Recent Posts
Ziarah BloggerDiskusi IlmiahRakan Masjid UTP |
Thursday, February 21, 2013Berblog dan Facebook1. Setelah sekian lama blog ini tidak berusik. Mungkin kerana kewujudan facebook yang lebih friendly user.
2. Tapi di facebook pun tidak pula selalu update. Mungkin kerana kesibukan bersiasah. 3. Tapi di medan siasah pun ramai aje yang aktif fb dan blog. Mungkin kerana kesibukan rumah tangga. 4. Tapi ramai aje orang yang sudah berumah tangga aktif fb dan blog. Mungkin kerana kesibukan kerjaya. 5. Tapi kerjaya selaku motivator ini tidaklah sibuk sepanjang masa. Mungkin kerana diri sendiri malas? 6. Err..... 7. Betul juga tu.. aduhai... :( 8. Banyak perkara yang nak ditulis sehingga tidak tertulis. 9. Ayuh menjadi orang yang lebih baik dari semalam. Pesanan untuk diri sendiri. Gambate! Baca Lagi! Wednesday, October 13, 2010Hari Bergembira bertukar Menjadi Hari PenyesalanBernikah adalah sesuatu yang menggembirakan. Jarang orang tidak bergembira pada hari pernikahan mereka. Masakan tidak, gelaran raja sehari disandang dan dijulang. Bagi pasangan yang sudah lama bertunang, detik persetujuan para saksi semasa majlis pernikahan amatlah melegakan! Kadang-kadang, keluar air mata kegembiraan dari pasangan pengantin kerana terlalu gembira telah menyempurnakan sebahagian agama dan menuruti sunnah nabi. Seperti mana yang disabdakan oleh Nabi : النكاح سنتى فمن رغب عن سنتى فليس منى , nikah itu adalah sunnah ku, jika sesiapa yang menolak sunnah ku, maka ia bukanlah dari golonganku. Namun awas, jangan disangka kegembiraan menuruti sunnah nabi itu membuka jalan ke syurga semata-mata, kerana ia juga mampu mengheret kita masuk ke dalam jurang neraka yang dalam lagi menakutkan, jika ia tidak dilaksanakan seperti yang diperintahkan. 2.0 Menangis bertukar gembira Apabila dua merpati sejoli di ijab kabulkan... maka bergembiralah kedua-dua keluarga, dan menangislah sang syaitan. Menangisnya sang Syaitan adalah kerana tertutupnya peluang kepadanya untuk memujuk si lelaki dan si perempuan melakukan zina. Tapi, adakah anda menyangka syaitan yang menangis melihat dua orang yang bernikah itu akan lari merajuk membawa diri? Tidak sama sekali, di hadapan sana ternanti banyak lagi perangkap untuk mereka. Satu persatu perangkap itu mengena, dan tangisan syaitan terhenti dan diganti pula dengan ketawa yang terbahak-bahak! Sang Syaitan ketawa kerana geli hati melihat si pasangan yang terlalu gembira hingga terlupa segala ajaran agama walaupun kedua-duanya mengaku sebagai pejuang agama. Habis ditolak tepi agama yang selama ini menjadi perjuangan mereka. Syariat diletak tepi, adat yang sesat dijulang tinggi. Sang Syaitan gelak terbahak-bahak melihat aksi manja si isteri menyuapkan nasi ke mulut si suami yang hanya layak menjadi koleksi peribadi mereka berdua menjadi tontonan semua orang. Habis ditolak tepi perasaan malu. Malah dibanggakan pula kenangan itu dengan meng'upload'kan pula di dalam facebook, untuk tatapan seluruh dunia. Kalau boleh, biar Presiden Amerika Barrack Obama tahu dia berkahwin hari itu dan makan bersuap dengan bangga. Sang Syaitan bertambah galak gembira ketawa melihat si suami dengan ghairah mencium kepala si isteri tanpa menghiraukan puluhan mata yang menyaksikan adegan sulit ini. Malah bangga pula mengulang adegan ini apabila diminta photographer upahan dari kedai yang berdekatan. Diulang tayang tanpa segan, walaupun si muslimah itu dahulunya terkenal sebagai seorang yang paling pemalu dalam dunia ini. Sang Syaitan hampir pecah perut suka sambil berguling-guling dengan adegan romantik si suami dan si isteri yang bergambar di tepi pantai, atas pokok, di sawah padi, dalam air, atas katil, tepi rumah dengan pelbagai pose yang difikirkan menarik. Entah mana silapnya, suara lantang si suami yang beriya-iya mahu menegakkan daulah islamiah dalam liqa dan usrah yang dikendalikannya, langsung tidak berbunyi bila gambar isterinya puas di raba oleh kamera orang yang bukan muhrim. Segala sisi bentuk isterinya habis dilapah oleh si photographer yang kemudiannya menguploadkannya di laman web untuk ditatap oleh seluruh isi dunia. Sang Syaitan kembali suka kerana berjaya memujuk si isteri yang terkenal dengan kepakaran membimbing usrah dan tamrin serta kuat berdakwah untuk bersolek dengan tebal. Habis hilang prinsip bersolek hanya untuk suami yang dijajanya kesana kemari di alam kampus dahulu. Kening dicukur sedikit, gincu dilanyak atas bibir, eye shadow, blusher, powder, maskara dan segala macam perhiasan bertenggek di mukanya. Itu belum dicampur dengan minyak wangi yang menarik perhatian segala makhluk yang ada di persekitarannya. Bila ditanya mengapa berbuat demikian, jawapan acuh tak acup diberikan.. mak yang suruh. Itu belum dikira dengan majlis persandingan serta suasana majlis perkahwinan yang begitu mewah dan membazir. Syaitan kembali tersenyum gembira. 3.0 Gembira bertukar Menyesal Kadangkala, apabila sudah menjadi kebiasaan kita melakukan sesuatu perkara, tiba tiba datang pula satu peringatan memberitahu bahawa kebiasaan kita itu tidak benar, menyeleweng dan jauh dari panduan agama... kita akan cepat melenting, marah dan menyampah. Apatah lagi sememangya selama ini terkenal sebagai juru dakwah yang popular. Berceramah pula di masjid dan surau. Maka pasti si juru dakwah itu segera mencari sebanyak mungkin kitab dan dalil untuk menghalalkan kebiasaan yang dia lakukan itu. Ahh.. mana boleh pendakwah seperti aku ditegur, malulah aku. Maka dicapailah Mr Google mencari dalil menghalalkan perbuatannya. Bila tidak bertemu, dicarikan pula pendapat-pendapat yang 'gharib/asing' walaupun dari sumber-sumber yang tidak diyakini, asalkan mampu untuk menjadi hujah pelepas dari teguran yang diberikan. Janganlah bersikap demikian ya akhi wa ukhti. Renungkan seketika majlis perkahwinan itu. Benarkah itu majlis yang dirahmati Allah ataupun dibenci oleh Allah. Jawablah dengan hatimu berpandukan kepada Nas yang benar lagi sahih. Sengaja tidak ditaburkan dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah dalam artikel ini (walaupun dalilnya terlampau banyak) supaya anda dapat menilai dengan penuh berhati-hati majlis pernikahan itu dengan hati nuranimu yang suci itu. Jangan sampai pada suatu hari nanti, kegembiraan yang dinikmati bertukar menjadi satu penyesalan yang tidak terperi. Tetkala seluruh harta, sahabat handai dan kaum keluarga tidak lagi mampu menjadi pendinding dan hujah bagi dirimu... yang ada hanyalah iman yang senipis bawang itu. Mampukah untuk menepis dosa bertimbun yang tiba kerana kealpaan mengikuti arahanNya di hari pernikahan tersebut? Ingatlah kembali firman Allah dalam Surah Syuaara ayat ke 88 : iaitu di hari dimana tidak berguna harta dan anak-anak. Adakah berani kita berbetah pada hari tersebut dengan hujah yang rapuh seperti mengatakan terpaksa mengikut permintaan ibu dan ayah , kaum kerabat serta sahabat handai, walaupun kita tahu permintaan untuk bersolek tebal, bersanding di hadapan orang ramai, adegan mencium, bergambar dengan posing-posing yang sulit, itu semua jauh dari panduan Islam. Namun, jika anda yakin mampu berhujah dan memberikan alasan di hadapan tuhan Rabbul Jalil, silakanlah melakukannya... 4.0 Penutup Tugas seorang pendakwah ialah menyampaikan ilmu yang dipelajarinya untuk kembali kepada Allah. Tidak lebih dari itu. Samada perkara yang disampaikannya mampu mengubah orang yang mendengar dan membaca, itu bukannya kerja pendakwah. Itu kerja Allah. Jangan pula timbul celaan dan kata nista selepas ini kepada orang yang menyampaikan seruan Islam ini, hanya kerana terkena pada batang hidung sendiri. Apatah lagi mengherdik dan memerli dengan kata-kata yang pedih lagi menyakitkan seperti , "Ko tak menikah lagi, bolehlah sembang. Tengok ar nanti bila ko kahwin...Macamana pula gayanya!" sambil tersenyum sinis bercampur geram. Dan jangan pula bertindak mendoakan agar si pendakwah turut terjerumus dalam dosa yang sama supaya bila si pendakwah itu terbuat dosa yang sama, maka bolehlah diejek dan ditempik sekuat mungkin hingga di dengar seluruh penghuni dunia " Ceh, cakap orang lebih, kau pun sama aje!" dan berlalu dengan perasaan puas dan gembira.... kerana dendamnya telah berbalas. Sesungguhnya, Aku hanya menyampaikan peringatan dari Allah dan risalah-Nya. Dan barangsiapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya baginyalah neraka Jahannam, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. (Q 72 : 22) Selepas Tengah Malam Labels: Campus Life, Da'wah Baca Lagi! Monday, October 11, 2010Ukhuwwah yang palsu!11 Oktober 2010 1.0 Pengenalan Ukhuwwah Islamiah adalah suatu perkara yang amat suci dan merupakan anugerah Allah kepada orang-orang yang dikehendakinya. Walau sehebat manapun usaha yang dilakukan oleh seseorang yang mahukan ukhuwwah, walau sebanyak mana harta yang ditaburkan untuk memiliknya.. namun ia tidak akan mampu memilikinya selagi Allah SWT tidak memperkenankannya. Seperti Firman Allah dalam surah Al-Anfal , ayat 63 : Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Justeru, untuk merasai kelazatan nikmat ukhuwwah Islamiah, kita perlu memahaminya terlebih dahulu syarat-syarat dan kelayakan orang yang dipilih Allah untuk merasainya. 2.0 Syarat Ukhuwwah Islamiah Syarat utama ukhuwwah Islamiah ialah hubungan itu berlaku kerana Allah. Semuanya bersandarkan kepada Allah. Ertinya, hubungan yang dijalinkan antara dua individu itu mestilah hanya kerana bermatlamatkan keredhaan Allah. Justeru, apabila matlamatnya ialah Allah, maka segala perlakuan antara dua individu itu juga hendaklah menepati kehendak Allah. Apabila bertemu dengan sahabatnya, akan terasa kelembutan dan ketenangan jiwanya. Dimukanya redup dan senang. Akan segera teringat kepada Allah apabila bersama dengannya kerana dia sentiasa mengingatkan kita kepada Allah. Ibadah kita semakin bertambah. Terasa rindu untuk meletakkan kepala sujud dihadapannya. Ukhuwwah seperti ini ada digambarkan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya : dua orang yang berkasih sayang kerana Allah yang kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredaan Allah (Hadis Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah) Pada hari ini, ramai yang mengaku berukhuwwah kerana Allah, tetapi melakukan banyak kemungkaran dan kefasadan dalam hubungan tersebut. Ukhuwwah itu tidak ikhlas, disandarkan kepada kelebihan yang ada pada individu yang satu lagi. Dia seorang yang kaya, maka dialah kawanku. Dia orang bijak, maka dialah kawan aku. Dia ada komputer canggih, maka dialah kawan aku. Dia anak menteri, maka dialah kawanku. Sesungguhnya ini bukanlah ukhuwwah akan tetapi satu kepalsuan yang dibalut dengan nama ukhuwwah! Lebih dahsyat lagi, keakraban dua orang sahabat dalam melakukan maksiat turut dicop sebagai ukhuwwah! Segerombolan pencuri mengaku mereka mempunyai ukhuwwah yang mantap. Saling cover dan membackup kawan yang terlepas dari cekupan polis. Sanggup dibelasah dalam sel oleh polis , tapi untuk membocorkan nama kawan pencurinya yang bebas.. tidak sama sekali! kerana katanya.. inilah ukhuwwah!.. nah.. kepalsuan yang nyata! Lebih dahsyat lagi, apabila ukhuwwah itu dibangga-bangga dan ditaja pula kepada orang lain sehingga rosak maksud sebenar ukhuwwah yang dianjurkan Islam. 3.0 Bertaubat dari ukhuwwah yang palsu Seringkali manusia ini melakukan kesalahan. Maka sebab itulah datangnya para rasul untuk membawa keluar manusia dari lembah dosa ke taman pahala. Antara berita gembira kepada pelaku-pelaku dosa yang disampaikan oleh Rasul ialah : "Setiap orang itu berdosa, dan sebaik-baik orang yang berdosa ialah yang bertaubat dari melakukan dosa" Begitulah sifat Ar-Rahim, Tuhan yang Maha Mengasihani, mengampunkan dosa hamba-hambanya walau setinggi dan sejahat mana dosa itu. Seperti yang difirmankanNya dalam surah Al-Baqarah, 2:222 (Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri) Maka bertaubatlah wahai manusia, yang menjalinkan ukhuwwah palsu! Apatah lagi ukhuwwah palsu itu pula dibaluti dengan perbuatan maksiat. Nauzubillah. 4.0 Meninggalkan teman yang membawa kita ke neraka Pra syarat taubat yang disepakati oleh para ulama ada 3 - menyesal/membencii perbuatan maksiat - meninggalkan perbuatan maksiat - berazam tidak melakukannya lagi Maka, jika dengan berkawan dengan seseorang itu menyebabkannya tergelincir ke kancah dosa, maka tindakan yang paling tepat ialah dengan meninggalkannya! Tidak bersahabat dengan orang itu lagi! Tidak sama sekali ia berbunyi memutuskan ukhuwwah, kerana hubungan yang dijalinkan sebelum itu bukanlah ukhuwwah! Ukhuwwah adalah persaudaraan yang disandarkan kepada Allah serta membawa kita dekat kepada Allah. Maka jika ia membawa kita menjauhi dari Allah, sudah terbukti jelas ia bukanlah ukhuwwah! Maka, jika dilihat kepada pra syarat taubat... menyesali perbuatan maksiat, membencinya dan berazam tidak melakukannya lagi... bagaimanakah untuk melaksanakannya jika masih lagi berada dalam persekitaran/biah yang mendorong untuk melakukan maksiat? Sebagaimana yang disebut oleh Rasulullah SAW : “Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Bagi seorang peminum arak yang bertaubat, bagaimana mungkin dia untuk tidak terus menerus meminum arak andai seluruh teman-teman semejanya masih meneguk dengan asyik air kencing syaitan itu? Bagi seorang pelacur yang bertaubat. bagaimana mungkin dia terus istiqamah tidak berzina seandainya masih lagi berkawan dengan lelaki-lelaki hidung belang? Bagi seorang penerima rasuah yang bertaubat. bagaimana mungkin dia dapat menolat getaran menerima duit suapan rasuah bila bersama dengan kawan-kawan yang masih lahap menjilat dan meratah wang rasuah?! Oleh sebab itu, jangan takut untuk memutuskan hubungan dengan orang yang membawa kita jauh dengan Allah. Walaupun diancam , walaupun dikeji, walaupun disabotaj... tekadkan hati, bergantunglah kepada Allah. Lebih baik mati dikeji orang namun disayangi Allah dan seluruh penduduk langit daripada dikasihi kawan-kawan namun menjadi musuh Allah dan para penghuni langit. 5.0 Penutup Ingatlah, berpisah kerana Allah juga diiktiraf oleh Allah.Bahkan ia mendapat ganjaran yang sangat tinggi, iaitu mendapat naungan Arasy Allah! Janganlah kerana terlalu takut/resah/bimbang/sayang untuk berpisah dengan kawan yang merupakan si pelaku maksiat dan pendorong kita melakukan maksiat.. menyebabkan kita menggigit jari dan menyesal nasib di akhirat kelak. Allah gambarkan golongan ini di akhirat dengan cukup lengkap , "Aduhai, kiranya aku tidak menjadikan si pulan itu sebagai teman, sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari al-Quran, selepas aku didatangi olehnya. Dan sesungguhnya syaitan mendustai manusia.” (Surah al-Furqan: 28) Maka, jangan ditanya mengapa aku tidak lagi akrab dengan kamu. Kerana sesungguhnya Aku Takutkan Allah. waktu Asar 11 Oktober 2010 Labels: Da'wah Baca Lagi! Monday, May 24, 2010Tribute to 'adik-adik' intake July 05 yang akan grade1. Bulan ini ana akan menyaksikan sekali lagi satu lagi batch meninggalkan bumi UTP ini. Kali ini batch July 05 pula. Kebanyakkan mereka hanya tinggal satu dua paper sahaja lagi. Dan kebiasaannya, presentation FYP akan menjadi ucapan selamat tinggal kepada dunia kampus. Ana pernah merasainya setahun yang lepas. Kini, batch July 05 ini pula yang akan mengalaminya. 2. Secara peribadi, batch ini banyak menyimpan rekod yang tersendiri buat ana. Semuanya manis dan indah jika dikenang semula. 3. Antara yang paling tak dapat dilupakan ialah, batch July 05 ini telah medan pertama ana memegang usrah a.k.a smart group di UTP. 4. Pada waktu itu, ana baru sahaja menjadi warga 1st Year 1st Semester dan naqib termuda bagi batch kemasukan July 05. Semestinya keadaan itu amat membimbangkan ana. Apatalah lagi, ana diamanahkan pula untuk memegang usrah yang diklasifikasikan sebagai grad A @ hebat-hebat belaka. Yang lebih memberatkan pemikiran ana ialah, kami semua sebaya. Namun, ana terima jua amanah itu dan alhamdulillah, Allah berikan kekuatan untuk menjalankannya dengan baik. 5. Permulaannya agak kekok juga, namun Alhamdulillah, mereka semua memberikan komitmen yang baik semasa berusrah. Aktiviti halaqah di masjid seringkali disertai dengan makan-makan di kafe, ziarah di bilik dan yang paling tidak dilupakan, rehlah di Ulu Chepor. Ukhuwwah yang tertaut begitu indah dirasai. 6. Ana juga sempat memberikan peluang kepada anak usrah ana ini untuk mengelolakan satu program khas yang ajknya mereka sendiri iaitu Tunas Harapan dan Alhamdulillah, berjaya mencungkil bakat kepimpinan yang hebat dari dalam diri mereka. Kesannya, mereka telah lahir menjadi individu yang hebat dan lincah beraksi dalam pentas dakwah kampus. 7. Antara individu mantap dan hebat yang lahir dari usrah ana ialah Akh Akram (mantan Presiden Rakan Masjid), Akh Anuar (mantan Masul Lajnah Siasah dan Dakwah Rakan Masjid), Akh Syazwan, (mantan MT Youth Entrepnoues Club), Akh Halim (mantan MT Sekretariat Rakan Muda) dan ramai lagi. 8. Termasuk juga dalam list anak usrah dalam batch July 05 ialah mereka yang bersama-sama dalam usrah Khas Lajnah Tarbiyah Rakan Masjid. Usrah ini dibentuk ketika ana diamanahkan menjadi Masul Lajnah pada 2nd year 1st semester. Dengan izin Allah, dari kelompok usrah yang kecil ini , ianya juga telah melahirkan individu yang berjiwa besar dan mantap. 9. Antara anak usrah ana dalam usrah khas ini ialah Akh Syahmi (mantan Presiden MPP), akh Zaman (penulis blog zamankini), akh Nik Afifi dan Akh Hadi (mantan Presiden Sekretariat Rakan Muda) . 10. Alhamdulillah, mereka semua telah berjaya mengharungi zaman undergraduate dengan gemilang. Bukan sahaja semuanya aktif dalam kokurikulum dengan memegang post-post penting, bahkan turut cemerlang dalam akademik. 11. Sesungguhnya usrah melahirkan output. Kepada adik-adik kemasukan baru May 10 , sertailah usrah/smart group yang dianjurkan oleh Rakan Masjid, kerana ianya dengan izin Allah, mampu menjadikan adik-adik sebagai insan hebat dan bermanfaat untuk orang lain. Dan kepada yang masih dan sedang berusrah/ ber smart group, teruskanlah istiqamah dengan halaqah masing-masing, semoga Allah membuka jalan kepada anda untuk menjadi individu yang bermanfaat kepada ummah. 10. Kepada anak-anak usrahku sekalian, selamat bergraduasi. Kalian telah membuktikan bahawa kalian ini mampu berpencak dengan hebat di alam kampus ini, marilah mengekalkan momentum yang baik itu kepada gelanggang di luar ini pula. Semoga kita terus menjadi benteng yang paling kukuh dalam mempertahanakan agamaNya. Insya Allah. Baca Lagi! Wednesday, May 12, 2010Baitul MuslimFriday, April 23, 2010TidurUpin dan Ipin 1. "Syeikh, tolong sign untuk ana, dah lewat ni, tak sempat rasanya nak ke kelas" kata Faizal dengan suaranya yang serak-serak dan tersekat-tersekat di hujung corong handphonenya. 2. "Eh, awat lagu tu? Jom le . Hari ni kan ada lecturer nak ajar topik baru" Jamal tak puas hati dengan sahabatnya. Sudah banyak kali sahabat satu coursenya minta dia tanda tangan bagi pihaknya sebagai tanda hadir ke kelas. Hari ini dia sudah bosan dengan sikap rakannya. 3. "Ala Jamal, boleh le... please. Malam semalam aku tidur lewat sangat. Terlambat bangun. Ni pun tak solat Subuh lagi ni." pinta Faizal dengan suara mengharap. 4. "Ok, tapi ini kali yang terakhir tau." Jawab Jamal sambil meletakkan telefonnya. Dalam hatinya nekad, tidak mahu 'membantu' rakannya lagi. Dalam hatinya dia merungut... "asyik guna alasan tidur aje, orang lain pun tidur jugak, tapi tak adalah sampai ponteng kelas." Jamal terus membebel seorang diri. 5. "Kenapa mengomel seorang diri ni Jamal?" ana menegur. "Ni ha, Faizal terlebih tidur, minta ana sign kan untuk dia. Teruk betul le bila dah terlebih tidur ni." Jamal meluahkan rasa tidak puas hatinya. 6. "Isyh, bukan terlebih tidur aje tak elok, terkurang tidur pun ada bahayanya tau..." ana menambah. Jamal kehairanan lalu bersuara "ceritakanlah Akhi Hakim...". Ana tersenyum.... "Nanti ana tulis dalam blog ana" jawab ana sambil berlalu meninggalkannya. KISAH PADA SEMESTER PERTAMA 7. Jarang ana melakukan perkongsian terbuka mengenai pengalaman 'pahit' akademik di dalam bentuk penulisan. Biasanya ana hanya berkongsi pengalaman ini melalui ceramah-ceramah motivasi yang ana kendalikan melalui syarikat Suria Horizon Training and Consultancy. 8. Hari ini ana ingin menyingkap kembali kepada peristiwa 'bersejarah' yang banyak mengubah cara ana berfikir dan bertindak sehinggalah menjadikan diri ana seperti pada hari ini. 9. Waktu itu ana berada di semester pertama pengajian Undergraduate di UTP. Semester pertama merupakan semester yang cukup mencabar dan kritikal bagi semua mahasiswa . Ini kerana formula untuk mendapatkan kecemerlangan di alam universiti adalah dengan 'score' setinggi mungkin GPA pada semester pertama supaya CGPA pun turut tinggi untuk mengharungi baki semester yang tinggal. 10. Atas dasar itu, ana cukup bersemangat untuk berlumba-lumba mengumpulkan markah yang tertinggi bagi setiap subjek. Setiap kelas dihadiri dengan penuh semangat dan duduk di barisan hadapan sekali. Alhamdulillah, markah bagi setiap test menggembirakan hati. Bahkan, ana berjaya rapat dengan semua lecturer yang mengajar 5 subjek pada semester tersebut. 11. Kesannya, ana telah mendapat banyak hint/ bayangan berkaitan dengan soalan peperiksaan akhir semester tersebut. Setiap kali mendapat 'hint' terbaru dari lecturer, ana segera menyebarkan kepada seluruh rakan-rakan satu course, samada melalui sms mahupun melalui 'mirc' (sewaktu itu masih belum ada facebook). 12. Di hujung semester, coursework dikeluarkan oleh setiap lecturer, dan sekali lagi lafaz tayyibah Alhamdulillah ana lafazkan, kerana berjaya mendapat coursework yang tinggi diantara rakan-rakan satu course. 13. Saat yang dinanti pun tiba, Final Examination. Ana begitu teruja mendudukinya. Alhamdulillah, 3 paper pertama berjaya dihadapi dengan tenang. Semua tips2 yang diberi oleh lecturer ternyata keluar . Tinggal lagi 2 paper sahaja lagi, dan kejadian itu pun bermula. MALAM SEBELUM PAPER DIFFERENTIAL EQUATION 14. "Allah, letihnya... banyak dah latihan buat ni. Jom kita tidur. Ini dah dekat pukul 12 malam. Lagipun esok paper kita pukul 9 pagi. " ajak ana pada rakan-rakan. Semua mengangguk setuju dan senyuman terukir di bibir masing-masing. Kami semua rasa yakin untuk menduduki paper yang paling sukar di UTP itu, Differential Equation setelah mengulangkaji seharian secara kumpulan. Memang menjadi tabiat ana untuk mengulangkaji dengan rakan-rakan secara berkumpulan (baca: study group) apabila menjelang final exam, dan jujurnya memang memberikan kesan yang maksimum. 15. Maka lampu bilik C104 di Village 1 UTP itupun ditutup. Sedang ana membaca 3 Qul sebelum mata ini beradu, tiba-tiba "Dum..Dum...Dum.." pintu bilik diketuk kuat. 16. "Siapa pula datang malam-malam ini." ana mengomel seorang diri. Memikirkan mungkin ada orang yang mahu menjual Hot Dog di malam hari, ana membatukan diri di atas katil. Ana sudah menyudahkan bacaan 3 Qul dan mula untuk membaca Doa Sebelum Tidur. Namun sekali lagi, "DUM..DUM..DUM.." ketukan itu lebih kuat. Kali ini dengan sahutan nama, "HAKIM, OOO HAKIM..." laung suara itu dari luar. 17. Dengan berat hati, ana menarik selimut ke tepi dan melangkah longlai ke pintu. Saat pintu dibuka kelihatan tiga orang rakan. Setelah diamati, rupa-rupanya rakan satu batch namun bukan satu course. 18. Dengan senyuman yang dibuat-buat dan muka yang kepenatan ana bertanya , "Kenapa ni geng? Ada apa yang boleh ana bantu?" ana berbicara lembut malam itu. Hakikatnya kuasa panggilan katil begitu kuat sekali. 19. "Err.. kami nak minta tolong sikit boleh?" kata rakan A. Mukanya penuh mengharap. 20. "Apa dia kalau ana boleh bantu?" ana menawarkan diri dengan penuh keberatan. 21. "Kami dengar, ko ada hint dari lecturer. Tolong le ajar kami. Satu habuk pun tak study lagi.Isy, takut fail le esok." rakan B menjawab pula. 22. Mendengar permintaan tersebut, ana berat hati. Jam sudah pun lebih jam 12 malam, pagi esok paper jam 9. Rasanya tak cukup kuat untuk mengajar mereka. Belum sempat ana memberikan jawapan, tiba tiba Rakan C mencelah " Ni ada kami belikan Roti Canai untuk ko... haa... Air teh air pun ada." sambil senyuman penuh mengharap. 23. Aduh. Ini dah kira rasuah.. Ana tersenyum. Kebetulan ana agak lapar malam itu kerana sehari suntuk pulun mengulangkaji pelajaran. Dalam hati ana memujuk, "Ala, apa salahnya bantu rakan-rakan, setengah jam aje, lagipun dapat jugak merasa roti canai dan air teh ais ni." Lalu ana memberikan kesanggupan.... 24. Maka, ana pun ditarik keluar ke bilik mereka yang berada di aras satu Blok C. Wah, banyak betul kertas bertaburan atas lantai, meja, kerusi dan juga katil. Bau asap rokok dalam bilik juga menyesakkan dada sewaktu ana melangkah kaki masuk ke bilik mereka. Kelihatan baju dan seluar berjuntaian di sana sini. Gitar kapok pula tersusun rapi di sisi dinding. Ana mengambil tempat dalam bilik mereka. 25. "Hurm, part mana yang tak faham tu?" tanya ana perlahan sambil cuba menyesuaikan diri dalam 'suasana baru' tersebut. 26. "Semua" jawab mereka hampir serentak sambil menyengiraikan gigi masing-masing. Ana menggelengkan kepala sambil mata mencuri-curi lihat jam di tangan, pukul 12.30 pagi! 27. "Ok ler, aku ajar kome semua berdasarkan hint yang aku dapat. Ada 5 soalan kena jawab dari 6. Kome ambil sorang satu soalan past year, try buat, nanti aku semak. A ko buat soalan 1, B ko buat soalan 2, C ko buat soalan 3. "ana mula membahasa diri "aku - ko" untuk membiasakan diri dengan mereka. 28. Maka masa pun berlalu. Dari 3 soalan kepada 6 soalan , seterusnya menjadi 9 soalan, sampai soalan contoh ke 24 ana sudah tidak sedarkan diri. Tertidur kepenatan. Sempat ana menjeling jam di sisi sebelum tertidur, wah... 4.30 pagi! 29. Keesokannya ana bangun saat mentari memancar panas di pipi. Segera ana melihat jam di tangan . 8.30 pagi! Terus ana mengejut rakan-rakan A,B,C yang turut tertidur sama. Ana bergegas lari kebilik sendiri untuk bersiap. Subuh ana "jama'kan" sekali dengan solat Dhuha pagi tersebut. Kelam kabut ana dibuatnya. 30. Segera ana mencapai motor Kriss Hitam PFY 2702 dan memecut laju ke Dewan Besar UTP, Alhamdulillah masih sempat. Kelihatan masih ada dua- tiga orang yang terakhir melangkah masuk ke dewan. Jam di tangan tepat menunjukkan 9.00 pagi. 31. Kaki kanan melangkah masuk ke tangan mencari tempat duduk. Sebaik sahaja duduk, invigilator memberikan arahan untuk melihat kertas soalan dan terus menjawab. Ana segera membelek kertas soalan, Alhamdulillah. Sama seperti hint yang diberikan oleh lecturer. 32. Segera ana menuliskan segala rumus dan formula yang telah dihafal sebelum itu. Selepas 20 minit menulis di atas soalan peperiksaan, tiba-tiba terjadi satu fanomena pelik kepada diri. Kepala jadi berat, telinga jadi panas, mata jadi kabur, badan rasa menggeletar. 33. Tepat jam 9.30 pagi, ana segera mengangkat tangan mohon izin untuk ke tandas. Ana mahu menyegarkan badan dengan membasuh muka. Sebaik sahaja melihat muka di cermin, ana melihat mata ana sungguh merah. Terlalu merah. Dan kepala juga terasa pening seolah olah ada benda tajam yang menyucuk. Segera ana membasahkan kepala dan tengkuk. Alhamdulillah, terasa lega seketika. 34. Ana kembali ke tempat duduk ana semula. Melihat kertas soalan peperiksaan. "Astaghfirullah Al Azim, apa ini? Satu apa pun tak faham" ana melihat kertas peperiksaan dengan penuh kehairanan. Bukan sekadar soalan yang dicetak itu tidak difahami, malahan tulisan ana sendiri yang telah menulis formula dan rumus juga turut tidak difahami 35. Ana BLUR dan BLANK! Tik...Tok...Tik...Tok... Masa terus berlalu. Gambar hiasan. 36. "Ok, all student. Time's Up. Put down your pen and leave your question paper at the right corner of your table" suara invigilator memberikan arahan. Sudah, kertas jawapan ana masih suci tidak bersentuh. Saat invigilator mengutip kertas dari meja ana, ana masih dalam keadaan blur dan blank. 37. Dan tengahari itu, ana melangkah keluar dengan langkah yang longlai....tidak bersemangat. Berpusu-pusu rakan-rakan satu batch mengucapkan tahniah kepada ana kerana tips yang diberikan ternyata tepat dan memudahkan mereka menjawab dengan baik. Ana hanya tersenyum kelat. 38. Malam itu ana tidak dapat tidur sekali lagi kerana memikirkan akibat tidak menjawab paper tadi. 39. Kesannya, paper keesokan harinya iaitu Circuit Theory pun turut mengalami kejadian yang sama, kertas jawapan tidak bertanda kerana blur. 40. Peristiwa ini ternyata memberikan kesan yang besar kepada ana, kerana apabila slip keputusan dikeluarkan pada awal semester hadapannya, ternyata ana gagal di kedua-dua subjek. Perasaan kecewa menyelebungi diri. Rasa marah, malu dan kecewa silih berganti. 41. Semua rakan-rakan yang mengetahui kegagalan ana begitu terkejut. Apatah lagi coursework ana yang tinggi sama sekali tidak membayangkan keputusan yang begitu mengejutkan. Ana tersedu sendiri. 42. Dalam diam, ana melakukan post mortem, dan antara yang ana dapati ialah, kegagalan menguruskan masa tidur dengan baik! 43. Ana sampai hari ini tidak pernah menyalahkan 3 orang sahabat yang meminta tolong pada malam tersebut. Ana menyalahkan diri sendiri kerana tidak menjaga waktu tidur dengan baik. 44. Dan pada hari ini, pengajaran itu ternyata memberikan peluang kepada ana untuk matang dengan cepat. Pengalaman gagal mengajar ana untuk tabah. Seperti mengambil madu dari sarang lebah, Ianya adalah satu kelazatan selepas mengharungi kesukaran yang hebat. 45. Namun sebagai pengajaran terutama bagi rakan-rakan yang sedang dan bakal menghadapi peperiksaan final exam, jagalah waktu tidur dengan baik dan jangan tidur lewat pada malam peperiksaan. 45. Insya Allah, di post akan datang, ana akan ceritakan bagaimana ana bangkit dari kegagalan dan akhirnya berjaya dinobatkan dengan Izin Allah anugerah "Siswa Terbilang" oleh pihak pengurusan UTP pada Malam Anugerah Koleh Kediaman atas kecemerlangan dalam akademik dan ko kurikulum. 46. Semoga perkongsiaan ini bermanfaat untuk semua. You are never late to change! (^_^) Labels: Campus Life, Da'wah Baca Lagi! Wednesday, April 21, 2010Beza antara Usrah dan Liqa FikriUsrah hanya melibatkan kelompok yang kecil. Dan ia merupakan sesi dua hala. 1. "Syeikh, jom kita buat usrah. Dah lama sangat kita tak usrah ni" komen seorang ikhwah kepada sahabatnya. 2. "Eh, semalam bukan ke kita dah buat usrah. Dengan Ustaz xxxx?" balas sahabatnya kehairanan. 3. "Bagi ana, semalam tu bukan usrah. Ramai macam tu sampai 40 orang. Ntah naqib kenal ke tidak nama kita nie. Rasanya lebih sesuai program semalam tu namanya Liqa Fikri" protes ikhwah itu semula. 4. "Err, Liqa Fikri tue apa ye akhi? Apa pulak bezanya dengan usrah?" sahabatnya menyoal kembali sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. 5. Ana yang kebetulan lalu di sebelah mereka segera mengajak mereka berbincang panjang mengenai Usrah dan Liqa Fikri. USRAH 6. Usrah adalah tempat untuk mencambahkan fikrah. Ia merupakan satu sunnah Rasulullah dan diamalkan sejak awal permulaan Islam lagi. Rumah Al Arqam bin Abi Al Arqam menjadi saksi kepada usaha murni ini dilaksanakan. 7. Bahkan, tidak keterlaluan jika dikatakan faktor pemangkin kepada penerimaan rakyat madinah kepada kepimpinan Rasulullah kerana telah melalui proses usrah yang diketuai oleh Musab Bin Umair dan 11 rakannya yang lain. 8. Faktor keberjayaan usrah ialah apabila naqib mampu mengenali potensi dan kelemahan anak usrahnya. Naqib itu mampu untuk bercakap mengikut level kefahaman anak usrahnya. Bahkan, naqib itu mampu mengatur gerak kerja yang bersesuaian dengan minat dan kemampuan anak usrahnya selepas sahaja liqa usrah berakhir. 9. Namun, adakah semua itu mampu dilaksanakan jika naqib sendiri tidak mengenal siapa anak buahnya, apakah namanya, apakah kelebihannya, dari negeri manakah dia berasal, apakah hobinya, bagaimanakah ibadahnya dan sebagainya! 10. Lalu proses usrah menjadi hambar. Sepatutnya usrah yang berbentuk perbincangan dan dua hala berubah menjadi satu hala dan cukup membosankan! 11. Kadangkala, ia bukanlah kesalahan naqib yang dijemput. Apakan daya bagi seorang naqib untuk berinteraksi dengan 40 anak usrahnya dalam masa yang cuma satu jam setengah? Bahkan, di sesetengah tempat mencecah kepada ratusan orang. Lalu penyelesaiannya naqib memilih untuk menyampaikan kuliah dan bukannya usrah! LIQA FIKRI Contoh perlaksanaan liqa fikri. Bahan Liqa disebarkan , Naqib mengambil tempat di hadapan. Dipengerusikan oleh anak usrah. Sesi soal jawab mengambil bahagian di hujung rancangan. 12. Atas sebab itulah, ana lebih gemar jika penggunaan istilah yang tepat digunakan apabila majlis seperti itu dilakukan. Bagi ana, ia bukanlah usrah tetapi lebih sesuai disebut sebagai Liqa Fikri. 13. Di sesetengah tempat, Liqa Fikri ini disebut sebagai Usrah Gabungan. 14. Hakikatnya, Liqa Fikri ini digunakan untuk menyelaskan kembali fikrah abnaul harakah yang telah pun berusrah di kelompok-kelompok kecil yang pelbagai. Penyelarasan supaya dari kelompok-kelompok yang ramai itu dapat melahirkan wehdatul fikr seterusnya menzahirkan wehdatul amal. Maka semestinya naqibnya perlu figure yang betul-betul mantap fikrahnya dan ahli liqa fikrinya boleh ramai. 15. Liqa Fikri juga merupakan platform bagi kepimpinan jemaah untuk menyalurkan maklumat kepada ahli-ahli usrah. Keputusan-keputusan rasmi yang telah disyurakan kadang kala memerlukan kepada penjelasan dan liqa fikri adalah tempat yang terbaik untuk berbuat demikian. 16. Namun, akibat tidak memahami perbezaan yang ketara antara Liqa Fikri dan Usrah ini, maka ramai yang mengambil kesempatan untuk memukul rata sahaja kaedah perlaksanaannya. Sepatutnya majlis itu adalah usrah, tapi dijalankan seumpama liqa fikri, dan sepatutnya masa itu adalah liqa fikri, tapi bilangan yang hadir lebih sesuai diadakan usrah. 17. Ana menghentikan huraian ana yang panjang lebar apabila melihat kerutan di dahi dua orang ikhwah itu mula menghilang. "Owh, jadi memang beza le antara usrah dan liqa Fikri ni ye Akhi Hakim. Faham le ana begitu" respon sahabat tersebut sambil tersenyum. 18. "Lepas nie kita kena cadangkan kepada kepimpinan supaya adakan juga usrah walaupun dah ada liqa fikri. Betul tak akhi? respon kawannya pula. 19. Belum sempat ana menjawab, rakannya pula mencelah, "Tapi, ada ke naqib yang nak bawak usrah kita nanti? Dengar khabar pimpinan buat liqa fikri tu sebab tak ada naqib bila dibuat usrah secara kelompok-kelompok kecil." Keluhan ikhwah itu disambut dengan anggukan oleh rakannya. 20. "Ye lah, siapa le yang sudi menjadi naqib kepada kami ni" sambil matanya menjeling kepada ana penuh tersirat. 20. Ana segera menyambut keluhan ikwah berdua tersebut , "Insya Allah akhi, ana sanggup, kerana Allah demi Islam" sambil disambut pelukan mereka berdua. Labels: Da'wah, Diary Sufi Baca Lagi! Musibah menimpa sahabat di UTP, Muhamad Adib Aiman Bin Md NohSedang berbual-bual bersama ayah kepada Adib Aiman 1. Semalam selepas Asar, ana mewakili Rakan Motivasi iaitu Alumni Rakan Masjid dan beberapa sahabat sempat menziarahi seoarang mahasiswa UTP yang ditimpa kemalangan jalan raya, Muhamad Adib Aiman Bin Md Noh. Rombongan ziarah ini turut disertai oleh Presiden MPPUTP, saudara Hanif Humam dan exconya saudara Baim dan Syed Haq. Mantan Presiden Rakan Masjid, saudara Akram Ismail turut serta dalam ziarah ini. 2. Menurut maklumat yang diterima, beliau yang merupakan intake kemasukan Jan 09 jurusan Kimia baru sahaja selepas menjamu selera bersama rakan-rakan di Manjung. Dikatakan dalam perjalanan pulang, kereta Kancil yang dinaikinya telah terbabas dan melanggar signboard. 3. Kemalangan itu telah menyebabkannya bersama 4 rakannya yang lain telah dikejarkan ke hospital. Dari kalangan rakan-rakannya yang terlibat sama dalam kemalangan itu, Adib mengalami kecederaan yang paling kritikal. 4. Semasa ana berada di Hospital Tengku Bainon Ipoh semalam, ana sempat berbual-bual dengan ayah kepada Adib. 5. Ayahnya kelihatan begitu tenang walaupun menghadapi ujian yang hebat ini. Dia menceritakan bahawa doktor memaklumkan Adib sedang koma dan selepas seminggu akan mengetahui keputusannya, samada dipanggil menemui Allah ataupun mengalami kecacatan kekal. 6. Pendarahan dalaman di bahagian otak yang melibatkan kehilangan 25% darah menyebabkan doktor meminta supaya semua ahli keluarga dan rakan-rakan yang menziarahi untuk memperbanyakkan doa agar berlaku keajaiban yang dapat menyelamatkan Adib. 7. Semasa ana masuk ke dalam wad untuk menziarahi Adib, dia masih dalam keadaan tidak sedarkan diri. Sebak rasanya melihat susuk tubuh Adib dalam keadaan sedemikian. 8. Menurut ayah Adib lagi, Adib merupakan anak yang soleh dan sangat disenangi oleh keluarga. Adib seringkali membawa hadiah untuk adik beradiknya yang seramai tujuh orang apabila balik ke rumahnya di Terengganu. Subhanallah. 9. Ana mewakili saf kepimpinan Rakan Motivasi (Alumni Rakan Masjid) mendoakan agar adik Adib Aiman terus dipelihara Allah dan sembuh dengan segera. Kepada ahli keluarga Adib, semoga terus bersabar dengan ujian yang menimpa ini dan sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar. 10. Sebagai ikitibar dan peringatan kepada yang masih sihat, ingatlah sabda Junjungan : "Rebutlah peluang 5 perkara sebelum datang 5 perkara yang lain, 1. Masa muda mu sebelum datangnya hari tua 2. Masa sihat mu sebelum engkau dilanda sakit 3. Masa kaya mu sebelum engkau jatuh papa 4. Masa lapang mu sebelum datangnya waktu sibuk 5. Masa hidup mu sebelum datangnya saat kematian Muhamad Adib Aiman Bin Md Noh Walaupun ujian yang diterima hebat, namun ayah kepada Adib tetap tenang dan mampu untuk terus berfikiran positif. Labels: Campus Life, Rakan Motivasi Baca Lagi! Gambar Ekslusif Rakan Masjid UTP sempena ijtimak SanawiSetelah mendapat permintaan daripada beberapa sahabat yang mahu melihat gambar-gambar kepimpinan Rakan Masjid yang lalu, maka ana telah berusaha mencarinya dan Alhamdulillah, inilah gambarnya. Saf kepimpinan muslimat Rakan Masjid UTP 2010/2011, tunduk ke bawah menginsafi beratnya amanah Saf kepimpinan muslimin Rakan Masjid UTP 2010/2011. Turut tunduk merendah diri. Inilah barisan kepimpinan yang meletakkan "da'wah sebagai laku utama" Kegembiraan jelas terpancar di barisan exco Rakan Masjid 2009/2010 yang telah melepas beban.. Eh, yang di sebelah kanan sekali tu, tengah menangis ke tu? (^_^) Alhamdulillah, selesai jua amanah yang diberikan kepada kami. Posing istimewa untuk semua warga UTP dari Rakan Masjid 2009/2010 dan.... gambar yang dinanti-nantikan.... . .. ... .... .... ..... ........ inilah dia... PRESIDEN RAKAN MASJID UTP 2010/2011 AKHI MOHAMAD HAFIZI BIN ZAKARIA Ucapan yang begitu bersemangat.. 3 bahasa sekaligus mampu diungkapkan... hebat! Labels: Campus Life, Da'wah, Diary Sufi Baca Lagi! Tuesday, April 20, 2010Indahnya namamu.... dan ayahmuNama: Mohd Hakim bin Mohd Nor "Siapa nama encik? " tanya juruhebah radio IKIM di suatu petang. Menjadi kebiasaan setiap petang akan ada sesi temu bual dengan pendengar radio IKIM bagi slot info masjid. Slot ini bertujuan untuk menghebahkan aktiviti masjid dan surau kepada masyarakat. "Nama saya Megat" ringkas jawapan si pemanggil. "Boleh bagi nama penuh encik?" sekali lagi juruhebah bertanya. "Panggil Megat aje lah." si pemanggil cuba untuk mengelak memberikan nama penuhnya. Deejay IKIM kembali bertanya dengan nada yang agak tegas. " Kalau tak dapat nak penuh, kami tak dapat bantu encik siarkan maklumat yang encik ingin sampaikan" "Owh.. maaf-maaf. Nama saya Megat Zulkarnain" jelas si pemanggil dengan nada keberatan. "Encik Megat bin apa ye?" soal Deejay lagi. Barangkali saat ini rasa geramnya sudah memuncak kerana terdengar sedikit getaran di hujung suaranya. Seolah-olah menahan geram yang amat sangat. "Megat Zulkarnain Bin Megat Zulnazri" jawab si pemanggil tersipu-sipu malu. "Haa... kan cantik nama encik Megat ni. Kenapa nak dimalukan dengan nama penuh kita. Sedangkan jika di Jazirah Arab, mereka berbangga dengan nasab mereka bahkan mampu menghafal hingga ke dua puluh keturunan ke atas. Barulah dapat keabsahan maklumat bila mengetahui siapa yang menyampaikan info. Ini slot memberikan info, bukannya sesi memberikan pandangan. Kalau memberikan pandangan, nick name pun tidak mengapa!" bebel sang Deejay bercampur sedikit kesal dengan sikap dan perangai pemanggil. Hakikatnya, bukan Megat sahaja yang bersikap sedemikian petang itu, malah hampir semua pemanggil perlu di ulang tanya oleh Deejay yang bertugas nama penuh terutamanya nama ayah si pemanggil! NAMA Ana teringat kisah semasa kecil-kecil dahulu. Ana bukan main pantang bila ada rakan-rakan mempermainkan nama ayah ana. Begitu juga dengan rakan-rakan yang lain, sampai sanggup bertumbuk untuk mempertahankan 'kemuliaan' nama ayah mereka. Pernah ana menyaksikan seorang rakan ditampar kerana mengejek nama ayah rakannya yang terkenal dengan sifat panas baran. Nama ayah kepada si penampar itu ialah Mansor. Diejeknya dengan dialog cerita cina apabila meraikan Raja, " Mansoi... mansoi.. ma man Mansor". Bahkan ejekan itu dilakonkan pula dengan tangan yang digenggam kehadapan. Apa lagi, tangan naik kemuka. Pang~ Maharaja Cina Sifat mempertahankan nama ayah masing-masing adalah satu naluri semulajadi. Kerana kita amat menghormati ayah kita dan juga kerana memuliakannya. Tapi hairan, apabila sudah besar panjang, perasaan bangga dengan ayah masing-masing itu seolah-olah dilupakan, bahkan timbul pula perasaan malu. Malu untuk menyebut nama ayah sendiri? Jika kalian sudah malu menyebut nama ayah sendiri, agaknya apa pula perasaan yang timbul jika ayah kalian sendiri datang berjumpa kalian semasa sedang bersama-sama dengan rakan-rakan kalian? Bukan sekadar malu dan berat untuk menyebut nama ayah, nama sendiri juga seringkali disebut pendek. Bahkan lebih teruk dari itu, di tukarkan pula kepada nama ala-ala barat. Salimah menjadi Sally. Shamsiah menjadi Sam. Borhan menjadi Bob. Azrul menjadi Roy Khadijah menjadi Ketty ! SABDA NABI "Abu Darda ada meriwayatkan yang Rasulullah SAW ada bersabda: Sesungguhnya kamu akan dipanggil pada hari Kiamat nanti dengan nama-nama kamu dan juga nama bapa-bapa kamu, maka perelokkanlah nama-namamu. (riwayat Abu Daud). Nama merupakan irama yang paling indah. Siapa sahaja akan gembira bila orang mengingati namanya. Bahkan, Ianya bukan sahaja digunakan di dunia, bahkan akan berterusan digunakan di akhirat sejajar dengan hadis Nabi di atas. Maka, apakah lagi alasan yang mahu digunakan untuk tidak menggunakan nama yang elok dan sempurna. Berbanggalah dengan nama kita yang membawa maksud yang baik begitu juga nama ayah kita. Secara realitinya, bukan sahaja perkara ini berlaku semasa berucap seperti melalui radio tadi, namun seringkali juga berlaku dalam penulisan. Semester lepas semasa menjadi tutor kepada Subjek Electro Magentic Theory, sempat ana menyemak beberapa kertas jawapan tutorial yang dihantar kepada ana. Hampir 70% meletakkan nama mereka sahaja di kertas jawapan tanpat nama ayah mereka. Hampir-hampir ana tidak dapat membezakan beberapa kertas jawapan kerana mempunyai nama yang sama , mujur NO ID menjadi penyelamat keadaan. Ini menguatkan lagi azam ana untuk menghentikan gejala yang tidak sihat ini. Bagi ana, perkara ini perlu disedarkan dengan segera kepada masyarakat. Amat berbahaya sekali situasi ini kerana golongan terpelajar seperti mahasiswa Universiti pun sudah mula tidak menghargai kesempurnaan nama mereka. Maka, apakah lagi yang tinggal sebagai identiti diri kita jika nama pun sudah tidak dihargai? Snipper Mungkin ini adalah kesan kepada penggunaan internet yang membenarkan identiti diri dibentuk secara rahsia, anonymous, nick name dan sebagainya. Akhirnya ia telah membentuk ramai Snipper @ Penembak curi di kalangan rakyat. Kesan yang paling ditakutkan ialah hilangnya integriti dan jati diri, kerana semua perlakuan dan perkataan tidak mahu dipertanggungjawabkan oleh si pembuat, kerana itu adalah identiti yang direka! Petang ini ana ingin sekali lagi mendengar radio IKIM, masih adakah lagi pendengar yang masih malu menyebut nama penuhnya? Labels: Da'wah, Diary Sufi Baca Lagi! Monday, April 19, 2010Second post untuk tanzim Rakan MasjidDalam satu program Rakan Masjid di Masjid Lama,UTP. 1. Setelah di cari dalam beberapa blog, Alhamdulillah berjumpa juga dengan tanzim penuh Rakan Masjid sesi 2010/2011. Majlis Tertinggi Presiden MOHAMAD HAFIZI B ZAKRIA Timbalan Presiden ZAIYINUL AIN B ZAINAL RAFIT Naib Presiden I NURHAZINI BT AWANG Naib Presiden II [Pengerusi HELWI] NUR ZAHIRAH ZULHAIMI Setiausaha I MOHD FADHLI B SAYUTI Setiausaha II ROSE AMIRA BTE KARIM Bendahari I SHAFIQ B MOHAMMAD NOR Bendahari II NURULAIN BTE GHAZALI Ketua Penerangan & Perhubungan Awam HARITH HASYIMI BIN HISHAMUDIN Masul Lajnah Tarbiyah & Kepimpinan MUHAMMAD BIN ABDULHADI Masul Lajnah Strategi & Dakwah SYED AHMAD SYED ALI Majlis Eksekutif Masulah Lajnah Tarbiyah & Kepimpinan MAZIAH BTE ABU MUKHTAR Masulah Lajnah Strategi & Dakwah NURNAZIHAH BINTI AZIZ Masul Lajnah Rekreasi, Keseniaan & Kebudayaan ZUL AIMAN BIN ZULKIFLI Masulah Lajnah Rekreasi, Keseniaan & Kebudayaan NURUL AQIDAH BT SAIFUDDIN Masul Lajnah Kebajikan & Perpaduan MOHAMMAD ILHAM BIN MAT HUSSIN Masulah Lajnah Kebajikan & Perpaduan SITI MAISARAH BINTI SEWANDI Masul Lajnah Akademik & Pembangunan Insan MUHAMMAD IDHAM BIN SAULI Masulah Lajnah Akademik & Pembangunan Insan NORISMALINA BTE ISHAK Masul Lajnah Ekonomi & Keusahawanan MOHD YAZID B ROSLI Masulah Lajnah Ekonomi & Keusahawanan NORATIKAH BT SAMSUDIN Masul Lajnah Informasi & Multimedia ABDUL AZIM B TALIB Masulah Lajnah Informasi & Multimedia NURUN NAZAHAH BT MOHD MAZWIL Masul Tanzim Jabatan Nuqaba NIK MUHAMMAD ARIF BIN NIK MAN Masulah Tanzim Jabatan Nuqaba NURHAFIZAH BINTI MAZUKI Masul Lajnah Antarabangsa MOHAMMAD FAIZE B KHOLIK Masulah Lajnah Antarabangsa CHIMA ISMAEL HASSAN Timbalan Pengerusi HELWI NUR SYAFIQAH BT MOHD NAJIB 2. Jujurnya, presiden Rakan Masjid yang baru ini bakal memikul tanggungjawab yang amat berat. 3. Bukan sahaja perlu mengekalkan momentum yang cukup tinggi yang ditinggalkan oleh Akhi Akram Ismail dan rakan-rakannya, namun juga Akh Hafizi bakal berdepan dengan Internship / Praktikal semasa semester kedua pemerintahannya nanti. 4. Beberapa minggu sebelum muktamar, perkara ini pernah di bawa berbincang dengan ana. Adakah boleh presiden Rakan Masjid dilantik dari kalangan bukan tahun akhir dan dari batch yang akan pergi berpraktikal semasa semester kedua. 5. Persoalan yang dibawa kepada ana untuk perbincangan itu sekaligus telah menyebabkan ana sudah dapat mengagak Hafizi akan dinaikkan menjadi Presiden. Apatah lagi dengan rekod baiknya semasa memegang tampuk Project Manager bagi Heart For Islam dan event baru Interfaith Dialogue, sudah semestinya Hafizi menjadi calon 'Favourite' untuk diketengahkan. 6. Jawapan ana sangat pesimis sewaktu itu. Ana katakan cadangan menaikkan presiden dari kalangan batch yang akan berpraktikal semasa semester kedua akan merencatkan dan melembabkan gerak kerja. 7. Apatah lagi dengan pengalaman ana semasa di bawah 3 presiden, Akh Aripiajo, Akh Ariff Shah dan Akh Amir Fadhli, semuanya mencatatkan rekod semester pertama pemerintahan yang penuh dengan sendu dan kekalutan. Bahkan semasa ana menjadi presiden juga, ternyata masih lagi tidak dapat mengubah suasana itu. Dan melalui pemerhatian secara langsung ana, Akram juga turut mengalami masalah yang sama. Keserasian gerak kerja semasa di semester pertama pemerintahan. 8. Lalu, kesibukan untuk mengatur lajnah, merancang stratergi, mencipta idea baru dan pelbagai lagi wawasan yang dijana semasa semester pertama semestinya merencatkan keserasian antara ajk, dan untuk rekod, semuanya hanya dapat diatasi semasa berada di semester kedua pemerintahan. 9. Namun, ana masih lagi mengatakan cadangan untuk menaikkan presiden yang tidak akan berada di kampus semasa semester kedua boleh dilaksanakan. Namun dengan syarat yang cukup ketat. 10. Presiden itu harus cepat dan cekap membina pasukan yang kuat! 11. Kekuatan sesuatu pasukan bukan sahaja terletak di bahu Presiden. Semua ajk turut memainkan peranan yang penting. Namun, untuk memastikan perkara itu berlaku, ia mengambil masa dan komitmen semua pihak. 12. Kepimpinan Rakan Masjid yang baru dilantik hendaklah segera mengatur langkah. Jangan wujudkan buffer zone yang terlalu panjang. 13. Ana akui, bilamana Presiden yang dilantik adalah di kalangan mereka yang berada di praktikal pada waktu ini seperti mana zaman Akhi Amir Fadhli, ana sendiri dan Akhi Akram, kami mengalami kesukaran untuk berulang alik ke kampus sebaik sahaja dinaikkan menjadi Presiden. Ini kerana sesi peralihan kuasa berlaku pada bulan lima dan praktikal hanya selesai pada bulan tujuh. Kesannya, hanya selepas 2 bulan dilantik (iaitu semasa habis tempoh berpraktikal), barulah kami dapat bertemu dengan barisan exco yang dilantik. 14. Sesungguhnya buffer zone 2 bulan itu terlalu lama. Sebaik sahaja kampus dibuka untuk pengajian semester Julai, agenda dakwah sudah masuk ke tempoh perlaksanaan sedangkan pada waktu yang sama kami masih lagi terkial-kial merancang score card, membina takwim, mengadakan brainstorming dan menyusun atur tanzim. 15. Maka nasihat ana kepada Akhi Hafizi dan seluruh saf MTME Rakan Masjid yang baru dilantik : Gunakan setiap masa yang ada dengan baik dan optimum. Langkah engagement dengan semua pihak perlu diaturkan segera. Majlis pengenalan diri dengan Management boleh dibuat seawal minggu hadapan. Sessi taaruf diri juga sudah sepatutnya diletakkan dalam Quadrant Urgent dan Important checklist. Perancangan setiap lajnah juga sudah boleh bermula dari sekarang. 16. Semoga tanzim Rakan Masjid sesi 2010/2011 ini akan lebih maju kehadapan. Perlantikan mu dirai, kehebatan mu dinanti. Labels: Campus Life Baca Lagi! |
:: .:: Just a thought ::. - Designed by Bunga Ayesha :: |