Tuesday, March 3, 2009

Snippet

“Hello. Is this Hakim?”

“Yup. It’s me”

“Hi. I’m #### calling from ExxonMobil. Currently I’m looking through your resume. It’s really impressed me. Is it true that you will graduated on June?”

“Owh. Of course. But to be specific, in the end of Mei”

“I see. Erm, one more question, what is your CGPA??”

++++++++++++++++++

Satu perbualan telefon yang berlaku petang semalam. Sedang ana menghirup kemanisan kuah mee rebus Ramlee di Ipoh, tiba-tiba nyanyian lagu Al-Amal berdendang di telefon sony Ericson ana. “Eh. Number k.l nie. Siapa pulak telefon. Takkan Celcom kot?” getus ana dalam hati.

Petang semalam ana berada di Ipoh kerana menghadiri pengebumian ibu kepada Naqib ana, Ir. Hj. Khairil Nizam. Naqib ana ini merupakan lepasan pelajar UTP dan sekarang ini bekerja sebagai Engineer di Petronas Gas BERHAD, Paka, Terengganu. Ternyata dia merupakan seorang yang sangat cekal dan tabah, pengebumian ibunya segera diadakan walaupun dia sendiri tidak sempat menatap wajah ibunya buat kali yang terakhir.

Pulang dari berziarah. Perut rasa lapar, tekak rasa kering. Populariti Mee Rebus Ramli yang terletak berhampiran dengan Ipoh Parade memanggil-manggil kami untuk singgah sebentar disitu. Terima kasih Amir Hamzah kerana sudi menjadi driver semalam. (^_^)

Berbalik kepada cerita panggilan telefon tersebut. Soalan yang diajukan pada akhir perbualan meruntun ana untuk menulis pada hari ini. CGPA. Cumulative Grad Pointer Average. Jumlah keputusan yang dikumpul dan dibahagi sama rata. Topik perbualan yang hangat di kalangan graduan terutamanya yang berada di final year.

“Syeikh, minggu depan ada interview PETRONAS, tapi dia panggil siapa yang CGPA atas 2.75 sahaja” seorang sahabat memberitahu ana.

“Eh, ini ada K.L Kepong Industries buat walk in interview. Cantik. Eh, jap. Dia nak fresh graduate yang pointer 2.8 keatas aje ler” bual dua orang sahabat baik bila melihat advertisement di dinding.

“Shell ada buat interview di HQ. Siapa yang berminat boleh apply. Tapi kepada yang CGPA 3.0 keatas aje ye” umum seorang sahabat.

“Siapa result CGPA 3.2 keatas, boleh apply kepada Exxon Mobil selewat-lewatnya ## #### 2009” pengumuman yang tertulis di softboard.

“RnZ mencari student yang result 3.5 CGPA untuk mohon secara bertulis pada minggu depan” bisik seorang sahabat pada ana.

Perbualan mengenai CGPA hangat diperkatakan. Bahkan dalam keadaan kegawatan ekonomi ini, peluang pekerjaan semakin mengecil dan persaingan semakin meluas.

“You don’t have to be different. You need to be equal. It is because right now everyone had already got dean list CGPA and you need to be the same as them. If you are choose to be different, meaning that you are choosing not to get dean list CGPA”. Saranan yang dibuat oleh seorang manager HRM PETRONAS semasa engagement session baru-baru ini.

Persoalan ana. Benarkah CGPA itu betul-betul penting?

Japannya : Ya dan tidak.

Kalau penting, bilakah masa CGPA menjadi penting?

Kalau tidak penting, kenapa semua orang sibuk bercakap tentang CGPA?

Ana tinggalkan antum dengan persoalan-persoalan yang mudah ini. Mudah-mudahan boleh menggerakkan sikit saraf otak kita semua. (^_^)

For me… CGPA is just a number. Don’t worry too much about it. Yet, you still need to take care about it.

Luahan pagi.

7.50 pagi.

3 Mac 2009

Labels:

 0 Comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komentarnya ^_^

<< Home