Monday, March 22, 2010

Arkib misi kemanusiaan ke padang, indonesia




Assalamualaikum w.b.t,,

alhamdulillah..pada 7 Januari 2010, kami dari delegasi Misi Kemanusiaan Gempa Bumi Ke Padang Telah mengadakan sesi pertemuan dengan Ybhg Datuk Dr Zainal Abidin HAji Kasim, Rektor Universiti Teknologi Petronas yang merupakan orang yg paling tinggi di UTP.

Sesi pertemuan dengan beliau berlangsung selama 40 minit di bilik mesyuarat Pusat Pentadbiran UTP.
Dalam pertemuan itu,

1) Pengarah Projek, Saudara Mohd Akram bin Ismail, Presiden Rakan Masjid UTP telah membentangkan berkenaan objektif misi kemanusiaan ke Padang.,

2) Ybhg Datuk Dr Zainal Abidin Haji Kasim amat-amat bersetuju dengan program yang telah dilaksanakan kami kerana membawa nama UTP ke mata dunia.

3) Delegasi ini juga akan berusaha membina pusat informasi dan media di tempat kajian sebagai salah satu usaha membangunkan kawasan tersebut..

Dalam pertemuan itu juga, kami telah melancarkan banner rasmi yang akan digunakan sepanjang program di sana....


dari kiri, Syawal (RCSU), Muid (MPPUTP), Dr. Raja (lecturer), Mohd Hakim bin Mohd Nor (Alumni UTP), Mohd Akram (Presiden Rakan Masjid), Ybhg Datuk Dr Zainal Abidin HAji Kasim (Rektor UTP), Tn Haji Mohamed Noor Rosli Baharom ( Director Student Services), Ustaz Rahmat ( Eksekutif MAsjid Annur), Mu'min (Rakan MAsjid), Abdul Hadi ( bekas Presiden SRM)

 0 Comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komentarnya ^_^

<< Home