Tuesday, December 1, 2009

usrah melahirkan output

"alhamdulillah. Selesai jugak kita brainstorming pagi ni"


pagi ini ana sempat sarapan bersama anak usrah, zaim yang kebetulan balik bercuti kerana tempat internya, perodua sedang shutdown.

Ana mengambil peluang ini untuk mengajaknya berbincang mengenai projek motivasi yang akan diadakan di kampar dan johor.

Banyak yang kami bincangkan bersama. Rasa senang dan mudah arah perbincangan ini. Mungkin inilah yang dinamakan keserasian.

Zaim anak usrah ana sejak 2006.

Konsep usrah kami mudah.

Buat sahaja di mana mana. Tak kira apa jua tempat. Apa jua pakaian ketika itu tak penting.

Kami pernah berusrah di zoo, di bukit, di dapur, di sungai dan juga di bilik air!

Kerana konsep usrah ialah melahirkan output. Melahirkan produk. Melahirkan manusia.

Ana cukup berbangga dengan anak-anak usrah ana yang berjumlah 9 orang semuanya.

Zaim, anggur, phidot, bart, izzu, ipe, jime, haeqal, bakri.

Kalau dulu, sukarno pernah berkata, berikan aku 10 orang pemuda, akan aku goncangkan dunia ini.

Tapi hari ini, ana berkata,

"ana sudah ada 9 orang pemuda bersama ana yang menjadikannya sepuluh, maka... nantikanlah dunia baru yang akan kami pimpin perubahannya!"


Kami sedang melaksanakannya, anda pula bagaimana? =)

 0 Comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komentarnya ^_^

<< Home