Sunday, April 18, 2010

Program Motivasi bersama anak yatim


Khusyuk mendengar. Apa le yang Along celotehkan ni...

1. Alhamdulillah. Selesai sudah satu hari yang menyeronokkan. 

2. Hari ini ana berpeluang untuk berkongsi pengalaman dan menyampaikan sedikit motivasi anak soleh kepada adik-adik daripada Bait Al-Amin,Parit bertempat di Nur Lembah Lenggong, Perak. Program yang bernama Tunas Cemerlang 2010 ini adalah inisiatif Cyber Security Malaysia dan diamanahkan kepada UTP untuk melaksanakannya. Pengakhirannya, MPPUTP mengambil tanggungjawab untuk merealisasikannya.

3. Perjalanan yang mengambil masa lebih dari 2 jam itu kurang terasa letihnya apabila 2 orang anak usrah ana, Jime dan Acan telah menawarkan diri untuk membantu membawa kereta.

4. Permulaannya memang agak tidak confident. Masakan tidak, makluman awal ialah kepada pelajar-pelajar SPM.

5. Maka slide presentation yang dibawa juga adalah sesuai untuk remaja yang berumur 17 tahun. 

6. Rupa-rupanya, ana tersalah dengar. Penganjur memaklumkan yang paling tua berumur 17 tahun. Ana tidak terdengar yang paling muda ialah 7 tahun. 10 tahun beza umurnya!

7. Maka konsep dan kaedah penyampai segera ditukar.


tajuk di slide permulaan yang ditukar kepada remaja soleh


8. Walaupun terasa tidak mampu untuk menyampaikan lebih dari sejam akibat jurang umur yang sangat berbeza di kalangan audience, tiba tiba tanpa disedari sebaik sahaja ana menutup majlis rupa-rupanya telah habis lebih kurang 2 jam lamanya ana berucap.

9. Alhamdulillah, sambutan dari adik-adik amat memberangsangkan. Senam soleh dengan Lagu Demi Matahari, permainan Dungga, senaman Si Tommy, dan pelbagai koleksi video nyata berjaya mengasyikkan adik-adik tersebut.




10. Ana sempat juga menceritakan takrif remaja kepada adik-adik sambil diselangi oleh aktiviti-aktiviti pergerakan. Memang sukar kerana adik-adik 7 tahun semestinya tidak menganggap diri mereka remaja~ Namun dengan izin Allah, berjaya juga menambat hati adik-adik comel ini hinggalah ke hujung rancangan.




11. Post mortem ringkas untuk ana, sebelum berceramah, selidik dahulu audience... huhu (teringat peribahasa : sediakan payung sebelum hujan. ) 




p/s: credit to mr president mpputp , saudara Haniff Humam dan  exconya saudara Muid yang turut turun padang di program ini.

Labels:

 4 Comments:

At April 18, 2010 at 11:42 PM, Blogger Provillager said...

"Hebat nta syeikh.

CEO CEO..."

 
At April 18, 2010 at 11:49 PM, Blogger A.Alizul said...

"CEO CEO..

haha, muid tu bukan exco, tp hicom gak..."

 
At April 19, 2010 at 10:04 AM, Blogger Hakim Mohd Nor said...

"Thank provillager menjadi pengiring yang setia... CEO tak bagi gaji lagi nie... erm, makan nasi lauk ayam dalam talam tu dikira gaji ke tak? huhu

to A.Alizul... ops, sorry. Masih teringat Muid selaku exco Rakan Masjid satu ketika dahulu... owh ye.. Awangku pun exco MPP juga... mantap nie.. super senior... otai~ (^_^)"

 
At August 27, 2010 at 12:01 AM, Anonymous Anonymous said...

"assamualaikum ya syeikh.. ana ditugaskan oleh Ketua Jabatan ana untuk memberikan ceramah motivasi kepada anak2 yatim di sarawak, yg mempunyai berbilang kaum.. ana tidak pernah berceramah.. tp ini adalah salah satu tugas ketua jabatan kepada ana sebagai salah satu tanggungjawab sosial jabatan kami.. umur anak2 yatim tersebut diantara 10 tahun hingga 17 tahun.. apakah yg perlu ana buat untuk ceramah itu? apakah aktiviti yang perlu dibuat supaya mereka tidak boring.. apakah tajuk ceramah yg sesuai untuk mereka??? Ana buntu..TQ.. lan_415@yahoo.com"

 

Post a Comment

Terima kasih atas komentarnya ^_^

<< Home