Friday, December 11, 2009

Satu lagi...

1. Alhamdulillah. Rakan motivasi kembali beraksi membantu rakan masjid dalam khemah ibadah 2009.

2. Malam ini ana diberi peluang sekali lagi untuk mengendalikan slot muhasabah.

3. seronok izzudin dan helmy bila diberi peluang untuk menjadi 'jenazah' ibu dan ayah.

4. Lakonan mantap anuar dan zarinah sebagai 'bayangan' ibu dan ayah mendapat respon yang amat positif dari peserta-peserta k.i. Suara latar dari nasim dan raihana juga begitu berkesan.

5. Malam ini sekali lagi menyaksikan 450 orang adik-adik mengalirkan air mata keinsafan bila ana menyentuh bab ibu bapa. Moga adik adik terus menjadi anak yang soleh.

6. pengalaman mengendalikan banyak slot muhasabah sebelum ini ternyata banyak membantu. Cuma bezanya pada malam ini disertai oleh dua orang adik ana, hanif dan nurul hidayah. tak tahu berkesan atau tidak, entah-entah ana digelakkan sahaja kerana geli hati.. Ye lar, abang mereka ini memang selalu bergurau di rumah, tiba tiba jadi serius dalam slot. Tentulah lucu... Huhu

7. Apapun, k.i memang best. Habis sahaja slott muhasabah ana, terus ana mengajak akh akram, presiden rakan masjid sekarang untuk menerima hadiah audio dari rakan motivasi sambil disaksikan oleh mantan timbalan presiden, zaim dan penasihat, ustaz zuriat.

8. K.i best!

 0 Comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komentarnya ^_^

<< Home