Tuesday, July 31, 2007

Syair Indah

Di kala dinihari pagi, angin pagi yang bertiup sepoi-sepoi bahasa menyegarkan urat saraf ana untuk berkarya. Di saat ana melawati satu blog di kampus ana, ana dapati ada post menarik tentang kenaikan harga makanan di kafe. Lalu, mulalah ana berkarya....

kepada management yang tak ambil kisah

hari hari student resah

tengok harga makin parah

naik tinggi mencekik darah

padahal kafe dah kaya melimpah ruah

sampai duit ingat sampah

ingatlah jugak kami ni ada yang susah

bukan semua hidup mewah

management macam tak ambil kisah

ke ada yang makan rasuah

bukan nak timbulkan masalah

cuma tolonglah rasa bersalah

awak tue pegang siasah

takkan kami nak kerah

cari lah cara atau helah

takkan otak susah nak perah

jangan bagi harga naik dah

jangan asyik sebut oklah

tapi usaha macam lepas lelah

asyik fikir nak berkelah

dengan anak dan zaujah

sudahlah

jangn ingat kami dah pasrah

kepada Allah kami berserah

jangan sampai di akhirat jadi susah

fikir-fikirkanlah

Dan tak sangka, karangan ringkas ini mendapat sedikit respon dari blogger lain.

righteous said...

syair indah yang menggundahkan

July 31, 2007 8:48 AM


Respect giler.. said...

Bagus rr ko syair indah punya syair. Boleh masuk pertandingan syair ***.(ade ke?) K..gak ape, boleh mengembalikan sejarah seni melayu.. Kadang2 bosan gak sikit2 konsert je.Hidup melayu!!

July 31, 2007 9:00 AM

Insya Allah, selagi tangan ini masih bertenaga, selagi jari ini masih lincah, selagi kudrat masih ada, ana akan terus berkarya... kerana Allah demi Rasul.

Labels:

 0 Comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komentarnya ^_^

<< Home