Thursday, December 17, 2009

Laporan Program Rakan Motivasi






Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah SWT kerana Rakan Motivasi sekali lagi diizinkan untuk berkongsi idea dan pendapat di dalam sebuah forum yang bertajuk "Moulding the World Class Leader" pada 16 Disember, yakni pada hari Rabu yang lepas.

Program yang berkonsepkan forum ini telah dianjurkan oleh pelajar dari 'Batch May 09' yang terkenal dengan gelaran 'Batch Trimester' dan bertempat di Dewan Kuliah 1. Forum tersebut berlangsung daripada 2.30 petang dan tamat pada 5.00 petang.




Antara ahli panel yang dijemput hadir adalah Saudara Mohd Hakim bin Mohd Nor (Presiden Rakan Motivasi), Ustaz Rahmat bin Abu Seman (Eksekutif Kanan, Unit Pentadbiran Masjid merangkap Imam Masjid An-Nur) dan Dr Ibrahim Faye (Pensyarah UTP). Dikhabarkan kira-kira 300 orang pelajar dari pelbagai bangsa menghadiri dan memeriahkan sesi forum ini, baik Melayu, Cina, India mahupun pelajar antarabangsa.

Antara isi utama forum ini adalah bagaimanakah cara-cara untuk menjadi seorang pemimpin peringkat antarabangsa. Ianya juga diselitkan dengan pengalaman-pengalaman menarik daripada semua ahli panel, sebagai perkongsian kepada mereka yang hadir.

Diharapkan agar Rakan Motivasi dapat terus memacu ke hadapan di dalam memotivasikan warga UTP khususnya, dan masyarakat Malaysia amnya. Re-Energizing Mankind.


Laporan disediakan oleh,

Muhammad Za'im bin Kamarrulzaman
Trainee
Preventive Maintenance (PM) Scheduler Group
Factory Maintenance Department Plant 2
Perodua Engine Manufacturing Sdn Bhd
Rawang, Selangor Darul Ehsan

Labels:

 0 Comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komentarnya ^_^

<< Home