12.00 Tengahari
Jumaat
Hari ini tiada kelas. Namun, diari hidup tetap sibuk dan padat dengan pelbagai aktiviti. Seawal pagi, terdapat 2 appointment yang perlu diselesaikan. Alhamdulillah, segala yang dirancang berjalan dengan lancar.
Pulang sahaja dari urusan, singgah sebentar di kafe untuk branch.[Breakfast + Lunch]. Kenyang sungguh setelah meratah ayam goreng tepung dan sayur bayam masak lemak cili api. Pakej hidangan disudahi dengan minuman air jus tembikai merah yang sejuk dan meliurkan. Alhamdulillah, nikmat makan dan minum begitu dirasai kali ini.
Namun, terasa macam ada sesuatu yang kurang. Jenuh ana memerang keringat mencari asbab. Ada sahaja yang terlintas di fikiran. Akhirnya, ana ketemu jua dengan jawapannya. Ana makan seorang diri. Tidak berjemaah!
Mungkin kerana berkat menyertai hampir setiap edisi minggu orientasi pelajar baru sebagai fasilitator, makan brunch kali ini tidaklah terlalu sepi dan sunyi. Ada sahaja yang melambai tangan dan menyapa, tidak kurang juga yang melemparkan senyuman dan melaung nama dari jauh, riuh rendah rasanya kafe tadi [ walaupun kadangkala ada juga figure yang ana tidak cam @ tidak kenal, angkat tangan sahajalah dan senyum... :) ]. Namun, kemeriahan itu sama sekali tidak dapat disamakan dengan nikmat makan bersama dengan sahabat.
Bilamana sudah berfikrah jemaah, segala kerja terasa indah bila dilakukan secara berjemaah. Sebutlah apa sahaja. Solat berjemaah, riadah berjemaah, makan berjemaah, tidur berjemaah dan seringkali juga mandi berjemaah ! (^^) Inilah yang menjadi rutin hidup harian. Kekok rasanya bilamana ingin bergerak keseorangan atau menyendiri. Terbit di benak pemikiran ana, apa yang akan terjadi bila ana tidak bersama-sama dengan jemaah ini?
Bolehkah jika ana ingin berda'wah seorang diri menyontohi sikap segelintir mufti di Malaysia ini?
Salahkah untuk ana tidak aktif berjemaah dan sekadar membantu seala kadar? Bukannya futur atau lari dari jemaah, cuma sekadar memperlahankan kelajuan...
Ataupun, berpindah ke jemaah lain [ tetap juga buat kerja Islam bukan?]
Heh~ Ana amat yakin dan pasti, jika persoalan ini dikeluarkan dan diajukan kepada sahabat lain, sudah tentu ana akan dicemuh dan dicaci serta diperli. Bahkan mungkin ada yang akan mengecop fikrah ana tidak jelas.
Akhi, bukankah kita ini telah mempelajari bahawa rasulullah sendiri pun pernah sedih dan merasa letih? Buktinya kita boleh lihat dalam peristiwa ketika rasulullah berhadapan dengan kerenah isteri-isteri baginda. Peristiwa ini berlanjutan hinggalah rasulullah mengambil sikap untuk beruzlah sebulan daripada mendekati isteri-isteri baginda. Akhirnya, tindakan baginda ini ditegur oleh Allah. Nah, tidak salah bukan untuk bersikap MENYENDIRI buat seketika dan BUKANNYA melarikan diri dari jemaah.
Sekadar untuk renungan sejenak... Ikhlaskah kita berjemaah?

0 Comments:
Post a Comment
Terima kasih atas komentarnya ^_^
<< Home