Saturday, October 31, 2009

Alhamdulillah, adik dah keluar dari hospital.

"seronoknya dapat keluar" luah adik perlahan.

Tergambar di mukanya sedikit keceriaan dan kegembiraan.

2 hari lepas, adik ana, muhammad hanif di masukkan ke dalam hospital
selepas muntah muntah dan sakit perut yang melampau. Suhu badannya
juga meningkat, demam.

Emak dan ayah bergegas ke sekolah asrama adik di pmtg pasir. sebaik
sahaja sampai di sekolah, adik dah meracau-racau kesakitan...

Bimbang dengan kesihatan adik, mak terus membawa adik ke klinik yang berkaitan.

Di klinik, dr. Tidak berani membuat pemeriksaan lanjut. Kes ini
di"refer" kpd hospital sbrg jaya. Disyaki apendiks.

Namun, setelah pemeriksaan rapi di wad kecemasan hospital, didapati
bukanlah apendiks. Dr. Tidak dapat mengesan apakah penyakit yang adik
hidapi.

Mahu dikatakan keracunan makanan, kawan2 seasramanya di sekolah
menengah asrama permatang pasir tidak ada seorang pun yang mengadu
sakit perut.

Mak sangat risau. Di hospital, racau adik menjadi2. Penyakit adik misteri.

Mak bimbang sangat sebab kata mak," hanif ni lahir hari jumaat, dan
sekarang dah nak masuk hari jumaat." Bicara mak terhenti di situ...

Ana menangkap sedu suara mak di hujung talian telefon. Ana mendapat
berita jam 8 malam hari khamis. Adik dimasukkan hospital pada sebelah
maghrib.

Ana tak dapat untuk balik segera pada malam itu juga kerana perlu
memberi ceramah motivasi kepada adik2 tingkatan tiga sekolah menengah
idrisiah, kuala kangsar. Walaupun dapat menyampaikan ceramah dengan
lancar, dalam hati terasa sungguh risau dengan keadaan adik.

berbalik kepada keadaan adik di hospital, dr dan jururawat bertungkus
lumus memberikan rawatan dan berusaha mengenal pasti penyakit yang
menimpa adik.

Namun, masih buntu dan kehampaan.

Malam itu, ayah menemani adik di hospital. Tanpa disedari, ada satu
ubat mujarab yang ayah bawa bersama dari rumah. Berkat ubat itu dan
keizinan Allah, adik kembali pulih.

Air zam zam!

Ya, berkat air zam zam dan kenyakinan bahawa Allah yang akan
menyembuhkan penyakit, adik beransur sembuh.

Dan semalam, tepat jam 7.50 malam, adik dibenarkan keluar dari
hospital. Selepas 24 jam berada di hospital tanpa mengetahui apa
penyakit misteri yang menimpa, Alhamdulillah adik pulih walaupun belum
sepenuhnya.

Terima kasih ya Allah...

Terima kasih juga kepada pembaca yang turut mendoakan.

Berertinya nikmat kesihatan...

--
Warm Regard,

|Mohd Al-Hakimi As-Syah Alami|

"Hidup Islam Hancor Jahiliyyah!"

| 019-4505360 |
| muhakim.blogspot.com |
| Hidup Mulia Mati Syahid |

 0 Comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komentarnya ^_^

<< Home