Friday, March 6, 2009

Program lagi...

“Program lagi. Asyik dengan program aje. Bila masa nak study ni. Isy, ni rasa macam nak ponteng aje program nie” Keluh Nur selepas mendengar pengumuman masulah Lajnah selesai sahaja satu liqa nuqaba’.

Pertarungan dalaman bermula….

Ilmu, Iman dan Amal.

Al-fahmu qabla al-amal. Faham dahulu baru beramal. Satu slogan yang sering ditekankan oleh pengkuliah di hadapan. Benar. Ada hikmahnya dalam bicara itu. Tanpa kefahaman, mana mungkin satu amal dapat dilaksanakan dengan baik.

Umpama seorang pembuat roti canai. Bukan mudah untuk hasilkan doh roti itu. Perlu ada adunan yang betul. Tepung, air, telur , garam, dan bahan yang lain perlu diadun dalam sukatan yang sesuai. Silap bancuh, keras jadinya. Ilmu membancuh perlu difahami. Bukan sekadar itu. Ia perlu hadir dengan pakej ilmu menebar dan membalik-balikkan roti canai di atas api. Barulah dapat menghasilkan roti yang sedap.

Tapi, harus diingat. Prosesnya bukan sekadar tahu dan mampu buat. Betapa ramai pembuat roti canai di jalanan, namun ada yang bermutu ada yang tidak. Kenapa ? Ternyata ada satu lagi elemen yang perlu ditekankan. Kalau boleh disebutkan di sini, elemen penghayatan. Perasaan mahu. Tanpa ada kemahuan buat yang baik, walau sehebat mana adunan doh roti, hasilnya tetap tidak akan sehebat roti yang dihasilkan dengan kemahuan yang tinggi oleh si penjual.

Kalau dia ada hati pada rotinya, nescaya tidak akan kisah walau selewat mana perlu tidur kerana mahu menyiapkan doh roti untuk esok hari, tidak kisah walau seawall mana perlu bangun untuk menebar dan menjual rati. Semua kepenatan ditolak tepi kerana dia sendiri MAHU melakukannya.

Hari ini ramai pendakwah yang lompat satu langkah. Bila faham terus amal. Ada satu elemen yang sering diabaikan. Penghayatan/Kemahuan. Sebab itu slogan ilmu, iman dan amal sering diletakkan di mana-mana logo. Di tengah-tengah ilmu dan amal, adanya iman. Di tengah-tengah tahu dan mampu, adanya mahu.

Bila diselidik latar belakang pendakwah yang menyepi di jalan ini, kita mendapati bahawa mereka bukannya tidak mampu untuk beramal, bukannya tidak tahu kenapa perlu beramal, tapi ternyata kurangnya kemahuan untuk beramal.

“Maaf le syeikh. Ana sibuk study nie.” Tolak seorang ikhwah bila diajak untuk ke usrah.

“Ana dah banyak kali pergi program ini. Bagi le peluang untuk ana berehat pulak” alasan seorang akhawat.

“Bosan le program. Asyik program aje. Tidur lagi best” respon seorang senior bila diajak turun beriadah di pagi Ahad.

Seribu satu alasan dicipta. Semuanya asbab untuk meng’halal’kan diri menyepi dari jalan da’wah. Samada alasan yang diberi itu syarie atau tidak, itu semua tidak dipeduli lagi. Yang penting, dapat lepaskan diri dari terus menyesakkan diri dengan urusan da’wah. Study dijadikan tiket untuk melepaskan diri.

Peringatan dari langit.











Kisah kaab.

Seorang sahabat besar nabi, Kaab Bin Malik dipulaukan 50 hari oleh Rasul dan seluruh penduduk madinah , semuanya semata-mata beliau tidak hadir sekali sahaja dalam program islam… iaitu dalam perang Tabuk. Tidak hadir hanya sekali, namun hukumannya begitu berat. Hingga isterinya sendiri dihalang Rasul untuk mendekatinya.

Kenapa pendekatan ini diambil Rasul?

Pertama, kerana ini merupakan arahan dari Allah.

Kedua, ada hikmah yang ingin Rasul sampaikan.

Apa hikmahnya??

Tidak lain tidak bukan melainkan mahu memberitahu bahawa mengugurkan diri dalam perjuangan Islam adalah satu kesalahan yang amat besar. Walaupun hanya sekali tidak hadir, namun ianya bukan boleh dimaafkan begitu sahaja. Ini terjadi kerana sahabat tersebut telah tahu dan mampu untuk berjuang, tapi hanya kerana mahu tidak ada, beliau dihukum. Kesalahan mahu amat besar! Ia perlu dihukum.

Mahu vs tidak mahu

Program kita malam ini jam 8.30 malam di dewan besar. Harap dapat hadir seperti yang telah kita maklumkan dari bulan lepas lagi.” Satu sms masuk ke dalam inbox Badrul.

Badrul serba salah. Esok ada test jam 5.30 petang. Banyak lagi topik yang belum dibaca. Nak pergi ke tidak program ini.

Maka peperangan mahu dan tidak mahu pun bermula.

Disinilah perlukan kebijaksanaan panglima perang hati dan komander akal untuk menumpaskan bala tentera nafsu. Kajilah semua senjata jadual perancangan , perisai study group, kubu lecturer dan apa sahaja untuk membuat penilaian. Buatlah analisis dengan baik.

“Syeikh.. bola ada di kaki nta. Terpulanglah untuk menjaringkan di gol lawan atau gol sendiri. “

Mohd Hakim

Waktu Dhuha

Jumaat

6 Mac 2009


 1 Comments:

At April 1, 2009 at 7:38 PM, Blogger joegrimjow said...

"semua 2 begantung pada hati
tapi nak pupk hati perlukan paksaan
2 pasal untuk buat sesuatu
kene ade sdikit tekanan
bukan dari org lain
tp dari kite sendri"

 

Post a Comment

Terima kasih atas komentarnya ^_^

<< Home