Sunday, November 22, 2009

sarapan yang sedap!


"Kita kena yakin Islam PASTI akan menang!"

Terasa seluruh saraf yang tidur bangkit. Semangat jihad kembali meningkat.

Kuliah subuh yang disampaikan oleh al fadhil ustaz sidek nor sangat membekas di hati
.
Banyak taujihat dan saranan yang amat bermakna. Isi kuliah yang diselang selikan dengan ayat quran, hadis, sirah nabi, kata-kata ulama dan isu semasa teramatlah dirindui.

Sudah lama tidak dapat mendengar kuliah seperti ini. Dulu semasa di kampus, alhamdulillah acap kali dapat mendengar taujihad seperti ini. Selepas grad, teramat kurang kuliah jihad seumpama ini dilakukan.


Dan pagi ini alhamdulillah, peluang itu masih ada walaupun bukan lagi di waqi kampus.


Kata ustaz sidek nor, islam hendaklah ditegakkan melalui wadahnya iaitu jemaah islam, dan sama sekali tidak boleh melalui pertubuhan sekular walaupun dia berhasrat mengubahnya dari dalam.

Analoginya cukup mudah. Kalau nak menyelamatkan orang yang jatuh ke dalam tenaga najis, tidak boleh terjun ke dalam telaga juga. Tapi sebaliknya, hendaklah hulurkan tali untuk menariknya ke atas. Dan seandainya sudah terselamat, tidak boleh terus peluk, tapi sepatutnya dipancutkan air dari pili bomba dan dibasuhkan dengan sabun.

Hari ini, ramai yang mahukan islam cepat memerintah. Lalu ditinggalkan prinsip-prinsip asas islam, hinggakan dia sendiri yang akhirnya meninggalkan islam.



Sebab itu, syed qutb pernah mengungkapkan sebelum menemui ajal di tali gantung

"KEZALIMAN WALAUPUN PANJANG TAPI TAK AKAN KEKAL,
KEBENARAN WALAUPUN LEMAH TAPI TETAP AKAN MENANG!"


Ana merenung jauh kedepan. Menarik nafas panjang. Nafas dihembus perlahan. Benar, perjuangan ini panjang.

"300 tahun pemuda ashabul kahfi menunggu baru islam dapat memerintah" suara ustaz sidek nor terus tersemat di dada.

Semoga kita terus istiqamah memperjuangkan islam walaupun panjang masanya.

Memang sedap sungguh sarapan pagi ini!

Labels:

 2 Comments:

At November 22, 2009 at 7:59 AM, Blogger Tablet Hati said...

"betol abng hakim
tak boleh cepat putus asa
tak boleh cepat berpuas hati
tak boleh rase penat
tapi ana selalu rase gtu..
muhasabah diri.."

 
At November 22, 2009 at 8:56 AM, Blogger Hakim Mohd Nor said...

"betul

Panjangnya perjuangan ini membuatkan ramainya orang menjadi jemu

kata ustaz sidek lagi, ada seorang ustaz yang pernah menjadi timb presiden jemaah islam yang menulis banyak kertas kerja hingga setinggi dia berdiri... Namun akhirnya meninggalkan perjuangan...

Teringat ayat 42 surah at-taubah..."

 

Post a Comment

Terima kasih atas komentarnya ^_^

<< Home