Tuesday, August 21, 2007

Tetkala dinihari

Pintu bilik tidak berkunci. Perlahan kaki melangkah masuk ke dalam bilik. Jam di hp sudah 3 pagi. Kegelapan pagi segera dicerahkan dengan lampu bacaan di atas meja. Pantas mata mencari katil untuk merebahkan badan yang amat keletihan ini. "Eh...Sudah berpenghuni katil ana malam ini. Takpe lah, ada peluang ana tidur di rumah Allah kali ini. " bisik ana dalam hati. Kasihan ana melihat teman serumah yang nampak sangat keletihan. ?Bersama dengan amal ijtimaie memang amat mencabar dan menuntut pengorbanan yang bukan sedikit. Bersabarlah ya akhi....

Mesyuarat ketua-ketua fasilitator smart group tadi meninggalkan banyak persoalan dalam kotak minda ana. YA Allah. Besarnya beban da'wah yang perlu digalas. Amanah menjadi naqib bukanlah perkara yang ringan dan boleh dipandang enteng. Ada kalangan sahabat yang tidak nampak kepentingangnnya. Lalu amanah ini tidak dijalankan dengan baik. Anak buah pun dia tak kenal...apatah lagi nak jalankan usrah. Impaknya, generasi pelapis kepimpinan da;wah di kampus ini sudah ketandusan. Amat sedikit. Sunyi. Pada hakikatnya, intake kemasukan generasi ini mempunyai rekod yang amat cemerlang dalam mendaftarkan diri ke dalam gerak kerja Islam di kampus ini, Rakan Masjid. Namun, sekarang ini.. boleh diibaratkan seperti hidup segan mati tak mahu.

Lalu, apa formulanya? Sebutlah apa sahaja. Simposium, bengkel, latihan dalam kumpulan, liqa', mesyuarat, muhasabah, tamrin , kelas pengukuhan dan pelbagai lagi telah diatur dan dijalankan berobjektifkan untuk melahirkan naqib yang berkualiti. Namun, hasilnya tetap mendukacitakan. Atas kertas, semuanya cantik. Realiti, kosong. Tiada apa.

Akhi, susahkah menjadi naqib? Ana tinggalkan persoalan ini di ruang minda antum. Fikirkanlah. Usrah merupakan sunnah nabi yang penting di awal zaman kerasulannya dan merupakan nadi da;wah. Pernahkah kita melihat sesoarng hidup tanpa denyutan nadi? Tidak pernah bukan... Samalah juga dengan usrah. Mana mungkin kita boleh melaksanakan gerak kerja da;wah yang muliah ini dengan mengabaikan institusi usrah!

Apa kesannya? Adik-adik yang sepatutnya menjadi golongan pendokong mahupun penyokong gerak kerja Islam berpaling arah. Lebih teruk lagi, ada yang menjadi penentang! Masa itu, barulah kita hendak kelam kabut. Gelabah mencari penyelesaian. Bentanglah segala stratergi, uslub, method, kaedah dan apa sahaja... namun masalah ini tetap akan berulang. Selagi mana usrah masih tidak diletakkan di tempat yang sepatutnya, penyelesaiannya tetap tidak akan muncul.

Ambillah masa. Renungilah diri. Muhasabah seketika. Berfikir sejenak itu lebih baik dari beribadah seribu tahun. Wallahua'lam.


Labels:

 0 Comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komentarnya ^_^

<< Home