Diari hidup ana padat sungguh hari ini. Ana baru balik dari kafe. Ada tayangan keinsafan Palestin sempena sambutan hari Al-Quds. Mungkin ramai yang sedar, dan tidak mustahil ada yang langsung tidak tahu tentang sambutan hari Al-Quds. Insya Allah, setiap tahun ,tanggal 21 Ogos merupakan sambutan hari Al-Quds.
Sebak rasanya di kafe tadi melihat tayangan video interview seorang muslimah palestin, menceritakan pengalaman bagaimana beliau DIBOGELKAN, ya, dibogelkan di hadapan tentera , disaksikan oleh anaknya yang berumur 3 tahun!!! Lebih sadis lagi, suaminya hanya mampu melihat situasi ini berlaku dalam keadaan mengerut menahan nazak akibat robekan peluru di lehernya. Suaminya ditembak oleh tentera Israel laknatullah... tanpa sebarang kesalahan. Kalau pun ada, kesalahan kerana menjadi seorang muslim? Kerana mengatakan Allah itu Esa dan Nabi Muhammad itu utusan Allah... Atas dasar itu, mereka sekeluarga diperlakukan seperti binatang!!! Nauzubillah...
Timbul rasa insaf di cebis hati kecil ini. Sebak sungguh dada ini. Segera dicapai buku nota biru kecil di poket. Mencurah-curah ilham di kepala. Kali ini lebih tertumpu kepada keadaan di negaraku, Malaysia. Memang suasanya tidak seteruk Palestin. Tiada kekejaman Israel. Namun, pemimpin di sini ada juga yang kejam dan zalim. Menolak hukum Allah! Bukankah itu kejam? Banyak yang bermain di kepala ini. Hasilnya... lahirlah sebuah puisi...
Qudwah Qabihah
Subhanallah,
Maha Suci Allah,
Terpegun lihat alam yang indah,
Langit yang berdiri teguh,
Terdampar luas lautan nan tujuh,
Namun kini ditenggelami banggunan tinggi rendah,
Bukit hijau habis ditarah,
Oleh hati-hati yang resah,
Hidup dalam gundah,
Kerana mentaati pemimpin yang rasuah,
Yang mengabaikan agenda ummah,
Keadaan bertambah parah,
Bila ajaran Al-Quran sudah tidak diendah,
Setia menjunjung perlembagaan penjajah,
Mengapa tidak mahu diubah?
Mahukan izzah dan rasa megah?
Atau sengaja mahu mengundang amarah Allah?
Akhirnya anak zina bersepah-sepah,
Boleh jumpa dalam tong sampah,
Masa ni baru nak gelabah,
Cari siapa yang bersalah,
Tuduh mak bapak tak ambil endah,
Cikgu mengajar tak berhemah,
Padahal kerajaan yang bersalah,
Hukum Allah dilengah-lengah,
Bukannya susah nak ubah,
Kata hebat siasah,
Perkara ini patutnya mudah,
Jangan dibuat susah,
Sampai bila masalah tak sudah,
Kalau tak ubat punca masalah,
Ini undang-undang Allah,
Janganlah kita undang padah,
Jadikan kaum terdahulu sebagai ibrah,
Ada yang disambar petir dan guruh,
Sampai mati terbunuh,
Da'wah nabi dah jenuh,
Dari Zuhur sampai ke subuh,
Kalau hati dah punah,
Memang tolak tazkirah,
Nauzubillah,
Hanya pada Allah kita berserah,
Doa penuh pasrah,
Semoga pemimpin kita berubah,
Agar hidup kita berkah.

0 Comments:
Post a Comment
Terima kasih atas komentarnya ^_^
<< Home