Friday, October 10, 2008

MPPUTP [Bahagian satu]

“Ramainya yang bertanding kali ini” bisik seorang sahabat kepada ana. Ana melihat ke papan putih di hadapan. Terbentang sebelas orang calon yang akan bertanding dikerusi umum. Ana melirik mata ke bahagian yang lain. Kelihatan beberapa nama yang bertanding untuk kerusi kursus. “Eh, masih ada lagi kerusi yang menang tanpa bertanding?” gumam ana dalam hati.



24 September 2008. Hari rabu itu merupakan detik penting untuk warga UTP. Sejujurnya, untuk mahasiswa UTP. Setelah menyaksikan mahasiswa dimandulkan dengan ketiadaan pilihanraya kampus, tahun ini menjanjikan sedikit sinar untuk mahasiswa. Management yang baru membuka ruang yang besar kepada mahasiswa untuk bertanding. Terima kasih Tn Hj Mohd Nor Rosli dan En Syazwan.

Namun, di sebalik keceriaan dan keterujaan menyaksikan pilihanraya kampus diadakan semula,di sudut kecil hati ini terselit sedikit kegusaran. Masih terdapat sedikit kebimbangan. Suasana yang agak hingar di poket D kerana calon-calon dan penyokong mereka sibuk menghantar bantahan terhadap calon yang lain ditenggelami dengan keresahan yang ana rasai.

“Hakim, kenapa nta diam aje nie. Lain macam aje ana tengok?” Rupa-rupanya perubahan sikap ana disedari oleh seorang sahabat. Ana mengukir senyum. Pandangan mata ana dilepaskan ke sekeliling. Ana menarik nafas dalam-dalam dan melepaskannya perlahan.

“Akhi, ada dua perkara yang bermain di kepala ana sekarang”. Ana melepaskan kebimbangan yang bersarang di jiwa.

Sahabat ana diam menanti buah bicara. “Pertama, mengapa masih ada kerusi yang dimenangi tanpa pertandingan. Bahkan, di kerusi Electrical Electronic Engineering, hanya ada satu calon sahaja yang bertanding sedangkan kerusi yang disediakan ada dua”.

>Sahabat ana menyampuk,”Ala, biarkanlah. Kan mudah macam tue. Tak perlu le calon tue susah payah kuar duit, tampal poster, promote diri , tarik simpati dan lain-lain. Kan ke matlamat dia dah tercapai untuk jadi mpp. Tak perlu le lagi untuk kempen semua lagi.” Teman ana mengeluarkan hujah.

Bersambung....

 2 Comments:

At October 12, 2008 at 9:09 PM, Blogger Bro Framestone said...

"he..23x rindunya zaman nie... tp time tue mmg pilihanraya dah berbau politik... mmg terpaksa berhempas pulas berhujah dan berkempen..alhamdulillah menang jugak..

tp skrg keadaan dah suram... ada yang ajak bertanding semula setelah setahun lebih meninggalkan MPP..(perlukah aku bertnding lagi di zaman hujung pengajian aku)"

 
At October 12, 2008 at 10:50 PM, Blogger Amir Hamzah said...

"MPP == poyo"

 

Post a Comment

Terima kasih atas komentarnya ^_^

<< Home