Terry Fox mungkin kurang dikenali di kalangan rakyat Malaysia. Apa yang ada pada insan yang tempang sebelah kaki ini ?
Manusia yang dilahirkan di Winnipeg, Manitoba dan dibesarkan di Port Coquitlam, British Columbia ini telah lama meninggal dunia pada tahun 1981. Meninggal pada usia 23 tahun bukanlah sesuatu yang istimewa untuk dikongsi di sini. Namun, ada sesuatu yang istimewa yang perlu dibongkar disebalik nama Terry Fox.
Ana yakin ramai dikalangan kita pernah berhadapan dengan masalah dalam hidup dan mungkin ramai yang memilih untuk memilih untuk lari darinya berbanding menghadapinya. Malah, ramai pula yang memilih untuk menyalahkan takdir.
Ungkapan " Hurm... apa boleh buat, dah nak jadi takdir " sering sahaja menjadi 'tiket' untuk melepaskan diri dari membebani fikiran dari mencari penyelesaian kepada permasalahan yang wujud.
Tapi, itu semua tidak terjadi kepada manusia ini. Pada tahun 1977 ketika berusia 18 tahun, beliau telah dikesan menghidap kanser tulang dan doktor terpaksa untuk memotong kaki kanannya kira-kira 6 inci di bawah lutut.
Kecacatan yang terjadi kepadanya sedikit pun tidak mematahkan semangatnya untuk terus hidup. Akhirnya , pada tahun 1980, beliau memulakan satu marathon yang begitu bersejarah yang dikenali sebagai "Marathon of Hope". Satu marathon merentas negara yang begitu besar , Kanada dalam usaha untuk mencari dana untuk kajian kanser.
Pada permulaannya, usaha beliau diperlekehkan dan mendapat kritikan orang ramai. Mereka mengatakan mana mungkin seorang yang kudung sebelah kakinya mampu merentas negara Kanada. Terry Fox tidak lemah semangat. Beliau meneruskan marathonnya pada purata 26 batu sehari!
Akhirnya, usahanya mula mendapat perhatian orang ramai. Sedikit demi sedikit sokongan datang. Galakan dari pihak kerajaan pula semakin ketara dan orang yang dulunya lantang mengkritik sekarang terdiam kelu melihat kekentalan jiwa anak muda ini. Dari sehari ke sehari kutipan dana semakin banyak yang diterima. Akhbar-akhbar mula memainkan peranan untuk memaparkan kisah pemuda ini. Di mana-mana tempat yang dilalui oleh Terry Fox pasti akan mendapat sambutan hangat dan menggalakkan.
Namun, pada 1 September 1980, Terry Fox terpaksa menghentikan lariannya setelah 143 hari kerana kesakitan yang melampau didadanya akibat kanser yang telah merebak ke paru-parunya. Akhirnya, anak muda yang berjiwa besar ini meninggal dunia pada 28 Jun 1981.
Walaupun tidak sempat menghabiskan lariannya, Terry Fox telah berjaya mengumpul sebanyak CAN$24 Juta untuk penyelidikan penyakit kanser.
Yang menariknya, usaha beliau tidak terhenti setakat itu sahaja. Pihak-pihak berwajib telah bersetuju untuk menyelia tabung yang diwujudkan dan gelombang semangat Terry ini berjangkit ke negara-negara jiran. Hinggakan pada hari ini, semua benua di seluruh dunia kecuali antartika mengadakan larian Terry Fox sebagai usaha untuk menyedarkan setiap individu tentang penyakit kanser.
Walaupun Terry Fox bukanlah warganegara Malaysia mahupun pejuang Islam, namun contoh semangat yang ditonjolkan haruslah dicontohi. Segala mehnah dan tribulasi dalam kehidupan adalah umpama garam dan asam jawa yang bertujuan mengenakkan makanan. Walaupun garam itu masin, tanpanya, tidak berertilah makanan yang ada.
Belajarlah dari pengalaman orang lain. Di akhir-akhir Ramadhan ini, tingkatkanlah mujahadah. Semoga Allah merestui dan menerima ibadat Ramadhan kita kali ini. Amin
"Sesungguhnya selepas setiap kesusahan, pasti ada kesenangan.".

0 Comments:
Post a Comment
Terima kasih atas komentarnya ^_^
<< Home