Wednesday, December 10, 2008

Bingkai kehidupan



"Ha ha ha ha ha ha ha ha .............
Mengarungi samudera kehidupan
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan
Tiada masa 'tuk berpangku tangan"

Kali pertama mendengar nasyid ini ialah semasa menyertai program anjuran GAMIS di Kuala Lumpur. Terasa bagai satu semangat menyerap masuk ke dalam jiwa. Berkejar ana ke laptop urusetia untuk mendapatkan salinan lagu ini. Tapi ana hampa, kerana nasyid datang dari satu thumbdrive peserta yang hadir dan tiada dalam simpanan laptop tersebut sedangkan thumbdrive itu telah pun dikembalikan kepada peserta 'unknown' tersebut.


Peristiwa tahun 2007 itu berlalu begitu sahaja.

Tiba-tiba tahun ini, 2008. Rakan seperjuangan yang juga merupakan sahabat akrab, akhi Zulfadhli menghantar sebuah nasyid melalui google talk. Dicelah-celah kesibukan menghadapi kesibukan final exam tetkala itu masih lagi dia sempat hantar "non-academic" material pada ana. Ana tersenyum keseorangan. Buka dan layan aje le....

Subhanallah... inilah lagu yang ana ingin dengar tahun 2007 dahulu. Ana menghayati liriknya. Ya.. sohih.. memang tepat. Terasa sesuatu yang membangkitkan roh dan semangat perjuangan apabila mendengar bait-bait liriknya. Terasa urat saraf bangkit melawan keletihan badan akibat mentelaah pelajaran yang berminggu-minggu lamanya tanpa rehat. Ya.. jiwa ini kembali segar.

Alhamdulillah. Nasyid ini tiba pada saatnya. Allah berikan ana kekuatan untuk meneruskan perjuangan "final exam" dan akhirnya 7 paper berjaya diharungi selama 4 minggu dengan mental dan emosi yang cekal.

Usai final exam. Pulang ke rumah beraya. Cerita bingkai kehidupan tidak habis di situ. Selepas bersalaman dan mencium pipi bonda dan ayahanda, ana meletakkan beg di bilik. Tiba-tiba, telinga ini menangkap sebuah nasyid yang sangat familiar.. ya.. nasyid bingkat kehidupan berkemandang dari bilik ana. Datang dari desktop adik ana.

Rupa-rupanya, adik ana juga telah mengenali lagu ini. Katanya lagu ini telah dijadikan lagu tema dalam "Kem Penghayatan Sirah " di kampusnya. Wah... ana dah ada "gang"nampaknya... Ana menguntum senyuman keseorangan... (^_^)

Dan hari ini, tetkala langkah terasa lesu dan kurangnya ruh jihad dalam diri ini, ana mendengar kembali nasyid ini.. dan alhamdulillah.. kembali semula semangat untuk berjihad dan berda'wah... Tapi kali ini ana tidak keseorangan dalam menyanyikan lagu ini... ana dah ada partner (adik ana).... namun, tak best rasanya kalau berdua sahaja yang hafal liriknya.. apa kata anda yang membaca artikel ini pun hafal lirik ini bersama.. jom~ .... (^_^)/ mungkin bila kita berjumpa.. boleh kita nyanyikan bersama.. huhu...~



Nasyid : Bingkai Kehidupan

Munsyid : Shoutul Harokah

Ha ha ha ha ha ha ha ha .............
Mengarungi samudera kehidupan
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan
Tiada masa 'tuk berpangku tangan

Setiap tetes peluh dan darah
'Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan Allah
'Kan menjadi saksi pengorbanan

Allah ghoyatunaa
Ar-Rosul qudwatunaa
Al-Qur’an dustuurunaa
Al-Jihaadu sabiilunaa
Al-Mautu fii sabiliillah
Asmaa amaaniinaa

Allah adalah tujuan kami
Rasulullah teladan kami
Al-Qur’an pedoman hidup kami
Jihad adalah jalan juang kami
Syahid di jalan Allah adalah
Cita-cita kami tertinggi

 3 Comments:

At December 10, 2008 at 7:57 PM, Blogger Mujahid Cakna said...

"salam
sheikh,ape kaba?
knl ana x?
ana fariz,USMkkj
syukran knlkn lagu ni
ana tgh dgq kt youtube nih,
mmg best
eh,nta bile grad?
ni sem last kn?
bile nk blk umah tuh,mai sggh usm nih,
on da way,blh kita g mkn car kuey tiew
huhu,org2 kita ni kuat makan ya
ok.salam"

 
At December 23, 2008 at 11:40 PM, Blogger NuRDiEyA said...

"salam... ya, that was a nice song..
1st time ana dgar time konsis thn lpas.. siap ada wt gaya lg yg smua org kne ikut... so interesting n lyric lgu 2 plu kta hayati bsama..
tlg bagi komen 4 my new blog ek.. xtererla...
nurdieya.blogspot.com"

 
At January 29, 2009 at 2:04 AM, Blogger KiTa_KaWaN said...

"salam...
mailah singgah blog sya.."

 

Post a Comment

Terima kasih atas komentarnya ^_^

<< Home