Monday, December 14, 2009

sahabat

1. 3 hari ini cukup meletihkan. Terkejar-kejar kesana kemari menguruskan beberapa perkara.

2. Namun, rasa kepenatan ini hilang begitu sahaja apabila bersama-sama dengan sahabat-sahabat.

3. Kami sama-sama bersengkang mata selama 2 malam berturut-turut, saling tidak tidur semata-mata ingin menjayakan program tarbiyah ini.

4. Namun, dalam keseronokan bergerak kerja bersama-sama sahabat yang turut mengambil master di utp, ana dikejutkan dengan khabar berita bahawa beberapa shabat karib ana akan meningggalkan ana untuk meneruskan perjuangan di luar bumi perak.

5. Shauqi akan meneruskan perjuangan di terengganu. Dia mendapat tawaran bekerja di pmo Carigali dan akan mula bekerja bermula 16 disember ini. Nuqman awal-awal lagi telah meninggalkan kami sebaik dipanggil PETRONAS di terengganu juga. Miki pun akhirnya akan pergi ke terengganu awal januari depan setelah setahun berada di perak selepas grad. Selang beberapa ketika, khabarnya Suria pun akan meninggalkan Perak untuk ke KLCC.

6. Seorang demi seorang sahabat karib ana meninggalkan ana . Dalam diam, ana merenung jauh mencari hikmah. Mungkinkah Allah ingin mengajar erti keikhlasan dalam perjuangan?

7. Adakah kita selama ini ana berjuang kerana sahabat-sahabat juga turut berjuang? jika keseorangan, adakah ana akan meninggalkan perjuangan ini?

8. Memang sukar mencari jawapan dalam soal ikhlas. cuma apa yang dapat ana rasakan pada waktu ini ialah, hargailah nilai ukhuwwah dengan sahabat seperjuangan samada dia berada disisi ataupun jauh dari kita.

9. Selamat berjuang sahabat-sahabatku di tempat baru. Doakan agar kita terus berjuang dan istiqamah sehingga ke akhir hayat. Amin.

 0 Comments:

Post a Comment

Terima kasih atas komentarnya ^_^

<< Home