Denyutan nadi jelas kedengaran di bilik yang sepi ini. Bahkan, jika sebatang jarum jatuh di lantai, sudah tentu dapat didengari. Suasana sunyi di kala petang nan dingin ini seolah-olah menghembus nafas segar keseluruh saraf badan. Sebenarnya, ana baru sahaja pulang bermusafir ke kampung halaman. Mengikuti kursus pengurusan organisasi kelolaan sebuah syarikat motivasi terkenal di seluruh negara. Yuran pendaftaran hanya RM 7 sahaja. Namun, itu jumlah yang tertera di atas kertas sahaja. Yang tersembunyi?...
Sekiranya dikira secara kolektifnya, aliran wang keluar begitu laju. Bermusafir menaiki kereta dengan seorang sahabat membawa erti kos perjalanan akan meningkat. Jumlah minyak dan tol hanya dikongsi berdua. Ana redho dengan pelaburan ini. Di saat fikiran ini ligat mencongak belanja yang telah dikeluarkan, teringat pula tragedi tengahari tadi.. yang turut me'robek'kan dompet ana. Sengaja ana membiarkan kotak minda ana memainkan semula rakaman peristiwa tengahari yang bersejarah ini.
Tengahari...
Mata ana ligat mencari arah. Tangan kejap memegang stereng memacu perlahan saga biru kepunyaan sahabat ini. Risau ana sekiranya keretanya ini berlaku sebarang kerosakan mahupun calar. Di celah kesibukan ana mencari tempat program, mata ana sempat menyorot ke tepi. Dah terlena sahabat ana ni rupanya. Kasihan. Letih dia memandu semasa di highway tadi. Sengaja ana menawarkan diri menggantikan dirinya sebagai pemandu. Pada hakikatnya, ana pun sebenarnya teramat keletihan. Usrah semalam berakhir jam 3.30 pagi. Mula agak lewat, habis pun terpaksa dilewatkan. Sebelum itu, ana kena menghadiri bengkel nuqaba' yang berakhir tepat dinihari. Memang penuh jadual ana malam semalam.
Di sebalik keletihan ini, ana gagahkan jua tubuh ini untuk meneruskan perjalanan yang tidak jauh lagi. "Eh, rasanya macam bukan ikut jalan ini. Macam dah tersilap ambil simpang aje" gumam ana dalam hati. Serentak dengan itu, ana mencari jalan untuk membuat pusingan u. "Alhamdulillah, ada kedai kat depan tu. Tak jauh sangat kena pusing balik."
Sebaik sahaja memberi signal ke kiri, ana membelok masuk ke dalam kedai itu. Tiba-tiba, "pang! Dum!" Dentuman kecil kedengaran dari arah belakang kereta. Sahabat ana bingkas bangkit. "Apa terjadi akhi?" Soalnya dalam mamai. Ana menoleh kebelakang. Ya rabbi! Accident! Kelihatan anak beranak india sedang merintih di hempap motor. "Ana langgar motor ke?" kegusaran mula bermain di minda...
bersambung...

1 Comments:
"salam..
mahu tahu sambungan cerita.."
Post a Comment
Terima kasih atas komentarnya ^_^
<< Home