Sunday, September 28, 2008

Mengimbau Nostalgia Lama

1. Sekali lagi ana mengimbau nostalgia.

2. Menjelang hari raya ini, banyak nostalgia menarik datang ke minda.

3. Kisah di bawah ini pernah dipaparkan di blog anamukmin.blogspot.com

4. Ana paparkan semula kerana terasa rindu dengan sahabat di kampus setelah beberapa hari pulang ke rumah.

5. Semoga berjauhan ini tidak akan merenggangkan ukhuwwah kita semua. Amin.

====================================================================

Hari ini hari rabu. Seluruh penduduk negeri Perak diberi pelepasan kerja. Sekolah-sekolah ditutup dan kelas di universiti semuanya dibatalkan. Hari keputeraan Sultan Perak ini mendatangkan khabar gembira dan rahmat kepada seluruh rakyatnya.. termasuklah ana ( walaupun ana hanya sekadar menumpang belajar di negeri bertuah ini )...

Alhamdulillah.. lega~.. Mungkin ada di kalangan pembaca hairan kerana seoalah-olah ana gembira dengan ketiadaan kelas ..... walaupun di kala ini masih banyak silivers pelajaran belum dihabiskan . Ditambah lagi dengan minggu peperiksaan hampir menjelang tiba.. hanya kurang dari sepurnama... Jawapannya mudah sahaja. Ana dapat berehat dengan tenang. Short and simple.

Dalam post-post ana sebelum ini, ada ana ungkapkan bahawa rehat bagi seorang daie itu satu kelalaian. Namun , kali ini situasinya agak berbeza sedikit... Semalam ( bermula isnin malam ) , ana bertolak ke negeri serambi mekah (kelantan) selepas sahaja solat Isya'. Ana dan 4 orang sahabat muslimin yang lain menjadi skuad escort menjaga keselamatan dan kebajikan satu lagi kereta yang membawa muslimat. Sebenarnya, salah seorang muslimat ditimpa musibah kehilangan ayahnya yang tercinta pada jam 3 petang ( hari isnin ) Jesteru, dia perlu bersegera dan bergegas pulang ke kampung halaman,.. sekurang-kurangnya dapat menatap wajah ayahandanya buat kali terakhir.

Perjalanan pergi kami tidak mengalami sebarang kesulitan. Semuanya berjalan lancar. Kegusaran mengenai kondisi kereta semakin hilang apabila sahabat ana (pemilik kereta) memberitahu bahawa kereta wira yang kami naiki kebetulan baru sahaja selepas diservis. Muslimat berlima menaiki kereta kancil. Kami bertolak agak lewat sedikit. Maklum sahajalah, sahabat-sahabat perjuangan lain yang tidak berkemampuan untuk ikut serta konvoi ini ( ada test, presentation dan sebagainya ) berpusu-pusu datang bersalaman dan memberi tips2 utk perjalanan yang jauh ini. Ah...~ Indahnya kala itu. Pelbagai nasihat dan petua diturunkan kepada kami. Sehinggakan muslimat terpaksa menalifon kami agar segera memulakan perjalanan... takut lambat sampai.

Pemandu terpaksa bertukar ganti apabila hendak memasuki lebuhraya timur barat di grik. Ana tidak sedar bila pemandu bertukar dek tertidur disebabkan kepenatan yang amat sangat ( sebenarnya kelas hari isnin sangat pack dan ana baru sahaja selesai test pengiraan yang sangat susah ... minda sangat letih dikerjakannya.. =p )...

Celik sahaja mata, kami sudah tiba di kubang kerian. Jam menunjukkan pukul 3.30 pagi. Ah.. hampir 6 jam perjalanan kami ini. Kami turun dari kereta dan bersalaman dengan keluarga allahyarham. Rupa-rupanya, pengebumian telah dijalankan pada jam 9 malam tadi. Terkilannya. Tapi, mungkin ada hikmahnya dikebumikan pada waktu malam sebegini.

Memandangkan tidak ada apa yang boleh di bantu di kala itu, kami meminta diri untuk berehat dan berjanji akan datang semula keesokan paginya. Kereta wira dan kancil kembali beraksi membelah kedinginan pagi. Namun, destinasi kami berubah kali ini. Kami menuju ke rumah salah seorang ukhti di pengkalan chepa. Kesejukan yang mencengkam tubuh dan menggigit tulang semakin bertambah dengan kehadiran air hujan yang membasahi bumi kelantan di kala dinihari itu.

"Subhanallah". Terpacul kalimat memuji Allah dari mulut sebaik sahaja melihat keindahan rumah ukhti tersebut. " Ini boleh muat 100 orang dalam rumah ini. Besarnya rumah ukhti ni." Ana berbisik dalam hati sendiri sambil mengkagumi kehebatan ciptaan Allah.

Kami (muslimin ) agak malu-malu pada permulaannya untuk menjejakkan kaki ke rumah ukhti tersebut. Ye lar, tak biasa di campur pula ini adalah rumah muslimat... namun kondisi badan yang terdesak memaksa kaki untuk melangkah jua masuk ke dalam rumah. Dipendekkan cerita, kami dapat berehat dengan sangat selesa pada pagi itu. Terima kasih banyak-banyak ukhti. Layanan keluarganya juga sangat mesra. Ana berbual panjang dengan ummi ukhti tersebut. Tahulah ana bahawa kami menjunjung akidah perjuangan yang sama. Ini membuatkan ana seolah-olah sangat dekat dengannya dan seperti telah lama berkenalan. Namun, perbualan kami yang disertai dengan sarapan nasi berlauk terpaksa dihentikan kerana muslimat memberitahu ana hendak melawat kubur arwah di awal pagi. Perpisahan kami dengan keluarga ukhti tersebut sungguh sayu. Walaupun hanya beberapa jam berkenalan, terasa di hati ini seolah-olah sudah bertahun bersama... (oh... Indahnya ukhwah islamiyyah )

Dipendekkan lagi cerita kami bertolak pulang ke kampus selepas melawat kubur dan menghadiahkan bacaan yasin pada allahyarham. Kali ini ana pula yang drive kereta. Ana kasihan pada sahabat2 lain yang sudah silih berganti membawa kereta pada perjalanan pergi. Terlentok-terlentok mereka didalam kereta. Tidak banyak yang kami borakkan dalam perjalanan pulang. Masing-masing melayan keletihan.

Tepat jam 6.30 petang hari selasa, kami selamat tiba di kampus. 22 jam perjalanan yang cukup indah. Disulami dengan memori dan kenangan manis yang tidak dapat ditukar ganti. Bahagia sungguh ana kerana dapat berbakti kepada sahabat, walau sekadar menziarahinya. INDAHNYA HIDUP BERJEMAAH. Hari ini mungkin dia ditimpa musibah, mungkin esok pula hari kita....

"Ya Allah, istiqomahkanlah aku dalam perjuangan ini. Eratkanlah ukhwah diantara kami. Rapatkanlah tali silaturahim yang telah terbina ini. Semoga Engkau memberkati dan merahmati persaudaraan yang kami jalinkan kerana-Mu ini Ya Allah. AMIN YA RABBAL ALAMIN ".

 0 Comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komentarnya ^_^

<< Home