Sunday, August 26, 2007

Promosi pelbagai

Dinihari ini sungguh damai. Kedinginan pagi ini diserikan lagi dengan hujan yang turun renyai-renyai. Semalaman ana bersengkang mata bermesyuarat untuk memastikan kelancaran gerak kerja Islam. Banyak isu yang dibincangkan. Alhamdulillah, Allah berikan juga kekuatan untuk tubuh ini bertahan sehingga ke akhir mesyuarat walaupun ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 4.30 pagi. Bagi ana, ini hanyalah sekelumit daripada diari da'wah yang sememangnya perlu ditempuhi oleh orang-orang yang mengharapkan redhanya.

Pagi ini selepas solat subuh berjemaah dan bacaan al-mathurat di masjid, sahabat di dalam majlis membuat pengumuman. Insya Allah, selepas ini bersamalah kita pergi ke padang untuk beriadah. Riadah terulung.

Dengan mata yang terpisat-pisat, ana segera bergegas pulang ke bilik dan bersiap. Tidak sampai rasanya hati ini untuk mengecewakan harapan dan ajakan sahabat. Langkah diatur kemas. Berbekalkan sisa tenaga yang masih tinggal, ku pujuk jua kaki ini melangkah ke padang. Namun, setibanya ana disana... tiada seorang pun ada. Ana bersangka baik. Mungkin tarian hujan yang bermain sejak subuh tadi membantutkan niat sahabat yang lain untuk turut serta dalam riadaha ini. Ada hikmahnya, Insya Allah.

Sebenarnya, ada satu lagi mesyuarat perlu dihadiri. Pukul 10.00 pagi. Di kala inilah, ana mengambil masa untuk membuka email dan membaca berita terkini. Dan juga... update blog.
Kali ini, ana tertarik untuk post beberapa status sahabat-sahabat yang giat mempromosikan event, gerai dan persatuan masing-masing. Macam-macam... (^^)


Ini promosi untuk Convo fair.









Dan ya, tidak lama lagi, Rakan Masjid ada menganjurkan konsert. Konsert Kembara Sufi. Kini menampilkan dua orang yang berpengaruh dalam industri nasyid. Nazrey Johani (bekas Vokalis utama kumpulan Raihan) dan Ustaz Akhil Hayy ( bekas penyanyi rock).



Sebelum mengakhir post kali ini, kita teruskan lagi dengan pertandingan post yang menarik. Kali ini, di bawah kategori kreatif. Pemenangnya ialah....



Tahniah Roza. Ana memang suka baca status-status yang nti tulis. Memang menarik. Boleh dijadikan cerita kadang-kadang. (^^). Apapun, tahniah!

 0 Comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komentarnya ^_^

<< Home