Thursday, December 17, 2009

Mesyuarat itu Berkat

Kisah kehidupan di UTP.... dulu-dulu.... sekarang baru terasa hikmahnya.... ( T T )


Sabtu

4.30 pagi : Qiamulaill Perdana [ Jadi organizer ]

6.15 pagi : Solat Subuh [ Mengantuk dan pening-pening sikit ]

8.00pagi : Mesyuarat Lajnah [ Aktif bukan main lagi ]

2.30ptg : Habis mesyuarat dan solat zohor [ Mula terasa lesu ]

3.00ptg : Mesyuarat Hi-Com [ Tak effektif dalam meeting, topik perbincangan pun tidak menarik]

5.00ptg : Take 5 dan solat Asar [ Makan nugget 3 ketul utk recharge tenaga ]

5.15ptg : Sambung meeting [ Dalam keadaan tidak bermaya, kena jadi bersemangat untuk pertahankan hujah]

7.30 malam : Akhirnya meeting habis dan bergegas ke surau

7.50 malam : Tazkirah maghrib di surau. [ Terasa kurang menyengat tazkirah kali ini. Selalu sangat lari fokus sebab seluruh badan terasa menggeletar keletihan ]

8.30 malam : Tazkirah berhenti awal. Cadang untuk makan malam. Lepas Isya nanti ada dua lagi mesyuarat yang kena jadi chairman.

8.50 malam : Solat Isya. Lepas solat, rehat sat di bilik. Meeting jam 9.30 malam. Di tangan setia menanti pda mencatit agenda yang perlu di bawa di dalam meeting. Tiba-tiba....

"Akhi... bangun akhi... dah 6.40 pagi nie... Solat subuh belum?"

"Subuh? Astaghfirullahal Azim... Ana terlelap? Meeting? Ya rabbi! Perasaan menyesal dan simpati kepada sahabat meeting yang lain menyelinap di seluruh tubuh. "Letih sangat kot..." gumamku menyedapkan hati.

Selepas solat subuh. Jariku pantas memicit butang-butang telefon menaip sms memohon maaf dan memberi penjelasan kepada ahli meeting atas ketidakhadiran malam semalam. Sudah tentu meeting itu tidak dilaksanakan kerana ketiadaan chairman.

Erm... Hari ini hari ahad.

Jadual hidup masih sama.

7.30 pagi - 2.30 petang : Meeting Hi Com
3.00 petang - 5.30 petang : Meeting Post Mortem Program
6.00 petang - 7.00 petang : Meeting Lajnah
7.45 malam - 8.50 malam : Tazkirah maghrib
9.30 malam - 11.30 malam : Meeting project
11.30 malam - 1.00 pagi : Usrah [ Consider meeting jugak kan? ]

Sesungguhnya hidupku ini dipenuhi dengan meeting.
Insan yang paling banyak bermesyuarah dengan sahabat dalam sesuatu isu ialah Rasulullah.
Ana bangga mengikuti sirah Rasul ini.

Ya Allah. Tempatkanlah aku di syurga-Mu. Amin.

 0 Comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komentarnya ^_^

<< Home