Pendahuluan
PRK ialah pilihanraya kampus. PRK dijalankan untuk memilih wakil2 majlis perwakilan pelajar. Setiap setahun, prk akan diadakan di seluruh kampus di Negara.
Di UTP, wakil akan dipilih berdasarkan kepada dua kerusi iaitu kerusi umum dan kerusi kursus. Kerusi umum mempertandingkan tempat untuk jawatan hicom atau majlis tertinggi. Manakala kerusi kursus membolehkan calon yang memenanginya dilantik menjadi exco mpp.
PRK UTP sudah masuk ketahun yang ketujuh dan keunikan PRK UTP ialah calon2 yang hendak bertanding hendaklah atas dasar individu dan tidak boleh mewakili mana2 badan atau persatuan.
Siapa yang boleh betanding?
Secara umumnya, hanya mahasiswa undergraduate UTP sahaja yang dibenarkan masuk bertanding.Tiada sebarang kuata yang diberikan. Pelajar international turut dibernarkan untuk masuk bertanding.
Calon yang hendak bertanding hendaklah memiliki sekurang-kurangnya cgpa 2.8 dan gpa sem sebelumnya 2.5.
Kenapa perlu mengundi?
Majlis perwakilan pelajar adalah satu badan yang bagitu penting di utp
1) Medium paling utama antara management dan mahasiswa
2) Membawa hasrat dan suara mahasiswa
3) Membela kebajikan mahasiswa
4) Menganjurkan program&event yang membina sahsiah dan jatidiri mahasiswa yang selari dengan hasrat UTP.
Namun, disebabkan peratusan yang keluar mengundi pada tahun2 sebelum ini yang amat sedikit iaitu lebih kurang 15% dari 6000 mahasiswa UTP, pihak management selalu memandang enteng isu yang disuarakan oleh pihak MPP.
Impaknya, banyak hasrat dan suara mahasiswa tersekat kerana bagi management, MPP tidak mewakili suara keseluruhan mahasiswa UTP walaupun nama badan ini ialah Majlis Perwakilan Pelajar.
Justeru, timbullah disini kepentingan untuk seluruh mahasiswa UTP turun mengundi untuk memastikan MPP yang bakal ditubuhkan nanti mempunyai suara yang kuat untuk dibawa kepada management.
Kepentingan untuk memilih calon yang tepat
Sekadar turun mengundi sahaja tidak cukup sekiranya calon yang diundi tidak mampu untuk membawa hasrat mahasiswa apabila berhadapan dengan management.
Harus diingat bahawa mahasiswa yang berjaya menjadi mpp tidak mempunyai hak untuk menggubal dasar dan ini adalah perbezaan paling ketara antara pilihan raya umum di Malaysia dengan pilihanraya kampus.
Oleh itu, peranan yang perlu dimainkan oleh MPP yang dipilih kelak ialah untuk
1) Merancang, mengawal dan menjalankan program, event, aktiviti untuk membela dan memperjuangkan mahasiswa dari pelbagai asperk.
2) Membentuk pemikiran dan sikap mahasiswa untuk memikul tanggungjawab beragama dan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang mahasiswa.
3) Membawa masyarakat kampus kearah mengabdikan diri kepada Allah dalam segala bentuk kaedah dan wasilah yang ada.
Justeru, pemilihan calon hendaklah berdasarkan beberapa piawaian dan standard yang tertentu.
Kreteria calon mpp
Perkara pokok dalam memilih calon ialah dengan melihat kepada kredibiliti dan integrity yang dimiliki oleh calon. Kredibiliti calon boleh dinilai dengan menyemak pencapaian calon dalam event2 dan aktiviti yang pernah disertainya sebelum ini. Manakala integrity calon pula boleh dinilai berdasarkan kepada gagasan dan visi yang disampaikan dalam manefestonya.
Secara umumnya, calon2 yang mempunyai ciri-ciri ini sahaja yang selayaknya dipilih untuk menjadi mpp.
1. Seorang yang mempunyai gagasan dan prinsip yang utuh.
2. Seoarang yang taat kepada Allah dan Rasulnya dengan menjalankan seluruh perintahnya dan meninggalkan seluruh larangannay
3. Mempunyai visi untuk menjaga kepentingan mahasiswa dan Islam di kampus.
Penutup
Hakikatnya, pilihan raya kampus adalah medan terbaik untuk mendapat pengalaman dan ilmu berkaitan siasah dan tarbiyah. Hanya dengan turun mengundi sahaja jalan yang terbaik untuk menyuarakan hasrat mahasiswa kepada management. Hasrat mahasiswa ialah kebajikan mereka terjaga dan pendapat mereka boleh dianggap serius oleh pihak management. Semoga PRK kali ini Berjaya meramaikan mahasiswa yang mengundi calon2 yang berkaliber.
Wallahua’lam.
Mohd Hakim
8.16 am
18 oktober 2008
p/s: nota kaki akan disediakan kelak.. insya allah
kertas kerja ini adalah respon kepada beberapa persoalan naqib dan naqibah smart group mengenai prk utp... semoga dapat deliver msg ini kepada adik2 smart group masing dengan baik.

1 Comments:
"Tahniah dan takziah kpd mereka yang menang.. Tahniah kerana menang moga dpt laksanakan amanah sebaik mungkin.. Takziah krn sebelah kaki dah masuk dlm neraka, which... Nauzubillah kalau tak laksanakan amanah sebaiknya akan disoal di akhirat kelak.. Waallahu'allam"
Post a Comment
Terima kasih atas komentarnya ^_^
<< Home