Hari ini 13 mei. Suasana petang di paka ini begitu aman dan syahdu disimbahi air hujan sejak tengahari tadi. Kedamaian suasana banyak melegakan urat2 sarafku. Udara terasa segar. Puas dan nyaman untuk dihirup sedalam-dalamnya. Fuuh~
Ketenangan suasana petang ini membuatkan ana senang untuk berfikir secara jelas. Tiada kekalutan dan keributan. Serabut minda hilang dibawa angin petang yang bertiup sepoi-sepoi bahasa. Ana perlu ambil keputusan sekarang..... Ya, muktamad! Ana bukan insan biasa! Keputusan diambil dengan yakin...
=========================================================
Flashback kembali 4 bulan pertama di bumi paka ini. Seruan jihad pilihanraya tidak boleh dibuat sambil lewa. Jihad urusan yang serius! Jesteru, tubuh dan minda ini habis diganyang sampai lesu. Tiada belas kasihan. Pagi di kuala terengganu, petang di kerteh, malam di dungun adalah rutin harian biasa sebelum ini.
Habis pilihanraya, ana memilih untuk menjadi orang normal. Pagi ke kerja, petang balik kerja. Malam berehat. Agenda jemaah dibuat ala kadar. Semuanya dengan satu alasan yang pelik, mahu mengelak dipilih menjadi pimpinan kampus. Ana tidak mahu kerajinan dan ketekunan ana semasa pilihanraya dijadikan kayu ukur untuk membolehkan ana diangkat menjadi pimpinan. Hati ana memberontak, katanya : Sape nak jadi pimpinan? Beban berat!
Lalu, lakonan pun bermula. Mula-mula elak pergi jemaah di surau. Alasan dibuat kononnya nak berjemaah dengan orang-orang di rumah. Kemudian, mengelat untuk pergi ke bilik gerakan. Usrah datang lambat. Hubungan email diputuskan. Dan seribu satu cara diguna pakai. Tujuannya satu, nak kaburi mata pimpinan sedia ada supaya anggap ana tidak layak untuk dijadikan pimpinan atas komitmen yang merudum! Ya, bagi ana. Semua berjalan dengan lancar... Ana mula mengorak senyum...
Hinggalah tiba-tiba pada satu pagi, 4 mac hari ahad, ana mendapat satu panggilan. "Amir beruang calling". Ah. Sudah~ Tak pernah-pernah brother ni telefon. Ni mesti ada hal penting dan tak best nak bagitahu ana. Beruang merupakan nick name brother amir dalam chatting.
"Hakim, tahniah dan takziah. Anta dilantik untuk menjadi PRESIDEN RAKAN MASJID UTP! AGM akan diadakan esok malam di lh2 pukul 9.30 malam."
Berita ini ana dengar seperti panahan halilintar dan gempita petir. Sekadar berbahasa dan mengucapkan terima kasih, mulut ini gatal mengucapkan insya allah akan hadir ke agm, satu simbolik mengatakan persetujuan menerima taklifan ini!
Selepas telefon diletakkan. Ana kelu. Diam membatu. Lakonan ana gagal??? Masya Allah. Allah mahu mengetahui segala sesuatu. Segera ana teringat pesanan naqib usrah, Tn Hj Ir Khairil Nizam , " Berdosa nta buat macam tu. Nta macam tak yakin bahawa yang pilih nta tue ialah Allah. Pimpinan yang sedia ada hanyalah satu medium sahaja. Anta kena bersedia menerima taklifan yang Allah berikan ini". Kata-kata beliau terngiang-ngiang di telinga sebagai membetulkan kesilapan ana berlakon untuk tidak mahu terpilih menjadi pimpinan. Ana bagai terjaga dari mimpi indah rekaan sendiri.
Kini. Ana merupakan presiden kepada sebuah persatuan islam yang mewakili semua mahasiswa muslim yang berdaftar di utp. Ana tidak boleh lagi berlagak seperti orang normal. Ana perlu kembali mengatur langkah yang sumbang. Banyak kuda-kuda yang rapuh. Lakonan perlu dihentikan. Ana perlu kembali kepada diri ana yang dulu. Dulu, ana bukan insan biasa!
Ana rindukan hakim yang boleh bangun bertahajud setiap malam dan subuh berjemaah di masijid.
Ana rindukan hakim yang pagi dan petangnya lidahnya dibasahi zikir mathurat.
Ana rindukan hakim yang setiap hari menghabiskan satu juzu' al-quran dan maknanya.
Ana rindukan hakim yang tidak menghabiskan masa membuat perkara sia-sia seperti bermain game, menonton movie dan membaca komik.
Ana rindukan hakim yang malamnya dihabiskan di masjid dan menelaah buku2 fikrah.
Ana rindukan hakim yang sentiasa berdisiplin menjaga masa, petah berbicara dalam kuliah dan rajin berpuasa.
Ana rindukan semua ini.
Ya Allah, semua ini akan dipersoalkan kembali. Ana sedar , ana bukan insan biasa. Ana terpilih menjadi seoarng muslim yang dipundaknya terletak beban da'wah. Bantulah hamba Mu ini untuk kembali istiqomah dalam mendamba redhoMu. Jangan kau biarkan diriku lalai setelah Kau berikan hidayah. Ampunkan dosa dan kesilapanku.
Insya Allah, maghrib ini bumi Paka kembali melihat seorang panglima jihad islam yang terlelap sebentar kembali mengaum menggegarkan dunia dengan syiar Islam. Allahumma surna Islam Wal mujahidin khususan ilaiya. Amin.
Ya Allah, bantulah hamba mu ini untuk kekal istiqomah~. Amin.
Recent Posts
Ziarah BloggerDiskusi IlmiahRakan Masjid UTP |
Tuesday, May 13, 2008Satu epliog... |
:: .:: Just a thought ::.: Satu epliog... - Designed by Bunga Ayesha :: |
0 Comments:
Post a Comment
Terima kasih atas komentarnya ^_^
<< Home