Pada tarikh 4 haribulan September 2008 bersamaan 5 Ramadhan 1429 Hijrah telah diadakan Forum Bicara Siswa bertajuk "Ramadhan di Kampus" yang dianjurkan oleh Ikatan Mahasiswa Dinamik (IMAD) Universiti Teknologi MARA(UiTM) Seri Iskandar bersempena perasmian pembukaan Minggu Penghayatan Islam (MPI) yang bertemakan 'Ramadhan : Gateway to a Better Life'.
Perasmian pembukaan telah dirasmikan oleh Profesor Madya Hj. Mohd Fisal Ishak di Pusat Islam Universiti Teknologi MARA(UiTM) Seri Iskandar sejurus selepas selesai menunaikan solat sunat terawih dan witir. Majlis juga diserikan dengan kehadiran Ustaz Muhd Fakrul Anuar, seorang pensyarah di UiTM Seri Iskandar dan Saudara Mohd Hakim Bin Mohd Nor, Presiden Rakan Masjid Universiti Teknologi PETRONAS selaku panel jemputan forum Bicara Siswa. Para jemputan juga terdiri daripada Penasihat IMAD, Yang Dipertua IMAD, serta mahasiswa dan mahasiswi UiTM Seri Iskandar .
Beberapa persoalan telah diajukan kepada Ustaz Fakrul selaku panel pertama iaitu; 'Bagaimana mahasiswa dapat menahan nafsu pada bulan-bulan lain sepertimana pada bulan Ramadhan?',kedua; 'Bagaimana untuk menjadikan kemeriahan Ramadhan untuk beribadah sepertimana meriahnya bazaar Ramadhan?' dan ketiga; 'Apakah masalah-masalah yang dihadapi oleh mahasiswa sepanjang bulan Ramadhan berdasarkan pengalaman ahli panel?'. Soalan ketiga ini merupakan soalan yang ditujukan juga kepada Saudara Mohd Hakim selaku
panel kedua.
Panel pertama telah merungkai semua soalan dengan menyertakan pelbagai contoh dan anologi berpandukan dalil-dalil Al-Quran dan Hadis-hadis Rasulullah. Majlis bertambah hangat apabila panel pertama menyertakan unsur-unsur lucu berdasarkan kisah dan pengalaman yang pernah dialami.
Persoalan-persoalan terus dikemukan kepada panel kedua iaitu Saudara Mohd Hakim tentang; 'Bagaimana Ramadhan dapat membentuk sahsiah mahasiswa?' kedua; 'Bagaimana sebagai seorang mahasiswa untuk mengimbangi amalan-amalan pada bulan Ramadhan tanpa menjejaskan reputasi dalam akademik?' Manakala soalan ketiga yang ditanya adalah sama dengan soalan yang diajukan kepada panel yang pertama.
Saudara Mohd Hakim juga tidak kurang hebatnya dalam mengupas setiap soalan dengan begitu baik. Beliau menyertakan pelbagai cadangan, idea bernas, dan contoh yang terdekat selaku mahasiswa.
Bagi soalan pertama, beliau mengemukakan empat kesan bulan Ramadhan keatas sahsiah mahasiswa iaitu, bulan Ramadhan mampu mendisiplinkan mahasiswa dalam pelbagai bentuk seperti menepati masa dan memperbanyakkan amalan baik. Selain itu, Ramadhan dapat menetapkan matlamat seseorang mahasiswa dalam mencapai tujuan berada di kampus. Ramadhan juga dapat menyucikan hati dengan melakukan pelbagai amalan sunat seperti membaca Al-Quran. Akhir sekali, dengan mendirikan pelbagai amalan dan pekerjaan yang baik sekaligus meningkatkan ketaqwaan kepada Allah yang mana merupakan matlamat khusus
ketibaan bulan Ramadhan.
Bagi soalan kedua, Saudara Mohd Hakim menyatakan bahawa soalan kedua ini tidak wajar diajukan kerana selaku mahasiswa Muslim, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk melaksanakan kewajipan ibadat Islam pada bila-bila masa.
Beliau juga mengemukakan bukti yang kukuh dan jelas tentang kejayaan 50 hingga 60 peratus mahasiswa di Universiti Al-Azhar yang merekodkan pencapaian Mumtaz bilamana menduduki peperiksaan pada bulan Ramadhan.
Seterusnya, masalah utama yang biasa dihadapi pada bulan Ramadhan yang melanda mahasiswa ialah 'couple issue'. Beliau menjelaskan bahawa para mahasiswa tidak memahami erti sebenar Islam dan Ramadhan itu sendiri yang menuntut seseorang muslim untuk menahan nafsu. Oleh itu, beliau menyarankan para hadirin untuk mencari ilmu supaya mengetahui kehendak Allah seterusnya membetulkan niat dan matlamat yang ingin dicapai pada bulan Ramadhan.
Forum tersebut tamat pada jam 11.30 malam dan diikuti dengan jamuan ringan. Alhamdulillah, diharap kerjasama antara IMAD UiTM dan Rakan Masjid UTP dapat diteruskan untuk kebaikan Islam.
Secara kesimpulannya, forum Bicara Siswa ini merupakan satu langkah yang baik untuk memberi kefahaman sebenar kepada mahasiswa tentang pentingnya melaksanakan pelbagai ibadat di bulan Ramadhan di kampus. Hal ini dituntut kerana selaku seorang Muslim, matlamat utama pada bulan Ramadhan ini adalah untuk mendapat taraf Al-Muttaqin. Justeru, seorang mahasiswa tidak boleh mengasingkan urusan akademik dengan kewajipan Ibadat kerana
perkara itu membawa kepada sekularisme.
Disediakan oleh,
1. ZAIYINUL AIN BIN ZAINAL RAFIT
2. MOHAMAD FAUZI BIN ABDUL KADIR

2 Comments:
"This comment has been removed by a blog administrator."
"mohon cp ntuk rujukan;)
"
Post a Comment
Terima kasih atas komentarnya ^_^
<< Home