1. Bila dibelek-belek kembali blog lama : www.anamukmin.blogspot.com terjumpa dengan beberapa tulisan lama yang mencuit kalbu.
2. Sengaja ana paparkan semula disini untuk dikongsi dengan pembaca semua.
3. Terasa ada perbezaan cara ana berfikir dahulu dan sekarang. Sesungguhnya benarlah bidalan orang tua-tua, pengalaman mematangkan kita.
==================================================
Jari jemariku lincah menari meliang-lintuk menekan punat papan kekunci samsung berwarna putih ini... Tetkala ini, jam baru sahaja menunjukkan pukul 4.45 pagi... Ah... kesunyian malam dan kedinginan subuh menambahkan lagi kesyahduan hati ini... Kulihat kiri dan kanan, seluruh penghuni rumah ini sedang enak diulit mimpi... Tapi, entah mengapa mata ini terlalu berat untuk ditutup. Hanya kedengaran bunyi cengkerik sahut-menyahut di antara satu sama lain. Berzikir kepada rabbul jalil barangkali....
Atmosfera ini menyebabkan fikiranku diserbu seribu satu kenangan menyingkap kembali memori silam suka duka berjuang. Tahun ini 2006. Sudah hampir 2 tahun ana berkelumit dengan suasana hidup sebagai seorang mahasiswa. Jikalau kuhitung dengan jari pemberian tuhan ini, terlampau banyak rasanya amanah dan tanggungjawab yang telah kupikul.
Ku masih ingat lagi, pada tahun 2004... Kisah ini bermula apabila ana telah dipilih secara majoriti oleh rakan-rakan intake july2004 sebagai penghulu mereka. Mungkin disebabkan populariti ana pada ketika itu, ana terpilih untuk menjadi ajk lujnah tarbiyyah rakan masjid, sebuah lujnah yang ana kira cukup mencabar dan besar mehnahnya sebagai wadah perjuangan di kampus ini. Kemudian, ana diangkat pula menjadi wakil batch di dalam ee club. Tidak berapa lama kemudian.... ana telah dipilih pula menjadi ajk unit protokol sempena minggu penghayatan ramadhan 2004.
Hatiku rasa digeletek kelucuan mengenangkan kembali kaedah yang digunakan oleh abang-abang senior ini untuk melantik junior mereka sebagai ahli komiti. Sms yang dihantar selalunya akan berbunyi begini ,
" Tahniah ! Anda telah dipilih menganggotai unit protokol sempena MPR tahun ini. Meeting pertama akan diadakan pada ### di ###. Harap anta dapat hadir. Syukran =)."
Heh, pada waktu itu, memang tidak dapat menolak lagi... Entahlah, samada sukarela atau paksarela, ana bersetuju dan pilihan tersebut telah membuka satu lembaran baru dalam diari hidupku....
Tahun 2005 yang cukup mencabar, setelah dinilai performance ana semasa MPR ( entah elok entah tidak ) , ana telah diberi kepercayaan oleh Majlis Tertinggi (MT) Rakan Masjid untuk mengetuai Unit Protokol Sambutan Maal Hijrah pula... Ana terkedu, tidakkah ana masih mentah dan terlalu muda untuk memikul amanah ini? Ana menoleh sekeliling dan mendapati hanya ada seorang sahaja sahabat yang sebaya ana memegang post executive committee ini. Apapun, ana bersetuju untuk menggalas amanah ini dan Alhamdulillah, Allah berikanku kekuatan untuk mengharungi segala tribulasi yang terjadi...
Memang tidak dinafikan, berpuluh-puluh koyok ( sejenis ubat berwarna putih yang dilekatkan di kepala untuk mengurangkan pening) telah bertempek di dahiku. Bahkan, pintu di bilik seringkali menjadi mangsa hempasan kuat dek keberangan terhadap sikap senior yang double standard terhadap ana yang masih junior pada masa itu. Tapi, itulah yang telah mengajar ana erti jerih perit kehidupan....
Belum sempat ana berehat daripada kepenatan menjayakan Maal hijrah tersebut, ana telah menjadi assistant head protokol convofair 2005. Untuk pertama kali dalam sejarah kampus ini, jawatan e.c dipegang oleh student foundation... dan itulah ana. Bukan main menggeletar rasanya hati ini bila diumumkan senarai jawatankuasa convofair tersebut... Namun, ana sedar dan mula mengerti, kepentingan untuk memegang jawatan tersebut. Semuanya kerana hendak menjaga biah solehah dan menjalankan amar maa'ruf dan nahi munkar sewaktu bekerja bersama-sama. Siapa yang berani menjawab kelak dihadapan tuhan rabbul izzati, mengapa membiarkan kemungkaran berleluasa di kampus anta? .... Persoalan ini seringkali menjentik kalbuku dan menambahkan semangatku utk meneruskan usaha murni ini....
Sepanjang memikul amanah ini, terlalu banyak rasanye pahit yang ditelan, hati yang diguris , perasaan yang dicalar.... Tak terkata banyaknya.
Cuba anta bayangkan berada di situasi ana ini...
Prepaid maxis ( sudah activated campus zone - rate murah sepatutnya) tetapi... tetap mengempiskan poket ana dalam lingkungan Rm 300-400 sebulan! dan ini berterusan selama hampir 6 bulan.. berturut-turut~
Anak-anak buah yang berstatus abang dan kakak... (sedikit sebanyak ego sebagai seorang senior itu ada apabila menerima arahan daripada ana- junior mereka )
Meeting bermula 8 pagi sabtu dan berakhir 8 pagi ahad- 24 jam non stop! ( hanya berhenti utk solat sahaja... makan di dalam bilik meeting ) ,
tidak tidur selama 3 hari berturut-turut ( update dan changes yang berlambak-lambak pada last² minute...)
speech yang dihantar direject dihapan mata walaupun berbulan -bulan masa yang diambil untuk menyiapkannya... ada 5 fasa ( head - supervisor - director general - genaral study - VIP ) bayangkan... setiap satu fasa mengambil masa seminggu untuk disemak... bilamana speech itu direject, terpaksa bermula daripada fasa satu semula...
VIP yang dijemput untuk merasmikan pembukaan tiba-tiba tarik diri pada 3 hari sebelum majlis bermula... menyebabkan ana terpaksa pergi sendiri bersemuka dengan Dato' Zambry dipejabat beliau di Ipoh... walaupun mengikut protokolnya... hanya staf sahaja dibenarkan masuk... ( ana tekad untuk masuk juga ke dalam bilik beliau untuk menunjukkan kesungguhan dan untuk memastikan beliau bersetuju untuk merasmikan masjlis tersebut )
dan banyak lagi... Itu belum masuk test dan quiz yang mendapat markah sepeti bentuk telur ayam... dek kesempitan waktu untuk mentelaah pelajaran...
Namun, bila dikenangkan kembali, ujian yang ana terima ini hanyalah secebis daripada kesusahan yang ditanggung oleh Rasulullah semasa hendak memulakan ekspedisi da'wah baginda. Ana hanya sekadar mengalir peluh menahan kepenatan, tetapi baginda Rasulullah s.a.w ......mengalir darah menahan kesengsaraan...
Diberitakan sewaktu baginda berda'wah di bumi Taif... sepatu baginda dipenuhi dengan darah baginda kerana luka dibaling batu oleh penduduk Taif tersebut... Terharu sungguh bila dibayangkan semula... Bayangkan pula kita berada di tempat baginda pada ketika itu... Mungkin .. entahlah.... Ana sendiri tak mampu untuk membayangkan kesengsaraan baginda pada ketika itu apatah lagi untuk mengambil alih tempat baginda... Hanya Allah sahaja yang mampu untuk membalas jasa dan pegorbanan nabi kita yang tercinta itu...
Kringg..... jam meja di sebelahku ini menjerit mengingatkanku akan tanggungjawabku sebagai hambaNya. Oh, tidak sangka... hampir menjelang fajar... Nampaknya... coretanku terpaksa berhenti seketika pada waktu ini... Insya Allah.. di lain kali.. ana akan meneruskan titipan ini. Sudah semestinya menjadi SUNNAH orang BERJUANG, jerih perih pahit maung serta mehnah dan tribulasi menjadi permainan harian. Akhir kalam, bersamalah kita renungi Firman Allah yang mulia dalam surah Ali-Imran ayat 200 :
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan ertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya mencapai kemenangan).
.

0 Comments:
Post a Comment
Terima kasih atas komentarnya ^_^
<< Home