Perjalanan pergi dari utp ke c.h yang memakan masa selama 2 jam tidak dirasai. Rancak dengan perbualan ilmiah.
Dari perkongsian hukum2 agama kepada perancangan masa hadapan syarikat dibincangkan secara harmoni.
Alhamdulillah, sempat meninjau satu tempat yang menarik di cameron highland yang sesuai Untuk diadakan program motivasi di masa hadapan.
Air yang dingin dan sejuk, udara yang nyaman, suasana yang tenang, kicauan burung-burung dan unggas sangat sesuai untuk menghidupkan suasana program. Muayash dengan alam.
Tidak sia-sia rasanya perjalanan yang panjang dan meletihkan ini bilamana terasa ukhuwwah semakin kuat bertaut.
Tambahan pula, kami sudah dapat menambah koleksi tempat yang mantap untuk dijadikan lokasi program di masa depan. Harganya pun berbaloi. :)
Team usrah suria horizon sempat shoping sebentar di kedai2 sebelum balik ke utp untuk membeli buah tangan, terutamanya strawberi yang segar.
Mudah-mudahan dapat melakukan program jaulah seperti ini lagi di masa depan. Indahnya ukhuwwah islamiah.
1 Comments:
"kt mne tmpat 2..??
>Alhamdulillah, sempat meninjau satu tempat yang menarik di cameron highland yang sesuai Untuk diadakan program motivasi di masa hadapan."
Post a Comment
Terima kasih atas komentarnya ^_^
<< Home