Recent Posts
Ziarah BloggerDiskusi IlmiahRakan Masjid UTP |
Sunday, August 31, 2008Berenang itu satu IbadahPerhatian : Artikel ini ialah merupakan perkongsian diari peribadi mengenai program berenang anjuran LKL Rakan Masjid pada petang 30 Ogos 2008. Sekadar berkongsi pengalaman. 1. “Bestnye berenang. Sepanjang 4 tahun ana ada di UTP ni, inilah kali pertama masuk kolam renang ni”. Sahabat baik ana, Akh Farhan mengomel sendirian. Di riak wajahnya jelas kelihatan puas. Bukan sekadar dapat berenang, tapi kerana dapat bersama dengan teman-teman seperjuangan menghabiskan petang menjelang merdeka dengan aktiviti berenang. 2. Pertandingan pertama bermula. Semua rumah diminta untuk menghantar seorang wakil berenang dari penjuru ke penjuru. Ana melihat sekeliling dan melaung.” Rumah biru! Rumah biru! Angkat tangan… “ Sepi, tiada sahutan…. Alamak… Nampak gayanya terpaksalah ana sendiri jadi wakil rumah. Sahabat satu rumah yang lain tak datang lagi. 3. Sebenarnya Rakan Masjid di bawah kelolaan lajnah kegiatan luar (orang kuatnya anak usrah ana: encik izzu mpp), telah membuat satu pembaharuan semester ini. Petang semalam, kolam renang UTP telah ditempah khas untuk kami mengadakan aktiviti bersama. Walaupun ramai yang tiada di kampus kerana balik kampung, namun kehadiran petang semalam bolehlah dibanggakan juga. 4. “Bursh.” Ana melompat jauh. Memecut selaju mungkin. Sudah hampir setahun tidak berenang sebegini. Dan apabila tiba di garisan penamat, Alhamdulillah, ana mendapat nombor 2. Tahniah kepada ana dan rumah biru. Hehe. 5. Pertandingan kedua lebih kurang sama cuma kali ini berganti-ganti. Seperti tadi, rumah lain penuh orang. Tapi rumah biru macam tiada wakil. Adei. Takkan sentiment warna mempengaruhi sahabat-sahabat. Mungkin ada yang sebenarnya rumah biru tapi tak nak mengaku. Tak ape lah, warna bukan melambangkan keislaman kita. Siapa kata biru tidak islamik? (^^)/ 6. Mengambil bahagian kali kedua dalam berenang berganti memang meletihkan. Redah aje. Itu lah kalimat keramat yang terus memberikan azimat untuk ana mengambil bahagian acara kedua itu. 7. Hasilnya, ana Berjaya menamatkan perlumbaan di tempat pertama. Takbir! Namun, perlumbaan belum tamat. Sahabat yang menggantikan ana berenang ke seberang sana tak dapat menandingi kehebatan akhi Hafizuddin yang gayanya macam perenang olimpik. Adei. Rumah biru sekali lagi dapat nombor 2, tapi kali ini dari belakang. Huhu. 8. Aktiviti diteruskan dengan permainan baling selipar guna baju. Aktiviti ini yang paling best sebab melibatkan semua orang. Pengunjung kolam renang yang lain pun tumpang gelak dengan keletah kami. Alhamdulillah, gabungan team biru dan merah berjaya memenangi pertandingan ini. Yang bestnya, ana dapat score satu… tanpa curi ayam tau… hehe. 9. Riadah petang semalam memang seronok. Kami tidak kisah ‘gap’ umur yang wujud. Ana sendiri final year dan kebanyakan yang hadir ialah first year. Tapi itu tak penting. Ukhuwwah tidak mengenal usia. Ukhuwwah disandarkan kepada keimanan yang teguh kepada Allah. Bukankah setiap mukmin itu bersaudara? (^^) 10. Menariknya tentang aktiviti semalam, habis sahaja berenang beramai-ramai, diadakan sesi tazkirah @ pengisian. Alhamdulillah, aktiviti ini sekurang-kurangnya menyebabkan jiwa kami tidak kosong setelah jenuh bergelak ketawa sepanjang berenang tadi. Ana sempat untuk mengupas ayat 102 surah Ali imran untuk direnungi semua yang hadir. 11. Apapun, tahniah kepada LKL dan semua yang terlibat , Nik, Faizal, Izzu, Phidot (pemenang gaya terjun paling unik..huhu) dan lain-lain. Semoga Allah terus pertautkan ukhuwwah dikalangan kita semua. Amin. |
:: .:: Just a thought ::.: Berenang itu satu Ibadah - Designed by Bunga Ayesha :: |
1 Comments:
"assalamualaikum w.b.t.
larat ke tu syeikh?hehehe.."
Post a Comment
Terima kasih atas komentarnya ^_^
<< Home