Friday, July 27, 2007

Fastabiqu Khairat

Pukul 3.00 Pagi.

Pintu bilik dikuak perlahan. Seperti dijangka, katil ana mesti dihuni oleh roomate kesayangan. Terhibur ana seketika melihat gaya tidurnya yang melucukan. Sedikit sebanyak menghilangkan keletihan dan kelesuan di seluruh tubuh. Sebetulnya, ana sebenarnya baru pulang dari satu mesyuarat yang melabuhkan tirainya pada jam 2.00 pagi. Habis sahaja mesyuarat, lapar pula rasanya. Perut yang berkeroncong diisi dengan sepinggan maggi goreng mamak dan telur 'goyang'. Kali ini ana ditemani oleh dua orang sahabat senior yang banyak pengalaman. Ana lebih banyak berteleku mendengar celoteh dan gurauan mereka berdua. Walaupun telinga ini menangkap bait-bait kalimat yang dilafazkan, namun minda ini sibuk mencerna perkara lain. Maaf ya akhi...

Sebenarnya, ada beberapa perkara yang bermain di minda ini. Banyak juga. Kalaulah boleh dijuzu'kan, mungkin bilangannya sebanyak juzu' al-quran. Tapi, malam ini... fikiran ini asyik tertumpu kembali kepada perjalanan meeting tadi. Efisyen kah?

Mereka yang terlibat dalam meeting tadi bukan calang-calang orangnya.Berketrampilan. Bijak berorganisasi. Banyak pengalaman. Berpandangan jauh. Tapi sayang, semuanya diranapkan dengan sikap sambil lewa yang ditunjukkan mereka. Pada hakikatnya, meeting dijadualkan bermula jam 9.15 malam [setelah dipinda beberapa kali, sepatutnya bermula 8.15 malam ] , namun amat mendukacitakan dan memalukan kerana meeting hanya dapat bermula pada jam 10.00 malam. Hampir satu jam ana menanti !

Pada hemat ana, dalam satu jam banyak perkara boleh dilaksanakan, dan kelewatan ini merupakan satu pembaziran yang jelas! Bayangkan apa yang boleh kita dapat dalam masa satu jam. Sekiranya kita bermain bola sepak, sudah tentu kita akan menyedari betapa pentingnya satu jam dalam pertandingan tersebut. Beralih kepada sukan lumba lari pula. Kelewatan beberapa saat boleh memisahkan antara tempat pertama dan tempat terakhir. Itu hanya beberapa saat. Sekiranya satu jam?!!!

Atas sebab itu, ana memulakan meeting dengan mood yang tidak baik. Permulaannya, ana bercadang untuk bersikap mendiamkan diri sebagai tanda protes terhadap kelewatan mereka datang ke tempat program. Namun , atas kepentingan jemaah, ana mengubah pendirian ana untuk memberikan sepenuh komitmen dalam perbincangan yang dilakukan.

TO be continue... [Panas.. panas...]


Labels:

 0 Comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komentarnya ^_^

<< Home