Friday, December 4, 2009

enjoy kerja kita!

"ustaz dawi, boleh tak ustaz kongsikan tips apa yang ustaz buat bila letih bila terlalu banyak program dan urusan." soal ana usai solat isya berjemaah di masjid utp.

Jujurnya, persoalan ini acapkali bermain dalam minda bilamana keletihan akibat mengendalikan terlalu banyak perkara dalam satu satu masa.

Persoalan apakah yang tokoh tokoh hebat lakukan ketika terpaksa mengendalikan pelbagai program dalam sesuatu masa.

Seperti hari ini, hampir berpuluh to do list berlonggok di hadapan mata.

Program peringkat pusat, negeri,kawasan, universiti, master, diploma, bisnes, alumni, slot kuliah, muhasabah, pengarah itu dan ini satu-satu menerpa di depan mata. Jika dihitung, mahu hampir 30 kesemuanya yang memerlukan tindakan segera.

"lepaskan mana mana tanggungjawab yang ana rasa tak penting" ringkas jawapan ustaz dawi.

Ustaz menambah lagi "saya akan utamakan mana yang perlu diutamakan"

"ya... Fiqh aulawiyat. Prioritizing" ana menambah di hujung ayat ustaz secara spontan. Ustaz tergelak mendengar respon bersahaja ana.

"ya, betul. Sesungguhnya Allah tidak akan membebankan hambanya dengan bebanan yang kita tak mampu pikul" ustaz menguatkan hujahnya dengan membacakan ayat quran.

Ana terdiam. ayat tersebut seumpama angin yang membawa pergi semua masalah yang berserabut di minda.

Dan yang paling penting," enjoy kerja kita!" sambut ustaz dengan ceria lagi.

Ana tumpang gembira dengan jawapan ustaz. Seolah olah sudah mendapat jawapannya.

Yang penting enjoy kerja kita!

Awan mendung dan kilat sabung menyabung dalam minda segera berarak pergi. Digantikan dengan ketenangan yang luar biasa.

Walaupun hujung minggu ini akan ada peperiksaan akhir diploma syariah, kekalutan dan kebimbangan itu pergi begitu sahaja sebaik mendengar saranan ringkas ustaz.

Yang penting enjoy kerja kita!

Ya... Mindset.

Kita yang meletakkan samada sesuatu perkara itu membebankan atau menyeronokkan.

Dan bagi seorang muslim, motivasi utamanya ialah Allah.

Allah tidak akan menzalimi hambanya dengan beban yang tidak sanggup hambanya pikul.

Ertinya, apa sahaja yang ana sedang pikul ini memang ana mampu memikulnya. Cuma tinggal pada pemikiran ana sahaja samada suka menerimanya ataupun tidak.

Yang penting enjoy kerja kita!

Mungkin inilah rahsia tokoh-tokoh besar negara terus menerus kuat bekerja walaupun terlalu banyak perkara yang perlu diselesaikan.

Ya, kerana mereka enjoy kerja mereka!

 0 Comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komentarnya ^_^

<< Home