Friday, August 17, 2007

Status yang mulus

Hari ini tiada kelas pagi. Udara segar membelai lembut dedaun hijau di hadapan bilik. Suasana aman dan sunyi menambahkan kesyahduan pagi yang sejuk mendingin. Sinar suria lambat memunculkan dirinya dikala manusia di sekeliling sudah bergegas mengerjakan urusan masing-masing. Sengaja ana biarkan suasana ini menenggelami diri. Larut dalam ketenangan.

Pagi ini ana menghabiskan masa di bilik. Mentelaah pelajaran untuk kelas petang nanti. Sesekali mata ini mencuri-curi untuk melihat status y.m dan gtalk sahabat-sahabat. Lucu juga status mereka. Pelbagai ragam dan gaya. Terhibur ana seketika melihat kekreatifan mereka. Terfikir juga ana, apa sebenarnya motif untuk status ym dan gtalk? Untuk bagitau keadaan diri ke? Untuk buat pengumuman ke? Untuk luahan perasaan ke? Untuk bagi tazkirah ke? Untuk balas mesej orang ke (ade ke? ) ? Untuk promote blog ke? hurm?

Hurm... tak pe la.. mari kita nilai sendiri beberapa status yang ada di kampus ini.









Jadi? Apa kesimpulannya? Hurm... mulai esok.. ana akan pilih status paling best untuk hari itu,
Maknanya, kita akan buat pertandingan "STATUS OF THE DAY". Dalam sebulan tu, kita akan nilai, dan kita akan bagi pemenang kategori "STATUS OF THE DAY".

Pemenang dapat apa?

Haa... tunggu.... (^^)


 1 Comments:

At August 23, 2007 at 4:59 PM, Anonymous Anonymous said...

"idea yg sgt kreatif dan menarik ~ pertandingan "Status of the day"..ana pon ske bace status org..kadang2 very impressive.."

 

Post a Comment

Terima kasih atas komentarnya ^_^

<< Home