Tuesday, September 2, 2008

Lari dari Kebiasaan


Bersama anak-anak usrah di rumah.



1. "Cepat, cepat, kalau lambat tak dapat tempat pulak" Riuh rendah housemate bersiap-siap untuk ke masjid. Hari ini hari pertama Ramadhan. Seperti kebiasaan, Masjid An-Nur UTP menyediakan juadah berbuka puasa secara percuma kepada semua ahli qariah.

2. Sesampainya di masjid, sudah kelihatan ajk lajnah tarbiyah dan kepimpinan rakan masjid yang diketuai oleh akhuna din paiman bertungkus lumus menyediakan persiapan.

3. Sedang ana melangkah masuk ke dalam masjid, seorang adik datang merapat. "Abang Hakim, kita nak buat tazkirah ke nak baca tahlil sementara tunggu waktu berbuka. Adik itu kelihatan segak dengan jubah yang dipakainya. Bagus. Dapat pahala 100 kali mati syahid. Ana tersenyum bangga.

4. Walaupun soalan yang diajukan ringkas, namun besar impaknya.

5. Kalau buat tahlil nanti ada orang kata bidaah. Mulalah nak berdebat isu furu' ini. Lalu habislah masa ummah dengan perkara yang tidak produktif ini.

6. Kalau buat tazkirah pula sambutan kurang memberangsangkan. Ye lah, perut tengah berkeroncong, siapa yang bercakap di hadapan pun dah tak kenal lagi.

7. Ana mengambil jalan mudah. Minta pendapat orang lain. "Nta rasa macamana. Mana yang sesuai ya akhi?" Sengaja ana biarkan adik itu berfikir sama. Ana tersenyum. Menunggu respon darinya.

8. "Erm.. ana rasa elok kalau kita buat tazkirah. Bukan apa, tahun-tahun sebelum ini pun kita wat tazkirah. Ok aje." Adik itu memberikan hujah.

9. Ana mendiamkan diri. Menunggunya menghabiskan kalam. Namun ternyata adik itu mengambil sikap tunggu dan dengar. Memandangkan keputusan perlu dibuat dengan segera, ana terus respon.

10. "Ana rasa bagus cadangan nta tu. Memang dah dua tahun kita buat aktiviti bagi tazkirah sebelum berbuka puasa. Namun, adakah ianya berkesan? Bagaimana dengan post mortemnya. Adakah betul-betul boleh memberikan impak maksima kepada yang hadir?" Bertubi-tubi soalan ana ajukan kepadanya.

11. "Erm. Itu ana kurang periksa pulak abang hakim. Hehe." Dia tersenyum simpul. Mungkin terasa ana menyindirnya. Maaafkan ana akhi. Bukan niat untuk menyindir, cuma ingin melihat dari perspektif yang berbeza.

12. Kita sering disuapkan dengan idealogi "control c control v" @ cccv . Copy dan paste. Tidak kira di bidang mana. Ramai yang selesa untuk ambil sahaja apa yang generasi/senior lakukan tanpa memikirkan relevansi perkara itu di masa kini.

13. Ambil contoh mudah, kalau di bidang akademik, masih terdapat trend mengikut sahaja apa yang dirasakan meriah di pasaran. Satu ketika dahulu, kemasukan ke bidang IT dan IS menggunung tinggi kerana perlancaran MISC. Kemudian beralih kepada penghijrahan minat kepada untuk menjadi doktor pula disebabkan pengiklanan yang hebat dalam media massa.

14. Anehnya, apabila diinterview pelajar-pelajar tersebut, apakah sebab mengambil jurusan itu, jawapan paling popular ialah, mak ayah yang suruh, cikgu kata jurusan ini bagus, ramai kawan-kawan amik course ni, dan seribu satu jawapan lagi.

15.Kosong dari matlamat peribadi. Natijahnya, mahasiswa menjadi lesu dan robot yang diprogramkan. Tidak tahu hala tuju sendiri. Semuanya berpunca dari kerana budaya cccv ini. "Ikut aje apa orang kata.Tak payah susah susah fikir."

16. "Atas sebab itu, ana kurang bersetuju untuk kita kekalkan tradisi bagi tazkirah sebelum maghrib. Mungkin pada 2 tahun lepas ada hujahnya yang tersendiri. Namun pantang bagi kita untuk ikut sahaja apa yang dibuat oleh senior tanpa ada sebarang hujah yang menyokong."

17. Lalu maghrib itu bergemalah masjid dengan suara manusia mengalunkan bacaan yasin dan tahlil. Adik yang bertanya tadi mula nampak tenang. Mungkin sudah terasa hikmahnya keputusan sebentar tadi. Betullah kata patah pujangga, sifat air yang statik itu sendiri akan merosakkan air itu.

18. Jadilah dynamik. Larilah dari kebiasaan. Jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Be the best among the rest. Perkukuhkan hidup dengan hujah. Moga Allah permudahkan.



Labels:

 0 Comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komentarnya ^_^

<< Home