Friday, February 27, 2009

Adab dan Akhlak

##### salam
confirm ke nk jd judge utk azan ni?

me: salam
hari ape yer pertandingan azan nie

##### mlm ni

me: erm..
ana bagi jawapan dalam 2 jam boleh tak
sebab nak konfemkan perjalanan ana ke kl esok hari
kalau bertolak petang nie
tak dapat ar ana jadi judge
tapi kalau gerak esok sbh
boleh aje

##### hmmm
bkn ape
sng ckt keje ana
kalu cpt bg kptsn!

Dialog diatas bukanlah rekaan. Bahkan ini benar-benar terjadi pagi ini. Ironinya, bukan pagi ini sahaja, bahkan hampir setiap event begini. Lebih menyedihkan, kebanyakan event-event tersebut ada title Islamnya seperti pertandingan azan ini. Satu elemen yang ana kira cukup penting tapi semakin terhakis dan menghilang dalam zaman yang serba pantas ini. Cuba teliti semula perbualan ana dengan seorang ajk pertandingan azan melalui gtalk ini. Ada perkara yang tidak kena. Izinkan ana untuk ungkapkannya disini, tiadanya elemen adab!.

Adab dan akhlak.

Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak. Begitulah sabda Nabi kita yang mulia. Kalaulah sebegitu mulia manusia di muka bumi ini pun memilih untuk berkata mengenai akhlak, bukankah itu bermakna akhlak merupakan satu perkara yang penting untuk diberikan perhatian??

Rasulullah begitu berhati-hati dalam setiap tutur kata dan perbuatannya. Bahkan pernah satu hari Saiditina Aisyah rasa bersalah yang amat sangat kerana bilamana dia bangun subuh , dia melihat rasulullah tiada di sisinya. Baru dia teringat bahawa dia tertidur tanpa menunggu kepulangan Rasulullah, suaminya yang tercinta.

Dengan penuh penyesalan, saiditina Aisyah bergegas mencari Rasulullah dan sebaik sahaja beliau membuka pintu rumah, mengalir air matanya kerana melihat Baginda sedang tidur di muka pintu. Sungguh mulia akhlak rasul kerana tidak mahu menggangu isterinya yang sedang nyenyak tidur, maka rasul tidak jadi mengetuk pintu dan mengejutkan Saiditina Aisyah bahkan baginda terus tidur di muka pintu berselimutkan kesejukan malam.

Itulah akhlak rasul.

Hari ini zaman moden, semuanya ekspress, segera, cepat dan tangkap muat. Mungkin kesan dari lambakan mi segera, keretapi ekspress, teknologi email dan internet telah menukar minda umat akhir zaman ini. Dari umat yang kaya dengan luhur budi dan adab kepada umat yang “semborono” dan “rempuh ikut dan”. Elemen peduli ditolak tepi bahkan budaya “peduli apa aku” dijunjung tinggi. Memang tidak dinafikan ada kebaikan yang wujud, namun bagaimana pula dengan natijah keburukannya??

Kalau dahulu, bila si anak murid mahu menuntut ilmu dari sang guru, maka dialah yang datang awal ke tempat belajar. Duduk dihadapan dengan muka yang berseri-seri mendambakan ilmu di dada. Tidak cukup dengan itu, dibawanya pula dengan kayu api, pisang berangan, cucur kodok, ubi kayu dan pelbagai lagi barangan yang bertujuan untuk memuliakan guru dan menghormatinya.

Tapi pada hari ini, banyak yang sudah berubah. Sudahlah datang kek kelas pun lewat, sang guru pula terpaksa menunggu si murid. Dengan muka moyok si anak murid masuk ke kelas dan duduk di belakang sekali. Berbual dengan rakan-rakan tetkala guru mengajar. Tidak cukup dengan itu, usai kelas bermulalah sesi mengumpat sang guru.

“Lecturer tu tak ape ape ntah. Tak pandai mengajar. Bahasa Inggeris berterabur” kata Ahmad sambil di sokong oleh rakan-rakannya.

“Betul betul betul. Dah le tak guna lecture note, asyik syok sendiri aje. Kalau nak syok sendiri, pergi masuk Malaysia Idol lagi bagus”sampuk Abu diiringi dengan gelak ketawa rakan-rakanya.

Masya Allah, hebat sangatkah kita ini untuk mengata sang guru? Tidak ingatkah kita pada peristiwa Imam Syafie dan guru Yahudinya? Betapa hormatnya seorang Imam Besar Islam itu kepada si Yahudi hingga bangun berdiri menundukkan kepala hanya kerana si Yahudi mengajar satu ilmu mengenai bagaimana hendak mengetahui anjing itu telah baligh atau belum. Itu baru satu ilmu sahaja. Sudah begitu besar penghormatan Imam Syafie kepadanya. Dalam kes kita, rasanya bukan sahaja satu ilmu, bahkan mungkin sudah selaut ilmu telah dicurahkan pada kita. Susahkah kita untuk beradab?

Itu dalam konteks anak murid dan guru.

Bila bicara soal adab dan akhlak, jangan terhenti setakat itu sahaja. Setiap perkara ada adab dan akhlaknya.



Berbalik kepada dialog di permulaan tadi. Elemen adab amatlah tipis. Pertandingan malam ini, pagi ini baru beritahu untuk menjadi hakim. Kalau jemput dengan beradab dan memberitahu masalah yang timbul bukankah molek? Ini tidak. Jemputan tidak lagi berupa jemputan, tapi paksaan?? Ana bukannya mahukan jemputan dengan adanya surat rasmi ataupun kad yang berhias (walaupun hakikatnya adat melayu begitu), ana cuma mahukan adab hormat menghormati itu wujud.

Hormat pada kehidupan orang lain. Orang lain turut ada perancangan peribadi masing-masing. Hakikatnya, ini bukan kali pertama ana mengalami situasi seperti ini, sudah banyak kali. Dan ana rasakan sudah tiba masanya untuk ana memberi nasihat akan kekurangan adab terutamanya oleh orang-orang yang hendak memperjuangkan islam ini sendiri. Berikut antara contoh msg2 yang sering ana terima.

“Salam. Abg hakim kena bagi hadiah kat pemenang Mencari Khazanah #### jam 1.00pm nanti. Sila hadir awal. Takut peserta letih menunggu. – komiti , sent at 12.30 pm

“Salam. Syeikh, kami dah sedia slot untuk nta bagi kuliah jam 9.00 am ni. Nta kena bagi kuliah tajuk taadud. Harap dapat terima permintaan kami ini. Thanks. – komiti , sent at 7.30 am at the same day

“Syeikh Hakim.. Dengar cerita nta ada kat penang sekarang nie. Bagus ar gitu. Harap nta dapat handle muhasabah jam 9.30malam nie di kampus kami.. Tq. – komiti, sent at 6.30 pm

Ana tahu bahawa dalam berjuang ini perlukan pengorbanan. Tolak tepi seketika soal pengorbanan. Insya Allah ana sedia berkorban dalam memenuhi permintaan2 tersebut. Tapi, soalnya disini, sampai bila kita akan biarkan penggerak2 program Islam ini dalam keadaan kurang adab?

Bukankah lebih manis bilamana bertanya dulu kelapangan masa si penceramah @ pengendali slot itu. Jelaskan sebab mengapa short notice. Mohon maaf kerana terpaksa buat jemputan last minute. Gunakan perkataan tolong. Dan yang lebih manis, telefon dan bukannya sms!

“Alah, biasalah tu. Budak tu kan junior lagi. Mesti ar buat silap.” Betah seorang sahabat bila ana luahkan permasalahan ini kepada beliau.

Soalnya sekarang elemen adab ini bukan dipengaruhi factor junior dan senior. Ianya merupakan satu common sense. Buktinya, lihat sekeliling dan nilai. Bukankah ramai orang yang apabila semakin bergelar senior tapi semakin kurang adab. Nauzubillah.

Ya Allah. Ampunkan dosa kami dan hiasilah diri kami dengan Akhlak yang mulia. Amin.

Mohd Hakim
10.00 pagi
27 Februari 2009

 4 Comments:

At February 27, 2009 at 6:48 PM, Anonymous Anonymous said...

"Salam ziarah,akhi hakim.

salam dari junior jauh.
benar,hari ini aktivis2 muda dicelikkan mata dengan erti dan ruang lingkup common sense.Itu bunyi bahasa modennya.Namun,biar sekalipun bahasa kampung yang kita gunakan,ungkapan adab islamiyyah lah yang menjadi gantinya.

Masyarakat kini mudah jauh dari akhlak islamiyahnya.Bukan ingin menunding jari pada orang lain,diri insan yang menaip ini juga sedar akan perubahan ini.Berada di bumi waqafan,dengan biah yang sungguh molek dan islam yang jernih,kita masih lagi mudah disedarkan dengan aklak islamiyyah.Namun,kadang kala,bila suasana ini kurang hadir ditengah2 masyarakat kita,maka naluri dan fitrah kita ingin mengembalikan common sense yang berhak berada di tempatnya itu.

Semoga aktivis2 dakwah lebih lembut akhlaknya,insyaAllah.

Fastabiqul qairaat."

 
At February 27, 2009 at 7:01 PM, Blogger Hakim Mohd Nor said...

"syukran warkahraudah

adab dan sopan serta akhlak adalah pelaris besar penda'wah.

walaupun barangan yang ingin dijual itu indah, kalau akhlak si penjual buruk, maka barangan yang indah itu pun nampak buruk.

Malang sekali Islam jika berada di tangan peniaga - peniaga (baca:penda'wah) yang buruk akhlaknya.

p/s: KISAS ada wat mesyuarat agung sabtu 28hb kan.. teringin benar nak turun.. dah 5 tahun meninggalkan bumi waqafan tercinta..."

 
At February 27, 2009 at 9:48 PM, Blogger zaraa Y. said...

"assalamualaikum...

akhirnya..ber'update' juga blog ni..alhamdulillah...

this is really great entry of yours just as previous entry...

tenqiu for the tazqeerah..

cuma nak kongsi sesuatu..

"..Hikmah bukan sekadar bahasa lisan tetapi jelas dan menyentuh sasaran...berbicaralah dari hati nescaya tembus ke dasar hati yang mahu memahami.."

cara saudara hakim ni memang berhikmah..

tahniah..teruskan menulis.."

 
At February 27, 2009 at 11:47 PM, Blogger Hakim Mohd Nor said...

"terima kasih ukht zaraa y.

mudah-mudahan Allah berikan kekuatan pada kita semua untuk terus berda'wah di alam maya ini.

Menulis bilaman ada masa lapang menyebabkan blog ini jarang berupdate.

Dengan taklifan yang pelbagai menyebabkan priority update blog jatuh ke anak tangga yang hampir terbawah.

Jujurnya, sepanjang sem ini belum dirancang dengan teliti bilakah masa yang sesuai untuk update blog.

Namun, insya Allah, akan dialocatekan masa untuk blog kesayangan ini juga at least sekali seminggu.

Thanks for your comment.

Ana masih lagi belajar menulis menggunakan hati. Mudah-mudahan penulis ini dapat menembus ke hati pembaca juga. Amin. (^_^)"

 

Post a Comment

Terima kasih atas komentarnya ^_^

<< Home