1. Sementara menunggu Isya', ana membelek-belek file di komputer. Tiba-tiba terjumpa satu warkah surat yang ana karang ketika praktikal dahulu.
2. Naqib usrah ana, Hj Ir. Khairil Nizam mengamanahkan ana untuk menulis sepucuk surat untuk diberikan kepada seoarang muslimat.
3. Tujuan utama surat itu adalah untuk menegur kesilapan muslimat itu yang menaiki kereta berdua-dua dengan seorang muslimin yang bukan mahramnya.
4. Ana lampirkan surat tersebut disini untuk pengiktibaran kita bersama.
5. Moga ada manfaatnya untuk kita semua.
Ke hadapan ukhti seakidahku.
Syukran wa hamdan lillah. Kaifahaluki? Semoga sentiasa dalam keadaan yang sihat dan mendapat rahmat dari Allah. Bersyukurlah kita kerana disaat ini masih lagi Allah melimpahkan kasih sayangNya kepada kita untuk menarik nafas segar dalam keadaan masih dianugerahi nikmat Iman dan Islam. Mohon izin untuk mengambil sedikit masa nti untuk membaca warkah ringkas ini. Semoga ada kebaikannya dari bacaan ini.
Ukhti seakidahku yang dihormati,
Rahmat dan kasih sayang Allah itu amat luas dan bermakna bagi kita. Bukan sekadar Dia memberi peluang untuk kita menjadi hamba yang beriman kepadaNya, bahkan Dia begitu bermurah hati memilih kita untuk menjadi pendokong dan penyebar risalah Islam di muka bumi ini.
Kita menginsafi bahawa amanah dan title penda’wah yang melekat didiri kita bukanlah mudah untuk dijaga dan dibawa .Selaku penda’wah , kita menyedari taklifan ini bukanlah terletak kepada kaum Adam semata. Golongan muslimat turut dituntut oleh Allah untuk meninggikan syiar ini samada dalam bentuk percakapan mahupun perlakuan. Bertepatan dengan firman Allah untuk kita muslimin dan muslimat bersatu tenaga membawa tanggungjawab da’wah ini.
Ukhti sefikrahku yang dikasihi kerana Allah,
Dalam mengharungi kehidupan seharian, kerap kali datang ujian dan dugaan yang mencabar. Kita faham bahawa ini semua adalah sunnatullah dalam perjuangan. Dan kita bersyukur pada Allah kerana dalam berda’wah ini, kita melaksanakannya secara berjemaah. Apalah gunanya kita berjemaah seandainya kita tidak membantu dan memperelokkan langkah sahabat yang mungkin pincang sedikit. Bila kita diuji dan terlalai dalam ujian itu, sahabatlah yang perlu memainkan peranan menegur dan membantu kita kembali ke landasan da’wah.
Sebagaimana yang kita tahu, segala gerak geri dan percakapan kita merupakan dalil bagi orang awam. Mad’u memandang tinggi kepada kita dan menjadikan kita contoh dalam kehidupan seharian. Atas dasar itu, perilaku kita hendaklah menjauhi perbuatan syubhah dan fitnah.
Baru-baru ini, sampai maklumat kepada kami, bahawa nti telah menaiki kereta bersama-sama dengan seorang muslimin berdua-duaan. Kami cuba berlapang dada dan menganggap mungkin ketika itu berlaku hal yang tak dapat dielakkan melainkan terpaksa juga untuk naik kereta bersama-sama. Namun, adalah lebih comel dan baik seandainya di pihak nti ada usaha untuk tidak duduk bersama-sama di bahagian hadapan. Ini kerana dikhuatiri akan menimbulkan fitnah daripada masyarakat bahawa nti bercouple sedangkan kami yakin perkara itu tidak berlaku.
Kita amat khuatir seandainya dengan perbuatan tersebut menyebabkan kita yang dicop penda’wah ini ‘mengisytiharkan halal’ couple sebelum kahwin. Nauzubillah min zalik. Kita tidak punya peluang dan ruang untuk memberikan penjelasan kepada masyarakat yang melihat perbuatan berdua-duaan di kerusi hadapan kereta tersebut. Walaupun kita tidak melakukan sebarang perbuatan yang tidak senonoh, namun sedikit sebanyak mampu menimbulkan syak wasangka di kalangan masyarakat yang penuh prejudis.
Bagi pandangan kami yang daif ini, seandainya di masa hadapan berlaku situasi yang sama, mungkin di pihak nti boleh bertegas untuk duduk di bahagian belakang seandainya nti tidak memandu dan meminta muslimin itu duduk di bahagian belakang seandainya nti yang memandu. Semua ini adalah atas dasar untuk mengelakkan sebarang fitnah berlaku dan tersebar. Cukuplah isteri Nabi, Saiditina Aisyah merasa sakitnya difitnah akibat bermusafir bersama Safwan dalam peristiwa perang yahudi bani qainuqa’. Walaupun Saiditina Aisyah suci lagi bersih, namun tetap merasa peritnya difitnah. Sudah semestinya kita tidak mahu sirah ini berulang bukan? (^^)
Ukhti seperjuanganku yang dicintai Allah,
Mohon maaf seandainya teguran ini dilihat menggugat emosi dan rasional pemikiran nti. Namun, kami yakin akan sifat ‘ruhama bainahum’ / kasih sayang di kalangan orang beriman yang kita junjung bersama. Atas dasar kasihlah kita saling memberi peringatan kerana kita tidak mahu melihat sahabat kita menempa kesusahan kelak.
Semoga Allah terus melimpahkan kita dengan perasaan lemah lembut dan kasih sayang diantara kita. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari diri kami ini untuk membedakan antara makhluk dan khalik.

4 Comments:
"maka brtambah2la bende nk ckp ngan encik hakim niee.."
"igtkan ukhti yg tu..."
"to orang dagang
herm.. apa le benda yang orang dagang nak cakap nie ye.. (^_^)
to lopang
ekhem.... ukhti yang mana nie..adei~ huhu"
"Ceh..ukhti lain"
Post a Comment
Terima kasih atas komentarnya ^_^
<< Home