Saturday, December 26, 2009

Perjuangan membuahkan hasil!

1. Alhamdulillah, setelah hampir dua minggu memperjuangkan nasib sekolah SIS dan SERATA, harapan untuk tidak melihat sekolah ini dipindahkan hampir menjadi kenyataan. Kononnya ada berita mengatakan mesyuarat penyerahan SIS dan SERATA yang dibuat pada minggu lepas menemui jalan buntu kerana Kerajaan Perseketuan tidak mahu menerimanya. Khabarnya, tiada dana! Ini satu kemenangan awal bagi TAHAN!

2. Walaupun gelombang TAHAN dikira agak sederhana, namun masih terdapat pihak yang memandang sinis usaha ini. Dalam facebook , blog waima secara sms, ana di'serang' dengan keluhan dan putus asa sesetengah pihak yang merasa bosan dengan isu ini. Timbul juga kenyataan yang berbunyi seperti "isu ini isu lama", "dari form one dah dengar cerita ni", "tak ada isu lain ke, dah bosan la dengar isu ni" dan pelbagai lagi, namun ana dan sahabat-sahabat penggerak TAHAN akan terus memperjuangkan isu ini hingga mendapat jawapan rasmi mempertahankan status SIS dan SERATA.

3.  Apabila kenyataan TAHAN keluar di dada akhbar , media cetak dan elektronik, dan juga di kaca televisyen, ana dihubungi oleh ramai bekas-bekas pelajar kedua-dua sekolah ini menyatakan sokongan kepada usaha ini. Dalam undian yang dibuat dalam blog ana ini : muhakim.blogspot.com, soalan yang ditanyakan iaitu adakah anda bersetuju pentadbiran SIS dan SERATA dipindahkan kepada kerajaan Persekutuan, 94% responden menyatakan TIDAK BERSETUJU!

4. Pihak sekolah juga secara terbuka menyatakan sokongan penuh kepada usaha TAHAN dalam perbualan telefon antara ana dengan pentadbiran sekolah. Pihak sekolah memohon TAHAN agar dapat menyatukan semua bekas-bekas pelajar dalam isu ini, dan jawapan TAHAN ialah : kami komited untuk melaksanakannya! Demi kepentingan sekolah!

5. Atas dasar itu, kami sedang dalam rangka fasa terakhir untuk mengadakan satu dialog ringkas untuk menghimpunkan bekas-bekas pelajar serta parti politik dalam satu meja bulat kerana melihat ini adalah usaha yang terbaik untuk menimbulkan gelombang kesedaran kepada semua pihak.

6. Pihak TAHAN akan memaklumkan dari semasa ke semasa pergerakan untuk memastikan isu ini dapat diperjuangkan hingga mendapat kejayaan di pihak sekolah.

7. Untuk maklumat lanjut mengenai perancangan dialog ini, pihak TAHAN boleh dihubungi oleh Setiausaha TAHAN iaitu ana sendiri di talian 019-4505360.

Labels:

 3 Comments:

At January 16, 2010 at 12:28 AM, Blogger Unknown said...

"salam..
membantah tu satu hal...

tapi tidakkah pernah terfikir... apa kata kalau dicari jalan supaya apa yg dibimbangi akan terhakis drp SISTA jika dibawah KPM.. menjadi sebaliknya... carilah jalan supaya SISTA tetap seperti sedia kala walaupun dibawah KPM nanti....

sesungguhnya... yg kelihatan hitam itu tidak semestinya hitam dan yg kelihatan puteh itu tidak semestinya puteh belaka..."

 
At September 7, 2012 at 8:52 PM, Anonymous petrasis1 said...

"salam..

saya bekas SIS SPM tahun 2001.. sejak zaman sy lg dah dengar ura2 SISTA nak diambil alih. tapi dah lama tak ambil tahu pasal SIS, tak sangka macam ni sampai macam pulak jadinya.

kpd en.shifu67, pandangan saya, bila sesuatu perkara, tak kira la pendidikan, pembangunan, akan ada unsur2 politik yg akan menular dalam sistem pentadbiran sekolah.

kita tak mau unsur2 politik menular ke dalam sekolah sebab dalam tahun sy belajar dulu pun, murid2 sekolah dah pandai berdebat mengenai politik...

lagi pun jika kerajaan pusat ambil alih, mungkin pengajian 4 thanawi (yg sy pernah belajar dulu) akan dihapuskan (mengikut apa yg sy dengar dulu..)

biarlah yg di sekolah belajar dengan aman..."

 
At September 7, 2012 at 8:54 PM, Anonymous petrasis1 said...

"maksud sy bila sesuatu pentadbiran diambil alih kerajaan pusat, unsur2 politik akan menular... takut satu hari nanti SIS akan jd mcm UNISEL.."

 

Post a Comment

Terima kasih atas komentarnya ^_^

<< Home