai Siswa Gemilang oleh pihak pengurusan UTP atas pencapaian yang cemerlang dalam bidang kokurikulum dan akademik.
Semasa di KISAS (sekolah menengah), pernah diamanahkan sebagai Ketua Pelajar, Presiden Kelab Catur, Presiden Kelab Usahawan Muda , Timb Exco BADAR , Setiausaha Pusat Sumber, Setiausaha Pengakap, Exco Kelab Komputer, Editor Majalah English dan mewakili sekolah dalam bola baling.
Boleh dihubungi di talian 019-4505360 atau muhakim@gmail.com
Kami anak beranak tersenyum lebar melihat buah yang kuning kemerahan bergayutan merimbun di atas pokok. Ana baru sahaja selesai aktiviti memetik rambutan bersama ayah dan adik, Hazim.
Raya aidil adha ini kami sekeluarga beraya di taiping. Mak dan ayah ada ambil bahagian dalam ibadah korban tahun ni seperti kebiasan. Ana tak sabar menunggu hari raya pertama, kerana di situ ada, upacara korban! :)
Namun, Memandangkan tahun ini, hari raya pertama aidil adha jatuh pada hari jumaat, maka pihak pengurusan masjid mengambil keputusan untuk memulakan penyembelihan lembu pada hari kedua, hari sabtu. Ana rasa sedikit tak selesa dengan keputusan itu...
Mungkin kerana hari jumaat tersangat singkat waktu untuk urusan korban, maka keputusan menginjakkan hari korban dibuat.
Apa kesannya?
ana tak pasti bagi orang lain. Tapi bagi ana, hari raya pertama agak membosankan. Tiada aktiviti bersama masyarakat melainkan solat sunat aidil adha dan solat jumaat.
Lalu, ana begitu menantikan hari ini.. Hari kedua aidil adha. Kerana hari ini dijadualkan untuk disembelih lembu.
Seawal pagi ana sudah memecut ke masjid ikhwaniah, simpang, taiping.
Harapan dan semangat menggunung tinggi. Mahu bersama dengan masyarakat setempat bergotong royong menyembelih, melapah, mengagih dan memasak daging korban.
Namun, setibanya ana di masjid. Ana hampa. Tidak dibenarkan masuk mengambil bahagian. Rupa-rupanya hanya individu yang mempunyai pas sahaja yang dibenarkan berkerja.
Ana diam protes. Malas untuk bertekak panjang dengan pak cik di masjid itu. Walaupun sejak baligh hingga ke hari ini, ana tidak pernah miss untuk membantu dalam ibadah korban.
Dalam diam, ana cuba menyedapkan hati... Mungkin ada hikmahnya.
Sampai ke petang, baru ana dapat merasai hikmahnya.
Rambutan.
Ya, rambutan.
Apa maksudnya?
Hurm.. Begini.... Bagi ana, Jika ana sibuk untuk membantu urusan korban, mungkin pada sebelah petang ini ana akan keletihan.
dan bila keletihan, mungkin ana tidak akan melakukan aktiviti memetik buah rambutan ini.
Pokok yang rendang, buah yang lebat lagi ranum mungkin akan dibiarkan begitu sahaja dan tidak diendahkan.
Ternyata, Allah knows best.
Berkat sedeqahkan rambutan yang dipetik kepada jiran, Ana dapat balasan lauk daging korban masak kicap.
Berkat rambutan juga, ana bertemu dengan jiran yang sudah 10 tahun berpisah.
Berkat rambutan juga, ana dapat bermesra dengan masyarakat kampung semasa mengagih-agihkan rambutan...
Banyak sungguh hikmahnya yang dirasai petang ini...
Terpilih mewakili UTP atas kapasiti Presiden Rakan Masjid ke Vietnam untuk lawatan akademik... Walaupun singkat, banyak yang dapat dipelajari... Boleh lihat gambar-gambar di bawah (^_^)
(Ina, Syaza, Suria, Adlina, Iffatun , Pengetua Sekolah Rendah Ijok, Hakim(along), Nuqman, Shauqi )
"Berikan aku sepuluh orang anak muda, akan aku goncang dunia ini!" laung Bung Sukarno sambil disahut oleh laungan ribuan anak muda dihadapannya. Lalu Indonesia bangkit dengan suara revolusinya!
Kuasa Anak Muda!
Satu perkara yang menarik jika dikupas....
Satu demi satu peristiwa kehebatan anak muda menerjah minda.
1. Sultan Muhammad Al-Fateh yang berusia 18 tahun berjaya membuka kota Constantinople, setelah perjumpaan hampir 800 tahun!
2. Usamah Bin Zaid baru berusia 17 tahun 9 bulan ketika dilantik menjadi ketua panglima perang oleh Rasulullah untuk menggempur Rom, kuasa besar dunia ketika itu!
3. Hasan Al-Banna berumur 23 tahun ketika mengasaskan Jemaah Ikhwanul Muslimin yang menjadi asas panduan semua Jemaah Islam hari ini!
4. Nurul Izzah Anwar Ibrahim berumur 28 tahun ketika memenangi kerusi Parlimen Lembah Pantai mengalahkan seorang menteri!
5. Mohd Hakim Mohd Nor berusia 22 tahun ketika mengasaskan Suria Horizon Training and Consultancy yang akan memimpin semua anak muda untuk bangkit berjuang menguasai segenap pentas dunia!
Kenapa kita perlu melihat kepada kehebatan orang lain sahaja? Letakkan anda bersama-sama di tempat itu, dan rasailah kehebatannya.
Ya.... Kita akan pimpin dunia ini dengan kuasa anak muda.
Album kenangan peribadi.... sekadar berkongsi dengan sahabat-sahabat sekalian... (^_^)
Pada malam 30 ogos 2009, pihak MPP UiTM Sri Iskandar telah menjemput motivator dari Suria Horizon Training Consultancy untuk memberikan ceramah dalam slot sejam Ramadhan dan Remaja di program Ambang Kemerdekaan.
Program yang dianjurkan oleh MPP dan pihak pentadbiran UiTM ini telah Berjaya menghimpunkan 3000 orang hadirin. Talk bermula sejurus sahaja selepas solat tarawih iaitu jam 10.30 malam dan berakhir jam 11.30 malam.
Kaedah penyampaian bersahaja yang melibatkan penonton berjaya menghidupkan suasana malam tersebut.
Setengah jam yang pertama, Akh Hakim banyak menyentuh mengenai fadhilat Ramadhan dan bagaimana untuk menjadikan Ramadhan kali ini lebih bermakna.
Setengah jam yang terakhir pula melibatkan penggunaan sistem audio dan muhasabah ringkas mengenai akhirat dan peranan anak yang soleh.
Semasa sesi muhasabah ini, hampir keseluruhan hadirin yang hadir tersentuh dan mengalirkan air mata keinsafan.
Pengarah Kampus iaitu Prof. Abdullah Mohd Said dan Timbalan Pengarah HEP Profesor Madya Md Salam Sarnadi turut hadir pada talk tersebut. Kedua-dua mereka merasakan cukup berpuas hati dan memuji kaedah talk yang dilaksanakan.
Sejurus selepas talk, kumpulan nasyid UNIC mengambil alih majlis dengan menyampaikan beberapa buah lagu dan diteruskan dengan acara laungan kemerdekaan oleh presiden MPP UiTM Sri Iskandar.
Selepas sahaja detik kemerdekaan disambut, kumpulan nasyid UNIC meneruskan lagi persembahan dengan menyampaikan beberapa buah lagu dan persembahan malam itu tamat tepat jam 1.15 pagi.
Semoga program yang sebegini dapat dianjurkan lagi pada masa yang mendatang.
"Cantiknya wallpaper nta..." puji Muzammil bila melihat ke laptop Karim.
"Uish... memang le.. kita kan kena jadikan Al-Quran sebagai panduan kita. Di laptop pun kena le ada ayat-ayat Quran, baru nampak muslim" jawab Karim bangga..
"Err... apa maksud ayat tu ye?" soal Muzammil semula sambil merujuk kepada ayat 1-4 surah Al-Adiyat yang tertera di desktop Karim.
"Ayat yang ni ye... Owh... ana pun tak tahu. Saje ambil gambar ni buat wallpaper.. Lawa tengok gambar kuda tue.." dalih Karim sambil tersengih lalu menutup desktopnya. Mungkin segan kerana tidak tahu menjawab persoalan itu.
Hakikatnya... bukan Karim sahaja yang begitu, ana yakin ramai lagi di luar sana mengalami permasalahan yang sama, iaitu memahami konteks ayat!
Ayat al-Quran jelasnya adalah firman Allah. Jadi, sesuatu yang datang dari Allah sudah pasti benar dan pasti ada maksudnya.
Namun, di kalangan umat Islam, terutamanya yang bukan berbahasa Arab, walaupun Al-Quran sudah di khatam beberapa kali, namun masih belum memahami pengertian Quran....
Faktor utamanya bagi ana ialah, penguasaan bahasa dan pemahaman konteks ayat.
Jujurnya, ana sendiri bila baca berulang-ulang kali ayat dari surah Al-Adiyat dari 1 hingga 5 hanya dapat menangkap akan sifat-sifat kuda. Tiba-tiba di ayat keenam,Allah menceritakan pula tentang manusia yang kufur. Apa kaitannya dengan kuda? Cuba juga memerah otak memikirkan hikmah ayat tersebut. Walaupun ana buntu, sama sekali tidak menjadikannya alasan untuk putus asa dari terus menerus untuk berfikir.
Alhamdulillah, penjelasan dari ulama iaitu Ustaz Sidek Nor amat membantu. Benarlah bahawa Ulama' itu pewaris nabi. Pagi tersebut ana terasa begitu seronok mendengar kupasan tafsir mengenai ayat tersebut.
Rupa-rupanya, Allah ingin menceritakan kehebatan kuda. Seperti mana yang terjadi ketika Pasukan Tentera Turki Uthmaniyyah keluar berjihad. Kuda itu bila berlari di waktu malam , malam bertukar menjadi siang dek kerana percikan api yang keluar dari besi di kaki kuda. Sungguh gagah.
Dan bila kuda itu keluar pula pada sebelah siang, siang bertukar menjadi malam dek debu-debu yang berterbangan yang disebabkan hentakkan kaki kuda.
Dan yang paling menarik tentang kuda ialah, dia berani merempuh di tengah-tengah musuh seperti yang di gambarkan dalam ayat kelima surah Al-Adiyat. Taatnya kuda itu pada arahan tuannya walaupun sedar nyawanya akan tergadai.
Namun, di sebalik kepatuhan, kegagahan dan kekuatan kuda tersebut, dia hanya diberi makan RUMPUT KERING sahaja. Bahkan, tempat tidurnya hanya bangsal tidak bertutup yang dihurungi nyamuk dan lalat tanpa disemburkan ubat nyamuk. Tiada tilam empuk untuknya dan hanya tidur dalam keadaan berdiri.
Walaupun dilayan dengan "sebegitu teruk" oleh tuannya, namun dia tetap taat dan sentiasa bersedia untuk mengorbankan dirinya dalam peperangan.
Sebab itu, pada ayat ke enam, Allah terus katakan bahawa manusia itu kufur kepada Tuhannya.
Kenapa?
Kerana manusia itu dilayan dengan lebih baik berbanding kuda tapi tidak taat kepada arahan tuannya.
Manusia tidak diberi makan RUMPUT KERING!
Manusia tidur di bilik ber aircond dan diatas tilam yang empuk!
Tiba-tiba, bila sampai seruan jihad, manusia engkar?
Kata Ustaz Sidek, manusia patut malu pada kuda! Kita semua patut malu pada kuda... Kerana kuda sanggup korbankan dirinya walaupun tidak dilayan semulia manusia.
Bagi ana, yang malang disini adalah kita, umat Islam yang berbangsa melayu. Kerana, peringatan yang sebegini hebat langsung tidak diambil manfaat dengan baik, walaupun ianya hebat tersergam di hadapan laptop kita!
Bukan itu sahaja, cuba tanyakan kepada diri sendiri dan rakan-rakan di sekeliling, maksud surah al-fatihah... Berapa ramai yang mampu untuk membaca terjemahan dan tafsir surah tersebut... sedangkan kita mengulang bacanya sebanyak 17 kali sehari...
Ini adalah satu bukti mudah bahawa, umat Islam melayu suka mengambil mudah benda yang ada dihadapan mata mereka. Atau dalam "bahasa kasarnya", malas berfikir! Tidak suka mencabar pemikiran! Tidak mahu memahami KONTEKS AYAT!
Semalam, ana postkan satu gesaan kepada badan-badan terbesar di UTP, The Big 5 untuk bersatu dalam isu-isu yang banyak di sekeliling... namun, hingga sekarang, sepi dari respon. Ya, mungkin ana sudah bersara dari menjadi salah seorang anggota The Big 5, namun itu bukanlah alasan terbaik untuk mengatakan tidak perlu respon kepada saranan yang ana utarakan. Apatah lagi setelah ana emailkan artikel itu kepada semua presiden The Big 5 , tidak terkecuali walau seorang. Sepatutnya, tidak timbul alasan : TIDAK TAHU MENAHU...
Mungkin, bahasa yang ana gunakan dalam post tersebut terlalu 'lembut' hingga tidak memahami maksud sebenar penulisan tersebut yang menyebabkan tiada sebarang respon dibuat?
Kalau benar tidak faham tidak mengapa, baca semula dengan perlahan-lahan artikel semalam dan cuba fahami apa yang tersirat. READ BETWEEN THE LIPS. Cuba Fahami Konteks Ayat yang diberikan.... Malanglah jika tidak dapat difahami, kerana artikel itu ditulis dalam Bahasa Malaysia dan bukannya Bahasa Arab~
Jangan kufur nikmat tuhan yang paling hampir dengan manusia, iaitu akal. Malulah dengan kuda.....
Pertama kali dalam sejarah UTP, kelima-lima badan (The Big 5 ) yang bernaung di bawah pengelola yang berbeza berjaya di satukan dalam isu yang sama.
Bukan mudah usahanya, FRIC dinaungi oleh IRC, RM dinaungi oleh UPM, MPP oleh JPSP, RCSU oleh RC, SRM oleh KOKU. Kesemuanya dari jabatan yang berbeza. Semua mempunyai kaedah tersendiri untuk menaikkan pemimpin mereka. Semua mempunyai misi yang berbeza. Semua mahasiswa UTP mengetahui mereka inilah tampuk tertinggi badan dan kelab di UTP, dan semestinya mengetahui perbezaan antara kelima-lima badan ini.
Banyak perbezaan di antara mereka.
Timbul persoalan... bolehkah bersatu?
Sedikit demi sedikit usaha digembleng. Dari satu generasi ke satu generasi. Dan alhamdulillah, usaha itu berjaya dilaksanakan pada waktu ana memegang tampuk Presiden Rakan Masjid.
Formulanya : ada isu! ... dan perjuangkan!
Pada awal Januari 2009, Isu Palestin melanda seluruh dunia. Rejim Zionis menyerang membabi buta Bumi Gazzah, Palestin. Semua manusia mengutuk tindakan ini. Parti politik di Malaysia bergabung suara meluluskan resolusi mengutuk tindakan ini dan mengetepikan seketika perbezaan ideologi. Tidak terkecuali di UTP.
Kesemua mahasiswa UTP berjaya bersatu hinggakan mencipta sejarah yang tersendiri apabila berdemonstrasi hingga mencecah 1500 orang (waktu itu mahasiswa UTP masih dalam musim cuti). Semua bersatu tanpa mengira bangsa, agama dan warganegara. Dan ana ada kenangan tersendiri, kerana diberikan kepercayaan oleh pihak pengurusan dan seluruh mahasiswa untuk memimpin perarakan tersebut.
Langkah permulaan telah kami mulakan. Tinggal lagi, pengembangan langkah . Lebarkan lagi sayap penyatuan ini. Libatkan dengan lebih banyak sahabat-sahabat dan teman teman dari kaum dan negara yang lain. Timbulkan isu yang boleh merapatkan perbezaan. Biar semua Mahasiswa bersatu dalam sesuatu isu. Dan jangan cepat merasa puas.
Baru-baru ini, ana kembali semula ke kancah perbicaraan mahasiswa, dalam program Diary of a President anjuran bersama MPPUTP dan Unit Kaunseling. Ana puji kepada MPPUTP yang diketuai oleh unit UTPPress yang mengadakan forum ilmiah seperti ini. Kehadiran pada malam itu menjangkau 100 orang walaupun pada perkiraan awal hanya mensasarkan lebih kurang 30 orang sahaja kerana dibuat di musim peperiksaan.
Ini kerana pada malam itu menghimpunkan bekas-bekas presiden dari semua kelab serta persatuan di UTP...dan The Big 5 hadir!
Semasa sesi pertama, ana berpeluang berforum bersama dengan Mantan Presiden MPP iaitu saudara Farouqi dan juga Mantan Presiden Tronoh Teater Shop, saudari Aini. Walaupun nampaknya forum itu santai, ana sesuatu yang ana kira cuba mahasiswa UTP sampaikan.
Penyatuan! UNITED!
Kehadiran beramai-ramai ke program ilmiah seperti forum yang diiklankan hanya sehari sebelum program adalah sesuatu yang aneh dan pelik. Namun, kehadiran ramai tersebut seolah-olah ada satu mesej yang ingin disampaikan. Ianya boleh ditafsirkan sebagai indikator menunjukkan bahawa mahasiwa UTP memang mahukan penganjuran program secara bersama. Bukannya persaingan.
Semenjak ana pulang dari Internship, ana mendapati UTP sudah begitu banyak dengan lambakan event yang hinggakan penganjur program terpaksa berebut kehadiran mahasiswa. Lebih malang lagi, event-event yang dianjurkan semuanya mirip-mirip sama dan ada juga yang memang sama!Copy cat!
UTP adalah satu universiti yang kecil. Lebih kurang 6000 orang mahasiswa sahaja. Namun, jika dilihat dari sudut penganjuran event, seolah universiti ini menampung 60,000 orang mahasiswa pula rasanya!
Bukan tidak ada kebaikan dari penganjuran dalam size yang makro ini. Ramai yang berpeluang untuk belajar menjadi penganjur program. Menjadi pengarah hinggalah ke ajk biasa. Pengalaman perlu dikutip. Alasan biasa, kalau bukan sekarang, bila lagi?
Namun, jika sampai ke satu tahap menyerang satu sama lain, menjatuhkan satu sama lain, ana kira itu sudah tidak sihat.
Sebagai contoh, ana ambil isu hiburan.
Penyerangan kepada aktiviti hedonisme memang sudah menjadi rahsia umum. Ana setuju bahawa budaya ini perlu dikikis dari diri kita semua, golongan anak muda yang bergelar mahasiswa. Namun, dalam pada masa yang sama, kita perlu menawarkan alternative kepada peminat-peminat program hiburan.
Semasa ana menjadi presiden Rakan Masjid, ana ada menghantar wakil untuk berbincang dengan mana-mana kumpulan yang dirasakan cuba membudayakan atau menganjurkan aktiviti hedonisme di kampus UTP ini. Perbincangan untuk mencari titik persamaan dan mergharmonikan event supaya mengikut petunjuk Ilahi.
Sama sekali ana tidak pernah mengeluarkan arahan untuk menghentikan program tersebut apatah lagi mensabotaj event anjuran mana-mana kumpulan.
Akan tetapi, jika ada individu dari Rakan Masjid yang melakukan tindakan sebaliknya, ternyata dia tidak mendengar arahan yang ana keluarkan dan ana yakin dia bertindak atas kapasiti individu bukannya organisasi.
Namun, itu bukan apa yang ingin ana ketengahkan. Apa yang ana mahukan, teruskan penganjuran tersebut dan perbaiki mana yang tidak boleh dilakukan sekiranya ia berlanggar dengan syariat. Mendidik dan bukannya menghukum. Menerang dan bukannya menyerang. Dan sekiranya boleh, bersatu dalam menganjurkannya!
Dalam pada masa yang sama, ana merasakan kesuntukan masa untuk menjelaskan satu demi satu hasrat ana ini kepada masyarakat UTP bagaimana penganjuran program hiburan boleh dilakukan.
Lalu, ana arahkan kepada komiti Heart For Islam untuk anjurkan program Malam Inspirasi Seni (MIS). Ana juga minta mereka benarkan band di bawa ke atas pentas. Benarkan penggunaan gitar dan apa jua alat yang mereka ingin gunakan.
Ramai yang melatah. Ana diam dan senyum pada setiap kritikan yang dilemparkan atas cadangan tersebut. Tak kurang yang mencebik muka.
Namun, pada malam MIS, ramai mahasiswa hadir membanjiri dewan MPH hingga terpaksa menambah kerusi hingga ke luar. Yang tidak bertudung pun ramai yang hadir termasuk yang berseluar pendek. Mereka hadir untuk memberikan sokongan kepada rakan-rakan mereka yang masuk bertanding di atas pentas.
Sesudah sahaja penganjuran MIS , Alhamdulillah. komen-komen yang diterima dari kumpulan-kumpulan yang selama ini menyangka rakan masjid anti hiburan berubah. Mereka rasa selesa kerana tidak diserang atas minat mereka. Dan ramai yang mengucapkan tahniah atas keberanian menongkah arus. Dan persepsi Rakan Masjid anti hiburan seminggu dua itu senyap begitu sahaja.
Dan bagi ana, ana berjaya. Berjaya mengatakan bahawa hiburan juga milik Islam.Berjaya untuk mengatakan bahawa, Islam ini untuk semua. Bukan untuk golongan tertentu sahaja, Bukan milik Rakan Masjid sahaja. Mesej pada malam itu mudah, penyatuan. Penyatuan tanpa meninggalkan tuntutan Islam.
Nasihat ana kepada adik-adik selepas program itu ialah, perluaskan pembacaan. Terutamanya mengenai fiqh.
Ana terfikir, apakah mungkin selepas ini, program-program kontroversi di kalangan mahasiswa UTP seperti Euphonious, dapat dianjurkan bersama oleh ICC dan RM serta badan-badan yang lain. Apa salahnya? Jangan setiap kali event yang dipandang hedo, terus sahaja diserang tanpa ada penerangan.
Itu baru isu hiburan. Banyak lagi isu yang boleh disatukan.
Sukan. Kebajikan. Kegiatan Luar. Antarabangsa.
Dalam pada masa yang sama, ana yakin kepimpinan big 5 sekarang ini sudah mempunyai stratergi tersendiri untuk mendidik masyarakat kampus kepada budaya ilmu. Namun, ana ungkapkan juga disini akan kepentingan untuk tidak cepat merasa puas.
Banyak lagi usaha yang perlu dilakukan. Ana puji usaha The Big 5 untuk bersatu membantu mangsa banjir di Padang, bagus, teruskan lagi. Khabarnya pemimpin Big 5 akan terbang sendiri ke Padang, Indonesia pertengahan bulan 12 ini. Syabas. Anda peka dengan isu ini. Isu kemanusiaan.
Namun, Jangan berhenti di sini sahaja. Cari lagi isu-isu lain dan perbanyakkan program bersama.
Tanggungjawab itu jatuh kepada semua, terutamanya kepada pemimpin-pemimpin persatuan tersebut. Wujudkan isu dan perjuangkan secara bersama!
"Subhanallah. Cantiknya pemandangan di sini! " getus ana dalam hati.
Seharian team Suria Horizon melakukan riki (riki berasal dari english.. singkatan dari reconnaissance.) di Pulau Pangkor. Mencari tempat baru yang sesuai untuk mengadakan program motivasi untuk semua peringkat pada masa akan datang.
Secara peribadi, ini merupakan kali kedua ana hadir ke bumi Pangkor ini. Kali pertama adalah semasa berada di alam kampus ditarbiyah dalam mukhayyam yang ketika itu ana menjadi pengarah dan juga peserta. Ketika itu, faci ana serahkan bulat-bulat kepada abang-abang senior untuk mentarbiyah kami. Tempatnya memang menarik walaupun pada mukhayyam tersebut berlaku beberapa kejadian yang sangat pelik dan tidak sedap untuk diceritakan.
Apapun, kali ini perjalanan ke Pangkor memang berbeza. Dengan bekalan sumber yang sangat tipis dari internet dan beberapa panggilan telefon kepada sahabat-sahabat yang biasa menganjurkan program di Pangkor, ana dan sahabat-sahabat redah sahaja dan alhamdulillah sampai juga ke sana.
Bersama dengan feri yang membawa kami ke Pangkor
Di jeti lumut, kami mendapatkan tiket pergi balik berjumlah RM10 seorang yang sah digunakan selama sebulan. Ramah sungguh pakcik Anuar yang berada di kaunter tiket tersebut. Diceritakan kepada kami keseluruhan bumi pangkor termasuk tips-tips memilih tempat penginapan. Rupa-rupanya setelah lama berbual, dia merupakan ejen yang memang menunggu di situ mencari pelanggan, ataupun dalam bahasa orang tempatan di situ, ulat.
"Ulat pun ulatlah, asalkan dapat banyak maklumat." bisik ana kepada sahabat-sahabat. Layanannya pun bagus dan professional. Ditawarkan kepada kami bertiga perkhidmatan sewa motosikal sepanjang hari yang berjumlah rm 25. Boleh tahan juga harganya. Selesai semua urusan, kami terus menaiki feri yang mengambil masa hampir setengah jam untuk bergerak dari tanah besar ke Pulau Pangkor.
Dah lama tak bawa motor, dapat naik , terus lepas gian.. (^_^)
Sesampainya di sana menanti tokei motor, Eric dengan dua buah motor honda. Alhamdulillah, lega rasanya tak ditipu. Mana taknya, sebelum perjalanan sudah bayar RM50 untuk dua motor tersebut tanpa diberikan resit pengesahan bukti. Proses sewa motor di Pangkor ini agak mudah, tidak memerlukan kepada salinan Kad Pengenalan, hanya sekadar berikan nombor Telefon sahaja! Aneh tapi memudahkan!
Nyum Nyum..Sedap ni.
Dari jeti Pangkor, perjalanan dimulakan dengan upacara makan tengahari dan solat zohor. Harga makanannya boleh tahan . Sederhana, tidak mahal sangat dan tidak murah sangat. Menarik sungguh makan di kedai Melayu di Pangkor ini, ikan,udang dan sotongnya sangat segar! Manis dan sedap! Padanlah ramai orang yang berhenti singgah makan di sini. Ana nasihatkan kepada sesiapa yang bercadang untuk ke Pangkor agar tidak makan dahulu sebelum naik feri ke sini. Disamping mengelakkan termuntah atas bot akibat mabuk laut, penangan masakan orang Pangkor memang tak boleh dilepaskan! (^_^)
Selesai sahaja menjamu juadah dan solat di Masjid berhampiran jeti, kami terut memecut motosikal ke destinasi pertama, Teluk Segadas.
Umpama posmen yang mencari alamat : Teluk Segadas.
Ana ingat-ingat lupa jalan ke tempat perkhemahan tersebut kerana sudah tiga tahun kali terakhir ana menjejakkan kaki ke bumi Pangkor ini. Tiba-tiba ana teringat Ustaz Syed, orang kuat Pulau Pangkor. Beliau ada mencadangkan untuk menghubungi seorang sahabatnya yang tinggal berhampiran dengan pintu masuk ke Teluk Segadas itu.
"Assalamualaikum, Ustaz Hisyam ke tu?" sapa ana lembut melalui telefon. Di hujung telefon, ana mendengar suaranya lembut dan mesra. Setelah dijelaskan tujuan ana kesitu untuk riki, dia segera menyambut kami dengan penuh kehangatan , seolah-olah telah lama bertemu. Indahnya ukhuwwah islamiyyah ini. Terasa terharu.
Tanpa banyak bertanya, Ustaz Hisyam terus mengajak kami bertiga menaiki botnya ke Teluk Segadas. Jalan masuk ke tempat itu ada dua kaedah. Meredah hutan serta bukit yang tinggi dan penuh dengan pokok pokok ataupun mengikut jalan air iaitu, menaiki bot!
Permulaan Perjalanan
Luasnya Lautan
Ustaz Hisyam menceritakan pengalamannya dengan penuh bersemangat.
Bonus kepada kami. Ustaz Hisyam orang lama di Pangkor ini. Melaluinya banyak yang ana dapat tahu. Terutamanya mengenai tempat-tempat yang sesuai untuk diadakan program mukhayyam ataupun program motivasi.
Dipendekkan cerita, Teluk Segadas telah berubah. Sudah ada orang yang menjaga tempat itu. Sudah lebih terurus dan lebih kemas. Sangat sesuai untuk dibuat program di sini, cumanya masalah utama ialah tiada privacy. Tiada siapa yang boleh melarang orang luar keluar dan masuk ke tempat ini.
Selesai melakukan riki di situ, ana mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Hisyam kerana sudi membantu kami.
Kapal Perang tinggalan siapa ni? (^_^)
Kilang Satay Ikan.
Pantai Teluk Nipah
Perjalanan riki diteruskan lagi ke dua tiga tempat sekitar pangkor. Antaranya Pantai Pasir Bogak, Teluk Nipah, Teluk Dalam, Kilang Sate , Coral Beach, Batu Bersurat, Kota Belanda dan banyak lagi. Pendek cerita, habis satu Pangkor kami pusing.
Di pintu masuk Raudhah Camp
Sempat juga kami riki satu tempat program yang bernam Raudhah Camp. Nampak macam menarik, suasana kem itu wujud. Tapi sayang, tempatnya bukan di tepi pantai.
Seharian berpusing di Pangkor rasanya tidak puas. Minyak yang diisi sebanyak RM5 seolah-olah tidak turun walaupun sedikit. Kecil sahaja Pangkor ni.
Proses Tawar menawar sedang berlaku
Akhirnya, kami bertiga sepakat, sebelum pulang ke tanah besar, kena dapatkan oleh-oleh dari bumi Pangkor ini. Lalu, kami serbu kedai yang masih dibuka selepas Maghrib untuk membeli belah. Puas dengan "hasil tangkapan", kami bergegas ke jeti untuk mengejar bot yang terakhir iaitu pada jam 8.30 malam.
Brr... Sejuk ni..
Alhamdulillah, bot yang terakhir ini amat istimewa. Seumpama cruise . Ana dan sahabat-sahabat terus naik ke bahagian atas kapal yang terbuka. Menikmati udara laut yang segar dan nyaman.
Riki yang memakan masa sehari suntuk ini amat bermakna walaupun badan agak keletihan. Mudah-mudahan di lain kali dapat lakukan riki di tempat lain pula. Insya Allah. Cameron Highland sudah, Gopeng pun sudah, Kuala Kangsar pun sudah.
Terasa seluruh saraf yang tidur bangkit. Semangat jihad kembali meningkat.
Kuliah subuh yang disampaikan oleh al fadhil ustaz sidek nor sangat membekas di hati
.
Banyak taujihat dan saranan yang amat bermakna. Isi kuliah yang diselang selikan dengan ayat quran, hadis, sirah nabi, kata-kata ulama dan isu semasa teramatlah dirindui.
Sudah lama tidak dapat mendengar kuliah seperti ini. Dulu semasa di kampus, alhamdulillah acap kali dapat mendengar taujihad seperti ini. Selepas grad, teramat kurang kuliah jihad seumpama ini dilakukan.
Dan pagi ini alhamdulillah, peluang itu masih ada walaupun bukan lagi di waqi kampus.
Kata ustaz sidek nor, islam hendaklah ditegakkan melalui wadahnya iaitu jemaah islam, dan sama sekali tidak boleh melalui pertubuhan sekular walaupun dia berhasrat mengubahnya dari dalam.
Analoginya cukup mudah. Kalau nak menyelamatkan orang yang jatuh ke dalam tenaga najis, tidak boleh terjun ke dalam telaga juga. Tapi sebaliknya, hendaklah hulurkan tali untuk menariknya ke atas. Dan seandainya sudah terselamat, tidak boleh terus peluk, tapi sepatutnya dipancutkan air dari pili bomba dan dibasuhkan dengan sabun.
Hari ini, ramai yang mahukan islam cepat memerintah. Lalu ditinggalkan prinsip-prinsip asas islam, hinggakan dia sendiri yang akhirnya meninggalkan islam.
Sebab itu, syed qutb pernah mengungkapkan sebelum menemui ajal di tali gantung
"KEZALIMAN WALAUPUN PANJANG TAPI TAK AKAN KEKAL,
KEBENARAN WALAUPUN LEMAH TAPI TETAP AKAN MENANG!"
Ana merenung jauh kedepan. Menarik nafas panjang. Nafas dihembus perlahan. Benar, perjuangan ini panjang.
"300 tahun pemuda ashabul kahfi menunggu baru islam dapat memerintah" suara ustaz sidek nor terus tersemat di dada.
Semoga kita terus istiqamah memperjuangkan islam walaupun panjang masanya.
Alhamdulillah. Ana baru pulang dari jaulah bersama dengan sahabat2 suria horizon di cameron highland.
Perjalanan pergi dari utp ke c.h yang memakan masa selama 2 jam tidak dirasai. Rancak dengan perbualan ilmiah.
Dari perkongsian hukum2 agama kepada perancangan masa hadapan syarikat dibincangkan secara harmoni.
Alhamdulillah, sempat meninjau satu tempat yang menarik di cameron highland yang sesuai Untuk diadakan program motivasi di masa hadapan.
Air yang dingin dan sejuk, udara yang nyaman, suasana yang tenang, kicauan burung-burung dan unggas sangat sesuai untuk menghidupkan suasana program. Muayash dengan alam.
Tidak sia-sia rasanya perjalanan yang panjang dan meletihkan ini bilamana terasa ukhuwwah semakin kuat bertaut.
Tambahan pula, kami sudah dapat menambah koleksi tempat yang mantap untuk dijadikan lokasi program di masa depan. Harganya pun berbaloi. :)
Team usrah suria horizon sempat shoping sebentar di kedai2 sebelum balik ke utp untuk membeli buah tangan, terutamanya strawberi yang segar.
Mudah-mudahan dapat melakukan program jaulah seperti ini lagi di masa depan. Indahnya ukhuwwah islamiah.
Izzuddin Shah... kenangan yang tak dapat dilupakan...
"Cepat-cepat. Ana bagi masa 5 minit sahaja!" jerit Ketua Blok sambil menggoncang-goncangkan gril pintu blok Saidina Ali.
Ana kelam kabut mencapai name tag di atas loker. 014/99. Tali pinggang dipakai secepat kilat. Stoking disarung segera.
"Allah, sejak bila songkok aku dah jadi songkok lipat nie?" getus ana dalam hati sebaik sahaja mencapai songkok yang terletas atas loker. "Mesti ada orang yang tertukar dengan songkok aku ni, atau memang ada orang sengaja tukar ni" ngomel ana sendirian.
Ana lihat sekeliling. Kosong. Semua sudah meniggalkan dorm lebih awal.
Dalam kekalutan itu, ana terus bergegas meninggalkan dorm. Bimbang terkunci dari dalam oleh Ketua Blok yang bertugas. Rutin harian berkumpul di dataran ilmu sebelum jam 7.15 pagi memang akan menjadi masalah jika mengamalkan sikap tidur selepas subuh, dan pagi itu ana terlelap lebih.
Di hujung koridor, ana sempat melirik dua tiga orang kawan dari blok saidina Umar yang bertentangan dengan blok ana. "Takpe, ada orang lewat jugak ni." ana tersenyum lega. Memikirkan ada kawan yang turut lewat, ana tak jadi tergesa-gesa. Melencong ke tandas. Dalam pikiran ana yang masih di tingkatan satu itu, "Nanti bukan warden nak tahan pun, baru form one."
Selepas sahaja ana keluar dari tandas. Ana rasa hairan. Suasana sepi. Pelik. Selalunya dari jauh dah boleh dengar suara guru berucap setiap pagi di dataran ilmu untuk menyampaikan amanat ataupun tazkirah. Hari ini tak kedengaran langsung bunyi pembesar suara.
Ana melangkah berat ke dataran ilmu. Dari jauh nampak Cikgu Dasuki, cikgu disiplin sedang berucap di hadapan, tanpa menggunakan microfon. "Ya Allah, habislah ana macam ni." Kawan-kawan yang lewat semuanya berdiri di hadapan semua pelajar. Ada dalam 20 orang dan kesemuanya senior. "Aiseh. Takkan aku seorang aje form one ni?" kebimbangan semakin meninggi. Rupa-rupanya kawan yang ana sangka itu rupanya senior form 2.
Sebaik sahaja tiba di dataran ilmu, ana terus mengambil tempat di hadapan. Malu sungguh. Semua mata melihat ana, tak kurang yang berbisik-bisik. Pergerakan ana yang perlahan pun dapat didengar kerana Cikgu Dasuki tidak menggunakan microfon.
Tiba-tiba, Cikgu Dasuki membuat pengumuman,
"Hari ini, kamu semua tak perlu nyanyikan lagu sekolah, kita sudah ada penasyid hebat dihadapan kamu semua untuk nyanyikan bagi kamu"
Glup. Sudahlah... Bertambah tebal muka ana menahan malu.
"Ok. Awak semua boleh mula. Wahid, Isnain, Ibda!" Cikgu Dasuki memberikan arahan lagak seorang komander tentera.
Marilah bergerak maju
Menuntut segala ilmu
Menuju kemuliaan
Mencapai kebahagiaan
Rohani dan jasmani
Tabahkan dalam hati
Junjung titah Ilahi
Dengan suci dan murni
Berazam dan berbakti yang abadi
Kukuhkanlah semangat
Menyumbangkanlah khidmat
Terhadap masyarakat
Dunia dan akhirat
Kukuhkanlah semangat
Menyumbangkanlah khidmat
Terhadap masyarakat
Dunia dan akhirat
Habis sahaja kami "penasyid hebat" menyanyikan lagu sekolah, cikgu Dasuki menangguhkan majlis. Lega rasanya dapat keluar dari barisan yang sangat tidak selesa ini.
Tapi, ada tol lagi yang menunggu di hadapan. Ketua Pelajar sedang mengadakan sport check kelengkapan diri kepada setiap pelajar sebelum dilepaskan untuk ke kelas atas arahan Cikgu Dasuki. Ana lega, hari ini semua lengkap. Ana periksa semula dari bawah untuk menambahkan perasaan tenang.
Kasut.. ok!
Stoking .. pakai, ok!
Seluar.... tak lipat, ok!
Tali pinggang... warna hitam, ok!
Kuku... baru potong, ok!
Name Tag ... ada, ok!
tapi...
SONGKOK... lipat, TAK OK!
Aduh. Malang bertimpa, sudahlah lambat, pakai pulak songkok yang dilarang. Lebih malang lagi, barisan pelajar yang lewat diperiksa sendiri oleh Cikgu Dasuki.
Dan dihadapan, cikgu Dasuki tersenyum menanti.... dengan rotannya di tangan.
P/s : pengajarannya, elakkan tidur selepas subuh ya...~
"Haih, kerasnya tanah ni." rungut ana seorang diri. Cangkul semakin perlahan hayunannya. Peluh jantan laju turun mencurah-curah. Terasa kejap tangan.
Ayah hanya tersenyum melihat gelagat anak terunanya. Tanpa berbicara, tangan ayah terus laju dan tangkas menghayun cangkul. Projek ini mesti disiapkan hari ini juga.
Dalam diam, ana kagum pada ayah. Kagum pada kegagahan ayah melebihi tenaga anak muda. Tahun depan ayah akan berumur 60 tahun. Tapi lagak dan gaya ayah memang mengalahkan ana yang baru 22 tahun.
Ana berhenti seketika di tepi rumah. Mengambil nafas. Semput. Matahari semakin tinggi membakar kulit.
Pagi tadi, ana mengikuti ayah ke rumah sewa untuk menambah simen di halaman rumah. Rumah sewa ayah ini memang digemari ramai. Mungkin kerana lokasinya di permatang pasir, permatang pauh yang aman di samping berhampiran dengan sekolah dan pejabat-pejabat kerajaan menyebabkan ramai yang berlumba-lumba untuk menyewanya. Tak kurang juga ada yang menawarkan ayah sejumlah duit untuk membelinya, tapi selalu pulang hampa kerana ayah hanya bercadang untuk menyewa sahaja dan bukan menjualnya.
Bukan sebarang orang yang ayah berkenan untuk sewakan rumah ini. Ayah selalu periksa latar belakang orang yang ingin menyewa rumah. Mungkin kerana pengalaman rumah di Syah Alam yang disewa oleh penghisap ganja menyebabkan ayah serik menyewakan rumah kepada sebarangan orang.
Alhamdulillah, penyewa kali ini orangnya boleh tahan. Orang pulau pinang mungkin mengenalinya. Ustaz Yusni Mat Piah.... Erm, Tinggalkan dahulu cerita mengenai penyewa rumah ayah ini... Insya Allah lain kali boleh kita sambung bercerita lagi mengenai Ustaz Yusni.
Berbalik kepada cerita awal ana, pengalaman membuang seciput rumput dan tumbuhan liar di halaman rumah sewa sudah cukup untuk membuktikan terlalu banyak lagi yang perlu dipelajari. Terasa terlalu kurang pengalaman dan ilmu pengetahuan. Dalam hal ini, ana respect sangat pada ayah ana.
Walaupun ayah merupakan bekas pensyarah elektrik, boleh dikatakan banyak ilmu selain bidang elektrik yang dikuasainya. Ayah mahir dalam membaiki kenderaan, mahir membina rumah, mahir berniaga malah pernah memiliki syarikat sendiri (sekarang sudah tiada kerana memberikan fokus kepada keluarga yang agak besar- 9 orang anak), mahir memasak, mahir berkebun dan mahir serba serbi.
Segan ana bila berbual dengan ayah. Ana rasa , kemahiran ana mencari maklumat di internet melalui blog mahupun web2 berita sudah cukup hebat, namun bila berbicara dengan ayah, ternyata ayah lebih mendahului dalam berfakta.
Lama ana mencari rahsia ayah... terutamanya berkaitan ilmunya yang agak meluas... Dan akhirnya, ana rasa ana berjumpa dengan rahsianya....
MENCINTAI ILMU
Benar, ayah amat mencintai ilmu.
Setiap pagi, selepas solat subuh, ayah akan mengajak emak untuk pergi menuntut ilmu di pondok Ustaz Bakar di Kubang Semang. Pada waktu siang, ayah akan membaca surat khabar dan juga majalah-majalah seperti times, solusi, dan dua tiga lagi bacaan bahasa inggeris. Pada waktu maghrib ayah akan menghilang dari rumah kerana menghadiri kuliah maghrib yang banyak di sekitar masjid-masjid sekitar rumah. Dan yang paling menarik, ayah sudah mulakan semua tabiat ini bermula zaman remaja sebelum berkahwin lagi!
Tidak hairanlah banyak sangat ilmunya. Ilmu kesihatan pun banyak yang dikongsi bersama. Walaupun umurnya hampir mencecah 60 tahun, wajah ayah masih kelihatan seperti awal 40 tahun. Tenaga ayah pun mengalahkan anak-anak muda, terutamanya bila dalam membuat kerja-kerja rumah seperti memasang siling, membuat pagar, menggali telaga dan sebagainya.
Ana amat berbangga memiliki ayah yang hebat sepertinya. Hebatnya ayah ana ini kerana ana yang menilainya hebat. Jika kita menganggapnya tidak hebat, maka dia akan menjadi seperti yang kita anggapkan. Pokok pangkalnya terletak pada diri kita sendiri yang menilai. Sedih ana melihat ramai sangat anak-anak muda pada zaman ini yang semakin biadap dan tidak menghormati ibu dan ayah mereka. Lihat sini dan sini.
Cuma, tinggal lagi pada kita. Adakah kita akan terus menerus mengatakan, ayah aku hebat, sedangkan diri kita tidak mahu sehebat itu, ataupun lebih hebat dari itu? Benarlah kata-kata pepatah arab,
"BUKANLAH SEORANG PEMUDA YANG MENGATAKAN INI AYAH SAYA,
TETAPI SEORANG PEMUDA ADALAH YANG MENGATAKAN INILAH SAYA! "
Dan kisah diceritakan ini adalah kerana untuk menzahirkan kerinduan ana pada ayah yang tercinta...
Alhamdulillah, berkat keizinan Allah S.W.T, sudah hampir 3 bulan Rakan Motivasi Management, Training and Consultancy atau singkatannya Rakan Motivasiditubuhkan.Objektif penubuhan Rakan Motivasi yang bermatlamatkan untuk memberikan khidmat nasihat dan kepakaran terutamanya dalam bidang motivasi telah berjaya menghimpunkanbekas ahli Rakan Masjid ataupunboleh dikenali sebagai Alumni Rakan Masjid.Semenjak tertubuhnya Rakan Motivasi ini,telah banyak aktiviti berbentuk motivasidijalankankepada para pelajar UTP, selain menjadi 'payung' utama kepada Rakan Masjid sendiri.
Rakan Motivasi secara rasminya telah ditubuhkan pada 19 Ogos 2009 oleh beberapa pelajar UTP yang mengambil bidang Ijazah Sarjana ataupun Master Degree. Idea penubuhan sudah pun wujud sejak zaman kepimpinan Rakan Masjid di bawah saudara Amir Fadhli bin Razaliiaitu pada sesi2007/2008 dan diteruskan bahkan diperkuatkan idea tersebut ketika zaman kepimpinan Rakan Masjid di bawah saudara Mohd Hakim Mohd Noor pada sesi 2008/2009. Maka akhirnya tertubuhlah Rakan Motivasi ini, sebagai medan 'check and balance' kepada Rakan Masjid itu sendiri.
Alhamdulillah, sejak tarikh penubuhannya hingga ke saat ini, telah banyak undangan dan jemputan program dipenuhi. Permulaannya adalah apabila Rakan Motivasi diberikan penghormatan untuk mengendalikan sesi bersama dengan AJK Rakan Masjid sesi 2009/2010 di dalam program Kem Pengurusan AJK anjuran Lajnah Tarbiyah dan Kepimpinan Rakan Masjid pada 21 Ogos 2009.
Rakan Motivasi terus mengorak langkah dengan lebih laju apabila terus memberikan khidmat nasihat dan pandangan kepada pelajar-pelajar UTP walaupun mereka bukannya datang dari organisasi Rakan Masjid. Ini terbuktiapabila Rakan Motivasi telah menghantar beberapa wakil untuk memenuhi jemputan memberi pengisian ketika forum-forum yang dianjurkan oleh persatuan-persatuan di UTP.
Sebagai contoh, forum 'Diary of a President' yang telah dianjurkan oleh Unit Kaunseling UTP dengan kerjasama MPPUTP pada 20 Oktober 2009 yang lepas. Rakan Motivasi telah diwakili oleh Presidennya yang pertama, iaitu saudara Mohd Hakim Mohd Nor, telah diundang untuk memberikan pengisian dan berkongsi serba sedikit mengenai kehidupan sebagai seorang presiden.Penglibatan dalam program seperti ini amatlah penting untuk menunjukkan imej Rakan Motivasi yang bukan hanya bersifat eksklusif, bahkan inklusif.
Selain itu, forum Pecutan Terakhir yang diadakan pada 1 November 2009 baru-baru ini anjuran Lajnah Akademik Rakan Masjid dengan kerjasama Unit Kaunseling UTPturut dihadiri oleh saudara Mohd Hakim Mohd Nor sebagai panelis dan ditemani oleh Pensyarah Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik, En Mohd Fakhizan bin Romlie yang juga merupakan ahli kepada Rakan Motivasi.
Rakan Motivasi sentiasa menyokong dan akan terus menerus memberikan komitmen samada dalam bentuk tenaga mahupun kewangan kepada Rakan Masjid yang banyak berbakti mencorak biah solehah di muka bumi UTP. Buktinya, pada4 November 2009, pihak kepimpinan Rakan Motivasi telah berbesar hati untuk menaja pihak komiti Khemah Ibadah sebuah khemah bernilai RM300 sebagai kemudahan untuk digunakan sewaktu Khemah Ibadah yang akan dijalankan pada awal bulan depan.
Selain daripada itu, segala khidmat nasihat dan pertolongan yang dihulurkan diberikan secara percuma. Berbekalkan kepada semangat "fastabiqul khairat", Rakan Motivasi terus menerus memberikan khidmat motivasi tanpa berbayar pada Khemah Ibadah Musim Cuti Sekolah Kali ke 2 yang bakal diadakan selama 6 hari, bermula dari 8 Disember sehingga 13 Disember . Walaupun harga bayaran untuk mendapatkan pakar motivasi untuk mengendalikan slot motivasi bagi sesuatu program "summer camp" seperti ini mencecah hampir RM 2000.00, Rakan Motivasi tidak mengambil kira faktor tersebut dan walaupun tanpa mengambil sebarang bayaran, kualiti perkhidmatan yang diberikan insya Allah dalam keadaan yang terbaik.
Kesimpulannya, Rakan Motivasi akan sentiasa untuk berbakti dan membantu pelajar UTP secara amnya dan Rakan Masjid secara khususnya dalam bidang motivasi walaupun baru berusia setahun jagung. Segala pengalaman yang didapati semasa menganggotai Rakan Masjid dahulu akan dicurahkan sepenuhnya kedalam Rakan Motivasi ini sebagai satu kesinambungan perjuangan yang panjang.
Rakan Motivasi sentiasa mengalu-alukan semua bekas ahli Rakan Masjid atau Alumni untuk memberikan pandangan, bantuan tenaga mahupun kewangan serta sokongan atas usaha yang dilakukan pada waktu ini dan masa akan datang. Kita mengharapkan agar usaha membina biah solehah yang menjadi visi Rakan Masjid tidak berakhir sekadar di kampus sahaja, sebaliknya segala usaha tersebut dapat diteruskan lagi walaupun tidak lagi bergelar sebagai mahasiswa.
Alhamdulillah. Pagi tadi baru sahaja selesai satu gathering ringkas dengan sahabat2 yang ambil master dan lecturer utp.
Gambar beramai-ramai tak sempat ambil. Sempat snap gambar sahabat2 sahaja. Ana kena bergegas ke ipoh untuk mengambil test diploma syariah. Dalam tak sedar, dah hampir selesai satu sem ana mengambil diploma nie.. Alhamdulillah, tinggal lagi 5 sem sahaja.
Jujurnya, ana seronok bila bersama dengan sahabat2 melakukan aktiviti outing macam ni. apatah lagi bila masing-masing bawa bersama baby n anak2 comel masing. Meriah jadinya.
Ana berkesempatan untuk menyambung tazkirah yang disampaikan oleh bro pok liah@elias. Memang mantap sharing yang dia bagi.
Kisah berkaitan marriage. The important of become the good listener. Erm, lupa nak bagitahu, tazkirah dan semua perjalanan majlis dibuat dalam bahasa inggeris kerana meraikan abg mat@maythem, suami kak najmin yang merupakan warganegara iraq.
Selesai sahaja abg pok liah menyampaikan tazkirah, ana kupas sedikit dengan membacakab satu ayat dari surah al-a'raf berkaitan dengan pendengaran, penglihatan dan hati. Tapi tak dapat kupas panjang, agak kekok berbahasa inggeris bila menyampaikan tazkirah... Huhu
Apapun, memang ceria dan harmoni suasana pagi tadi. Spagheti serta muffin yang dimakan diatas hamparan tikar di tepi tasik utp sambil ditiup angin sepoi-sepoi bahasa memang perlu dicuba oleh semua, apatah lagi jika anda memang warga utp. Bak kata orang putih, serious best!
P/s : this is just a post purposely for a sunday morning. Break sekejap dari heavy routine. Have fun with your famliy guys. :)
Alhamdulillah. Semalam ana berkesempatan untuk menyampaikan sebuah khemah/kanopi bagi pihak rakan motivasi yang bernilai hampir Rm600 kepada komiti khemah ibadah 2009.
Majlis ringkas tersebut diadakan di masjid lama sejurus selepas solat isya. Alhamdulillah, pengarah k.i iaitu saudara fadhli sayuti dan wakil mt rm, saudara zaiyinul ain turut bersama dalam majlis tersebut.
Banyak kenangan yang tersimpan dalam k.i. dan sampai ke hari ini, ana masih lagi terasa keberkatan program tersebut.
Banyak perselisihan pendapat disatukan.
Banyak persengketaan terlerai.
Ukhuwwah bertaut kuat dan kukuh.
Pengalaman berganda-ganda.
Dan pada hari ini, ana bersyukur kerana dapat lagi terus memberikan sumbangan kepada rakan masjid melalui program2nya seperi khemah ibadah ini.
insya allah, rakan motivasi yang diterajui ana selaku presiden akan terus menerus memberikan sokongan dan khidmat kepada rakan masjid.
di post yang akan datang, dengan izin Allah, akan ana ceritakan lagi mengenai rakan motivasi.
Apapun, good luck to rakan masjid. Semoga terus menerus konsisten dalam membina biah solehah di bumi utp yang tercinta.
"berapa ramai yang hadir ni akh?" Soal ana sekadar nak dapatkan kepastian. Bukan tidak boleh dibilang sendiri. Sengaja mahukan pengesahan.
"30 orang abang Hakim." jawab din yang duduk disebelah ana.
Malam ini ana sempat untuk duduk menuntut ilmu dari Ustaz Rahmat, imam masjid UTP. Tajuk kuliah malam ini pun menarik, fiqh aulawiyat.
"memang biasa macam ni ke jumlah kehadiran akh?" soal ana lagi.
"biasa ar macam ni abang hakim. Kadang-kadang lagi sikit bang." jawab Hafiz yang duduk di sebelah Din.
"hurm, mana pergi yang lain?"
Soalan yang kerap diajukan kepada ahli masjid. Bukan ini kali pertama ana berbual topik ini.
Semasa ana memegang taklifan selaku presiden Rakan masjid dahulu, jenuh difikirkan solusi kepada permasalahan ini, kurangnya sambutan kepada majlis ilmu.
Lalu ana kerahkan masul lajnah tarbiyah, akhi din paiman untuk keluarkan satu cadangan penyelesaian kepada masalah ini.
Lalu, tertubuhlah UNIT KHIDMAT MASJID.
Tujuannya jelas, untuk memberikan fokus kepada segala aktiviti di masjid khususnya kuliah, termasuklah bagaimana untuk meningkatkan bilangan yang hadir ke masjid.
sebaik sahaja tertubuhnya unit ini. Maka bermulalah kempen besar-besaran.
Poster ditampal. Email disebarkan. Sms dihantar. pengumuman dibuat. Semua medium digunakan.
Maka, hasilnya dinantikan.
Menjelang maghrib... Bilangan hadirin di nanti.
Ya... Alhamdulillah. Ramai yang hadir.
Tiba-tiba, selepas sahaja selesai solat dan berdoa... Hadirin beramai-ramai keluar meninggalkan masjid.
"Eh.. Tunggu.. Nak ke mana tu? Bukankah selepas ini ada kuliah?"
"maaf syeikh. Lapar la. Nak pergi makan dulu. Nta nak ikut tak?" jawab seorang akh...
Erk.. Kita ajak dia tunggu, dia pulak ajak kita keluar. Dimana aulawiyatnya? Mana yang perlu diutamakan, Makanan fizikal atau rohani selepas maghrib?
persoalan ini ana tinggalkan untuk sahabat2 yang membaca post ini.
Jika tidak berjumpa jawapan, marilah bertandang ke masjid. Disini ada kupasan Fiqh Aulawiyat oleh al fadhil Ustaz Rahmat.
jawapannya ada. Mahu atau tidak, andalah penentunya.
Mukanya kelat. Tiada senyuman dibibir. kerunsingan jelas di wajahnya.
Hari ini sudah hampir 3 bulan dia berada di UTP. Namun hatinya masih tidak berasa gembira. Masih terbayang bayang tawaran JPA yang ditolaknya bulan lalu.
"kalaulah saya tak tolak tawaran tu dulu, mesti saya dah ada di Uk sekarang ni abang hakim. Kawan kawan ramai yang kritik saya tolak tawaran tu."
Adik itu terus menerus memperkatakan kekesalannya.
Ana diam. Tekun mendengar. Jadilah pendengar yang baik, bukannya menjadi mr fix it. Itulah pesan john gray dalam bukunya men from mars, woman from venus.
Adik itu menyambung bicara. "ada kawan ana, sanggup bayar rm9000 untuk langsaikan hutang petronas semata mata untuk terima tawaran JPA. Haih... Rugi ana tak buat macam tu gak. " kedengaran keluhan beratnya di hujung bicara.
Diam seketika. Adik itu merenung jauh.
Ana memulakan bicara memecahkan kesepian itu.
"dik, siapa yang buat keputusan untuk masuk UTP ye dulu?"
Mukanya berubah. Nampak segan. "ana sendiri. Sebenarnya, dari dulu lagi ana teringin nak masuk UTP. Tapi, sekarang rasa macam tak best pulak. Ruginya tolak tawaran JPA tu.." adik ini meneruskan "zikir"nya lagi.
Ana tersenyum. mula memahami situasi. Dont jump to conclusion. Listen untill the end. Seek to understand than to be understood.
"ana pernah tengok dua ekor rama-rama yang hampir menetas dari kepompongnya. " ana memulakan jawapan. Memang kegemaran ana untuk memberikan jawapan dalam bentuk penceritaan.
"ada seorang budak di hadapan kedua-dua ekor rama rama itu. Dia jadi kasihan melihat betapa susah payahnya rama rama itu perlu bergelut untuj keluar dari kepompong masing-masing.
Lalu, dengan belas kasihan, dia menolong mengopakkan salah satu kepompong untuk membolehkan rama rama itu keluar dengan mudah. Dia hanya sempat "membantu" seekor sahaja manakala seekor lagi berjaya keluar dengan sendirinya tanpa bantuan daripadanya.
Subhanallah. Dua dua rama rama tersebut sangat cantik. Berwarna warni.
Tiba tiba, salah satu rama rama tersebut berpusing pusing lalu jatuh. Manakala seekor lagi dengan gagah mengepak sayapnya dan berterbangan riang.
Budak itu kaget. Rama rama yang ditolongnya keluar dari kepompong tiba tiba jatuh dan akhirnya mati."
Ana mengakhiri cerita di situ. Full stop.
"err... Apa kaitan kisah rama rama dengan kisah ana abang hakim?" zakril kembali bertanya selepas tekun mendengar ana berceloteh.
"redha dengan ketetapan allah. Setiap yang belaku pasti ada hikmahnya." jawab ana ringkas.
"maksudnya?" adik ini masih tak memahami maksud tersirat cerita itu.
Ana tersenyum lagi. Bagus, bila dia bertanya, tanda dia mula berfikir, dan berfikir ini adalah nikmat yang jarang manusia gunakan dengan baik.
Maksudnya, walaupun nampak rama2 itu dalam "masalah", sebenarnya itulah kaedah sunnatullah untuk menjadikan kepak rama2 itu kuat. Tanpa dia bersusah payah, menyebabkan dia jadi lemah walaupun telah menjadi seekor rama2 yang cantik.
Oleh itu, kita kena sentiasa sabar dan redha dengan ketentuan yang kita ada. Rama rama itu tidak pernah menyesali dirinya keluar secara susah payah dari kepompong, kerana hikmahnya jelas. Dia akan menjadi kuat.
Begitulah dengan kita. Bezanya cuma mungkin sekarang kita masih belun nampak hikmah kejadian ini. Bersabarlah akh, dan redhalah dengan pilihan ini. UTP atau JPA. Kedua-duanya ada hikmah. Yang penting, kita redha dengan pilihan kita.
Adik itu kelihatan diam. Pandangannya dilempar jauh. Satu keluhan berat dilepaskan. Mukanya nampak kembali ceria. Sudah ada senyuman terukir di wajahnya.
Redhalah ya akh... Di sebalik sesuatu pasti ada hikmahnya. Ana terus berbisik dalam hati.
semalam ana diberikan peluang untuk meNjadi ahli panel forum pecutan terakhir anjuran Rakan Masjid UTP dan Unit kaunseling.
Program semalam alhamdulillah berjalan lancar walaupun bermula agak lewat kerana hujan dan menyebabkan audience pun tidak ramai pada permulaannya.
Ana dan sifu ana, abg fakhizan diberikan peluang mengupas kaedah, tips, stratergi untuk menhadapi minggu-minggu terakhir semester ini.
Semester ini study week di UTP hanya bermula pada hari Rabu nanti sedangkan first paper ialah pada hari Isnin minggu hadapan.
Dek kerana cuti yang banyak semester ini akibat peristiwa yang tidak dijangka seperti H1N1, study week dah tak jadi study week. dah jadi study days.. :)
Apapun, semasa forum yang dikendalikan oleh adik taufiq semalam, memang sangat bermakna.
Sepanjang 3 pusingan yang berlangsung, ana terasa begitu bermakna apabila dapat berkongsi pengalaman semasa zaman undergraduate dahulu.
Insya allah, di next post ana akan cuba untuk kongsikan pengalaman ana semalam.
Kepada adik-adik di UTP, bergantung haraplah pada Allah. Dialah yang memberikan kejayaan kepada kita. banyakkan doa dan munajat padaNya.
Tergambar di mukanya sedikit keceriaan dan kegembiraan.
2 hari lepas, adik ana, muhammad hanif di masukkan ke dalam hospital selepas muntah muntah dan sakit perut yang melampau. Suhu badannya juga meningkat, demam.
Emak dan ayah bergegas ke sekolah asrama adik di pmtg pasir. sebaik sahaja sampai di sekolah, adik dah meracau-racau kesakitan...
Bimbang dengan kesihatan adik, mak terus membawa adik ke klinik yang berkaitan.
Di klinik, dr. Tidak berani membuat pemeriksaan lanjut. Kes ini di"refer" kpd hospital sbrg jaya. Disyaki apendiks.
Namun, setelah pemeriksaan rapi di wad kecemasan hospital, didapati bukanlah apendiks. Dr. Tidak dapat mengesan apakah penyakit yang adik hidapi.
Mahu dikatakan keracunan makanan, kawan2 seasramanya di sekolah menengah asrama permatang pasir tidak ada seorang pun yang mengadu sakit perut.
Mak sangat risau. Di hospital, racau adik menjadi2. Penyakit adik misteri.
Mak bimbang sangat sebab kata mak," hanif ni lahir hari jumaat, dan sekarang dah nak masuk hari jumaat." Bicara mak terhenti di situ...
Ana menangkap sedu suara mak di hujung talian telefon. Ana mendapat berita jam 8 malam hari khamis. Adik dimasukkan hospital pada sebelah maghrib.
Ana tak dapat untuk balik segera pada malam itu juga kerana perlu memberi ceramah motivasi kepada adik2 tingkatan tiga sekolah menengah idrisiah, kuala kangsar. Walaupun dapat menyampaikan ceramah dengan lancar, dalam hati terasa sungguh risau dengan keadaan adik.
berbalik kepada keadaan adik di hospital, dr dan jururawat bertungkus lumus memberikan rawatan dan berusaha mengenal pasti penyakit yang menimpa adik.
Namun, masih buntu dan kehampaan.
Malam itu, ayah menemani adik di hospital. Tanpa disedari, ada satu ubat mujarab yang ayah bawa bersama dari rumah. Berkat ubat itu dan keizinan Allah, adik kembali pulih.
Air zam zam!
Ya, berkat air zam zam dan kenyakinan bahawa Allah yang akan menyembuhkan penyakit, adik beransur sembuh.
Dan semalam, tepat jam 7.50 malam, adik dibenarkan keluar dari hospital. Selepas 24 jam berada di hospital tanpa mengetahui apa penyakit misteri yang menimpa, Alhamdulillah adik pulih walaupun belum sepenuhnya.
Terima kasih ya Allah...
Terima kasih juga kepada pembaca yang turut mendoakan.
"Kak Maz kata awak ni pelik bila ada atas pentas. Cakap bahasa Inggeris berterabur. Tak sesuai .Lain kali jangan naik pentas lagi!" amaran dari seorang 'fasilitator senior' sebaik sahaja ana selesai mengendalikan sesi bersama adik-adik MAS. Senyumannya sinis.
Dalam kepenatan mengendalikan Minggu Aluan Siswa (MAS) selama hampir 2 minggu termasuk TOT, tiba-tiba ana menerima satu kritikan yang tidak diundang. Letih terasa bertambah-tambah. Sudahlah terpaksa mengambil alih majlis yang dibiarkan sepi tanpa aktiviti secara adhoc, tiba-tiba menerima laporan yang tajam itu sehingga terasa begitu besar menekan diri.
Mengendalikan hampir 800 orang mahasiswa pintar yang terdiri lebih dari 20 kaum, bangsa dan warganegara bukanlah satu perkara yang mudah. Kemasukan ke Universiti Teknologi Petronas memang amat ketat. Hanya mereka yang lulus temuduga dan mempunyai kelulusan SPM yang cemerlang sahaja yang dipertimbangkan untuk memasuki universiti milik syarikat minyak negara ini.
Ini merupakan kali kedua ana menyertai MAS selaku fasilitator. Mas batch July memang diakui sebagai batch lebih sukar 'dikawal' berbanding batch Januari. Tempoh 7 bulan kosong selepas SPM sebelum masuk ke Universiti memang memberikan kesan gaya hidup adik-adik ini. Ada keunikannya yang tersendiri.
Pengalaman pertama menjadi Fasilitator Mas semasa Januari 2006 memang amat menggembirakan. Banyak pengalaman dapat dicedok dari fasilitator yang lain di samping dapat bersama dengan adik-adik junior yang semuanya suci bersih jiwa dan muka mereka. Lihatlah sahaja pada anak-anak usrah ana: Zaim, Anggur, Phidot, Izzu, Jime, Haeqal, Ipe, Bart, Bakri, semuanya baik-baik belaka. (^_^)
Tapi, batch July ini penuh mencabar. Pengalaman yang ada dicurahkan sepenuh jiwa untuk merebut hati adik-adik ini yang merupakan mad'u dakwah. Namun, dalam kesungguhan dan keletihan melaksanakan program, tiba-tiba rasa semua itu tidak dihargai. Hancur luluh begitu sahaja. Dek kerana, satu laporan tidak diundang tadi.
Rasa terkilan ada.
Tertekan pun ada.
Marah pun turut ada.
Terkilan kerana tidak disuarakan secara berhadapan. Tertekan kerana expectation dari pihak Management,Kak Maz terlalu tinggi, marah kerana reporter itu melakukan namimah
Semua perasaan berkumpul serentak. Terasa ingin meletus. Tetiba teringat satu artikel yang pernah dibaca. Berkaitan dengan komunikasi....
Muawiyah radhiyallaahu ‘anhu bukan pemberontak sebagaimana yang dikehendaki imej sebegitu oleh musuhnya. Muawiyah selaku ahli keluarga kepada Uthman radhiyallaahu ‘anhu menghendaki supaya pembunuh Uthman diheret ke muka pengadilan. Hal tersebut harus menjadi keutamaan tertinggi pada ketika itu. Ali radhiyallaahu ‘anhu pula melihat, urusan menghukum pembunuh Uthman adalah sulit sekali untuk dilakukan kerana kucar kacir umat Islam tanpa pemimpin akibat terbunuhnya khalifah Islam ketiga itu.
Malah lebih memburukkan keadaan, kumpulan yang memberontak terhadap Uthman hingga membawa kepada pembunuhannya telah membai’ah Ali secara licik dan meletakkan diri mereka di tengah posisi tentera Ali.
Sungguh membingungkan.
Ali berada di Madinah.
Muawiyah berada di Syam.
Ya, faktor jarak memisahkan mereka untuk membolehkan komunikasi cemerlang berlaku.
Menginsafi tragedi ummah yang pernah berlaku akibat kerana masalah KOMUNIKASI, ana memberanikan diri untuk melangkahkan kaki berhadapan dengan Kak Maz, Kaunselor UTP merangkap pengelola MAS. Dalam diri, ana yakin, ini mesti masalah komunikasi.
Jujurnya, ana tidak rapat dengan Kak Maz lagi pada waktu itu. Walaupun semua orang mengetahui yang Kak Maz ini amat sporting dan mudah mesra dengan sesiapa sahaja. Cumanya pada waktu itu, terasa diri ini tersangat kerdil , baru 1st Year, terasa begitu muda.
Namun, dikuatkan semangat ini untuk membuka mulut.
"Kak Maz, macamana performance saya tadi masa atas pentas". soal ana memohon kepastian sebenar darinya.
"Good Job Hakim. Well performance. Kiut Bahasa Inggeris awak. Berjaya curi tumpuan semua audience. Akak tengok semua freshie nie happy dengan awak. Congratz Hakim" komen Kak Maz diselangi penghargaan.
Runtuh semua perasaan tidak selesa tadi. Hilang terus rasa kepenatan. Sangkaan ana benar, ini semua masalah komunikasi.
Ada pihak yang rasa tak selesa rupanya. Rasa tak selesa dengan perhatian yang diberikan adik-adik kepada ana.Memang ana akui, ana kerap naik ke atas pentas. Kasihan melihat adik-adik ini kebosanan. Mereka perlukan suasana yang tenang dan rileks. Tak mahu lagi disumbat dengan briefing, seminar, talk dan seribu satu acara tradi yang meletihkan. Tapi, siapa yang mahu mengambil peranan. Ana tampil kehadapan beranikan diri, walaupun sedar, terlalu banyak kekurangan dalam diri ini.
Sepanjang MAS ana berhibur dengan mereka. Tidak kira samada dia seorang Muslim atau tidak, Rakyat Malaysia atau bukan, semua bukanlah satu barrier untuk bermesra dengan mereka.Sebutlah permainan apa yang tidak dimain dengan adik-adik ini. Dungga, Kunji Cha-Cha, Goreng Pisang, Bom dan banyak lagi... semua diisi dengan harapan adik-adik ini rasa seronok untuk terus belajar di UTP ini.
Di penghujung MAS, tiba-tiba ketua fasilitator membuat undian rawak dikalangan adik-adik dan para fasilitator yang lain untuk memilih Best Facilitator. Ana rasa anugerah itu sudah tentu jatuh kepada abang Ketua Fasilitator, kerana dedikasi yang ditunjukkannya lebih banyak dan lebih hebat. Tiba-tiba, bila malam terakhir, ana diumumkan sebagai Best Facilitator.
Terasa begitu terharu.
Apa yang ana lakukan semua ini bukan untuk mengejar kemasyhuran. Bukan juga mahukan pujian. Jauh lagi untuk menerima gelaran seumpama ini. Ana hanya mahukan kepuasan dan dihargai dengan baik. Kepuasan dapat berbakti kepada Islam, kerana ini adalah satu dakwah.
Ana menginsafi diri kembali. Teringat dengan laporan dusta yang diterima di awal-awal program MAS. Jika tidak diperiksa, mungkin ana akan terus mengambil keputusan merajuk dan tidak mahu kehadapan.
Pentingnya komunikasi. Dapat menyelesaikan banyak perkara. Sila lihat sini.
"Dijemput kepada sahabat ana yang ana rasa perlu dijadikan contoh bagi kita semua...
Dia adalah orang biasa sahaja sebelum ini.
Namun sesudah menerima nikmat jemaah ini, dia berubah.
Dan perubahannya ada satu rahsia yang sangat besar yang perlu kita ketahui bersama.
Mari kita dengarkan bicara beliau.
Tafadhal ya akh.."
Pengerusi slot wida menjemput sahabat akrab ana mengambil tempat di hadapan.
.
..
...
Sahabat ini mengambil tempat di hadapan. Sayu sahaja wajahnya. Matanya kelihatan berair. Mukanya tidak menampakkan keceriaan.
"Ana sedih. Sebab ini adalah maiks ana yang terakhir."
Suasana sebak menguasai dewan kuliah.
"Apa akan jadi jika kita semua tidak dipilih Allah untuk menganggotai jemaah ini??" Soal sahabat akrab ini lagi.
Kelihatan air matanya mengalir perlahan. Sebak menahan diri. Sedih mengenang nasib. Tidak dipedulikan lagi ratusan mata yang memandangnya. Air mata terus menerus mengalir. Suaranya tersekat-sekat berkata….
"Kita mungkin sebelum ini adalah orang yang bercouple..."
"Kita mungkin sebelum ini adalah orang yang tidak rajin ke masjid..."
"Kita mungkin sebelum ini pakaian tidak sempurna..."
"Tapi, dengan menyertai gerakan dakwah ini, kita mendapat satu nikmat yang sangat besar,... Ya, nikmat PERUBAHAN!"
Ringkas. Tapi penuh bermakna.
Kelihatan beberapa muslimat di kerusi hadapan mula menyeka air mata...
Sementara sahabat-sahabat Muslimin ramai merenung jauh diri kedalam...
Suasana sepi menguasai majlis...
Ana berfikir. Merenung jauh kedalam diri. Malam semalam adalah MAIKS (Majlis Ilmu Ketua-ketua Smart Group) yang terakhir bagi semester ini yang dianjurkan oleh jemaah Rakan Masjid UTP. Pengisian malam ini dibuat oleh Al-Fadhil Ustaz Rahman, lecturer Islamic Studies yang baru sahaja memulakan kerjayanya di UTP bulan Jun yang lalu.
Ana agak terlewat untuk menyertai MAIKS pada malam semalam. Sesampainya ana di dalam dewan kuliah, Ustaz Rahman sudah mengakhiri bicaranya. Hampa seketika. Memang hasrat utama untuk hadir ke MAIKS ini adalah untuk mengisi dada dengan ilmu yang seringkali tidak dapat dilakukan dek kesibukan gerak kerja seharian.
Namun, kehampaan ana itu rupanya tidak lama. Ada hikmahnya ana datang ke MAIKS semalam. Perkongsian dari seorang sahabat yang ana kira sangatlah penyabar dan merendah diri.
Ana terus memuhasabah diri. Dalam diam, ana mengakui, terlalu banyak kelemahan dalam diri ini. Banyak yang telah ana terima dari jemaah , namun apa yang ana pulangkan pada jemaah?
Dalam jemaah, ana bertemu ukhuwwah.
Dalam jemaah, ana mengaut pengalaman.
Dalam jemaah, ana disatukan.
Hikmahnya berjemaah…. Tak dapat ditukar ganti dengan apa jua, walaupun ditawarkan dengan mas berjongkong-jongkong, nyatanya, nikmat PERUBAHAN setelah memasuki jemaah ini teramatlah besar.
Microfon bertukar tangan. Pengerusi majlis, akhi Razif mengambil alih..
Bicara bersambung.
"Tahu tak adik2 dan sahabat2, ada satu rahsia kekuatan sahabat kita ini untuk kekal istiqamah dengan perubahan yang diterimanya selepas memasuki jemaah ini, iaitu
Begitulah laungan permulaan kepada sesi Pecutan Terakhir yang baru di adakan di Sekolah Menengah Teknik Sri Iskandar, Bandar Sri Iskandar, Perak. Ana dijemput selaku motivator mewakili syarikat motivasi Suria Horizon Training and Consultancy, satu syarikat yang ana bangunkan bersama-sama sahabat yang mengambil master di UTP.
Jujurnya, ana terasa kurang bersedia semasa menyampaikan ceramah motivasi tersebut. Hakikatnya, banyak perkara yang perlu diuruskan dan diberikan perhatian sejak akhir-akhir ini. Semenjak kehilangan handphone nokia E75 semasa convocation tempoh hari, banyak sangat urusan yang terasa tidak dapat diuruskan dengan baik. ( Insya Allah, dalam tempoh terdekat, akan ada penggantinya untuk menjadi PA diri ini...)
Namun, perasaan tidak bersedia itu terhapus begitu sahaja sebaik sahaja kaki ini menjejakkan kaki ke Dewan Besar sekolah teknik ini. Tepukan gemuruh dari 294 pelajar tingkatan 5 terasa begitu mengujakan. Mereka begitu bersemangat dan ceria untuk mendapatkan sedikit perkongsian pengalaman yang tidak seberapa dari diri ini.
Malam itu dapat dirasakan wajah-wajah itu begitu teruja dengan persoalan yang dibawa. Di hujung program, ana cuba simpulkan hujah-hujah yang disampaikan selama sejam. Sejam pertama banyak dihabiskan dengan sesi secara santai dan beramah mesra dengan soalan jawab dengan 4-5 orang peserta bertuah . Ada lagi 30 minit untuk membawa majlis ini ke penghujungnya.
"Kenapa perlu berjaya dalam SPM?" soal ana ringkas.
Soalan yang ana kira biasa dipersoalkan namun, jawapan yang seringkali berbeza diterima....
Adik-adik di sekolah teknik ini boleh dikatakan semuanya sangat aktif, berpuluh-puluh tangan diangkat sebagai tanda untuk menjawab soalan.
"Sebab nak dapat kerja yang baik" jawab adik Faiz.
Ana tersenyum mendengar jawapan tersebut. Sebuah naskhah Hadis Arbain Imam Nawawi dihadiahkan kepada adik tersebut atas keberaniannya untuk tampil ke hadapan menjawab soalan.
"Siapa lagi nak mencuba untuk menjawab?"
Kali ini lebih ramai lagi tangan yang mengangkat. Mungkin teruja melihat kawan mereka mendapat hadiah atas persoalan yang diajukan.
"Sebab nak masuk universiti yang best macam along"ujar Syed dengan senyuman girangnya. Along adalah gelaran yang sering ana gunakan pada setiap program motivasi. Gelaran ini dipilih kerana sinonim dengan jiwa ana sebagai abang, ya.. sebagai abang, bukannya pengutip hutang (Ah Long)
Bagus, ramai yang berani mencuba. Insya Allah adik-adik akan dapat apa yang adik-adik semua idamkan. Tapi, tahukah adik-adik, ada perkara yang lebih besar dari itu yang menuntut kita untuk berjaya?
Lagi best dari masuk U, lagi best dari dapat kerja yang gaji besar, lagi best dari semua itu! Ada yang tahu dan ingin mencuba?
Semua diam. Ada yang mula membuka buku catatan kecil. Mungkin terasa mahu disalin hujah-hujah yang akan ana keluarkan selepas itu.
"Mardhotillah, "
Jawapan yang ringkas. Tapi besar pengertiannya. Keredhoan Allah.
Ana huraikan sedikit pengertian Keredhaan Allah, kemudian dikaitkan dengan keredhaan Ibu Ayah. Lalu, bermulalah sesi muhasabah.
Memang dari awal, ana sudah bersedia dengan sesi muhasabah. Sejak dari alam kampus, ana telah terbiasa untuk menjadi pemuhasabah. Samada berbentuk keras mahupun ringan. Alhamdulillah, dengan izin Allah, hampir setiap program muhasabah yang ana jalankan, berakhir dengan titisan air mata keinsafan oleh semua peserta yang hadir, dan kadang-kadang, ajk program turut sama menangis pada waktu itu.
Ya, benar. Insaf bukanlah diukur dengan titisan air mata yang dikeluarkan. Bahkan air mata juga bukan kayu pengukur kepada keberjayaan sesi muhasabah yang dilakukan. Namun, sekurang-kurangya kita memahami, bila mana seseoarang itu berada dalam keadaan yang insaf, air matalah yang akan mengalir menemani diri. Lihatlah pada kisah-kisah taubat yang agung. Sebagai contoh kisah Nabi Adam, bukankah penginsafan baginda disertai dengan air mata.
Dan pada malam itu, bila dibawakan sesi muhasabah ringkas diselangi dengan video anak soleh dan lagu untukmu ibu, adik-adik sekolah teknik ini mula mengalirkan air mata keinsafan mereka. Ana mengetuai membaca doa dalam mood keinsafan, semakin panjang doa yang ana bacakan, semakin mengharukan suasana dalam dewan tersebut. Ya, sudah tentu. Doa dibaca dalam bahasa melayu. Bahasa yang difahami. Bukannya dalam bahasa lain yang walaupun nampak hebat, namun kosong dari segi makna dan penghayatan.
Dalam keharuan dan suasana sayu tersebut, ana minta semua adik-adik itu untuk bangun. Ramai yang segan. Malu kawan-kawan melihat matanya yang merah barangkali. Namun, ana paksa juga mereka bangun.. kerana, ada perkara penting yang perlu mereka lakukan. Minta maaf!
Ya... minta maaf kepada guru-guru mereka. Yang mewakili ibu bapa mereka di rumah. Seorang demi seorang pelajar bangun menuju ke arah guru-guru yang berada di bahagian belakang dewan. Sebaik sahaja mereka bersalaman dengan guru-guru mereka, tangisan semakin kuat kedengaran. Ya, sebak... sungguh sebak... Bermulah babak mohon maaf yang amat syahdu. Ana menyaksikan dengan penuh perasaan dari atas pentas. Dalam hati ini terus berbisik " Sucinya hati adik-adik ini, begitu mudah tersentuh dan cepat untuk merendahkan diri untuk memohon maaf".
Dan sesudah itu, ana habiskan program motivasi pecutan terakhir dengan memberikan petua-petua untuk berjaya dalam masa yang amat terbatas ini. Pengalaman mendapat 39/100 dalam kertas Matematik Tambahan sewaktu Peperiksaan Percubaan SPM tahun 2003 dikongsi bersama dengan mereka. Dalam kekangan waktu yang sedikit, tidak sampai 3 bulan, ana berjaya melonjakkan diri ke dari F9 kepada A2... Satu pengalaman berharga yang ana kira berjaya menyuntik keazaman adik-adik ini untuk memburu kejayaan walaupun tinggal kurang dari sebulan sebelum 18 November 2009 ini.
Ternyata, sesudah habis program. Adik-adik seramai 294 berpusu-pusu kehadapan menyerbu untuk bersalaman dan mengucapkan terima kasih atas perkongsian yang dilakukan. Ana terasa begitu terharu. Adik-adik ini begitu menghargai usaha yang amat sedikit ini. Ramai yang meminta nombor telefon dan email untuk membolehkan mereka menghubungi ana selepas ini. Tak kurang juga ada yang meminta sahabat ana dari Suria Horizon Training and Consultancy ini untuk menjadi adik angkatnya.
Semoga Adik-adik semua success dalam peperiksaan SPM ini disamping terus berusaha merebut Mardhotillah.
Adakah ini jalan penyelesaian kepada kesukaran berblog?
Semenjak post yang terakhir, terlalu banyak rasanya perkara yang menarik berlaku.... namun sayang, tak dapat dikongsi bersama dalam blog ini....
Mungkin, selepas memiliki hp terbaru ???
nokia vs se vs bb vs htc .....
--
Warm Regard,
|Mohd Al-Hakimi As-Syah Alami|
|Degree in Electrical and Electronics Engineering (Hons.) UTP|
|Candidate of Master in Electrical and Electronics Engineering UTP|
|Candidate of Diploma Pengajian Syariah Kolej Darul Hikmah Masjid Negeri Ipoh|