Luahan Hati seorang Naqib
4.45 petang
5 september 2008
Selepas Jumaat tadi, ana balik bilik setelah puas mengira duit kutipan masjid.. Alhamdulillah, kutipan kali ini amat memberangsangkan. mungkin berkat ramadhan, getus hati ana.
Sampai sahaja dibilik, terpandang gumpulan kertas di atas meja
"Eh, kertas apa ye ni?" bisik ana dalam hati.
Owh. Rupa-rupanya kertas adik2 usrahku yang dibuat malam semalam. kalau tak silap, dalam jam 4.30 pagi baru mereka selesai siapkan semua tugasan yang diberikan. terharu ana dengan komitmen dan usaha mereka. Ana pula? Ana dah lama terlentok. letih yang amat. Berforum sebgai ahli panel sememangnya memakan stamina yang tinggi . tambahan pula di bulan ramadhan ini.
Lalu kertas yang sengaja dibiarkan di atas meja di belek satu persatu. Sepatah demi sepatah ayat dibaca. Tiba-tiba, tanpa disedari air mata bergenang. Laju sahaja ia mengalir di pipi. Segala luahan perasaan anak2 usrahku berkaitan dengan akademik dan keluarga dijawab dengan baik. Dapat oleh rakan-rakan mereka sendiri. Dapat ana rasakan ketulusan jawapan dan concern yang mereka tuliskan. Hiba rasa hati ini. Sayu. Rasa gembira sangat dapat rasakan ukhuwwah ini. Ana tak dapat rasakan semua ini ketika menjadi anak usrah dahulu...
Sesungguhnya ana bersyukur pada Allah kerana dikurniakan dengan anak2 usrah yang amat baik dan mempunyai ukhuwwah yang mantap ini. Lalu ana pasangkan kembali di laptop ini video usrah jan06 yang ana persembahkan semasa simposium nuqaba baru baru ini. Air mata terus mengalir gembira.... Satu demi satu wajah anak2 usrah kesayanganku muncul di skrin komputer dengan iringan lagu akrab persahabatan dari inteam.
Zaim dengan kepimpinan dan thiqahnya yang tinggi.
Jime dengan keilmuan yang mantap dan kebolehan menyampaikan ilmu dengan baik.
Bart dengan watak yang ceria dan mampu mempengaruhi orang lain agar turut gembira.
Phidot yang baik hati dan sentiasa menyenangkan orang lain.
Haeqal dengan watak selamba dan diam-diam ubi berisinya.
Ipe yang penuh ilmu di dada dan sering menjadi bahan usikan rakan-rakan seusrah.
Izzu yang dalam tegasnya tapi agak kelakar dan idea yang amat bernas. Fikrah mantap ni.
anggur : seorang yang begitu pandai multimedia, hati lembut, ramai kenalan muslimat... tapi insya allah, hati terjaga... (^^)
Bakri yang rajin beribadat, berani dan baik hati.
Semua ini menjadi qurratun aiyun, penyejuk mata bagi diri ana. Moga Allah kekalkan ukhuwwah ini.

4 Comments:
"ish..mane ade ana ramai kenalan muslimat...anyway, trima kasih abg hakim..terharu bace... ^^"
"edit gambar izu n ipe ngan photoshop..sian diorang xde gambar....:)"
"terharu sungguh...
mesti rami yg jeles dgn usrah kite..
jadikan usrah kite usrah mithali,usrah contoh kepada sume..
buat orang yg membaca artikel2 tentang usrah kite bersemangat untuk mencari usrah..
.::KEindaHan UsRah::>"
"fakhirin bukan sekali ngn nta ke bg hakim,huhu"
Post a Comment
Terima kasih atas komentarnya ^_^
<< Home