Assalamualaikum sidang pembaca semua,
Terasa kekok tetkala jari jemari ini menari atas papan keyboard ini menulis blog yang telah beristirehat hampir 2 minggu. Bukan tidak mahu, tapi memang di sengajakan. Kenapa? Ya.. jawapannya ada di bawah. Insya Allah, kali ini ana akan ulas sedikit beberapa komen yang masuk ke dalam cbox dan juga kepada post2 ana sebelum ini. Sekadar untuk makluman, cbox dan kalendar ana di bahagian kiri kolumn blog ini mengalami masalah dan terpaksa ditiadakan... :( Walaubagaimanapun, insya Allah, ana cuba untuk mencari penyelesaian masalah ini.
Berbalik kepada 'kehilangan' ana buat seketika dari arena blog ini. Sebenarnya, sebagaimana yang umum mengetahui, ana masih seorang mahasiswa. Dan, bila bergelar mahasiswa, banyak komitmen terhadap pelajaran yang perlu diutamakan. Apabila ana buat 4 quadrant list for important and not important task, ternyata... update blog jatuh ke quadrant ke 4, not important n not urgent!
Ketiadaan cuti mid semester yang digantikan dengan cuti raya banyak merencatkan jadual hidup kami. Akibatnya,2 minggu kebelakangan ini kami dilambakkan dengan pelbagai test,quiz,assignment, project dan seribu satu jenis beban akademik yang dihempapkan kepada kami, mahasiswa. Ana tidak melihat ini sebagai satu alasan, tapi lebih kepada satu penjelasan supaya dapat 'melegakan' persoalan pengunjung yang aktif menziarah blog ini saban hari namun hampa melihat tiada update terkini.
Satu lagi faktor yang merencatkan penulisan blog ini ialah kerana ketiadaan laptop toshiba warisan ayahanda tercinta kepada ana. Serangan virus yang bertubi-tubi melonglaikan keupayaannya untuk melaksanakan tugasan dengan baik. Banyak entry yang ana cuba hantar dalam kesibukan masa 2 minggu ini (entry pendek...) tapi hilang begitu sahaja dek virus yang aneh yang menyerang komputer ana. Insya Allah, dalam proses pembaikpulihan. dah dihantar kepada seorang sahabat di kampus ini untuk diperbaiki. Sekarang ini pun, ana terpaksa menggunakan komputer roomate untuk mengarang post ini. (thanks roomate )
Antara hits entry yang paling hot dua tiga menjak ini (sehingga mengundang beberapa komen yang hot) ialah Kedai Gunting Rambut UTP. Semasa ana mengarang post itu sebelum ini, ana sudah dapat menjangka komen yang bakal diterima. Ternyata, jangkaan ana itu tepat. Ada pembaca yang emosi!
Sebenarnya, dalam post itu, apa yang ana ingin utarakan ialah berkaitan mentaliti umat islam pada hari ini. Cukup ana sekadar menggambarkan bahawa kita pada hari ini sering bersikap TIDAK KISAH dan TIDAK PEDULI terhadap apa yang berlaku kepada Islam dan Umat Islam . Bayangkan, dalam urusan penjagaan diri sendiri pun kita masih ambil sikap, tak kisahlah, janji siap, janji kemas...apatah lagi untuk urusan lain? Dan dalam kes ini, hal pemotongan rambut.
Ada dikalangan pembaca yang menggunakan analogi, apa terjadi kepada orang Muslim kalau accident dan perlu dirawat segera di kepala. Namun, yang ada di hospital ketika itu hanya doktor non-muslim. Kena tunggu doktor muslim datang barulah boleh dirawat...? Ini contoh pemikiran pembaca yang agak tersasar dan boleh ana katakan menyimpang dari konsep analogi. Serba tak kena! Persoalan yang cuba ditimbulkan oleh pembaca ialah kenapa tidak boleh pegang kepala muslim. Itu dakwaan yang silap dan perlu diperbetulkan.
Ana tidak pernah mengatakan TIDAK boleh kepada persoalan itu. Bahkan sebenarnya, ana sendiri akrab dengan ramai rakan-rakan non muslim di kampus dan di luar kampus. Tiada masalah ana nak bergurau dengan mereka. Main bola sekali, makan sekali, bahkan tidur sekhemah pun tiada masalah bagi ana. Hubungan kami mesra. (^^)/
Berbalik kepada point penulisan ana sebelum ini, apa yang ayahanda ana katakan itu merupakan hanyalah satu bentuk penegasan. Penegasan supaya seorang anak patuh kepada arahan seorang ayah. Dan perkara ini tidak salah kerana memang kewajipan seorang anak itu patuh kepada kehendak ayahnya dalam perkara yang tidak berlanggar dengan syara'. Dan ayah ana mahukan ana pergi ke kedai gunting rambut muslim.. itu sahaja.
Orang Malaysia, kaya dengan bahasa. Bilamana hendak melamar anak gadis, biasanya kita akan berkias dengan mengatakan ingin menyunting bunga di taman. Indah sungguh susun atur bahasa dan cukup berlapik. Kita semua telah terdedah kepada keindahan bahasa ini dan mudah menangkap maksud sebenar setiap ucapan yang dikeluarkan. Begitulah juga bila ayahanda ana bilamana mengatakan, sanggup datang dari penang , semata-mata untuk potong rambut ana. Bagi siapa yang rajin membaca, sekilas pandang sudah dapat mengetahui itu hanyalah satu bentuk hiperbola (kalau tak silap :) untuk menegaskan lagi pernyataannya. [erk.. dah jadi tutorial bahasa pulak.. :P]
Persoalannya, kenapa nampak point2 kecil itu sahaja. Bukankah bagus kita lihat secara big view. Lihat kembali persoalan pokok yang ana utarakan. Isu sensitiviti umat Islam terhadap Islam dan Ummahnya.
Kalau urusan penjagaan diri sendiri pun sudah tiada sensitivitinya, tidak hairanlah ramai yang tidak kisah urusan orang lain....
Akhirnya, ana inginkan postkan satu riwayat (tak pasti sumber dia) , untuk kita renungi bersama...
"Barangsiapa yang tidak peduli urusan kaum muslimin, maka ia bukanlah dari golongan mereka"
Wallahua'lam.
p/s :
1) ana terkejut dengan pembatalan bazar Ramadhan anjuran rakan masjid. Sangat tidak wajar! Kasihan kepada pihak yang teraniaya dan dizalimi. Takutlah pada doa yang dizalimi. Simpati pada komiti yang penat lelah berusaha menjayakan program namun di"slash" last-last minit.
2)Ana mungkin tak dapat nak update selalu blog ini, maaf. Ketiadaan komputer membataskan ruang penulisan ana. Harap maklum. Tapi.. Insya Allah, tak lama. (^^)/

Labels: Campus Life
3 Comments:
"haha ye ye laptop in progress Boss"
"xpe..unblog maafkan...hehe"
"salam perjuangan fisabilillah...moga laptop cepat sehat :)"
Post a Comment
Terima kasih atas komentarnya ^_^
<< Home