Wednesday, August 22, 2007

Konsert Hotlink sudah berakhir, Convofair pula bagaimana?


Pandangan kepada hadirin yang bakal hadir ke konsert Convofair 2007.



Tulisan ini khusus kepada pencinta Islam dan pejuang suasana Islam.

Terdapat tiga golongan di kalangan kita(penda'wah) yang mungkin terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang konsert Convofair ini. Ana tidak nafikan banyak lagi pihak yang terlibat, namun sengaja ana memberikan perhatian yang khusus hanya kepada pelajar yang merupakan majoriti hadirin pada malam konsert itu nanti. Justeru, penulisan ini lebih terjurus kepada para mahasiswa Islam yang berada di UTP ini.

3 Golongan itu dapat dibahagikan kepada

a) Orang awam (tidak terlibat dengan komiti)

b) Komiti penganjur

c) Penggerai

Memang kita tidak nafikan, bahawa komiti Convofair 2007 telah bertungkus lumus untuk membawa imej dan mesej Islam dalam mengendalikan konsert nanti. Buktinya, kali ini mereka telah berjaya untuk membawa artis lelaki dan melawan arus permintaan yang mahukan artis wanita yang kita semua jelas hukumnya (baca:haram). Walaupun artis yang dibawa ada yang terlibat dengan pelbagai kontroversi (Adam Af2) dan tidak berapa jelas pembawaan mesej Islamnya (Ramli Sarip), namun usaha mereka ini harus juga dipuji dan diberikan perhatian.

Baiklah, mari kita fokus kepada golongan-golongan yang telah diperincikan dan apa yang perlu dilakukan sekiranya anda termasuk dalam golongan tersebut. Harus diingatkan, bahawa segala yang dipaparkan disini hanyalah sekadar satu panduan (what to do?) kepada golongan mahasiswa yang masih ada kesedaran Islam dalam hati. Justeru, ana akan cuba sebaik mungkin untuk membawa hujah dan bukti yang konkrit untuk menyokong pandangan yang dibentangkan. Berdasarkan kepada Firman Allah swt dalam Surah Al-Baqarah :111. "Bawalah bukti sekiranya kamu ini orang yang benar".

Perhatian : Pandangan ini sah untuk diguna pakai untuk ketiga-tiga malam konsert.(24.25.26 Ogos 2007)

====================================================

Untuk golongan yang pertama (A)

Orang Awam yang tidak terlibat dengan komiti.

Pandangan : Kita tidak boleh pergi @ berada di tapak pesta konvo untuk menghadiri konsert selepas jam 8.45 malam.

Hujah PERTAMA :

Kehadiran penari-penari dari International Students yang terdiri daripada lelaki dan perempuan. Atas alasan integrasi, pihak komiti terpaksa bersetuju dengan permintaan pihak pengurusan. Akibatnya, berlakulah pencampuran (ikhtilat) antara lelaki dan perempuan yang tidak dibenarkan dalam Islam semasa persembahan.

Sekiranya tidak ada penglibatan wanita sekalipun, penglibatan penari-penari lelaki bukanlah sesuatu yang perlu (baca:penting) untuk kita lihat. Tiada tujuan yang utama di situ. Menurut Dato Seri Harussani Zakaria, mufti kerajaan negeri PERAK dalam membahaskan isu fatwa pengharaman Sure Heboh, sekiranya betul hendak berhibur, mengapa perlu ke konsert sedangkan hiburan itu sendiri boleh didapati di rumah masing2x! Sebut sahaja, T.V, Internet, Games, Manga, Anime ,Movie dan pelbagai lagi aktiviti hiburan yang ana kira sememangnya sebati dalam jiwa remaja masa kini. Jadi, kenapa perlu konsert seperti ini lagi?

Bahkan, kalau dilihat kembali perjalanan konsert pada malam itu nanti, sudah tentu ada yang berpendapat bahawa masih ada elemen-elemen kebaikan yang wujud. Seperti memulakan majlis selepas azan isya' dan sebagainya, namun harus diingat, perkara hak sama sekali tidak boleh dicampur dengan perkara batil.

Seperti mana firman Allah [1],

Surah Al –Baqarah [2: 42]




Selain itu, sekiranya kita singkap kembali peristiwa Fath Mekah (Pembukaan Kota Mekah ), Rasulullah s.a.w sendiri dengan tangannya yang mulia telah menghancurkan 360 berhala yang bertenggek di sekeliling kaabah. Tindakan ini merupakan satu simbolik bahawa Islam sama sekali tidak dapat berdiri sekali dengan jahiliah. Bahkan ketika rasulullah s.a.w memusnahkan berhala-berhala tersebut, perbuatan tersebut disaksikan oleh penduduk mekah baru lagi memeluk Islam dan baru mula hendak memahami Islam. Ini bukti mudah yang menunjukkan bila mana adanya kuasa, Islam hendaklah ditegakkan walaupun masyarakat masih belum faham sepenuhnya tenang Islam. Pendek cerita, tiada alasan untuk tidak menegakkan Islam dalam kehidupan kita.

Bahkan, tetkala Rasululla s.a.w giat menghancurkan berhala-hala tersebut, bibir rasulullah s.a.w yang mulia tidak henti-henti untuk mengucapkan kalimat yang dipetik dari Al-Quran Al Karim [2]

Surah As-Saba [34:49]




Berikutnya, kita rujuk semula kepada hadis yang amat popular dan seringkali diulang lafaz oleh para penceramah iaitu hadis yang ke 6 daripada himpunan hadis 40 Imam an-Nawawi.

[3] Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkaraperkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.

Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Secara mudah untuk difahami, kita selaku orang yang beriman dengan Allah taala hendaklah sentiasa menjauhkan diri dari mendekati perkara yang syubhah demi menjaga kesucian agama dan diri sendiri. Termasuklah dalam menghindarkan diri dari menghadiri konsert-konsert seperti ini. Bahkan, bersifat wara' (menjauhkan diri dari perkara-perkara syubhah) merupakan satu kepujian dan dituntut dalam Islam.

Hujah KEDUA :

Keputusan@keinginan para penda'wah untuk hadir ke konsert sekadar untuk meraikan majlis dengan hujah kononnya memberikan sokongan kepada hiburan alternatif Islam (baca: Ramli Sarip),adalah sama sekali tidak relevan. Sekiranya anda benar komitmen kepada Islam dan gerakan da'wah, ana yakin anda tidak akan buat keputusan sedemikian. Dengan banjiran penonton dari dalam dan luar UTP kepada konsert itu, kehadiran anda bakal tidak disedari! Bahkan anda hanya sekadar untuk mengisi celah-celah dan ruang-ruang kosong yang wujud dan tidak mungkin dapat mewujudkan gelombang da'wah yang disitu.

Justeru, tujuan anda berada disana kononnya anda ini seorang yang fleksible dan menerima konsert alternatif adalah tidak bijak dan tidak berkesan.(baca: untuk konsert malam kedua sahaja iaitu Ramli Sarip) .Kita kena menyedari bahawa sekiranya anda selaku penda'wah hadir pada malam itu, masyarakat umum akan mengatakan bahawa anda menyokong keseluruhan tentatif pada malam itu yang sememangnya bercampur dengan tarian lelaki dan perempuan international students.

Nah, bukan sahaja anda gagal membawa mesej da;wah, bahkan anda sendiri telah membawa fitnah kepada da'wah itu sendiri. Ya, memang Allah tidak melihat kepada hasil dan menilai usaha, namun kita kena juga perlu bijak membaca waqi'(suasana). Jika sememangnya stratergi yang disusun itu memang kita tidak tahu tidak berkesan , mengapa kita masih berdegil untuk menjalankannya. Inilah yang dikatakan dengan berda'wah dengan hikmah @ bijaksana. Bukanlah hikmah namanya jika kita sekadar untuk berlemah lembut memenangi hati masyarakat luar yang mahu kita turut serta berhibur bersama mereka!

[4] Allah taala berfirman:

Surah An-Nahl : 16:125







Menurut tafsir pimpinan ar-rahman, muka surat668, Keluaran jabatan perdana menteri dalam menafsirkan makna hikmah ialah : penjelasan yang tepat dan betul berdasarkan dalil dan bukti yang menerangkan kebenaran dan menghapuskan kekeliruan

Manakala menurut tafsir arab saudi ms421

Makna hikmah ialah :perkataan yang tegas dan benar yang dapat membezakan antara hak dan batil

Nah, disini, secara jelas dapat kita fahami, hikmah itu hendaklah dapat menerangkan@membezakan antara hak dan batil. Persoalannya, adakah dengan beradanya kita di situ merupakan satu hikmah?

Selain daripada itu, berdasarkan kaedah usul fiqh [5]: Meninggalkan kemudhoratan itu lebih utama daripada mengambil manfaat. Secara jelas di sini, kita dapat melihat bahawa kehadiran orang awam dan lebih-lebih yang mempunyai imej islam hanyalah sekadar mengundang mudhorat yang lebih banyak. Oleh itu, tindakan menghindarinya adalah lebih utama dari meraikan majlis tersebut.

Hujah KETIGA :

Kemungkinan ada berlakunya pencampuran antara PENONTON lelaki dan perempuan. Memang pada hakikatnya, ana mendapat maklumat bahawa akan ada penghadang yang memisahkan lelaki, perempuan dan keluarga. Namun, yang menjadi kegusaran ana ialah kecenderungan yang wujud untuk bertindak luar kawal terutamanya apabila sudah teruja dengan persembahan artis yang popular (baca: Adam AF2 dan Ramli Sarip). Pada peringkat awal mungkin keadaan masih terkawal, namun akhirnya.. bagaimana ? Dan percampuran sebeginalah yang sama sekali kita benci dan tidak redhoi.

Menurut kaedah usul fiqh [6]: Setiap perkara yang membawa kepada haram ialah haram. Realitinya, kecenderungan hadirin yang datang ke konsert dengan pasangan masing2 adalah amat tinggi. (berdasarkan pengalaman dan pengamatan ana sebelum ini). Menjadi satu keanehan bagi mereka ( yang bercouple) untuk berpisah ketika konsert berjalan. Mungkin bagi pemikiran mereka, hiburan sebegini seharusnya dikongsi kegembiraannya bersama-sama (berdua-dua: bersebelahan). Inilah perkara yang kita gusarkan. Bila mereka sudah berdua-duaan dan dalam keadaan yang "excited" @ gembira, mereka mungkin lupa diri dan akan berlakulah perkara yang kita tidak ingini seperti berpegang tangan, berpelukan , menjerit-jerit, melompat-lompat dan sebagainya.

Dlm hal ini Rasulullah saw bersabda [7] sebagai berikut :

"Barangsiapa beriman kpd Allah dan hari akhir, maka jangan sekali-kali dia bersendirian dengan seorang perempuan yang tidak bersama mahramnya, karena yang ketiganya ialah syaitan." (Riwayat Ahmad)

Maksud hadis di sini bukanlah dari segi zahirnya, iaitu berdua-duaan di tempat sunyi. Bahkan, ia membawa erti yang lebih luas iaitu tidak dibenarkan berdua-duaan walaupun di tempat umum seperti di konsert. Duduk sebelah menyebelah walaupun di celah celah kesesakan orang ramai, ia tetap mengundang kepada perbuatan zina. Sedangkan Allah mengutuk dan melarang perbuatan zina serta perbuatan yang menghampirkan diri kepada zina.

Sebagaimana Firman Allah [8]







Kesimpulan untuk golongan A:

Tiada sebarang kerugian, masalah, mudhorat sekiranya tidak pergi menonton,menyaksikan,menyokong konsert yang dianjurkan. Bahkan, kebaikan sekiranya tidak pergi adalah lebih banyak. Justeru, marilah kita berpegang kepada pandangan yang telah dikemukan tadi iaitu :

Kita tidak boleh pergi @ berada di tapak pesta konvo selepas jam 8.45 malam.


====================================================

Untuk golongan yang kedua (B)

Komiti penganjur

Pandangan : Hendaklah berada ditapak pesta untuk mengawal penonton supaya tidak bercampur antara lelaki dan perempuan.

Hujah PERTAMA:

Golongan ini berbeza dengan yang pertama (A) . Walaupun kita melarang keras pada golongan yang pertama (A) untuk hadir, tapi untuk golongan ini kita mewajibkan pula. Perbezaannya jelas dapat dilihat kepada peranan yang dapat dimainkan oleh golongan ini. Selaku komiti, mereka mempunyai kuasa @ hak @ undang-undang untuk menentukan garis panduan yang perlu dipatuhi oleh penonton.

Hakikatnya, walaupun kita telah melarang keras orang awan (baca:mahasiswa) supaya tidak hadir ke konsert tersebut atas hujah-hujah yang telah dikeluarkan, namun sudah tentu masih ada segelintir mahasiswa yang hadir ke konsert itu. Disinilah datangnya peranan komiti (golongan B)

Ana difahamkan, komiti Convofair telah membahagikan penonton kepada bahagian lelaki, perempuan dan keluarga. Hasrat ini teramatlah mulia dan hendaklah diteruskan. Oleh itu, komiti Convofair sendiri hendaklah meletakkan petugas yang ramai untuk menjaga suasana @ biah di situ.

Berdasarkan kepada kaedah Usul Fiqh [9]:

Apabila berhimpun dua mudhorat yang besar, maka hendaklah dipilih mudhorat yang lebih kecil.

Dalam hal ini, sekiranya komiti convo sendiri lari dari medan dengan alasan tidak mahu terlibat dengan maksiat , sudah tentu akan menyebabkan penonton menjadi kurang terkawal kerana tiada yang menjaganya. Justeru, percampuran antara lelaki dan perempuan di kalangan hadirin akan mudah terjadi. Oleh itu, kehadiran mereka disitu amatlah diperlukan atas dasar untuk berbuat amar ma'ruf dan nahi munkar.



Selain itu, marilah kita sama-sama merenungi hadis pertama himpunan Imam Nawawi yang berkaitan dengan niat.

[10]Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. ( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Mafhumnya disini, komiti Convofair tidaklah perlu berasa bersalah dan berdosa berada di tapak pesta ketika itu sekiranya niat mereka jelas: berda'wah. Insya Allah, usaha antum akan dinilai dan diberi ganjaran oleh Allah.

Kesimpulan untuk golongan B:

Telah menjadi satu kewajiban kepada komiti untuk memastikan agenda amar ma’ruf nahi munkar terus berjalan dengan lancar. Oleh itu, kita perlu sepakat mengatakan bahawa :

Hendaklah berada ditapak pesta untuk mengawal penonton supaya tidak bercampur antara lelaki dan perempuan.


====================================================

Untuk golongan yang ketiga(C)

Penggerai

Pandangan : Hanya berada di situ untuk tujuan da'wah

Hujah PERTAMA:

Berniaga memang merupakan sunah rasulullah. Namun, kita tidak mahu menangguk di air yang keruh. Maknanya, kita mengambil kesempatan atas konsert maksiat yang dilakukan untuk mendapat keuntungan. Bunyinya agak sedikit keras, namun itulah realitinya. Memang benar, tidak semua yang datang ke tapak pesta untuk mendengar konsert, namun, harus diingatkan, saham syubhah tetap ada disitu.

Ana lebih berpendirian ringan dalam hal ini. Selaku peniaga yang berada di tapak pesta, ada cukup sekadar kita membenci di hati perbuatan maksiat yang berlaku di depan mata kita? Atas dasar itu, tidak menjadi masalah untuk para peniaga untuk meneruskan perniagaan. Namun, ada tugas tambahan yang perlu dilakukan. Ya, da;wah. Sambil berjual beli, ambillah kesempatan itu untuk memberikan penerangan kepada pembeli supaya menghindari konsert tersebut.

[11]Sabda Rasulullah s.a.w : Sekiranya melihat kemungkaran, hendaklah kamu cegah dengan tanganm jika tidak mampu, hendaklah cegah dengan lisan, jika tidak mampu, maka cegahlah dengan hati dan itu adalah selemah-lemah iman.

Kesimpulan untuk golongan C:

Kita sama sekali tidak menafikan kepentingan untuk berniaga sebagai salah satu sumber untuk mencari rezeki. Kita juga tidak menolak hujah berniaga merupakan salah satu sunnah nabi. Cumanya, untuk susana pada malam ini , kita hanya perlu selaraskan niat untuk :

Hanya berada di situ untuk tujuan da'wah

p/s : Sebenarnya banyak lagi elemen yang perlu ditekankan di sini seperti pemakaian artis, lirik lagu yang dibawa artis, gaya persembahan artis di atas pentas, waktu persembahan di adakan dan banyak lagi. Namun, harus diingatkan, tujuan penulisan ini bukanlah berbentuk satu kajian, tapi merupakan satu bentuk panduan untuk apa yang perlu dilakukan. Ana akui, ramai yang bijaksana dan pandai dalam menilai sesuatu hukum dan perkara. Cuma, di sini yang ana tekankan bukanlah persoalan apa dan kenapa, tapi lebih menjurus kepada bagaimana.

Sebagai analogi :Kek sudah ada dihadapan mata. Ana sudah bentangkan kandungan dan bahan kek itu beserta cadangan untuk makan atau tidak kek tersebut. Kini, tinggal pada tangan anda untuk buat keputusan. Hendak makan atau tidak? (^^)

Sukacita ana umumkan disini, ana gemar untuk berkongsi pandangan dengan pembaca. Tiada langsung niat di hati untuk mengkelaskan golongan tertentu. Berda'wah itu pahit kerana syurga itu manis.

p/s: bukankah da'wah itu tanggungjawab semua? Dan penda'wah itu ialah setiap orang yang melafazkan kalimah syahadah? (^^)/

Labels: ,

 4 Comments:

At August 23, 2007 at 2:55 AM, Blogger BMahendran said...

"eh....kamu ni orang arab ke? mengapa guna 'ana' ? huhu~
maaf..saya cintakan bahasa kebangsaan
*_*"

 
At August 23, 2007 at 9:57 AM, Anonymous Anonymous said...

"bagi ako kalo dah mufti perak sndiri cakap HARAM kan so whats da point anjurkan gak?

bnda yg nak ako tekan kat sini... pasni tak payah buat sume2 nie... HARAM... ingat senang ke nak control ramai2 orang camtu... wat tembok laki pompuan setinggi tembok israel skalipun bnda2 maksiat ni mst ade punye...

susah2 korang bg ayat2, hujah2, panduan2, teknik2... tp brape ramai sangat yg ikut?

bnda paling simple nak wat ialah TAK PERLU ANJURKAN TERUS CONVOFAIR... senang citer.. ni tak.. kate haram tp ade gak yg jadi committee... ape citer?

bg ako yg salah penganjur... dan org yg terlibat utk menganjurkannye... termasuk la korang RAKAN² MASJID sekalian... kalo berjuang tak bg orang pegi and at da same time korang gak yg anjurkan.. same je korang dalam golongan2 tu... lg terok lg

lumrah manusia kan.. nak hiburan/pesta so nak taknak kena la terima hakikat yg akan ramai gak pegi tempat2 mcm ni... sedangkan konsert RM200-RM300 pn dorang sanggup bayar inikan plak konsert free...

kalo tade CONVOFAIR pun ako bleh idop gak ape.. setakat nak makan ayam percik madu dgn A&W tak pyh tggu CONVOFAIR pun da bleh makan.. ke korang kot yg kebulur?

ako respek korang sbb ilmu agama korang lg tggi sikit dari kami.. tapi kalo bnda as simple as this pun tak bleh pikir toksah laa..."

 
At August 23, 2007 at 5:21 PM, Blogger rahimi said...

"berda'wah itu sunnah nabi"

 
At August 27, 2007 at 3:18 AM, Anonymous Anonymous said...

"convofair.. kononnya berdakwah...

adam pegang tangan perempuan.. tolong xplain sikit...


dakwah kee atau mengalakkan maksiat??


p/s : bercadang agar pihak rakan masjid buka minda ,, jadi open minded ... sikit pown dah cukup.."

 

Post a Comment

Terima kasih atas komentarnya ^_^

<< Home